Monday 29 March 2010

Plastik Minyak atau Minyak Plastik

Assalamualaikum,

Beberapa bulan yang lepas keh pegi ke satu Pekan Sari dalam daerah Lepih ni juga. Memang kebiasaan keh kala pegi Pekan Sari keh membeli keropok untok dibawak balik. Keh tengok pada petang tu ada tiga orang yang berniaga keropok goreng kat situ. Toke yang sorang tu keh tengok ramai bete orang bekerumun dekat dia menunggu giliran nok membeli keropok. Toke yang dua orang lagi tu tak berapa ramai sangatlah.

Biasalah keh kala nengok orang ramai tu keh rasa mestilah keropok dia tu terlebih sedak sikit pada orang lainnya. Keh pun bekerumunlah kesitu juga. Lama juga keh menunggu nok mendapatkan dua ringgit keropok leko yang di potong nipis dan dijual 10 keping seringgit tu.

Dah dapat keh pun pegilah ketempat lain pulok, nengok2 aja lebihnya, belinya sikit aja. Hala nok balik keh terpandang ke toke keropok tempat keh beli keropok kejak tadi. Matnya weh mata keh tersaloh tengok ke, keh nampok toke keropok tu pegang dua kampit minyok kiri kanan terus aja celup kedalam koli minyok panas, habis cair dengan pelastik minyok sekali masuk kedalam koli minyok panas dia tuh.

Lama juga keh memikirkan mengapa dia buat gitu, tak ke plastik minyok tu bahaya kala termakan, nih kala dah cair dalam koli gitu mestilah melekat pada keropok yang keh beli tadi. Tu hok baru keh nampok, belom lagi hok keh tak nampok. His geli keh.

Bila keh cerita pada sorang kawan barulah keh tau perbuatan tu sengaja dilakukan untuk mengekalkan kerangupan keropok yang digoreng tu, walaupun dah sejuk. MasyaAllah weh. Baru2 ni ada pulok orang bagitau keh jangan beli goreng pisang di tempat2 tertentu sebab minyak goreng pisang dia dah dicampor dengan plastik minyak juga, bertujuan untok merangupkan tepung goreng pisangnya.

Memang pun kala rasa goreng pisang dia, tepungnya memang rangup dan macam berbuih aja tepung tu menyalut pisangnya. Kala dah sejuk terasa lagi rangupnya tapi keras dan liatlah sikit.
Tak cukup dengan keropok dan goreng pisang aja, bawang goreng juga katanya ada deme campurkan strow dalam minyak untok mengekalkan kerangupan bawang goreng tersebut.

Kala gini gayanya, tak heranlah kita nih ramai sangat yang dapat penyakit pelik2, dan kronik2.
Kadang tu muda lagi dah dapat penyakit kronik. Rupanya kita nih makan racun sesaja. Entahlah..Wallahualam..

Sekian Wassalam


Friday 26 March 2010

Tamat.

Assalamualaikum,
Kala beginilah gaya rupa kenderaan nih, rasa keh tamat riwayat semua
orang yang berada didalamnya. Kesian bete.

Sekianlah Wassalam.

Thursday 25 March 2010

Dia Buat Lagi

Assalamualaikum,

Letih bete keh memikirnya, asa berkumandang aja azan maghrib, mulalah dia nok merepair speaker kereta dia, pasang lagu pulok hok lambung2 rambut hok terloncat2, kuatnya toksah ceritalah macam ada karaoke dalam rumoh keh pulok rasanya.

Gonelah gaya keh nok membuatnya, nok maroh keh rasa tak ada hak, itu kedai dia, tak kan dia nok halau customer dia yang nok merepair keretanya. Nok diamkan aja tak bulehlah juga. Sampai nok solat pun tercaca.

Pulok tu keh peliknya yang hantor repair kereta tu nampoknya orang melayu kita nih, kala sekali sekala tu tak apalah, nih tiap2 hari. Tuju ke bete2 masa maghrib, sama naik dengan azan bunyi lagu dia. Kala orang cina ke , keling ke keh tak kisoh sangat nih orang melayu kita.

