Saturday 30 April 2022

Song Tam Untuk Berbuka

 Assalamualaikum,

Sahabat Blogger Kak Mah, dan pengunjung setia Blog Lipislady semua.

Alhamdulillah, hari ini adalah hari yang ke 28 kita berpuasa yer. Tak sedar kan, bila dah nak habis ni terasa sekejap je kita berpuasa, rupanya tinggal 2 hari saja lagi sebulanlah kita berpuasa. Alhamdulillah.

Hari ini Kak Mah keudara petang sikit, sekadar nak kongsi lauk berbuka puasa Kak Mah dua hari lepas. Bukan lauk yang grand sangat, cuma Kak Mah rasa ini lauk istimewa. Song Tam, makanan Thailand. Bagi Kak Mah sangat menyelerakan bila mendengarnya. Kak Mah dapat resipinya pun dari internet masa jalan jalan di internet.

Ini gambar yang Kak Mah dah siap buat. Boleh tahanlah rasanya sebab Kak Mah tidak menggunakan bahan yang sepatutnya. Tapi Alhamdulillah, Sedap, itu yang Kak Mah boleh katakan.

Ini je bahan yang Kak Mah gunakan, Ini untuk makan seorang yer.

1. Betik muda lebih kurang 3x2 inci
2. Mangga kecil 1 biji, mangga ratus tu
3. Timun sedang 1/3, dalan 2 inci
24. Cili padi dua ulas, kalau suka pedas boleh tambah


Ikan Sardin ni separuh,  Kak Mah bakar dan guna 1/4 je, selebihnya buat lauk. Resipi sebenarnya sos ikan, tapi Kak Mah tak makan sos ikan tu, Kak Mah letak ikan segar, hahaha.

Bawang putih seulas saja yer, limau nipis ni habiskan sebiji perahnya

Ni Kak Mah gunakan kicap masin biasa dan gula kabung sebesar ibu tangan saja. Resipi sebenarnya sos ikan 3 sudu makan gitu dan boleh gunakan gula perang atau gula putih biasa satu sudu makan.

Ni Kak Mah tumbuk, bawang putih, ikan bakar tadi dan gula kabung, tumbuk sampai hancur.


Masukkan bahan yang Kak Mah potong tadi, Betik, Mangga, Timun dan Cili kedalam mangkuk, masukkan bahan yang ditumbuk, bawang putih, isi ikan dan gula. Sediakan sedikit garam dan 4 sudu air larutkan garam dalam air, perahkan limau nipis tadi dalam 4 sudu makan, dan akhir sekali masukan kicap. Gaul gaul gaul.

Jangan lupa kacang tanah yang di tumbuk kasar. Kak Mah ni terlajak rajin, jadi Kak Mah guna kacang goreng yang berkulit tu aja, kupas kulitnya, buang selupatnya dan tumbuk kasar, hehe tak susah susah nak singai kacang. Kann. Lepas tu gaullah rata semuanya. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, siap sudah Song Tam Kak Mah. Boleh cuba yer sahabat kalau teringin, 

Semuga kita jumpa lagi.

Wassallam








Thursday 28 April 2022

Trip To Sarawak Part 2, Aktiviti Di Kuching

                   Assalamualaikum

Semua Sahabat Blogger Kak Mah Dan Sahabat Penggunjung Setia Blog Lipislady ini. Selamat berjumpa lagi semua, semuga semuanya ceria hari ini.

Alhamdulillah selamat berpuasa semua, In Shaa Allah lima hari lagi kita akan menyambut 1 Syawal, Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua, Maaf Zahir dan Batin sekiranya disini ada Kak Mah menyinggung perasaan sahabat semua.

Alhamdulillah juga hari ini Kak Mah nak kongsi lagi trip Kak Mah ke Sarawak bulan Februari hari tu. Bukan apa sekiranya sahabat belum berkunjung ke Sarawak dan berhajat nak ke Sarawak inilah diantara tempat yang menarik untuk dilawati ketika berada di Kuching. Kak Mah pun terhad masa juga nak mengunjunginya, cuma Kak Mah share tempat tempat yang Kak Mah sempat lawati aja.

