Wednesday 26 June 2019

Kursus Buat Roti

 Assalamualaikum
Kursus buat roti ni Kak Mah hadiri pada hari Khamis lepas 20-06-2019. Seronok dapat belajar buat roti dengan cara yang lebih sempurna daripada yang Kak Mah buat selama ini. Disamping dapat mengenali bahan-bahan yang selama ini Kak Mah tak pernah kenal. Kursus anjuran Amanah Ikhtiar ini diberikan secara percuma kepada ahli Kelab KUSIL, iaitu Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Lipis.


Doh yang dah mengembang setelah di diamkan selama satu jam setelah di uli didalam mixer yang boleh memuatkan adunan sebanyak 3 kilogram.


Berebut jugalah kami nak menggentel roti, seronoknya. 
Bertudung putih kanan sekali tu Pegawai Amanah Ikhtiar wilayah, dari Temerloh.


Dah siap gentel, rehatkan 30 hingga 40 minit sebelum dibakar, supaya roti 
naik sempurna.


Dah masak roti berbagai jenis, dengan satu adunan saja, ya itu adunan roti bun.
Alhamdulillah pandai dah Kak Mah buat roti dengan sempurna.



Dah siap buat roti bergambarlah pulak ramai-ramai.

Selamat pulang dan jumpa lagi.
Wassalam.

Monday 17 June 2019

Selera Syawal

Assalamualaikim.
Alhamdulillah,
Sallam Aidil Fitri buat semua sahabat Kak Mah. Belum terlambat lagi kan nak ucap Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin. Lihatlah menu Kak Mah ni, inilah menu terbaik dan menyelerakan selepas musim perayaan ini.


Setelah berhari-hari makan kek, makan lemang lemang, makan rendang, makan biskut, muaklah pulak rasa tekak ni. Tercari-cari apa lauk yg tak berlemak, tak muak, ada pedas-pedas sikit. Akhirnya pekan sari baru ni beli ikan cencaru, siang potong kepala potong ekor, siat kulitnya, kelarkan dia. Tumbuk bawang, bawang putih, halia, serai, lengkuas, cili padi, lumurkan dan goreng. Kak Mah tambah terung panjang sikit.

Emmm.. inilah lauk paling best rupanya, selepas bermuak-muak di musim perayaan ini. Alhamdulillah. Nanti masak ikan masin pulak yer, tengok macam mana.Mesti best.

Ok, jumpa lagi.

Wassalam.