Entahlah apa nok jadi dah dengan orang kita nih...

Sekianlah dulu.

Wassalam

Wednesday 24 March 2010

Maaf Weh Yek

Assalamualaikum,

Terlebih dulu keh nok minta maaf pada rodong2 yang selalu masuk blog keh dan keh selalu ziarah blog mereka. Sajak akhir2 nih keh tak dapat lagi nok menjawak komen deme, dan tak lepas lagi nok menziarah blog deme. maaflah yee weh.

Disini keh catatkan diantara sebab mengapa keh tak dapat nok berbuat demekian.

1. Internet terlalu lambat :
a. Nok masuk blog keh sendiri ambil masa 3 minit.
b. Nok masuk blog En Zulkbo amik masa 5 minit.
c. Nok masuk blog En Yassin amik masa 6-7 minit
d. Nok masuk blog En Relevan amik masa 4 minit
e. Nok masuk blog En Pie amik masa 4 minit
f. Nok masuk blog endiem amik masa 5 minit
g. Nok masuk blog cikgu Jang amik masa 5 minit, lagi dan lagi dan lagi

Mana hok nama keh tak sebut tu jangan terasa ati yee..sebenonya keh cuba nok buka semua blog rodong2 tapi itulah masaalah keh..sedangkan masa untok online terhad sesangat.

Letih keh menunggu, pas tu nok comment tunggu comment pulok amik masa 5 minit.
Jumlah yang pernoh keh kira untuk selesaikan buat komen blog seorang rodong libih kurang 20 minit. Macam mana weh, ada deme mangalami masaalah seperti keh alami nih?

Harap jangan maroh yee, walau apa pun keh tetap mengingati deme semua..

Sekian wassalam

Monday 22 March 2010

Exotik

Assalamualaikum,

Semalam turun ke Dataran Lipis, sambil2 meraikan kedatangan YAB D.S. PM, tak lupa jugalah komeh anok beranok mengarok dari gerai ke gerai untok melihat pameran dan jualan. Pandang dan lihat aja, nok membeli pun tak ada menda yang menjadi keperluan dan tak ada menda yang terliur.

Cumanya keh tertarik dengan satu gerai yang pada mulanya keh ingat menjual nasik dan lauk pauk. tapi bila keh nengok semua orang makan lauk aja dalam pinggan kertas dan berdiri pulok, keh pun terus menghampiri gerai tersebut.

Rupanya deme tuh membuat promosi masakan exotik seperti belangkas, siput gondang dan kijin. Kijin nih bahasa lepih, tapi kala bahasa standardnya keh rasa deme sebut kepah, tah lah bete ke tidok.


Ini gambo masakan goreng berlada belangkas

Rupanya belangkas ni tak ada isi, didalam kulitnya tu cuma ada telor, penoh telornya, tak ada ruang langsung untok isi, orang makan belangkas ni tak makan isi, cuma makan telornya yang kecik tapi liat dan keras. Kalau ada pun isinya cuma pada kakinya macam isi ketam. Itu yang keh tengok, tapi keh tak rasa, cuma keh rasa dua ulas telornya itu pun sekadar nak lepaskan soal, kala orang tanya dah makan ke masakan belangkas, bulahlah keh kata dah. Sebenonya tekok keh tak buleh nok terima makanan tu..

Inilah rupa telor belangkas yang dah dimasak.

Isi gondang dan kijin pulak deme buat masak lemak kuning rampai dengan umbut gayanya macam sedak aja, tapi bila menyebut aja ke gondang dan kijin tu kembang tekok keh. Bukan keh tak pernoh makan gondang tu, tapi masa kecik2 dulu mok keh masak gondang di panggang aja macam panggang satay, cuma isi kerasnya aja yang diambil, digaul garam kunyit dan dipanggang. memang sedap, tapi sekarang ni dah banyok masakan lain yang lebih sedak, gondang dilupakan, tu sebab dema memperkenalkannya balik.