First sekali Kak Mah diundang oleh saudara di sana untuk lunch tengahari di rumah dia. Alhamdulillah makanan Sarawak sedap sedap, dan menyelerakan semuanya.

Ini tumis rebung  dengan udang, kita biasanya buat gulai lemak kuning dengan udang. Tapi yang ini sangat simple dan sedap.
Ini Umei yang di buat dari ikan Empirang, kita munkin biasa makan Umei di semenanjung ini, tapi dibuat secara moden, tapi yang ini dibuat secara tradisional lagi. Iya sedap. Umei ni boleh juga di buat dari ikan ikan yang lain juga terpulang pada selera kita. Boleh juga dibuat menggunakan udang, sotong dan obor-obor.


Bagi Kak Mah ini paling istimewa dan exotik, tengok yang putih tu, itu ulat laut yang orang Sarawak panggil Ambal, di masak kari dengan kacang panjang. Di semenanjung orang yang tinggal di tepi laut munkin makan juga agaknya ulat ini, cuma Kak Mah tak tahu apa namanya yang dipanggil oleh orang semenanjung.


Jika ke Kuching jangan lupa bawak anak-anak ke sini yer untuk bergambar, dan jangan lupa juga masuk ke Muzium Kuching. Kak Mah tak masuk ke Muzium Kuching kali ini sebab baru lagi masuknya, dan kesuntukan masa pun yer juga.

Kat Sini pun jangan lupa berkunjung, Ni pusat jagaan Orang Utan. Tapi kalau nak pergi sini kena awal pagi sebab orang utan lapar lagi. Peluang untuk melihatnya banyak kerana dia keluar untuk makan.
Anak anak suka disini, dapat tengok orang utan.

Kannn, nakal mereka ni, kena hati hati.


Seronok tengok mereka ni, rasa tak nak balik.


Tengok, dia berani datang dekat kita, jangan bawak makanan nanti dia rampas. Staff pun ramah dan baik hati, boleh bergambar dengan kita dan boleh minta tolong ambilkan gambar

Ini tempat paling istimewa kalau kita nak cari makan sedap. Tempat ni namanya Telaga Ayer.

Kak Mah datang kesini semata mata nak cari ini, wawww Udang besar. Alhamdulillah. Murah je harga seekor RM 16. Tak habis makan seorang, besar lengan budak you, walau pun dah digoreng dengan salut tepung.

Penuh Pinggan.


Ini jeti Telaga Ayer untuk ke Pulau Satang untuk sight seeing seperti di bawah.


Boleh booking yer kalau ingin pergi nanti.

Alhamdulillah,  sampai sini dulu untuk kali ini. Kak Mah akan kongsi lagi nanti. Semuga kita berjumpa lagi di episod akan datang, sekali lagi Kak Mah ucapkan selamat Berpuasa, selamat Berbuka dan selamat buat kuih Raya.

Wassallam.

Friday 22 April 2022

Rendang Hitam Daging Ayam

 Assalamualaikum,

Semua Sahabat Blogger Kak Mah

Dan Penggunjung Setia Blog Lipislady ini.

Selamat Berpuasa semua. Berbuka lauk apa petang ini.

 Kalau masih belum decide lagi apa kata buat rendang 

simple macam Kak Mah buat petang semalam ni.

Haa Kan, sedap ni, boleh juga makan dengan pulut atau lemang. Ni Kak Mah kongsi resipi yer

Ini aja bahan utamanya, Kak Mah dah campur dah, 
dah potong dan siap untuk di kisar.

1 biji bawang holland
1 biji bawang besar
1/2 Inci halia
1 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
3 batang serai
6 tangkai cili kering
kalau suka pedas lebihkan lah cili kering tu.
Kisarlah bahan ni semua

Dah siap kisar, panaskan 1 cawan minyak dan masukkan
 kesemua bahan yang dikisar tadi. Kacau sampai garing 
dan berubah warna.

