Sunday 31 May 2015

Selamat Pagi

Assalamualaikum


Bunga Okid dan bunga padi tu tempahan dari kawan,
Kalau ada yang teringin nak tempah bolehlah tinggalkan
pesanan sama ada dalam komen atau chat box kakmah.

Yang ni sekadar decor lama, tengah fikir decor untuk raya plak

Kecil tapi menarik, doili tu kalau nak tempah pun boleh.

Tanaman kakmah kat luar ni dah tak berapa nak menjadi,
ada orang buat renovation rumah Tabung Haji ket sebelah rumah ni,
rumah kakmah ni terlibat sama, sipah2 dengan debu dan simen.

Wassalam,
Jumpa lagi.

Monday 25 May 2015

Trip Cameron Highlands

Assalamualaikum,

Sallam sejahtera buat semua sahabat alam maya Kakmah yang sudi berkunjung ke Blog kakmah ini. Pada 23 dan 24 May Kakmah berada di Cameron Hihglands untuk program Kem Ibadah Saudara Baru peringkat negeri Pahang anjuran Wanita PERKIM negeri Pahang. Kem yang diadakan khusus untuk ahli-ahli PERKIM yang terdiri dari saudara baru atau mualaf itu berlangsung selama dua hari bertujuan untuk memantapkan pengetahuan agama saudara-saudara baru yang baru memeluk Islam dan masih belum begitu fasih dalam menjalankan tanggung jawab mereka sebagai seorang Islam terutama dalam mengerjakan Solat, taharah, dan bacaan-bacaan dalam solat. Juga sempena kedatangan bulan Ramadhan ini mereka diberikan juga penerangan selengkapnya tentang macam mana mengerjakan ibadah puasa.


Peserta dari daerah Rompin, seorang Qariah sedang memperdengarkan
bacaan al Quran sebelum pelajaran dimulakan.

Sempat bergambar beramai-ramai semasa lawatan ke MARDI

Kebun kobis tanpa racun serangga di bawah chalet tempat kami
mengadakan majlis.

Khusuk mendengar pelajara dari ustazah.

Ustazah Fatimah
Munkin anda tak pernah tengok wajahnya di TV,
tapi orang Pahang biasa mendengar suaranya di
Radio Malaysia Kuantan. Beliau seorang penceramah 
agama dan tajuk ceramahnya kali ini berkenaan kedatangan
Ramadhan dan ibadat puasa.

Metron Habesah
Tajuk ceramah beliau kali ini Kanser Payu Dara.

Majlis di Rasmikan oleh
Yang Berbahgia Datin Khadijah bt Ariffin,
isteri Pegawai Daerah Cameron Highlands.

Seorang saudara baru kaum orang asli sedang di uji bacaan al Fatehah nya.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancarnya.
Semuga jumpa lagi dilain program. Terima kasih kepada yang sudi
berkunjung kesini.

Wassalam.

Gambar Trip Cameron Highlands

Assalamualaikum,
Gambar trip kakmah ke Cameron Highlands 23 dan 24 haribulan yang lalu
Bunga ni FOC

Dapat hamper kak Pengerusi

AJK Negeri bersama Yang Berbahgia Datin Khadijah Ariffin,
isteri Pegawai Daerah Cameron Highlands.

Tuan punya blog, posing sikit


Metron Habesah, penceramah kesihatan

Kawan-kawan kakmah, posing biasalah kaki bergambar.

Makcik ni boleh dah baca Fatehah, tapi telo sikit..
Cuba lagi Makcik


Kat belakang tu ladang teh Bharat

Ustazah Fatimah, penceramah agama radio Malaysia Kuantan.

Cik kak dua orang ni nak petik brokoli di ladang MARDI tu.

Habis dah, terima kasih tengok gambar ni.
Jumpa lahi.
Wassalam

Wednesday 20 May 2015

Berblog Sambil Buat Income

Assalamualaikum,

Sallam pagi Rabu rakan-rakan blogger semua,
Menarik kan bunyi tajuk entry Kakmah pagi ini. Berblog sambil buat income.
Memang menarik, sesiapa pun suka kalau dengan tajuk ini.

