Assalamualaikum,
Beberapa tahun yang lalu sebelum keh terlibat dalam kemalangan
di Lebuh Raya KL-Karak, ( nanti keh cerita pulak dalam entry keh
yang akan datang) keh memang kaki bawak kereta laju jarak
jauh, Lipis-Kuantan, Lipis KL, kadang2 setiap minggu keh berulang
alik ke Kl dan Kuantan kerana tugas dan masa tu juga keh kaki MLM.
Biasa keh lebih suka berpergian sendirian kerana malas nok
menyusahkan sesiapa. Biasalah tak kira pagi ke, tengahari ke, malam
ke, keh akan memandu sendirian. Kerana seringnya keh kehulu
kehilir sendirian, seringlah juga keh mengalami peristiwa2 yang
pelik.Salah satu diantaranya peristiwa semasa keh memandu malam
dari Kuantan ke Lipis.
Hari tu ( tarikh dah lupa) keh ada seminar sehari di Hotel Vistana
Kuantan. memandangkan seminar bermula pukul 8.00 pagi dan
habis pukul 5.00 petang, keh tak bercadang untuk bermalam di-
Kuantan. Keh boleh bertolak dari Lipis pukul 4.00 pagi, habis seminar
keh terus boleh balik. Ini kes nak jimat bajet.
Hari tu abis aja Seminar keh pegi makan keropok losong dan sata
diTanjung Lumpur. Siap makan terus aja bertolak balik. Masa melalui
Tol Gambang keh tengok jam menunjukkan pukul 7.30 malam.
Bajet keh mesti sampai ke Lipis sebelum pukul 12.00 malam.
Ngeri juga weh bila mengenangkan keh akan melalui jalan Jerantut-
Lipis dalam kepekatan malam, sunyi plak tu, ditambah jalan kecil,
hutan kiri kanan.
Tak sampai setengah jam memandu mata dah mula rasa mengantuk,
macam tak boleh celik, terpaksalah keh berhenti sekejap untuk tido
di setiap hentian. Malah ditengah lebuhraya pun asal ada aja lorong
yang muat untuk kereta berhenti, keh akan berhenti untuk tido. Tak
tau berapa kali keh berhenti untuk tido, sedo tak sedo dah sampai tol
Temerloh. Masa tu dah lebih pukul 12.00 tgh malam.
Tanpa masuk ke bandar Temerloh keh meneruskan perjalanan dengan
keadaan mata yang separuh celik, mengantuk yang teramat sangat.
ditambah pulak dengan hujan yang sekejap lebat, sekejap renyai.
Beberapa kali keh terlalai, kereta pun rasanya dah sekajap ketengoh
sekejap ketepi, sekejap kekanan makan jalan orang, sekejap kekiri.
Sampai pada satu tempat, masih ingat lagi dalam kepala keh nih,
iaitu pangkal jambatan kecik, kiri kanan benchoh atau paya yang
semok, tapi sebelah kanan nampak samar2 cahaya lampu, macam
ada rumah tapi rumahnya tak nampak pun. Bila nampok cahaya
keh pun komfidenlah sikit nok berhanti dan tido.Kalau tak pun keh
tak ada pilihan terpaksa tido juga sebab mata dah tak boleh celik.
Dalam tido keh mimpi macam-macam, dan last sekali keh mimpi
ada orang perempuan ketuk cermin kereta sebelah tempat duduk
keh, bila keh celik mata, seorang perempuan berbaju merah betul2
tengoh ketuk pintu kereta keh. Tak pasti pulak keh dari mana
datang perempuan tu ditengah2 malam buta dan ditengah2 hujan
yang agak lebat juga waktu itu.
Bila nampak orang perempuan keh tanpa syak terus turunkan
sikit cermin tingkap dan tanya perempuan tu, "Ada apa Cik"
Keh pandang muka dia tapi tak berapa jelas. Dia tanya keh balik,
"Awak buat apa kat sini" keh cakap kat dia, "Tido kejap, mengantuk
sangat" dia jawab lagi," Buat apa tido kat sini, bahaya, pegi tido
kat bawah tu ada taman perumahan ada lampu, selamat sikit"
kata dia sambil tunjuk ke seberang jalan, tapi keh tak nampak
pulak ada rumah2 kat situ. "Tak apalah, saya nak jalan dah." kata
keh yang mula syak yang bukan2 sambil terus hidupkan enjin
kereta.
