Friday 28 February 2014

Projek Sulung 2014

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, projek sulung kakmah bahagian crochet
dah bermula,Hajat hati nak buat alas meja makan 6 kerusi. 
Semuga kakmah berjaya menyiapkannya dalam masa
 yang terdekat, In Shaa Allah.

Tuesday 25 February 2014

Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, hari ini hari yang paling bahagia buat kakmah, syukurlah hari ni kakmah dah dapat melayari internet melalui komputer kakmah dengan menggunakan broadband, menggunakan simkad telefon kakmah sendiri sebab simkad broadband kakmah yang sedia ada dah di batalkan akibat terlalu lama tidak di masukkan kredit. Ini pun tadi kakmah tawakkal je menggunakan simkad telefon kakmah, Alhamdulillah berjaya..

Dua bulan lebeh kakmah tak dapat melayari internet menggunakan PC disebabkan line internet celcom yang sangat lembab selepas banjir diKuantan ni. Bila balik Lipis pun kakmah tak dapat internet sebab PC dah dipindahkan ke Kuantan sebelumnya. Hari ini Alhamdulillah, semuanya dah ok walaupun line lembab sesangat. Dari pagi pukul 10 tadi kakmah mencuba untuk membuka blog kakmah ni, baru sekarang, dah hampir pukul 1 tengahari baru berjaya.

Semuga line ni menjadi bertambah baik sepanjang kakmah berada di Kuantan ini, munkin sehingga hujung Mac nanti, bolehlah kakmah berblog semula. Inn Shaa Allah. Terima kasih kepada pengunjung blog kakmah, walaupun kakmah tak post entry baru, namun penggunjung tak putus2 juga mengunjungi blog kakmah ni. Sekali lagi terima kasih.

Sekianlah dulu, semuga jumpa lagi.
Alamak tak berjaya juga guna web, nak kena guna apps juga, pakai tab, oklah asalkan boleh publish.Alhamdulillah
Wassalam.


Wednesday 5 February 2014

Lega..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesailah sudah segala kemelut tentang sakit anak bujang kakmah, yang demam berseorangan dirumah sewanya. Cuti raya cina ni kakmah ambil kesempatan suruh dia balik kerumah kakmah, malam tu juga kakmah bawa dia ke hospital itu pun setelah dia kata sakit gigi yang teramat sangat. Dah berpuluh biji panadol dia telan namun boleh bertahan beberapa jam sahaja, bila habis kuasa panadol, sakitnya datang semula.Pukul 12.00 tengah malam kakmah bawa dia ke hospital Lipis, malam tu juga doktor buat pemereksaan darah, pukul 4.00 pagi baru selesai dan dia diberikan kad pemantauan pesakit dangi disamping di arahkan supaya datang setiap hari ke hospital untuk pemereksaan darah sehingga dia disahkan bebas dari dangi

Hari kedua anak kakmah tak nak pergi ambil darah lagi, katanya sakit bila kena cucuk dan bila darah dia kena sedut. Puas kakmah pujuk, cakap nak cek gigi dan gusi dia yang sakit dan nak ambil MC baru dia nak pergi, tapi anehnya setelah dibuat pemereksaan darah dia dah bebas dari dangi, Alhamdulillah Allah punya kuasa. Tapi dia ada masaalah ketumbuhan dan bisul pula di lelangit mulutnya. Bisul itulah yang membuatkan dia sakit yang teramat sangat malam sebelum dia di bawa kehospital. Tapi Alhamdulillah juga sakit tu semua dah berakhir, cuma bisul tu belum surut. Harap-harap hari ini sewaktu kakmah menulis entry ini bsul tu dah semakin mengecil. Inn Shaa Allah.

Lega sikit rasanya hati kakmah dia dapat menjalani pepereksaan pada hari Isnin lalu, dan dengar suara dia dah ceria sikit masa kakmah telefon dia semalam. Alhamdulillah, syukur padamu ya Allah.

Semuga tidak ada lagi kesakitan yang ditanggungnya, kesian anak kakmah tu duduk sesorang dirumah sewanya sementara rakan2 yang lain sedang bercuti.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.