Thursday 31 October 2019

Gulai Maman Jeruk

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini KakMah bersiran malam lah pulak. Siang tadi tak sempat, ada kerja sikit. Esok pun tak sempat rasanya. Allah sibuknya Kak Mah ni mengalahkan PM lah pulak. Tapi tetap sempat juga nak memasak makanan kegemaran Kak Mah, lagi-lagi ada kawan Kak Mah yang akan makan bersama Kak Mah setiap makanan yang Kak Mah masak.



Petang ni Kak Mah masak gulai lemak maman jeruk yang kak Mah jeruk hari Sabtu lepas. Selepas lima hari di jeruk, maman ni dah sesuai sangat untuk dibuat gulai. Kak Mah pun apa lagi mengulailah petang ni, sebab memang kegemaran Kak Mah lah gulai maman jeruk ni. 




Maman jeruk ni memang sesuai di buat gulai berbanding maman segar kerana maman yang dah dijeruk ni akan hilang rasa pahitnya, sebaliknya maman segar walaupun direbus dahulu rasa pahitnya tetap ada lagi melainkan kalau memang suka rasa pahit maman itu. Kak Mah sendiri mana-mana pun boleh, jeruk ke segar boleh aja, semuanya sedap bagi Kak Mah. 


Nak buat gulai mesti ada santannya kan. Kak Mah kukur dan perah sendiri santannya. Santan yang di perah sendiri lebih lemak rasanya. Untuk gulai ini kak Mah gunakan semangkuk santan yang diperah dari sekerat kelapa sederhana besarnya.



Kemudian tumbuk lima biji cili hijau, lima biji aja sebab Kak Mah tak tahan pedas, seulas bawang kecil dan sepuluh ekor ikan bilis yang dibuang perut dan tulangnya. 

Masukkan santan dalam kuali, masukkan bahan tumbuk tadi dan setengah sudu teh serbuk kunyit. Kalau ada kunyit segar lagi bagus, tumbuk sekali dengan cili. hidupkan apidan kacau.


Kacau gini hah..hehe..

 Lepas yu bolehlah masukkan maman jeruk tadi. Masukkan maman saja, air jeruk tu buanglah, masaklah selama lima minit dan rasalah garamnya. Harus diingat maman jeruk ni dah masin, kena berhati-hati meletak garamnya, nanti takut terlebih masin pulak. Masukkan garam, bila dah masak angkatlah.


Dah pun masak dan sedia untuk dihidangkan. Seleranya makan nasi dengan gulai maman jeruk ni. Tambah pulak dengan goreng ikan masin. Oh ya, maman jeruk ni sedap kalau di rampai dengan ikan tenggiri atau ikan masin talang. Kak Mah cuma ada ikan bilis aja tu pasal kak mah guna ikan bilis aja. Itu pun dah sedap sangat dah.

Oklah nanti jumpa lagi dengan resipi yang lain pulak.

Wassalam


8 comments:

  1. wah sedapnya menu kak mah ni, mesti boleh bertambah-tambah makan ni.

    ReplyDelete
  2. sedapnyeeee.. mak kita suku ni. jeruk orang kg. tanya orang pekan tak tau pon mamam tu ape hehhe. Salam kenal . kita baru aktiv kembali berblog harap sudi jalan n follow kita balik hehehe.

    ReplyDelete
  3. Betul tu Cik Bunga, ada sesetengah tempat dia orang tak kenal maman ni, tapi di Kelantan memang belana jeruk maman ni.

    ReplyDelete
  4. masa pegi Gemencheh hari tu ziarah cikgu sek lama dia tapaukan rendang maman.. sebab tak biasa makan jadi makan sket ja. mak yang makan banyak =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pn. Siti
      Rendang maman memang sedap, Kak Mah jarang buat, biasa orang perak dan orang NS yang buat rendang ni, orang Pahang ni gulai lemak aja, dan kebanyakannya makan jeruk mentah aja, bersama isi ikan bakar dan tempoyak manis, du sedapnya.