Tapi tidak semudah itu untuk buat income dengan blog ni, kalau kita
tidak betul-betul tahu caranya. Sebaliknya kalau kita betul-betul tahu caranya,
in shaa Allah, memang mudah. Kakmah pernah dengar rakan kita di Malaysia
ini boleh buat income sehingga RM32,000.00 lebih sebulan hanya dengan berblog.
Percaya atau tidak, tapi kakmah belum pernah tengok buktinya.
Kalau kakmah sendiri sedikit-sedikit tu adalah,
setakat ini kakmah dah dah ada pendapatan sebanyak

Total Earnings

 RM118.81
 dari
aktiviti berblog Kakmah. Ini yang dah kakmah cash out, dah belanja pun.
 Sikit aja kan, tapi cukup mengembirakan Kakmah.
Tengok bulan depan berapa pula kakmah dapat yee..

Tapi kakmah teruja betul tengok earning orang ini 

 Apa kata kita cuba buat macam orang ini.
Langkah mula kita pasang iklan. Iklan yang Kakmah tahu untuk
orang Malaysia ni ialah

mari kita sama-sama cuba.
Semuga berjaya 


Jumpa lagi
Wassalam.

Sunday 17 May 2015

Rakaman Program Bukan Sekadar Resipi TV Al Hijrah

Assalamualaikum,

Selamat malam,
Semua dah tidur yee,
Kakmah plak sibuk baru nak update blog.
Tu dia, siapa yang selalu tengok TV Al Hijrah, terutamanya rancangan
Bukan Sekadar Resipi pasti kenal siapa beliau yang bergambar dengan kakmah ni.
Nama Ustazah ni kakmah dah lupa lah pula. Kakmah cuma ingat nama hujungnya saja
Ustazah Yati. Hehehe..


Siang tadi Kakmah dan rakan2 Ibu Tunggal Parlimen Lipis diundang untuk menjadi tetamu TV Al Hijrah untuk program Bukan Sekadar Resipi. Sebuah program masakan yang berasaskan makanan sunah tajaan Adabi Consumer. Di hostkan oleh ustazah ni. Rakaman untuk dua episod ini dan sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya bakal ditayangkan pada 23 Jun 2015, bulan puasa dan pada Hari Raya Aidil Fitri yang ke lima. Jangan lupa tengok ye kawan2. Rakaman di buat di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis.


Ustazah ni sedang masak jeli kurma dimana kurma merupakan makanan sunnah, dan diantara makanan kegemaran Rasullullah adalah kurma yang direndam dengan susu. Inilah diantara bahan-bahan yang digunakan oleh Ustazah Yati untuk membuat Resipi ini. Diantara sebab mengapa rancangan ini diberi mana Bukan Sekadar Resipi adalah selain dari memperkenalkan resipi dan memasak, ustazah juga banyak berceloteh tentang Rasullullah, akhlaknya, makanan kegemarannya, adabnya didapur selain dari berinteraksi dengan penonton.


Ini krew penerbitan sedang sibuk membuat persiapan sebelum rakaman sebenar di buat. Untuk dua episod memakan masa lebih kurang enam jam. Alhamdulillah selesai rakaman episod pertama kami di jamu dengan makan tengahari, Selesai episod kedua ada pula minum petang, alhamdulillah lagi, petang tadi hujan turun dengan lebatnya.

Semuga jumpa lagi
Wassalam

Saturday 16 May 2015

10 Kebaikan Buah Nenas

Assalamualaikum,

Sallam Israk Mikraj buat sahabat2 kakmah semua.

Sallam Pagi Sabtu rakan2 blogger dan pengunjung blog kakmah semua. Semuga anda sihat dan ceria-ceria sahaja di pagi yang berbahagia ini. Kakmah pun alhamdulillah sihat dan cera selalu. Kepada yang tak ceria tu cari-carilah aktiviti yang boleh membangkitkan kembali mood yang boleh mendatangkan keceriaan. Kalau tak sihat tu jangan lupa makan ubat ikut aturan yang di berikan oleh doktor anda.