Munkin juga promosi ini bertujuan untuk menarik orang2 kita untuk mengubah dari makan ikan dan ayam yang semakin mahal kepada siput gondang , belangkas dan kijin pulok. Atau munkin juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelancung luar tentang makanan exotik kita.


Ini siput gondang yang bakal menjadi makanan popular sikit masa lagi.


Inilah rupa belangkas.

Kijin keh tak sempat nok amik gambo, nanti esok2lah yee..

Sekian Wassalam.

Friday 19 March 2010

Bagai Sirih Pulang Ke Gagang.


Assalamualaikum,

Sejak awal bulan ari tuh dah keh nengok orang lepih sibuk aja, bukan apa, maklumlah nok menyambut anok Lepih yang lama merantau nok balik ke Lepih. Pulok tu sebagai pembeso negara pulok. Sambutan weh bukan main lagi. Penuh dah di dalam kawasan bando Lepih nih kemoh2 yang didirikan oleh orang dari kolumpo, memutih aja macam kulat tumbuh lepas ujan.

Keh tumpang gembira aja menengok meriohnya orang lepih membuat persiapan, keh tak terlibat langsung dengan acara sambutan yang gilang gemilang tu. Cuma munkin esok keh tumpang2 sibuk aja atau saja2 buat sibuk, terutamanya kala ada makan2 pree, keh hajat nok ajok anak beranok pegi makan. Bila lagi yek nok makan pree, belanja pembeso negara...

Dengo kabonya lawatan PM Dato' Sri Najib nih sempena 50 taun tertubuhnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, baguslah, nanti kala dia tengok Lepih nit tak reti2 nok membangun munkin dibuat sesuatu untuk membangunkan Lepih nih, terutamanya penduduk luor bando tu hah. Yeelah Lepih ni kan ke tanoh tempat kelahiran dia.

Yang lain2 keh tak tau kebendalah. Cuma keh berdoa sangat ari tak ujan macam selalu, kalau ada keramaian di daeroh nih, hujan pasti akan turun. Dah kata dek deme memang sumpohannya dah kala ada keramaian di Lepih nih akan turunlah hujan lebat atau ribut. Cerita sejarahnya mengapa jadi gitu keh kurang ingat, kurang tau, sesapa nok tau tu acu tanya En Pie atau PakHasim, munkin deme tu tau sikit2...hehehe...Wallahualam.

Sekianlah dulu, " Selamat Datang PM "

Wassalam.

Tuesday 16 March 2010

Berlari keLombok.

Assalamualaikum,

Tiap2 ari ada aja berita orang perempuan kita lari ke Lombok ikut laki2 dari Lombok yang bekerja di Malaysia nih. Apalah agoknya yang istimewa sangat tentang laki-laki Lombok ni yek. Nok kata berada, jauh sekali sebab mereka tu kat sini hanya kerja sebagai buruh ladang kelapa sawit aja, ada juga menorah getoh setengohnya tu kuli kontrak aja atau paling tinggi mandor dalam ladang kelapa sawit.

Orang perempuan kita yang mengikut lelaki Lombok tu pulok bukanlah orang yang sengkek sangat, ada setengohnya tu anak orang berada, ada rupa, macam pelakon remaja kita yang cun melecun tuh, tapi sanggup juga ikut lelaki Lombok yang kerja hanya sebagai mandor di tapak binaan, tak ada harta dan rupa pun taklah lawa sangat.

Lari tinggal ke mok ayoh tanpa sebarang pesan tu satu cerita, sampai ke sana rupa2nya lelaki tu dah ada isteri di sana, tu satu cerita lagi, pas tu tak sampai sebulan nok balik ke malaysia, menyesal, tu satu cerita lagi. Apalah nok jadi.

Tulah yang dikatakan ikut rasa cinta binasa, ikut hati berahi, mati....yee ke nih????

Sekian Wassalam...

