Friday 22 January 2016

Bila Sang Tikus Mengganas

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, 
Selamat pagi semua rakan-rakan blogger,
semua pembaca entry ini, Semuga semuanya ceria-ceria 
dan sejahtera selalu.


Tengok gambar apa yang Kakmah upload ni. Hem, sejak kebelakangan
ini kakmah stress dan tension sangat, ini semua gara-gara binatang
dalam gambar inilah. Setip pagi bangun dari tidur Kakmah terpaksa
cuci dapur sebelum memasak. Sana sini ada tahi dan air kencing binatang
kecil dan licik ini. Sering juga Kakmah menahan papan gam, dan selalu
mengena, tapi kalau kena seekor, yang datangnya semakin banyak.

Serious, Kakmah betul-betul stress dan susah hati, apa lagi mengenangkan
Kakmah ni memasak makanan untuk dijual kepada orang ramai. Kakmah
tak tau nak buat apa dah, populasi sang tikus ini membiak cepat sangat dan anak
yang dilahirkan dalam sesuatu masa sungguh banyak. Pernah satu hari
Kakmah dapat menjerat sebanyak 8 ekor sehari, ditempat yang sama yang
kakmah syaki sarangnya, dipapan yang berlainan, dan setiap kali mengena
masanya cuma berselang beberapa minit sahaja.


Bila kesemua anak-anak itu telah di gam, Kakmah ingatkan masaalah akan
berakhir kerana yang tinggal hanya ibu dan bapaknya sahaja. Rupa-rupanya 
jangkaan Kakmah meleset. Sang tikus yang tinggal menjadi semakin agresif
dan semakin mengganas. Bawah dapur kakmah lah yang menjadi mangsanya.
Setiap pagi Kakmah terpaksa membasuh najis dan kencingya. Sehingga 
Kakmah rasa sangat tertekan dan perlu melakukan sesuati supaya sang tikus 
lari terus dari rumah ini.



Setelah berbincang dengan jiran Kakmah seorang indon, beliau bersetuju
untuk membantu. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah merobohkan sarang
sang tikus yang berada disebalik dinding. Bukan kerja mudah, tapi Alhamdulillah
jiran kakmah tidak keberatan melakukannya. Setelah di roboh nampaklah lubang
disebalik paip pelepas air basuhan dari sinki. Sekarang jiran kakmah sedang berusaha 
untuk menyumbat dan memperbaiki paip tersebut supaya kelihatan cantik sedikit bila 
siap nanti.


Tengoklah gambar hasil daripada perbuatan sang tikus  ini.
Fakta tentang tikus, giginya paling tajam, dia bukan sahaja boleh mengigit
plastik, papan malah dinding konkrit juga dia boleh korek buat lubang.

Tikus pembawa penyakit kencing tikus yang boleh membawa maut.
Inilah yang menyusahkan sangat hati Kakmah.

Alhamdulillah, setelah berusaha mengurangkan populasinya dengan
 menahan gam, dan membongkar tempat dia bersarang dan memutup 
lubang keluar masuknya, alhamdulillah, pagi tadi baru kakmah tengok
bawah dapur kakmah bersih dan bebas najis tikus.
Semuga ini berkekalan, kerana Kakamah dah penat menguruskan
sang tikus ini.


Sekian dan jumpa lagi.


Wassalam

Sunday 10 January 2016

Gulai Tempoyak Piasang Muda Dengan Ikan Talapia

Assalamualaikum,

Sallam petang minggu.
Semuga rakan blogger kakmah sihat semuanya,
bertambah rezki ditahun baru ini, 
bertambah rezki dan bertambah takwa didada.

Alhamdulillah, kakmah agak sibuk sikit awal tahun bari
ini dengan perniagaan nasi lemak dan kuih-muih kakmah,
dengan menjelang mesyuarat agung persatuan ibu tunggal
yang kakmah anggotai, banyak kerja menyebabkan kakmah
kurang rehat dan kurang tidur.

Akibatnya semalam darah tinggi kakmah naik mendadak,
disertai dengan cirit beret lagi. Semalam kakmah hanya duduk
rumah saja sambil berehat. Nak tidur mata tak terlelap pulak.

Alhamdulillah hari ini kekmah dah rasa sihat dah, darah pun
dah turun ketahap normal. Sejam yang lepas bacaan darah kakmah
ialah 11/7 diikuti denyut nadi 82, berbanding semalam tekanan
darah kakmah 179/108, takut kakmah dibuatnya.Masa itu nadi 
kakmah cuma 68 aja.


Alhamdulillah, hari ini dah sihat, semalam kakmah tak masak,
hari ini kakmah lepas hajat. Lepas meniaga nasi lemak,
kakmah terus kepasar beli ikan dan sayur-sayuran...Seminggu
sekali pergi pasar, kakmah belilah apa yang kakmah teringin.

Hari ini kakmah teringin nak makan gulai tempoyak pisang
muda dengan ikan talapia. Hemmm sampailah juga hajatnya.
Gulainya seperti gambar diatas.


Bahannya ini je, nak buatnya macam buat gulai masam tempoyak yang
lain-lainlah. Cuma kakmah nak bagi tip sikit kalau nak gulai masam
tempoyak yang sedap dan pekat sikit, kisarkan tempoyak dengan cili,
kunyit hidup, dan 1/4 biji tomato dengan secawan air. Cara ini boleh 
menjimatkan penggunaan tempoyak. Gunakan 1 sudu makan tempoyak
untuk 21/2 cawan air.

Fakta keshatannya pula, kunyit hidup baik untuk penghidap
kencing manis kerana dia mengandungi insulin semulajadi.
Jadi untuk pesakit kencing manis makanlah kunyit sekerap munkin
terutamanya kunyit hidup. Bagi kakmah kunyit muda sedap
dibuat ulam atau campurkan kedalam gulai singang, dan makan
sekali, jangan dibuang.

Tempoyak pula mengandungi asid urik dan tidak baik untuk
penghidap penyakit ghaut. Jadi berhati-hatilah kalau nak makan
tu, jangan makan terlalu banyak.

Semuga jumpa lagi.

Wassalam.