Pagi ini kakmah bangun dengan mood baru, mood ceria dan sihat. Hasil daripada melayari internet semalam kakmah dapa satu penemuan baru. Apa dia nak tau. Sarapan pagi dengan jus nanas. Alhamdulillah, sebenarnya kakmah memang peminat buah nenas, dalam seminggu dua atrau tiga kali jugalah kakmah berulam buah nenas, maksud kakmah tu makan colek nenas, itu ajalah yang kakmah tau, buat gulai nenas kakmah jarang apa lagi buat pajeri. Pajeri-pajeri ni bulan puasa aja yang lakunya, sebagai pembuka selera. Tapi colek tu laku tiap-tiap hari.


Haaaa, ni air atau jus nenas kakmah minum pagi tadi,sampai sekarang pun kakmah belum sarapan makanan lain lagi. Kata orang, terutama orang2 tua zaman mak kakmah dulu, makan buah nenas ni boleh mengakibatkan sakit perut, cirit beret dan paling ditakuti akam mengakibatkan keputihan. Buah nenas juga dikaitkan dengan penyakit gatal, kalau ada penyakit gatal jangan makan buah nenas. Atau buah nenas boleh mengakibatkan kegatalan.Tapi kakmah dah makan nenas ni sejak dari budak lagi, tak ada pula mudaratnya.


Tetapi sesuatu yang menarik kakmah temui sewaktu melayari internet semalam tentang kebaikan buah nenas membuatkan kakmah ingin berkongsi dengan anda semua. Disini kakmah kongsikan 10 kebaikan buah nenas ini mengikut apa yang kakmah baca dalam blog ini 
http://www.healthyfoodteam.com  memandangkan kakmah tak tau sangat nak menterjemah bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia, kepada anda yang nak tau lebih lanjut lagi silalah ke Link ini.

10 Kebaikan Buah Nenas.

1. Bromelain dalam nenas boleh mengurangkan bengkak, boleh mengurangkan kesakitan akibat arthritis.
2. Serat didalam nenas boleh membantu menurunkan berat badan
3. Bromelain adalah anti parasite yang boleh membunuh cacing didalam tali perut.
4. Iodine dan bromelain dalam nenas boleh membantu meningkatkan ketidakstabilah autoimmune
    termasuk thyroiditis.
5. Potassium didalam nenas boleh membantu dalam keseimbangan electrolytes untuk mengurangkan risiko krem dan kecederaan dalaman.
6. Serat, enzim dan antioxidan dalam nenas boleh bertindak untuk membuang toxid dalam badan kita
7. Bromelain juga bertindak sebagai pelawas buang air besar
8. Bromelain juga menyihatkan gusi dan memutihkan gigi
9. Vitamin A dan Beta Karotena dalam nenas juga boleh membantu mencerahkan penglihatan untuk warga tua.
10.Juga anti kanser  10.  Protects from cancer
Results from a study, published in the journal Planta Medica, showed that bromelain was superior to the chemotherapy drug 5-fluorauracil in cancer treatment in an animal study. The researchers stated the following:
“This antitumoral effect (of bromelain) was superior to that of 5-FU (5-fluorouracil), whose survival index was approx
Semuga bermanafaat untuk kita semua

Jumpa Lagi,
Wassalam.

Thursday 14 May 2015

Ibu Siapakah Ini

Assalamualaikum

Dalam masa dua hari berturut-turut ini Tuhan uji kakmah dengan 
insiden yang kakmah rasa sangat menyayat hati. Sangat simpati 
rasanya melihat kejadian-kejadian seperti ini,

Ibu Siapakah Ini.

Semalam sewaktu kakmah sedang membeli barang keperluan dapur kakmah disapa oleh seorang ibu tua yang kelihatannya sangat penat. Kakmah tanya dia nak kemana,dia bertanyakan stesen bas. Kakmah pun tunjukkan stesen bas yang tak berapa jauh dari tempat kami duduk itu. Selepas itu dia bertanyakan pula dimana kedai makan, kakmah pun tunjuk kedai makan yang berhampiran dengan stesen bas itu juga. Lapar agaknya makcik ni, bisik hati kecil kakmah. Setelah makcik itu berlalu kakmah habiskan masa kakmah duduk bersembang dengan kawan2 kakmah yang juga sedang membeli barang keperluan dapur. Lama juga kami bersembang sambil menunggu tuan kedai memarut kelapa kami.