Wednesday 10 March 2010

Ada Pulok

Assalamualaikum,

Terlebih dulu keh mintok maap pada rodong2 yang selalu mengunjungi blog keh ni sebab dah lama tak update blog nih, tah lah sejak akhir2 nih keh terlebih bz pulak. walau bagaimana pun terima kasih pada semua yang telah mengomen dalam entry yang lalu, mintok maaf juga sebab keh tak dapat nok membalas komen, insyaAllah ada masa keh balas yee...

Sebenornya beberapa hari yang lalu keh ada menerima ole-ole dari Sarawak, nih ada keh letok gambonya kat bawah untuk tatapan rodong2 semua.


Yang itam2 ni buah dabai, kedaan macam tempoyok, cuma warna itam, rasa masam2 lemak dan masin. Makan dengan nasik. Butirnya yang keras kelengking boleh kerat dengan parang amik isi dalamnya, buleh makan juga, rasanya lagi lemak. Rupa buoh macam kedondong hutan, tapi warna hitam, kalau nak makan celur dengan air panas, pastu gaul garam sikit, makan dengan nasik atau buleh dimakan begitu saja. kalau tak abis baru dibuat tempoyok yang macam dalam gambo diatas. namanya Tenpoyok Dabea.....

Yang ini nok kata derian bukan derian, nok kata cempedok bukan cempedok, tapi rasa macam derian..tapi lebih manis lagi. Rupa buah bulat sebesor buah sukun warna hijau, durinya lembut dan panjang. Orang sana panggil apa, keh tak tau, tapi orang lepih panggil derian tuang kala tak silap keh lah...

Ini terung Dayak, atau terung Iban, kat tempat keh ni panggil terung asam. Dulu masa kecik pernoh keh makan terung nih, sekarang nih tak ada dah...rasanya masam2 manis, kalau dah masok sangat macam dalam gambo nih rasanya ada macam ros sikit..sedak kala buat gulai masam tempoyok dengan ikan semilang...mentua lalu kat belakang grenti tak nampok.. melainkan dia tu pandang kebelakang atau ada mata dibelakang...

Ni buoh engkabang, rasa macam rasa kepayang sikit2, nak masap pun tak susah masak aja macam sayurlain,tapi lepas makan tu ada rasa getoh2 sikit melekat kat mulut, jangan makan banyoklah kala tak mulut buleh berkerebet dibuatnya..
Ok itu aja.
Sekian Wassallam.

Wednesday 3 March 2010

Entahlah...

Assalamualaikum,

Kalau orang yang selama ini kita harapkan untuk membimbing kita kejalan benar, buat kerja macam nih, tak payahlah kita nok marah pada bebudak yang buang anok, kat tepi2 jalan, tepi masjid dan pangkal pokok pisang tu...Deme tuh memang buta agama. Sedang orang yang celik agama sekalipun kala dah bertuankan NAFSU buleh jadi gineh...

Fikir-fikirkanlah sendiri.
Sekian Wassalam.

Doa...

Assalamualaikum,

Maghrib semalam selepas solat macam biasa keh panjatkan doa kepada Allah SWT dengan doa lazim yang dah berbelas tahun keh amalkan. Tapi entah mengapa dipertengahan keh berdoa, tiba2 hati keh dibuai perasaan sayu yang teramat sangat mengenangkan dua insan darah daging keh yang sangat keh sayang dan sangat keh simpati. Lalu selepas doa lazim keh berdoa pulak untuk mereka berdua. Keh pohonkan kepada Allah agar memelihara mereka daripada segala marabahaya dan malapetaka akibat perbuatan manusia dan iblis, keh pohon kan juga agar mereka tabah menghadapi dugaan yang amat perit yang didatangkan oleh Allah untuk mereka. Tidak lupa juga keh pohonkan Allah membuka pintu hati mereka agar memilih jalan terbaik yang di redhai dalam menyelesaikan kemelut ini. Akhirnya dengan pasrah keh mohon Allah menyegerakan apa juga jalan penyelesaian yang dah ditentukan untuk mereka.