Bila dengar keh cakap macam itu dia terus berlalu. Keh pasang
lampu kereta, kat depan dalam jarak beberapa puluh meter
ada sebuah kereta kancil warna merah sedang bergerak. Tak
nampak plak bila perempuan tu masuk kedalam keretanya,
dan lebih hairan lagi kalau nak dikira logiknya, kalau perempuan
itu berjalan dari kereta keh kereta kancil merah itu, dalam jarak
waktu yang sesingkat itu, boleh dikatakan dalam sekelip mata,
pasti perempuan itu belum sampai lagi kekeretanya.Wallahualam.
Keh cuba mengejar kereta kancil merah tu, sekurang-kurangnya
boleh juga keh beriringan, memandangkan hari dah hampir pukul
2.30 pagi, seram juga memandu seorang dalam hujan renyai
gitu. Memandangkan kereta tu tak berapa laju, keh ingat nak
memotong, biar keh berjalan didepan, rasa selamat sikit.
Sampai kat satu selekoh keh tak jadi nak memotong, bimbang
juga kalau2 ada kereta dari depan. Tapi dalam sekelip mata
pulak kereta kancil merah hilang dari pandangan keh. Keh cuba
memandu lebih laju, tepi kereta tersebut terus hilang walaupun
dikiri kanan jalan tak ada simpang. Dalam hati keh dah rasa
semacam tapi tak ada pilihan, terpaksa juga teruskan perjalanan.
Persinggahan keh seterusnya ialah dihadapan sederet kedai
makan sebelum sampai ke pekan Kerdau. Ada lagi 2/3 orang
sedang makan waktu itu. Kat situ keh tido sampai pukul 3.30
pagi sebelum meneruskan perjalanan keJerantut. Perjalanan
dari Kerdau ke Jerantut keh dah tak berhenti lagi, lalu di
bandar Jerantut dan meneruskan perjalanan Jerantut-Lipis.
Perjalanan Jerantut-Lipis waktu dinihari memang mencabar,
sesiapa yang pernah melaluinya jalan tersebut taulah keadaannya.
Walaupun hujan telah berhenti, tapi kesan dari hujan lebat
masih kelihatan sepanjang jalan hingga ke pekan Kerambit.
Sebelum sampai ke Pekan Kerambit, selepas dari pekan
Mela sekali lagi keh mengalami kejadian aneh. Masa tu kabus
amat tebal sehingga lampu kereta keh cuma boleh tengok
dalam beberapa meter saja. Didepan keh nampak sekumpulan
lembu atau kerbau tak berapa pasti, banyak sangat, berpuluh
ekor, munkin beratus. Keh dah mula gelabah, keh memang takut
pada lembu atau kerbau, berselisih dengan seekor lembu pun
keh takut, apalagi berpuluh ekor. Kaki tangan dah mula mengeletar,
nafas pun dah mula sesak dek ketakutan yang teramat sangat,
mata rasa berpinar, kepala pening. Waktu tu keh tak ingat satu
pun ayat Quran yang biasa keh baca dalam perjalanan, cuma
satu2nya ayat yang keh boleh baca adalah Al-Fatihah. Itu pun
tergagap2. Keh bawak kereta habis perlahan, mengharapkan
binatang2 yang dihadapan tu menepi memberi laluan kepada
kereta keh, atau pun keh terpaksa memberhentikan kereta
menunggu mereka menyerang atau menunggu mereka
beredar bila hari cerah, itu yang berlegar dalam fikiran keh.
Dalam pada keh memandu perlahan2 keh tak sedar pulak bila
bila keh melanggar, melalui atau mengelak lembu2 tersebut.
Sedar tak sedar keh dah sampai pekan kerambit. Keh langsung
tak nampak secara terus atau jelas lembu2 yang tadinya ada
berpuluh ekor dihadapan keh. Tapi waktu tu keh tak pulak
rasa pelik, macam tak ada apa2 berlaku aja. Perjalanan
seterusnya tidak dapat dirakam oleh otak atau pemikiran keh.
Macammana keh memandu, pemandangan kiri kanan yang
keh lihat, semuanya keh tak dapat rakam. Sedar tak sedar
keh sampai ke Lipis, kawasan Centrepoint tepat jam 6.30
pagi. Masa tu keh rasa macam dah tak ada kaki, tangan dan
kepala, masa itulah keh baru rasa betapa stressnya keh
disepanjang perjalanan 11 jam dari Kuantan ke Lipis tadi
dan tak sedar juga bila keh tertido. Bila tersedar semula
jam dah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Barulah keh mampu
bergerak dan balik kerumah.
Alhamdulillah sampai juga keh ke Lipis setelah memandu
dan tido selama 11 jam.
Sekian Wassalam.