Selesai membayar barang2 kakmah pun beredar untuk balik kerumah kakmah tidak berapa jauh dari kedai itu. Dalam perjalanan kakmah nampak seorang kenalan kakmah sedang memimpin seorang perempuan tua, kakmah sapa dari jauh, siapa. Dia menggeleng kepala sambil menghantar perempuan itu kekerusi di stesen bas. Setelah itu dia mendapatkan kakmah sambil menggelengkan kepalanya. 

"Sapa tu" Sapa kakmah
" Entahlah " Jawabnya sambil terus becerita bahawa dia nampak makcik tu sedang berjalan mundar mandir diatas landasan keretapi seperti tidak tahu kemana hendak pergi. Dia tanya makcik tu hendak kemana, dia kata hendak balik. Kemana, kata makcik tu ke Benta, tapi tak tau dimana stesen bas. Rupa-rupanya itulah makcik yang bertanya kakmah sewaktu dikedai tadi. Rupanya dia tidak faham petunjuk kakmah semasa dia bertanyakan dimana stesen bas dan kedai makan tadi. Kesian makcik tu, yang lebih sedih lagi makcik tu rupa2nya nyanyuk dan kurang pendengaran. Persoalannya macam mana ibu yang seperti itu boleh terlepas keluar dan boleh pergi kebandar sendirian dengan menaiki bas awam pula. Dimanakah anak-anaknya yang menjaganya. Kakmah hanya mau bersangka baik, munkin ibu ini tinggal sebatang kara, tidak ada anak dan saudara mara dan memang tinggal sendirian. Subhanallah, kesiannya.


Cerita pagi tadi pula, sewaktu kakmah sedang berjalan balik dari menjalani pemereksaan darah di LPPKN Lipis, kakmah seolah-olah ternampak seseorang yang kakmah kenal. Kebiasaannya kalau kakmah nampak seseorang yang kakmah kenal, lebih-lebih lagi kalau mereka itu ahli persatuan yang kakmah kendalikan, Kakmah akan dekati mereka untuk bertanyakan khabar, Untuk bertanyakan berita terkini mereka.

Bila mendekatinya, sah dia orang yang kakmah sangka. Dia seorang ibu tunggal yang sangat naif dengan seorang anak lelakinya yang berumur 13 tahun. Dari jauh kakmah perhatikan dia sedang bercakap dengan seorang perempuan dalam keadaan kesedihan. Kakmah menghampirinya dan apabila menyedari kakmah menghampirinya dia kelihatan sedikit ceria. Belum sempat menjawab salam kakmah, dia terus bercerita bahawa dia telah kehabisan duit untuk belanja, mendapat tahu bantuan kewangan dari JKM telah keluar dan sedia di tuntuk melalui bank pembayar, dia dan anaknya pergi ke bank untuk menuntut bayaran tersebut, tapi malangnya cara pemberian wang bantuan tersebut telah berubah, ia diberi secara berkumpulan, dan untuk kumpulannya wang tersebut hanya boleh di keluarkan minggu depan, begitu menurut ceritanya.

Bila kakmah tanyakan bagaimana dia keluar dari kampungnya yang jauhnya lebih kurang 15 km dari bandar ini, dia kata dia datang menaiki bas dan hanya membawa tambang pergi untuk dua orang, dan tidak ada tambang balik. Dia cuba meminta pada makcik yang dia jumpa tadi tapi makcik tersebut kata dia pun tak ada duit. Kakmah tanyakan, berapakah tambangnya kalau menaiki bas atau menaiki kereta sewa, Rm2 untuk bas dan RM 10 untuk bas katanya.

Kakmah tanya kalau tak dapat duit macam mana awak nak balik, jalan kakilah nampaknya, kata dia. Sebut pasal jalan kaki ni kakmah tak heran sangat sebab kakmah sendiri adalah pejalan kaki tegar sejak lesen memandu kakmah di gantung oleh JPJ lapan bulan yang lalu. Malah berjalan kaki membuatkan kesihatan kakmah semakin baik.

