Friday 27 August 2021

Seronoknya Memancing

 Assalamualaikum

Sallam hormat semua rakan blogger dan pengunjung setia Kak Mah.

Alhamdulillah, jumpa lagi kita pada hari ini., 

Hari ini Kak Mah nak ajak sahabat semua balik Kampung Kak Mah, Mari kita pergi memancing.

Sambil sambil Kak Mah balik membersihkan rumah tu, Kak Mah pergilah memancing, untuk cari lauk makan nasi, hehe

Melepak di tepi kolam ni ada juga hasilnya, kan sahabat dan rakan Kak Mah semua.


Ikan Telapia je, ada juga ikan patin dan ikan tongsan, tapi susah nak pancing. Seronok betul tengok ikan ni, apa lagi kalau dapat kat pancing kita. Cucu cucu Kak Mah memang seronok sangatlah mereka tu, tak kiralah walaupun panas terik, mereka tetap juga nak pancing lagi selagi tak dipaksa balik


Tengoklah ni, besarnya ikan yang dia dapat.


Hem, ramai tu kaki pancing. Tak ada apa nak buat, semua tak boleh kerja, dapat duduk tepi kolam pun jadilah, lebih dari seronok lagi.


Lebih lebih lagi kalau dapat ikan banyak macam ini, Boleh masak apa saja yang kita suka


Nak siang dialah susah sikit ikan ni


Makan sedap, terutamanya kalau buat Sweet and Sour macam ni


Ataupun bakar dengan garam dan kunyit


Gulai masam tempoyak pun sedap, tapi ini ikan patin, kalau ikan telapia pun sedap buat gulai tempoyak, Gulai patin tempoyak ni anak yang buat, sebab dia berniaga pes tempoyak yang ready untuk dimasak cuma tambah ikan dan bahan yang kita perlukan saja.


Kalau malas dan tak cukup masa, goreng macam ini aja pun dan cukup sedap. Goreng dengan garam dan kunyit aja. kanak kanak suka makan.

Ikan ni sedap juga dibuat masak lemak dengan belimbing buluh. Bagi dia pedas sikit, dan tambah sikit terung pipit, alahai sedapnya

Kak Mah tak sempat lagi nak buat masak lemak tu, in shaa Allah nanti pergi memancing sekali lagi Kak Mah buat masak lemak pulak.

Oklah semuga sahabat gembira, take care semua. Jaga SOP juga, semuga Allah pelihara kita semua, Aamiin.

Semuga jumpa lagi.

Wasallam

Wednesday 11 August 2021

Balik Kampung

Assalamualaikum

Alhamdulillah.
Jumpa lagi Rakan rakan Blogger,
Sahabat sahabat pengunjung setia Lipislady


Hari ini Kak Mah rasa seronok sangat bila teringat semula aktiviti Kak Mah, tiga hari lepas, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tengok gambar kat atas pun dah tau kan apa aktiviti Kak Mah. He he he, yerlah, aktiviti balik kampung. Seronoknya, Kak Mah berkesempatan balik ke kampung abang Kak Mah bertiga dengan kakak dan abang Ipar Kak Mah. Kampungnya dekat aja, cuma kesempatan nak balik aja yang tiada.


Rumah ini boleh dikatakan rumah yg kurang diuruskan sebab Abang Kak Mah tinggal di Kuala Lumpur. Dulu dia balik juga sebulan sekali, tapi keadaan sekarang ni tidak mengizinkan dia balik. Kami balik ni pun dengan misi pembersihan dan menjaga mana yang patut. Alhamdulillah seronoknya buat kerja begini,  Tengoklah tu, rumput tumbuh dah panjang.


Inilah rupa rumput kemunchuk. Rumpit ini memang tidak di sukai oleh orang, hehe, apa tidaknya.


Tengok ni apa jadi, adoi, penuh dia melekat.


Inilah tugas pertama abang ipar kak Mah. Memesen rumput, haaa. Kannn seronok buat kerja gini. Sekali sekala.



