Sunday 8 February 2015

Trip Langkawi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah semua nampak ceria je malam ni,
Kakmah pun dah betul2 sembuh dari demam dan dah sihat
walafiat adanya.

Malam ni nak share pengalaman seminggu di Langkawi pada penghujung bulan 
Disember 2014 yang lalu. Orang lain mengharung banjir kami anak beranak 
mengharung pengalaman di Langkawi. Memang seronok bercuti beramai-ramai
begini rupanya.

Ni kakmah dengan akak kakmah. Naik MAS kome weh.

Lawatan kami bermula dan berakhir disinilah.Ahli rombongan 21 orang, termasuk kanak-kanak. Ketua rombongan merangkap pembiaya adalah abang kakmah yang tua sekali. 
Pengalaman kami pun bermula sebaik saja penerbangan kami mencecah bumi Langkawi. Waduh bergetar jantung bila kapal terbang yang kami naiki mendarat dengan agak kasar sedikit. 
Terhentak kuat, itu ajalah yang dapat kakmah gambarkan. Munkin kakmah dah lama tak naik kapalterbang, dah lupa macam mana rasanya kapalterbang mendarat. Namun Alhamdulillah
semuanya selamat tak ada masaalah langsung.


Pengalaman kedua dihari kedua, mula-mulanya masa bincang-bincang
beberapa orang je yang sanggup naik cabel car termasuk kakmah.
Walaupun terasa gayat tapi kakmah tetap nak rasa juga naik menda
Allah ini, tapi setelah bincang-bincang lagi masa nak beli tiket, abang
kakmah syorkan semua kena naik. Ok set semua naik. Orang yang paling
gembira sekali ialah kanak2, tapi kakmah pun gembira juga, first time dalam
hayat kakmah yang dah lebih setengah abad ini nak merasa naik kereta yang
hanya tersangkut diatas tali merintasi bukit yang sangat tinggi, hampir 90
darjah. Waw...takut, itulah yang terdetik dihati kakmah.

Senyum walaupun terasa amat gayat.

Sampai ditengah-tengah laluan kakmah macam merasakan cable car
yang kami naiki terhenti seketika, kakmah jenguk kebawah, ya Allah,
tingginya, hati mula berdetik, bagaimana kalau kami tersangkut disitu
untuk beberapa ketika. Nasib baik kakmah ditenangkan oleh saudara
kakmah yang mengatakan kami tak sangkut pun cuma slow sikit sebab 
sedang mendaki. Alhamdulillah kami sampai ju ke perhentian yang 
pertama dan berhenti seketika untuk menikmati pemandangan dari
atas bukit tersebut.


Masa berada di perhentian yang pertama baru kakmah dapat tahu kebenaran
tentang apa yang kakmah rasakan semasa berada ditengah laluan tadi.
Memang benar perjalanan kesemua kereta kabel tersangkut-sangkut
kerena menghadapi kerosakan teknikal. Kami pun berpakat dan membuat 
keputusan untuk tidak turun di hentian yang kedua, tambahan pula hari 
sudah petang dan hujan hampir turun. Sky Bridge pun sedang dalam 
penyelengaraan untuk menaiktaraf agaknya.Dan kelihatannya semua penumpang
tidak mau turun di hentian kedua, mereka hanya berpusing dan meneruskan 
perjalanan balik kebawah. Kesihannya di hentian kedua ada beribu orang
sedang menunggu untuk turun kebawah sedangkan semua orang tidak
mahu turun lagi. Kelihatannya semua orang mau cepat-cepat turun kerana
hujan bila-bila masa saja akan turun dan cable menghadapi masaalah teknikal
yang kakmah rasa agak serious juga kerana dia akan berhenti hampir setiap 
lima minit sekali.


Hampir pukul 4.30 petang baru kami dapat turun kebawah, lima 
minit berada dibawah hujan pun turun dengan lebatnya. Tak dapat 
kakmah nak bayangkan berada didalam cable car didalam hujan
lebat dalam keadaan perjalanan yang tersangkut-sangkut.
Alhamdulillah, perjalanan kami selamat tidak ada apa-apa
kesulitan terjadi. Agaknya memang begitulah perjalanan dengan
cable car ni. Satu pengalaman yang sangat berharga buat kakmah
dan semua ahli rombongan kami.

Tiga Mak Dara Pingitan, diatas jambatan menuju ke tempat berkelah
Durian Perangin.

Kesemua ahli rombongan kami,
Masing2 letih sangat dah nie.


Barisan belakang kat tengah tu ketua rombongan,
pemandu pelancung dan pembiaya..abang kakmah lah tu.
Akak kakmah, abang ipar kakmah dan anak sedara kakmah.


Ni kat jeti nak ke pulau, kami tak pergi, cuma lawat-lawat je kesini.

Rombongan kami tamat disini. Ada lagi tempat-tempat yang kakmah
tak ambil gambar sebab tab kakmah memang tak berfungsi langsung
sepanjang kakmah di Langkawi ini. Alhamdulillah sonny kakmah
masih berfungsi.

Ok Langkawi, esok-esok kome datang lagi.

Wassalam semua yang singgah dan baca sampai sini.

Thursday 5 February 2015

Tumis Labu Manis Dengan Bayam Merah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, inilah menu orang baru sembuh dari demam.
Hampir 2 minggu kakmah tak selera nak makan nasi semasa demam
dan setelah sembuh dari demam.

Apa yang kakmah boleh makan hanyalah roti, kentang goreng
telor rebus dan sikit2 nasi berlaukkan budu. Sampai sekarang pun kakmah 
masih memerlukan budu untuk membuka selera dan sebagai lauk
harian.


Kalau lauk2 tumis air atau rebus2 seperti ini oklah juga,
adalah juga selera sikit menengoknya. Tapi 2/3 hari ni ok dah juga,
boleh dah makan apa2 lauk jangan yang lemak2 sangat
oklah.

Nak buat tumis air ni mudah aja,

ada labu yang dah di potong dalam semangkuk,
bayam dalam satu ikat, siang dan bersihkan
bawang merah seulas, kupas dan mayang
bawang putih seulas, kupas dan titik aja
ikan bilis dalam 6 ekor, buang tulang dan bersihkan,
air dalam 3 cawan,
sedikit minyak untuk menumis.

Caranya nak masaknya begini,

1. panaskan kuali, masukkan 4 sudu minyak dan panaskan
2. Masukkan bawang, bawang putih dan ikan bilis,
tumis sampai naik bau,
3. Masukkan labu, tumis lagi.
4. Masukkan air, masukkan garan secukup rasa,
5. Kalau suka gula boleh masukkan sikit,
biarkan sehingga labu empuk, tutup kuali supaya labu
cepat empuk,
6. Bila labu dah empuk, masukkan bayan 
biarkan sehingga bayam masak dan empuk
bleh diangkat dan hidangkan.
Sedap dihirup semasa sedang panas.

Alhamdulllah
Siap tumis labu dan bayam kita.

Boleh cuba, sedap gila...


Jumpa lagi
Wassalam.