Tapi berjalan kaki di tepi jalan raya yang sunyi sejauh itu kerana tiada duit untuk membayar tambang bas walaupun hanya bernilai RM4 adalah amat memilukan.

Maha suci Allah, Allah telah hantar Kakmah kepadanya dalam keadaan dia kesuntukkan itu. Kakmah buka dompet kakmah, alhamdulillah ada RM12 semuanya baki setelah membuat pelbagai bayaran pada hari semalam. Kakmah keluarkan not RM 10. Pinjam ye kak RM 10, bisiknya perlahan. Kakmah cuma angguk sambil menghulurkan not kepadanya. Halal, tak payah bayar, itu saja kakmah mampu katakan. Rasa nak menitik air mata kakmah.Bagi kakmah bukan nilai RM 10 itu yang menjadi persoalannya tapi harapan seorang ibu tunggal yang sangat naif, buta huruf, dan tidak tahu apa2 yang begitu gigih untuk menyara anak2nya itulah yang sangat menyentuh perasaan kakmah.

Apabila kakmah tanyakan sama ada dia sudah sarapan ke belum, pada mulanya dia jawab perlahan sudah, tapi bila kakmah tanyakan berkali-kali dia kata belum. Bagaimanalah dia menahan kelaparannya sehingga basnya sampai pada pukul 1.30 tengahari nanti sedangkan wakti itu baru sahaja pukul 10.30 pagi. Ada lagi 3 jam untuk dia menahan lapar, munkin satu jam perjalanan bas dan berjalan kaki kerumahnya. Nak kakmah suruh dia gunakan duit yang kakmah bagi itu takut dia terlebih pakai langsung habis, tidak meninggal untuk tambang bas.

Dipendekkan cerita kakmah teringat sebelum keluar tadi kakmah ada masak nasi goreng, belum makan lagi, apa salahnya berikan kepadanya dan anaknya. Kakmah balik kerumah yang sangat hampir dengan tempat kami bertemu itu, buatkan sedikit minuman dan berikan kepadanya. Alhamdulillah barulah lega hati kakmah dapat menjalankan tenggungjawab sebagai ahli masyarakat.

Maaf kawan-kawan, kakmah ceritakan ini bukan niat nak menunjuk-nunjuk, apalagi untuk berperasaan riak. Kakmah hanya ingin berkongsi fenomena masyarakat kampung seperti kakmah dan watak2 dalam cerita kakmah ini, dan ingin melahirkan rasa sedikit tidak puas hati dengan sistem pentadbiran jabatan kerjaan khususnya JKM ini yang semakin menyusahkan rakyat termiskin ini dan sistem kekeluargaan yang semakin longgar seperti dalam cerita kakmah yang pertama. Wallahhualam bissawab.

Semuga Jumpa lagi,
Wassalam.

Tuesday 12 May 2015

Gulai Lemak Putih Buah Ketola Dengan Fuchuk Dan Soon

Assalamualaikum,

Apa khabar rakan2 blogger dan pengunjung kamah semua,
harap2nya semuanya sihat dan ceria belaka yee. Kakmah,
ohh kakmah memang sentisa ceria, hari ni lagi ceria sampai
terlebih rajin. Tengok lah ni, hari ni kakmah masak...Lama
dah kakmah tak masak dirumah kakmah sendiri, hari ni 
terasa nak makan masakan kakmah sendiri, walaupun simple
je, tapi tetap menyelerakan. Kena pulak dengan gu nya,
memang sedap.


Inilah masakan kakmah hari ini, gulai lemak putih buah ketola rampai
dengan fuchok dan soon, lawan pulak dengan ikan masin takok dan
sambal belimbing hitam mentah, Alhamdulillah, sedap.


Itu je yang dapat kakmah katakan. Walaupun simple kakmah 
tetap nak kongsi resipi gulai ketola ini untuk anak2 yang baru
nak belajar masak tu bolehlah mencuba.

