Assalamualaikum
Semua sahabat Blogger Kak Mah
Dan penjungung setia Blog Lipislady
Pada 11-03-2022 Kak Mah diundang untuk menyertai lawatan anjuran KRT di tempat Kak Mah ke Kuala Terengganu. Memandangkan Kak Mah tiada halangan Kak Mah terima ajalah.
Alhamdulillah hari ini Kak Mah nak simpan memori trip ke Kuala Terengganu itu.
Start bertolak dari tempat Kak Mah pukul 10 malam Sabtu, sampai tepat pukul 5.30 pagi Sabtu
di perkarangan Masjid Terapung Kuala Terangganu.
Gelap lagi ketika berada di perkarangan Masjid Terapung ini. Sempatlah bersiap siap dan solat Subuh. Alhamdulillah.Selesai solat sempat bergambar dari anjung masjid mengabadikan pemandangan
yang indah jambatan menuju ke pintu masjid.
Selesai solat kami menuju kesini untuk sarapan pagi. Alhamdulillah tepat sekali
tempatnya.
Kerana Kak Mah rasa kalau kita ke Kuala Terengganu, pasti inilah yang kita cari.
Nak rasa yang ori di buat oleh orang Terengganu kan.
Kak Mah pun tak ketinggalan, nak rasa juga sepinggan.
Alhamdulillah bertepatan dengan citarasa Kak Mah.
Selepas makan sempat jugalah kami berkunjung ke Jambatan Terangkat,
tapi tak sempat tengok semasa dia terangkat sebab belum ada pengangkutan air yang lalu,
kerana kami pun dalam keadaan tergesa juga.
Nak panjat Tower pun tak sempat. Nak kena pergi sekali lagi ni. In Shaa Allah.
Ahli ahli rombongan, ambil kesempatan bergambar dan meninjau ninjau.
Paling gembira dapat peluang bertemu sahabat semasa bersekolah dulu,
yang tidak pernah di temui selepas tamat sekolah. Alhamdulillah.
Sampai sini dulu semua sahabat dan pengunjung setia Kak Mah.
Terima kasih semua kerana sudi berkunjung.
Hingga jumpa lagi.
Wassallam.
Eh eh... hati2 selfie tu... macam nak terjatuh dalam kolam!
ReplyDeletehehhee
Amboiii...mentang mentang Uncle pakar selfie hahahaha
Delete