Berubah warna perang macam ni bolehlah masukkan santan.
Kak Mah guna santan segar pekat sebanyak 1 1/2 cawan
tapi dah di bekukan dalam freezer tu, boleh aja 
beku pun. Kacau lah lagi sampai santan tu naik minyak.

Ini Kak Mah guna isi ayam, tanpa tulang yer, sebanyak 2 cawan aja.

Kalau santan dah naik minyak bolehlah di masukkan daging ayam 
tadi dan kacau lah selalu.

Jangan lupa masukkan juga bahan tambahan yang wajib ni
garam secukupnya, asam keping 2 keping dan sekeping
gula kabung, sebesar 1cm X 2cm. Hehe orang Pahang
suka guna gula kabung, boleh juga guna gula putih biasa, 
atau gula perang atau gula apung untuk orang Sarawak.

Kacaulah dengan api yang perlahan sampai kuahnya bertukar
 warna kehitaman, jangan lupa rasa garamnya. 
Jangan sampai hangus pulak,Jangan hitam sangat kuahnya 
sebab bila kita dah angkat dan rendang dah sejuk 
dia akan bertukar warna menjadi hitam nanti.
Tapi daging ayam tu keras sikit, 
kalau tak suka keras boleh diangkat
sebaik sahaja dah masak.


Alhamdulillah, 
Siap dah rendang Kak Mah.
Kalau ada sesiapa yang teringin nak merasa buat sendiri, silakan.
Simple je yer. 
Rasa, memang sedap.

Sehingga jumpa lagi semua.

Wassallam.



 









Thursday 21 April 2022

Trip To Kuala Terengganu Part 1

 Assalamualaikum

Semua sahabat Blogger Kak Mah 

Dan penjungung setia Blog Lipislady

Pada 11-03-2022 Kak Mah diundang untuk menyertai lawatan anjuran KRT di tempat Kak Mah ke Kuala Terengganu. Memandangkan Kak Mah tiada halangan Kak Mah terima ajalah.

Alhamdulillah hari ini Kak Mah nak simpan memori trip ke Kuala Terengganu itu. 

Start bertolak dari tempat Kak Mah pukul 10 malam Sabtu, sampai tepat pukul 5.30 pagi Sabtu 

di perkarangan Masjid Terapung Kuala Terangganu.

Gelap lagi ketika berada di perkarangan Masjid Terapung ini. Sempatlah bersiap siap dan solat Subuh. Alhamdulillah.

Selesai solat sempat bergambar dari anjung masjid mengabadikan pemandangan
 yang indah jambatan menuju ke pintu masjid.

Selesai solat kami menuju kesini untuk sarapan pagi. Alhamdulillah tepat sekali
tempatnya.

Kerana Kak Mah rasa kalau kita ke Kuala Terengganu, pasti inilah yang kita cari. 
Nak rasa yang ori di buat oleh orang Terengganu kan.

Kak Mah pun tak ketinggalan, nak rasa juga sepinggan. 
Alhamdulillah bertepatan dengan citarasa Kak Mah.

Selepas makan sempat jugalah kami berkunjung ke Jambatan Terangkat, 
tapi tak sempat tengok semasa dia terangkat sebab belum ada pengangkutan air yang lalu,
 kerana kami pun dalam keadaan tergesa juga.

Nak panjat Tower pun tak sempat. Nak kena pergi sekali lagi ni. In Shaa Allah.

Ahli ahli rombongan, ambil kesempatan bergambar dan meninjau ninjau.

Paling gembira dapat peluang bertemu sahabat semasa bersekolah dulu,
 yang tidak pernah di temui selepas tamat sekolah. Alhamdulillah.

Sampai sini dulu semua sahabat dan pengunjung setia Kak Mah.
Terima kasih semua kerana sudi berkunjung.

Hingga jumpa lagi.

Wassallam.