Bahan2nya

1 biji buah ketola potong ikut suka
1 kampit fucuk dan soon campur, rendam sampai lembut
2 mangkuk santan sederhana pekat
10 ekor ikan bilis belah dan buang perutnya
( Boleh juga guna udang kering atau udang basah)
1/2 labu bawang besar
garam dan gula secukup rasa.

Cara2nya

1. Basuh fuchuk dan soon, masukkan kedalam periuk
2. Masukkan santan, ikan bilis atau udang dan bawang
3. Jerang diatas api yang sederhana, kacau selalu hingga mendidih
supaya santan tidak berketul.
4. Bila dah mendidih dan fuchuk dah lembut masukkan ketola.
5. Masukkan garam dan gula kalau perlu atau suka,
Tunggu hungga petola empuk, jangan terlebih masak pula
Rasa garamnya, setelah masak bileh diangkat dan hidangkan.

Selamat mencuba,
Wassalam.

Monday 11 May 2015

Matlamat dan Buku Catatan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di pagi yang hening ini. Alhamdulillah juga, kakmah baru saja selamat sampai dari Kuala Lumpur setelah berada disana selama seminggu. Alhamdulillah juga di pagi yang hening ini kakmah dikurniakan ilham untuk mencoret didalam Blog Kakmah ini.


Tajuk Kakmah kali ini masih lagi bekisar dibawah Label Mengapa Kita Berblog, dengan tajuk
Matlamat Dan Buku Catatan. 

Apabila kita melakukan sesuatu, kita mistilah meletakkan sesuatu matlamat, barulah apa saja yang kita lakukan itu, kita akan melakukannya bersungguh-sungguh.Berblog juga mesti ada matlamatnya. Jika tidak ada matlamat kita akan mudah terasa jemu, mudah kekeringan idea untuk melahirkan entri. Ini apa yang kakmah rasa selama ini.

Bila kita telah ada matlamat, baru mudah untuk kita melaksanakan kerja-kerja yang telah kita rancang demi mencapai matlamat tersebut. 

Namun matlamat dan rancangan saja tidak memadai juga, kerana kadang2 kita pun terlupa apa yang telah kita rancang. Ini membuatkan rangcangan kita menjadi sia-sia dan matlamat tidak tercapai, masa jadi terbuang. Jadi cara yang paling baik untuk mengelakkan kita terlupa apa yang telah kita rancang, catatlah apa yang telah dirancang itu didalam satu buku yang kita namakan bukum catatan. Catatkan dahulu apa matlamat kita, setelah itu rancang satu persatu apa yang kita perlu buat. Jangan lupa setiap hari semak semula apa yang dah kita catat, apa yang dah kita laksanakan, bagaimana kemajuannya.

Dalam kita melaksanakan rancangan kita demi mencapai matlamat yang telah kita tetapkan itu, kita pasti akan memerlukan beberapa keperluan yang menghendaki kita menyimpan log in id dan password. Ini penting, catatkan juga perkara ini satu persatu didalam buku catatan kita kerana kita tak munkin boleh mengingati login id dan pasword yang banyak itu. Jangan lupa juga, jangan sesekali menulis pasword yang sama untuk beberapa login id.

Setelah ada matlamat, ada catatan tentang apa yang perlu dibuat demi untuk mencapai matlamat tersebut, barulah mudah untu kita melaksanakannya. Dan tunggu ajalah kejayaannya.

Semuga berjumpa lagi dengan tajuk yang lain pula, kakmah ucapkan selamat berblog buat rakan2 blogger dan selamat membaca kepada rakan pembaca dan kepada yang baru nak cuba membangunkan blog sila ke sini.

Sekian
Wassalam

Thursday 7 May 2015

Kita Berblog Untuk Apa

Assalamualaikum,

Salam pagi Khamis rakan blogger kakmah, pengunjung tetap, dan pengunjung yang sudi singgah di blog kakmah ini. Sebenarnya dah lama ada pertanyaan ini didalam hati kakmah ini. Tapi setiap kali nak buat entry kakmah hilang punca, tak tau apa perkataan dan ayat yang nak dimulakan dulu.Kakmah rasa topik ni tak adalah berat sangat, tapi bagus juga untuk dibincangkan. 

