Sunday 27 April 2014

Tabiat Pemakanan Yang Sihat

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ni kakmah macam tak cukup masa nak update blog ni, lebih-lebih lagi bila kakmah selalu tak ada dirumah, berpergian, jauh dari komputer kesayangan kakmah ni dan tak ada buat apa-apa yang dapat diceritakan. 

Tambahan pula badan tak berapa sihat, mood untuk blogging juga menjadi lembab. Tapi kakmah suka nak kongsi pengetahuan, pengalaman yang kakmah dapat dimana-mana melalui pembacaan dan dari layaran internet dalam pencarian kakmah terhadap ubat-ubat dan penawar-penawar untuk menyembuhkan sakit kakmah sendiri.

Ini satu lagi perkongsian yang berguna ingin kakmah catatkan disini untuk renungan dan amalan kita bersama. Semuga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Seperti yang kita tahu, semua penyakit adalah berpunca dari amalan pemakanan yang tidak seimbang dan tidak berhemah. Gaya hidup yang selesa menyebabkan kita mengambil makanan sesuka hati tanpa memikirkan kedudukan umur dan budaya kerja.

Sebenarannya, pemakanan yang seimbang amat perlu demi meneruskan kelangsungan kesihata yang baik. Diantaranya adalah seperti yang di jadualkan dibawah ini, satu kaedah diet yang sesuai untuk kita ikuti :-

* Sarapan - Bijirin yang mengandungi tinggi serat seperti emping beras, bijirin jagung dan susu rendah lemak atau roti penuh bijirin dengan majerinlembut. Teh dan susu rendah lemak.

* Minum Pagi - Buah-buahan seperti epal, jambu batu, betik dan limau. Kopi dan susu rendah lemak.

* Makan tengahari - Sandwich, roti penuh bijirin dan majerin lembut, sup sayur dan ikan bakar atau ikan rebus serta buah-buahan. Minum Air suam,

* Minum Petang - Popia basah dan buah-buahan. Teh dan susu tepung rendah lemak.

* Makan Malam - Nasi putih dan sup sayur yang dicampurdengan isi ayam yang dah dibuang kulitnya. Roti penuh bijirin, rojak atau salad sayur-sayuran atau buah-buahan. Minum susu tanpa lemak. Jika perlu kurangkan minuman kopi atau teh kerana ia mengandungi kafein, yang tidak sesuai bagi penghidap migrain dan sebagainya.

Harap jadual pemakanan ini dapat memberi manfaat kesihatan kepada kita jika diamalkan selalu. Boleh digantikan dengan makanan lain yang setaraf sukatan kelorinya dengan makananyang disyorkan disini. In shaa Allah.

Sekian,
Wassalam.

Monday 21 April 2014

Kuih Ketayap

Assalamualaikum,
Lama dah rasa nak makan kuih ketayap,
Hari ni baru jadi, tu pun dua batang je,
Cukuplah makan sorang,
Lebihan tepung yang dah bancuh tu
Simpan dalam peti, nanti buat untuk
Minum petang pulak.

Sunday 20 April 2014

Aktiviti Hari Minggu

Aktiviti hari ini, buat Sambal Pahang,
Alahai dapatlah 3 kilo 500 gm,
Ready dah untuk di poskan esok,
Sabar yee customer,
Selasa atau Rabu sampailah.

Tuesday 15 April 2014

Majlis Kawin Ziela

Assalamualaikum,

Ha ni dia, bergambar sakan kakmah anak
beranak dimajlis kawin Ziela, kawan sekerja 
anak Kakmah, ibubapa nya pula kawan kakmah
dan ayah anak2 kakmah. Kami pun apa lagi,
majlis akad nikah kami terlepas, tapi kami tetap
datang juga.

Gambar atas tu dah selesai majlis persandingan,
Kami buat special request, nak bergambar dengan 
pengantin.

Anak-anak jantan kakmah dan ayah mereka 
tak ketinggalan nak bergambar.

Ziela, dan pasangannya, lupa nak tanya nama,
alllah malu-malu plak.

Anak dan menantu kakmah plak,


Kami sampai, pengantin baru selesai makan,
kakmah terus snap gambar

Kami sampai terus makan,
lauk pengantin lagi, lebihan mereka tak abis makan.

Kakmah ngan pengantin lepas akad nikah.
Sah dah jadi isteri orang.

Acara gotong royong memasak rendang.

Tengah-tengah tu mak pengantin perempuan.

Enjoy,
Jumpa lagi

Wassalam.

Sunday 13 April 2014

Kek Chokolat Lembap

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,
lama dah kakmah nak cuba buat kek ini,
tengok anak kakmah rancak je buat kek ini,
dan jualannya kira boleh tahan juga,
hari ini termakbul jugalah hajat kakmah.


Kek ini memang sedap sebenarnya,
tapi yang kakmah ini terlebih tepung sikit rasanya
walau pun dia lembut, tapi tak berapa lembab,
munkin kakmah terlalu lama kukus ke agaknya,
atau terlebih timbangan tepung,
kut kut timbangan kakmah dah rosak ke,
Walau bagaimana pun, 
kek ini berjaya, terutama ganache nya,
sedap, lemak manis.


Alhamdulillah, 
boleh cuba buat lagi, 
untuk kali ini kakmah tak boleh bagi
resipi lagi sehingga kek ini betul2 perfect,
dan lembut, sabar yee, esok kakmah buat lagi,
kalau dah ok, kakmah akan edit entry ini,
untuk bagi resipinya pula.

Jumpa lagi,
Wassalam.

Thursday 3 April 2014

Gulai Masam Sardin

Assalamualaikum,
Sallam ceria pagi Khamis,

Hari ni pagi pagi lagi kakmah dah memanas kuah
gulai masam sardin yang kakmah buat petang semalam.
Tujuannya untuk dicicah dengan lempeng sebagai
sarapan kakmah pagi ni.
Bila kakmah tayang kat FB, ada yang tak pernah rasa,
tak pernah buat gulai masam tempoyak sardin ni.


Teringin plak kakmah nak kongsikan resipinya
boleh kita rasa sama. Ok, jangan lengah lagi
inilah bahan2nya

1 tin kecil sardin cap ayam
2 sudu makan penuh tempoyak yang masam manis.
cili padi, ikut selera memasing
sedikit kunyit, garam,
3 tangkai daun kesum,
5 atau 6 ulas petai belah 2 kalau suka,
untuk rampai boleh guna tomato ceri
atau sebiji terung panjang
atau terung bulat, terung telunjuk
atau setengah biji timun masak.
Setengah keping asam keping.

Cara2nya

Tumbuk cili dengan kunyit hingga lumat,
masukkan kedalam periok dengan 3 cawan air
masukan tempoyak, kunyit sama ada serbuk
atau yangtelah ditumbuk dengan cili tadi.
Masukkan rampai terung atau timun,
setengah keping asam gelugur tadi.
Masak hingga mendidih dan masak,
Masukkan sardin kesemua kecuali kuahnya,
didihkan lagi, bila hampir masak
masukkan daun kesom, petai atau
tomato ceri. Didihkan lagi hingga semuanya
masak. Angkat dan boleh hidangkan.
Seperti biasa hidangan gulai masam ini sedap 
dimakan sewaktu dia betul2 sejuk
kalau nak makan tengahari, masaklah pagi
kerana kuahnya akan menjadi pekat
dan berperisa.

Selamat mencuba,
Wassalam.