      Delete
  5. *بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم*
    *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
    🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

    *Senaman Nafas Sejati (SNS)* adalah daripada SEGALUR SANAD SUNAN GUNUNG JATI (Wali Songo)turun ke Tokku Paloh di mana ijazahnya yang boleh kita sama sama miliki daripada GURU ,dan terus boleh digunakan (instant), ilmu HAQ tanpa khodam Dan Jin ini adalah ILMU semata-mata yang dinamakan sebagai SENAMAN NAFAS SEJATI (SNS)

    https://youtu.be/JwOuca1LDb4

    Kini oleh kerana sudah dekat masanya dengan akhir zaman, Guru perkenan untuk menzahirkan Pengijazahan SNS sebagai pakaian se-anak bangsa demi pertahanan & perjuangan kelak.

    2ijazah diturunkan serentak iaitu:-
    Kalimh tunggal
    Pancha tunggal

    Khafiat / Kelebihan ( Atas Izin Allah) :-
    -Wibawa tinggi
    _Disegani Bangsa Jin & Manusia
    _Daya Tarik Luar Biasa
    _Menjadi Perawat
    _Aura Cahaya
    _Barokah Karomah Wali
    _Firasat Kuat & Tajam
    _Energi Positif Tinggi
    _Keselamatan Mutlak Zahir Dan Batin
    _Keselamatan Dari Pengaruh Jahat
    _Terhindar Dari Ancaman / Bahaya Yang Mengancam
    _Pagar Tubuh, Keluarga, Rumah, Pekarangan, Tempat Bisnes Dll
    _Pendinding Dari Santau, Tenung, Guna-Guna Dan Pengaruh Mistik Lainnya.
    _Pengobatan Segala Macam Penyakit
    _Kewibawaan, Mengangkat Darjat Dan Pangkat.
    _Penglarisan, Mahabbah Umum Dan Khusus
    _Memudahkan Rezekinya
    _Dipanjangkan Umurnya
    _Dikasihi Para Hamba Allah Serta Dimudahkan Segala Apa Yang Dicita-Citakannya
    - Yang bersifat panas baran sebelum ini akan menjadi mudah sejuk Dan mudah mengenali sabar dengan keinzinanNya

    *Makluman*
    Tuan Guru Dari Pahang akan turun ke mana mana Negeri, di atas permintan Kekanda Negeri bersandarkan qorum yang cukup iaitu 30 orang 1 sesi Maximum.

    *Penang & Kedah*
    Ijazah Senaman Nafas Sejati (2in1)
    Mengadap Guru
    ☘Tarikh Pertemuan:- akan diberitahu dalam group whatsapp
    ☘Masa :- 8:00PM
    ☘Lokasi :- Damansara Damai,Kuala Lumpur
    *Status:- Locked & Comfirmed*
    🔥Tekan Link
    https://chat.whatsapp.com/HdUtVCmuna40MtR8BiMhwm

    *ijazah jarak jauh open setiap masa bergantung kepada masa yang Guru tetapkan.(Perlu Melalui Admin)

    Ijazah Bertemu lutut dengan Guru
    1) Taklimat Dari Guru
    2) Berwuduk
    3) Sesi Ijazah Bertemu Lutut Dengan Guru , 5 min Seorang
    4) Penerangan Gerakan jurusan SNS
    5) Terus test keilmuan yang di ijazahkan

    *Syarat Kelayakan*
    Beragama Islam
    18 ke bawah dapat keizinan dari ibu bapa atau penjaga

    *Pantang-Larang*
    *Tidak membuat perkara yang di haramkan oleh agama islam.

    *Amalan*
    -Bismillah
    -Syahadah
    -Al-fatihah
    -Yassin Ayat 82

    *Penginapan*
    *tidak disediakan

    *Pendaftaran*
    Segala pembayaran dan comfirmation nama,boleh berurusan dengan Encik Admin

    Boleh Masuk Group Melalui Link Di Bawah Ini👇🏼👇
    *Telegram KeilmuanHaq*
    http://t.me/KeilmuanHaq

    *Activity & Testimoni SNS*
    http://t.me/SenamanNafasSejati

    WHATSAPP SAYA SEKARANG JUGA!!!
    www.wasap.my/+60129799338/SNS

    ReplyDelete
  6. Insy nak cuba mcm sedap tksh kmah share resepi

    ReplyDelete