Kakmah mula berblog pada tahun 2009, diam tak diam dah enam tahun rupanya yer..Walaupun dah banyak entry yang kakmah tulis, dah ramai pengunjung-pengunjung yang singgah membaca entry kakmah yang tak berapa menarik, dan ada juga yang menarik ini, tapi masih kakmah rasa tidak puas hati dengan pencapaian kakmah dalam berblog.

Berbalik kepada tujuan kita berblog, pada awalnya memang kakmah tak tauuntuk apa kakmah berblog, apa nak ditulis, pendek kata kakmah tak ada sesuatu yang khusus nak ditulis di blog ini, cuma bila ada sesuatu yang kakmah rasa menasabah untuk dikongsi, kakmah tulislah, dan pada awalnya mendapat banyak juga respond dari kawan-kawan yang membacanya.

Dipertengahan masa berblog, kakmah rasa memang blog ni mendapat sambutan tak kurang juga hebatnya sehingga hingga kini kakmah dah mendapat lebih 300,000 pengunjung. Namun apakah itu boleh mengukur tahap kepuasan kakmah berblog. Jawapannya adalah tidak. Jujur kakmah katakan hingga kini kakmah masih rasa tidak puas hati dengan pencapaian kakmah dalam berblog.Ini kerana blog yang berjaya haruslah dapat menjana pendapatan kepada pemblog-pemblog itu sendiri, itu pendapat kakmah. Kakmah pasti ada orang lain yang setuju dengan pendapat kakmah ini.

Namun ada juga orang yang tidak kisah itu semua kerana tujuan mereka berblog hanyalah untuk meluahkan apa yang terbuku dihati, apa yang menjadi kemuskilan dijiwa kerana blog adalah tempat yang paling mudah untuk berbuat demikian. Mereka seolah-olah syok sendiri dengan entri-entri yang kadang2 turut menyinggung perasaan orang lain. Memang pada awal penglbatan kakmah dalam berblog ini banyak kakmah jumpa blog yang begitu dan ada juga terjadi perang komen diruang komen.Bagi kakmah suasana ini amat tidak menyenangkan dan kebiasaannya kakmah akan menjauhi blog yang begini.

Ada juga yang berblog untuk berkongsi pengetahuan,tak kiralah mengenai kesihatan, perubatan, politik, aktiviti dan kejadian semasa serta masakan. Setakat ini blog masakan yang paling top ranking, paling digemari dan paling mendapat kunjungan yang ramai. Boleh buat duit ni, tapi bagaimana. Ini yang sedang berlegar-legar dalam benak kakmah ini.

Dan buat masa terkini inilah tujuan kakmah berblog, untuk menjana pasif income terutamanya buat orang seperti kakmah ini yang dah malas nak bekerja membanting tulang, Opppssss....Tapi bagaimana yeee...

Beri kakmah masa sedikit untuk mengkaji bagaimana dan apa yang dah dilakukan oleh orang-orang yang dah berjaya menjana income melalui blog mereka malah ada yang berpendapatan jauh lebih tinggi dari apa yang mereka dapati melalui pekerjaan tetap mereka, hanya dengan menghadap komputer beberapa jam sehari, berblog.

Inn Shaa Allah mulai sekarang kakmah akan kongsikan setiap apa yang kakmah lakukan dan setiap pengetahuan yang kakmah dapati untuk menuju kearah aktiviti berblog yang boleh mendatangkan keuntungan. Dan untuk tajuk ini dan yang seterusnya kakmah akan letakkan dibawah Label Mengapa Kita Berblog.

Sehingga setakat ini dulu mengenai entry kali ini, semuga kita berjumpa dilain kali dengan topik yang lain pula, salam keceriaan dan selamat berblog dari kakmah.

Wassalam.




Wednesday 6 May 2015

Gulai Maman Jeruk Dengan Daging Ayam

 Assalamualaikum,
Salam Maghrib sahabat2 blogger semua,
Kakmah baru lepas masak ni, semerbak bau maman jeruk ni buat
perut kakmah rasa tersangatlah laparnya.