Ini pulak kerja Kak Mah dan akak Kak Mah, excercise ni, Memang seronok sangat.


Lebih seronok lagi sambil-sambil kerja dapat rezki. Rezki keledek yang ditanam secara rambang beberapa bulan lalu, berisi dah.


Lama dah tak bakar sampah di halaman rumah. Rumah Kak Mah mana ada halaman, jangan kata nak bakar sampah,nak bakar ikan pun tak boleh. Rumah flatlah katakan. Kat sini semua boleh buat, bakar kambing pun boleh, hahaha.


Alhamdulillah, sambil buat kerja, kami dihujani rezeki juga. Gambar kat atas ini bukan buah cempadak dan bukan juga buah nangka yer. Tapi orang Pahang panggil ini buah Bangkung. Buah ini orang makan bijinya sahaja. Isinya di buang kerana dia tak akan masak lembut macam nangka atau cempadak. Isinya tetap keras, sebab itu tidak boleh dimakan. Buah bangkung ni satu dalam seribu sebab dari penelitian Kak Mah pokok Bangkung ini dah pupus dan tidak ditemui lagi dimana-mana kecuali dikampung abang Kak Mah ini.

Tengok ni sama je buah nya dengan cempedak, tapi biji dia lebih besar dari biji cempedak dan biji nangka, dan rasa dia memang lain dari rasa biji nangka dan cempedak, biji bangkong ni lebih lemak dan gebu dari biji cempedak dan namgka.



Ini dia biji bangkong yang dah siap di rebus. Kalau makan dengan kelapa yang di gaul dengan garam atai gula ni mesti sedap sangat. Selain di rebus biji bangkong ini boleh juga di buat pengat dan boleh juga di buat masak gulai lemak kuning atau kari di campur dengan daging ayam.



Durian ni pun rezki yang dihantar oleh saudara yang tahu kami ada di kampung pada hari itu, Alhamdulillah.



Abang ni pun mencangkul cari ubi keledek, banyak jugalah dapatnya aritu.


Oppssss, inilah yang buat Kak Mah terkejut sangat aritu, rasa nak lari tak cukup tanah.  Rupanya saja diletakkan disitu kerana nak menakutkan bebudak ekor panjang tu yang selalun datang mencari makanan.



Ini pun tak sempat lagi nak gali ubinya cuma sempat ambil pucuknya aja untuk buat ulam, makan dengan sambal machang. Alhamdulillah sedap.


Inilah rupanya batang lambuk, kalau buat gulai lemak kuning dengan sardin, alangkah sedapnya.


Daun kari pun ada rupanya, emmm rezkilah semua ni.


Emm cili padi pun banyak, kutiplah bawak balik, hehehe..rezki lagi.

Alhamdulillah inilah yang membuatkan Kak Mah gembira sangat sampai hari ini.  In Shaa Allah Jumaat ni kami akan balik kampung lagi untuk menyambung kerja yang belum siap tu. Munkin dalam dua minggu lagi siaplah,. 

Hingga jumpa lagi di aktiviti akan datang, Sallam sejahtera semua.

Wassalam.










 

Tuesday 10 August 2021

Sallam Maal Hijrah

 Assalamualaikum

Selamat Malam Semua Rakan Rakan Blogger Kak Mah

Selamat Malam Semua Pengunjung Setia Blog Lipislady

Alhamdulillah, Syukur kita masih di beri nafas oleh Allah untuk sampai ke

Tahun Baru Hijrah 1443


Sempena Tahun Baru Hijrah Ini

Kak Mah Ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1443 Ini.

Semuga kita semua dirahmati Allah

Dilindungi Allah

Dan Di berkati Allah

Dengan kesihatan yang memuaskan

Dengan amalan baik yang berterusan

Rezki yang mencukupi

Dipermudahkan segala urusan Dunia dan Akhirat

Diterima segala Ibadah kita.

Aamiin, Aamiin, Aamiin Ya Allah.


Wassalam

Semuga kita jumpa lagi di lain entry.