Wednesday 20 April 2022

Apam Tapai

Assalamualaikum,
Sahabat Blogger Kak Mah dan peminat setia Blog Lipislady.
Alhamdulillah pagi ni kita jumpa lagi.
Selamat berpuasa semua.

Berbuka nanti nak makan apa.
Ini Kak Mah punya menu berbuka semalam.
Apam Tapai.
Sedap, lembut dan gebu.



Kak Mah kongsi resipi,
Kalau suka boleh buat, kann

Resipi

1/2 kampit tepung beras
1 cawan tapai
1/2 cawan gula
2 suku cawan air

sedikit serbuk eno
serbuk eno ini letak kemudian
masa nak mengukus nanti

Kalau boleh eno yang biasa, bungkus warna biru
kalau tak ada boleh je yang oren ni

Kalau adunan sebanyak ini tadi dibahagi tiga bahagian, setiap bahagian letak
sebanyak yang dalam sudu putih tu aja. Kacau-kacau dan bolehlah kukus.

Oppsss sebelum tu 
Kisarkan semua bahan ini dan tapa kan sampai 6 hingga 8 jam
Kalau nak warna warni bahagikanlah, Kak Mah bahagikan kepada 3 bahagian,
warnakan dulu baru di tapa.


Ni contoh yang dah siap tapa selama 6 jam.
Ni masukkan eno secubit baru di kukus dalam acuan.
seperti dibawah ini 


Achuan ini mesti dipanaskan dulu 5 hingga 7 minit baru boleh bubuh 
adunan tadi, kalau tidak dipanaskan bila nak keluarkan nanti 
dia melekat.


Tengok tu ada nampak tidak licin, tu melekatlah tu, Kak Mah lupa nak
panaskan lama sikit.

Ok
Alhamdulillah kalau suka boleh cuba buat yer. 

Semuga jumpa lagi,
Wassallam




 

Monday 18 April 2022

Trip To Sarawak Part 1

Assalamualaikum

Semua sahabat Blogger Kak Mah yang tersayang, 

Juga semua pengunjung Blog Lipislady yang Kak Mah hormati

Sallam Isnin dan selamat berpuasa semuanya.


Alhamdulillah, kita berjumpa lagi pagi Isnin ini. Kak Mah nak simpan sini kenangan perantauan Kak Mah ke Sarawak pada 09-02-2022 hingga 23-02-2022 yang lalu. Banyak kenangan indah di sana berjumpa dengan saudara di sana. Kak Mah akan buatkan beberapa partlah, untuk menjadikan dia sebuah cerita. In Shaa Allah.

Ini dibilik menunggu, flight hari itu sepatutnya pukul 3 petang, tapi delay selama 5 jam disebabkan hujan lebat dan ribut petir melanda bandaraya Kuching, semua penerbangan di hentikan. Alhamdulillah akhirnya kami dapat juga berangkat pada pukul 8 malam setelah Kuching bebas dari hujan lebat dan ribut petir. Kami sampai di KLIA2 pukul 11.30 pagi sebenarnya, bayangkanlah berapa jam kami di sana. Subhanallah, tapi Alhamdulillah kami sampai dengan selamat.

Melayan cucu yang tak tau apa, 
Ustaz nak naik kapal terbang yang mana?
Adik nak naik bilun yang besar, haha


Nak pergi selama dua minggu, tak hairanlah beg besar sarat dan banyak.


Alhamdulillah,
Tak nampak awan kata ustaz cilik.

Alhamdulillah, akhirnya yang ditunggu tunggu tiba juga.


Welcome to Sarawak, gembira tak terhingga.

Makanan pertama Sarawak, Mee Kolok kering, Alhamdulillah sedap
dan puas hati.

Alhamdulillah, sampai sini dulu, hari dah malam sangat, sampai rumah pukul 10 malam.
In Shaa Allah Kak Mah akan kongsi pengalaman hari pertama di Kuching.

Hingga jumpa lagi

Wassallam.