Oh yee, kakmah petang ni masak gulai maman jeruk di rampaikan
dengan daging ayam, first time buat ni, biasanya dirampaikan dengan ikan.
Tapi nak rasa rampai dengan ayam pula. Ohh..sedap juga rasanya,
bolehlah, buat pedas2 sikit. Hemm..makan tak nampak telinga.

   Kakmah guna santan ni jee,
tak ada santan segar.

 Warna ni sebenarnya kuning kehijau-hijauan sebab kakmah
guna cili hijau, tapi gambar ni tak nampak hijau sangat.

   

Petang ni kakmah rasa besar hati nak kongsi resipi gulai kakmah ni
dengan kawan2 yang sempat singgah disini. Resipi simple je, semua orang
boleh buat.

Ok, bahan-bahannya

1 mangkuk maman jeruk, yang dah jeruk selama 3/4 hari
1 mangkuk isi ayam dari bahagian dadanya
1 mangkuk air campur separuh kotak santan
1 kotak santan seperti diatas
25 biji cili padi hijau
1 inci kunyit hidup atau 1 sudu teh serbuk kunyit
1 labu bawang besar sebesar bola golf
garam secukup rasa.
sedikit gula kalau perlu.
1 keping asam gelugur

Cara-caranya

1. Tumbuk cili dengan kunyit hingga lumat, masukkan kedalam periok
2. Tambah semangkuk air dan setengah kotak santan.Masukkan asam.
3. Masukkan ayam dan bawang yang dah dimayang
4. Jerang diatas api hingga mengelegak, kacau dan terus kacau.
5. Bila ayam sudah masak masukkan garam.
6. Masukkan maman jeruk yang dah ditoskan airnya. Basuhkan sedikit jika
tidak suka rasanya yang masam.
7. Masak sehingga maman masak dan lembut, tambahkan lebihan santan dan kacau lagi.
8. Rasa garamnya dan tambah setengah sudu teh gula kalau perlu.
9. Masak hingga pekat dan sedap rasanta, angkat dan hidangkan.

Semuga jumpa lagi,
Sallam Maghrib.


Bunga Dari Tali Rafia

 Assalamualaikum,

Tali rafia biasanya orang buat mengikat barang, apabila sudah digunakan 
dibuang begitu saja kedalam tong sampah, tidak diperdulikan lagi. Tapi bagi
kakmah dan sesetengah tangan2 yang kreatif, tali rafia
merupakan bahan yang sangat berharga malah boleh mendatangkan hasil
yang boleh menambah pendapatan bulanan kalau diusahakan secara serious.

 Lihatlah bunga ini yang kakmah hasilkan dengan menggunakan tali rafia, tapi bukanlah
tali rafia yang dah digunakan kerana kualitinya tidak begitu baik, apabila menggunakan
tali yang dah digunakan. Tali ini kakmah beli baru dikedai dan kakmah buat bunga seperti
ini dan kakmah jual. Alhamdulillah boleh dijual. 

Untuk tempahan boleh sms atau call kakmah 016 9540985

Semuga jumpa lagi
Wassalam

Crochet

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dapat satu lagi paten,
cantik paten ni, untuk pelbagai kegunaan,
alas meja makan besar atau kecil boleh,
alas meja kopi boleh, untuk dibuat saprah pun boleh.
Bergantung kepada saiz. Nak buat pun mudah sebab dia 
dibuat sekeping-sekeping, tinggal cantum sahaja kalau nak
besarkan.


  Yang ni kakmah dah mula buka untuk tempahan, 
kalau nak tempah bagi tau saiz yang dikehendaki sahaja,
lepas itu kakmah ukur dan tentukan berapa harganya.
Boleh pilih warna kesukaan sendiri, atau pelanggan hantar benang
kepada kakmah, kakmah cuma ambil upah kait sahaja.
Mudah kan.
 Ok, kalau sesiapa berminat boleh call kakmah 016 9540985.
Cepat sebelum kakmah tutup tempahan menjelang puasa dan hari raya.

Semuga jumpa lagi
Wassalam.