Assalamualaikum,
Semalam Kakmah terkejut sungguh bila anak kakmah bagi tau
kami kena ke hospital dulu, sedangkan kami sebenarnya sedang
bersiap2 untuk ke rumah orang kawin. Apa lagi, makan kendurilah.
" Angah tertelan sepit rambut, sekarang ada kat hospital."
Kata anak kakmah, terasa sebak dada kakmah
mendengarkan ungkapan itu.
Mengapa jadi macam itu? kakmah mula bayangkan
keadaan Angah, cucu sulung kakmah yang baru berusia
7 tahun itu menghadapi keadaan yang sangat mencemaskan.
Kakmah juga bayangkan ketika kakmah sendiri tersangkut tulang ikan bilis
yang tak sampai pun sebesar rambut dan kurang dari 1 sentimeter panjang kat
kerongkong kakmah, terasa sangat peritnya, cemasnya, dan tak henti2
kakmah cuba mengeluarkannya dengan berbagai cara sehingga
hilang rasa tulang tu kat kerongkong kakmah.
Yang ini bukan lagi tulang ikan bilis,
tapi sepit rambut yang berlekuk-lekuk sepanjang hampir
5 sentimeter, Subhanallah, tak dapat kakmah bayangkan
macam mana cemasnya cucu kakmah yang sekecil itu menghadapinya.
Sampai kat hospital kakmah terus sergah menantu kakmah,
" Mengapa awak bagi anak makan sepit rambut? Tak ada nasi ke?"
Hehe, kesian kaklong, menantu kakmah, sedih je mukanya.
" Takpelah, sabar, doakan sepaya cepat selesai masaalah ni"
Pujuk kakmah sambil peluk dan cium memantu kakmah.
Selepas tu kami 4/5 orang terus je masuk ke bilik kecemasan.
Tempat angah terbaring lesu, pucat je kakmah tengok muka dan badannya.
Kakmah ingatkan dia pingsan, rupanya tidur je, Alhamdulillah, Ya Allah.
Tabahnya hati angah, terus je bercerita dengan kakmah
macammana dia korek tekaknya sampai muntah
dalam percubaannya untuk mengeluarkan sepit yang tersangkut
dikerongkongnya, sebelum seorang jururawat yang tinggal sebelah
rumah menasihatkan supaya dibawa kehospital dengan segera.
Kakmah lihat meleleh airmatanya sambil bercerita.
Masa tu pihak hospital sedang bersiap-siap nak bawa Angah
ke hospital Temerloh kerana doktor kurang berkeyakinan nak
mengeluarkannya di hospital Lipis, kerana kurang peralatan.
Kakmah tunggu sampai Angah dan Ibu bertolak.
Berita terkini malam semalam Ayah dah sampai dari KL,
percubaan untuk mengeluarkan sepit tu dah dibuat tapi gagal.
sepit tu dah turun kebawah sikit.
Dan sedang menunggu giliran untuk buat cara lain.
Hari ni belum ada maklumat lagi dari Ibu dan
Ayah yang ada di hospital Temerloh tu.
Kakmah doakan Angah selamat menjalani
proses mengeluarkan bendaasing dalam kerongkongnya,
Kawan2, tolong doakan cucu kakmah yee..
Semuga Jumpa Lagi.
Wassalam