Sunday 24 March 2013

Demi Masa

Assalamualaikum,

Salam sejahtera, Selamat Pagi,Sarapan apa pagi nie,Kakmah pagi ni sarapan dengan mee goreng segera,
Roti bakar 2 keping, Nestum 3 in 1 segelas.Alhamdulillah. 

Buat sementara waktu ni beginilah kehidupan kakmah,sepanjang minggu berada di wad, hari Jumaat malam
Sabtu kakmah balik ke rumah, Ahad petang bertolaksemula ke HKL. Alhamdulillah. Rutin kehidupan begini banyak menginsafkan diri kakmah tentang banyak perkara, terutamanya tentang masa. Masa yang sentiasa mengejar kita, Masa yang sentiasa tak cukup, masa terluang yang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah dan masa yang baik sebelum datang keburukan.

Duduk di wad dengan dikelilingi oleh pesakit-pesakit kanser yang terdiri dari pelbagai jenis dan pelbagai tahap juga membuatkan kakmah rasa tersangat insaf, betapa bertuahnya diri kita yang sihat ini, yang masih dapat menikmati segala macam nikmat yang diberikan Allah kepada kita.

Kakmah kadang-kadang terlampau sedih melihat mereka yang terpaksa berjuang melawan penyakit yang mereka sendiri telah tahu apa pengakhirnya, kakmah terharu melihat mereka yang dengan reda menerima ketentuan Allah keatas diri mereka dan ada yang masih selamba sahaja bercerita tenteng penyakit mereka tanpa ada riak kesal dan cuak diwajah mereka.Tiada lagi yang dapat mereka lakukan melainkan menanti dua ketentuan Allah sama ada mereka akan kembali sihat atau dijemput menghadapNya. Semuga Allah memelihara mereka dan kakmah yang sihat ini. Semuga tidak lalai dan dapat menggunakan masa dengan sebaiknya.


Sambil-sambil jaga orang sakit kakmah buat nie.


 Dah siap separuh walau pun diusahakan 
secara sambilan, jika ada masa terluang


Ni paten asalnya
cantik sangat bagi orang yang minat crochet.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.

Monday 4 March 2013

Trip To Kuala Lumpur.

Assalamualaiakum,

Lama tak jumpa,
apa khabar rodong-rodong semua,
sihat dan gembira selalu hendaknya.
Kakmah??...ohhh..kakmah sentiasa ceria gembira, 
Sihat wal afiat alhamdulillah.
Dengan izin Allah.

Hari ini kejap lagi nak shut down komputer 
setelah hampir sepuluh hari komputer ni on, 
tak pernah shut down, walaupun
kakmah sebenarnya tak berkesempatan nak online,
 tapi komputer ni tetap on.
Adalah tu keje lain yang kakmah kena buat.

Hari ni kakmah ada trip ke KL,
bukan trip untuk bersuka ria,
bukan juga trip untuk membeli belah
dan bukan juga trip nak menziarah anak cucu.

Trip kakmah kali ni adalah ala-ala 
misi kemanusiaan gitu.
iya hari ni kakmah ke KL nak menziarah kakak
ipar kakmah yang baru saja menjalani 
pembedahan kanser tiroid,
tapi masih terlalu lemah menyebabkan
beliau tak berkemampuan untuk menguruskan
diri. Jadi kakmah ni macam pergi nak 
menjadi jururawatlah..hehe...

Oppss...kawan dah msg suruh turun..
Jangan lupa doakan kakmah 
selamat pergi balik yee...kawan2

Wassalam...