Pagi tadi selesai memberi salam untuk mengakhiri solat subuh, air mata keh tanpa dapat dibendung2 turun selebat-lebatnya. Tak terdaya dah keh nok berdoa lazim, terus keh berdoa untuk kedua mereka yang tersayang, seperti doa selepas maghrib semalam dan sebagai seorang ibu yang tidak mahu anaknya terus tenggelam dalam derita kemelut yang tak berkesudahan, dengan penuh redha dan pasrah keh akhiri doa kah dengan ayat ini " Ya allah Ya Tuhanku, seandainya perpisahan itu yang terbaik buat mereka berdua, engkau pisahkanlah mereka dengan segera agar tidak ada lagi hati2 yang terluka, dan tidak ada lagi dosa2 yang tercipta. Amin."

Subhanallah, Alhamdulillah, Inikah jawapan kepada doa keh pagi tadi dan semalam.


Catatan :- Entry ini bukan bertujuan untuk meraih simpati dari sesiapa,( tapi kalau ada sesiapa yang terasa simpati terima kasihlah), kalau keh nok meraih simpati lama dah keh buat entry gineh, cuma ambillah iktibar dari apa yang terbaik dari entry ini, kalau tak dapat apa2 iktibar abaikan saja.

Sekian Wassalam.


Tuesday 2 March 2010

Lepas Makan Kenduri Sakit Perut.

Assalamualaikum,
Ni cerita pagi semalam, sebab semalam tak sempat nak post N3 keh post ari nih.
Semalam, pagi tak pagi keh dapat msg dari kawan keh yang sama2 pegi kenduri kawin kat Tembeso. Komeh pegi berempat orang semuanya.

" Weh aok tak sakit perut ke lepas makan kenduri semalam" Beginilah bunyi msgnya.
Keh pon jawab " Tak sakit pon, mat aok sakit perut ke, cirit beret kee?"
" Ha,ah. komeh seme sakit perut" Jawab kawan keh.

Mana tak sakit perut, kata keh dalam ati, demeh makan macam tak sedo kediri, dah la nasi penuh sepinggan, lauk kari daging kerba deme ambik 2 ketul sorang hok sebeso kotok rokok tu, Ayam masak meroh tu deme amik 2 ketul sorang, acar rempoh deme kaut sesenduk merunju ( penuh ) pajri nenas 2/3 potong sorang. Semuanya habis, licing pinggan deme makan. patut dah kala nok sakit perut pun.

Memang keh tak nafikan lauk kenduri semalam sedap2 belaka, tak sapa masok keh tak berapa kenal, tapi salah seorang dari ahli memasok adalah akak keh. Keh sendiri pon rasa nok menamboh juga, sebab keh amik sikit aja, nasi putih setengoh senduk, ayam sebeso kotok mancis, daging sebeso ibu kaki, acar sesudu, pajri nenas keh langsung tak amik sebab keh berpantang...macam dalam 40 hehehe... Tapi bila keh teringat pesanan Nabi SAW, makanlah sebelum lapo, dan berhentilah sebelom kenyang, keh pon terus basuh tangan, minum air seteguk dan hanto pinggan ke tempat basuh pinggan. Selamat keh dari sakit perut.

Tips kala makan tempat kenduri.
Walaupun semua lauk nampok sedak, pilihlah satu lauk aja yang deme terliur sangat, lauk tu bulehlah diambil seberapa banyok yang deme nak, lauk yang kedua, ketiga dan keempat mesti diambil dalam kuantiti yang sikit aja untuk mengelakkan percampuran yang seimbang antara kesemua lauk tersebut didalam perut. Itulah sebenonya yang menyebabkan sakit perut.
Dagin dan ayam sama panas, tamboh pulok dengan rempah ratus, tambah pulok dengan acar timun yang sejuk, sampai dalam perut deme tu berkelahilah, itu yang menganggu sistem penghadaman, akibatnya sakit perut...

Kala sapa setuju dengan tips ni, amalkanlah, kala tak tak apa, abaikan saja.

Sekian Wassalam.