Thursday 23 June 2022

Rasa Nak Balik Kampung

 Assalamualaikum,

Selamat Pagi semua sahabat blogger Kak Mah, dan sahabat pengunjung setia Kak Mah.

Alhamdulillah setelah sekian lama, dapat juga kita berjumpa pada pagi ini. Begitulah kadang kadang Kak Mah ni sibuk tak tentu pasal, nak buka blog pun tak sempat apalagi nak update blog. Entri ni pun ambil masa empat hari baru siap, sekejap malam, sekejap pagi, haha, ok ini memang pagi, tapi dah pukul 12.51 tengahari, hehehe. Tu lah kadang kadang Kak Mah rasa kalau Kak Mah duduk di Kampung lagi selesa, munkin banyak masa terluang yang boleh Kak Mah gunakan untuk merealisasikan minat dan kesukaan Kak Mah.

Kak Mah ni suka berblog, suka berkebun, suka ternak ayam, itik, ikan, subhanallah seronoknya kalau apa yang Kak Mah inginkan ini tercapai.


Inilah keadaan kempung Kak Mah, setelah beberapa kali dibersihkan oleh anak-anak Kak Mah. Rumah pesaka dah runtuh dan dah dibersihkan.


Anak Kak Mah Pun nak buat rumah disini katanya, ok lah, perbincangan pun dijalankan.


Action!!!
Mana boleh tangguh rancangan baik.


Perkara pertama mesti buat, tebang pokok-pokok dululah.


Alhamdulillah dua pokok sekali tumbang, pokok mangga dan pokok kelapa dah tumbang. Sebenarnya ada 5 pokok kelapa tu, pokok manggis, pokok mangga, pokok rambai, pokok koko, belimbing besi, rambutan, mata kucing, semuanya terpaksa ditebang untuk membersihkan kawasan, lagipun pokok dah tua, akan ditanam pokok baru nanti In Shaa Allah.


Proses membuang akar pokok dan merata kawasan, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


Alhamdulillah siap juga akhirnya meratakan kawasan


Ini rumah jiran di seberang jalan, Alhamdulillah, Aamiin Ya Allah, semuga Allah permudahkan
urusan membuat rumah kami.

Ok, semuga berjumpa lagi di entri akan datang, terima kasih semua sahabat kerana berkunjung ke blog Kak Mah, Jangan lupa komen yer, dan terima kasih juga sudi komen. Hehe.

Jumpa Lagi,
Wassallam.

Monday 13 June 2022

My Trip To Besut

 Assalamualaikum,

Semua sahabat-sahabat Blogger Kak Mah dan sahabat-sahabat Pengunjung Setia Blog Lipislady ini. Apa khabar sahabat semua. Kak Mah Alhamdulillah, dan dapat juga pagi ini mengunjungi Blog kesayangan Kak Mah ini.

Minggu lepas Kak Mah diundang oleh besan Kak Mah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara dia di Besut Terengganu pada hari Sabtu 4-6-22, dan kebetulan juga menantu dia mengundang juga untuk makan-makan dirumah kakak dia di Bachok pada hari Ahadnya. Alhamdulillah kedua-dua undangan anak Kak Mah sekeluarga dan Kak Mah sekali terima dengan sebaiknya kerana harinya berturut turut saja.

Alhamdulillah petang Jumaat kami terus bertolak selepas mengambil anak-anaknya di asrama. Kami bertolak dalam pukul 6.30 petang dan sampai ke Besut dalam pukul 11.30 malam


OTW, Alhamdulillah tak ada kenderaan, jalan clear.

Inilah tempat menginap malam pertama kami, kami pergi enam buah kereta, disini kami menginap untuk dua buah kereta. Alhamdulillah, selesalah juga. Tempat ni berhampiran Pantai Pachakan Kuala Besut, berjalan ke pandai dalam 5 minit sampailah.
Kumpulan kedua sebanyak 4 buah kereta tidur disini, Layaran Chalet namanya, ini betul betul ditepi Pantai Pachakan. Dari pantai Pachakan ini bolehlah nampak Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Saji dan Pulau Rhu Kecik


Inilah Pantai Pachakan yang berlatar belakangkan Pulau Perhentian.

Inilah minat kanak-kanak kalau kesana, cucu Kak Mah tak sempat, masa terhad, sebab sampai pun dah tengah malam, lepas sarapan dah nak kena packing, pukul 11.00 pagi dah nak check out untuk menghadiri jamuan pernikahan anak saudara Tok Besan. Tengok ajalah sekejap jangan tak tahu langsung. Kesian Kanak-Kanak.

Kesian, nak mandi pun tak sempat, main main air je lah.

Ini Pantai Pachakan, jalan ke hadapan sikit Pantai Bisikan Bayu, Allah, tak sempat nak kesana. Sebab tujuan ke Besut ni nak menghadiri jamuan perkahwinan, yang lain lain tu tolak tepi dululah.

Bangunan kiri dan kanan ni adalah bangunan Layaran Chalet, besar juga ada dewan terbuka kalau nak buat majlis makan makan.

Ini pemandangan Homestay yang kami duduk

Layaran Chalet cantik juga kawasannya, dekat dengan pantai pula, seronok bebudak.

Tepat pukul 11.45 pagi kami berada di dewan jamuan, terus nampak pengantin.

Busy lah memasing mengambil makanan.

Sempatlah juga mengabadikan kenangan bersama Pengantin. 
Alhamdulillah, pukul 1.30 tengahari gitu kami terus bergerak ke Bachok
untuk menghadiri jamuan keluarga pula.

Alhamdulillah, nanti kita berjumpa di Bachuk pula yer.

Wassalam.