Wednesday, 20 April 2022

Apam Tapai

Assalamualaikum,
Sahabat Blogger Kak Mah dan peminat setia Blog Lipislady.
Alhamdulillah pagi ni kita jumpa lagi.
Selamat berpuasa semua.

Berbuka nanti nak makan apa.
Ini Kak Mah punya menu berbuka semalam.
Apam Tapai.
Sedap, lembut dan gebu.



Kak Mah kongsi resipi,
Kalau suka boleh buat, kann

Resipi

1/2 kampit tepung beras
1 cawan tapai
1/2 cawan gula
2 suku cawan air

sedikit serbuk eno
serbuk eno ini letak kemudian
masa nak mengukus nanti

Kalau boleh eno yang biasa, bungkus warna biru
kalau tak ada boleh je yang oren ni

Kalau adunan sebanyak ini tadi dibahagi tiga bahagian, setiap bahagian letak
sebanyak yang dalam sudu putih tu aja. Kacau-kacau dan bolehlah kukus.

Oppsss sebelum tu 
Kisarkan semua bahan ini dan tapa kan sampai 6 hingga 8 jam
Kalau nak warna warni bahagikanlah, Kak Mah bahagikan kepada 3 bahagian,
warnakan dulu baru di tapa.


Ni contoh yang dah siap tapa selama 6 jam.
Ni masukkan eno secubit baru di kukus dalam acuan.
seperti dibawah ini 


Achuan ini mesti dipanaskan dulu 5 hingga 7 minit baru boleh bubuh 
adunan tadi, kalau tidak dipanaskan bila nak keluarkan nanti 
dia melekat.


Tengok tu ada nampak tidak licin, tu melekatlah tu, Kak Mah lupa nak
panaskan lama sikit.

Ok
Alhamdulillah kalau suka boleh cuba buat yer. 

Semuga jumpa lagi,
Wassallam




 

3 comments:

  1. wah..dap kuih ni.. tq for the recipe!
    salam kenal ... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam kenal juga dik, Terima kasih singgah.
      Alhamdulillah, memang sedap sangat rasanya apam ni, lembut dan gebu, kak Mah pun baru belajar sebenarnya, ni first time buat ni, hehehe

      Delete
  2. Baru tau eno ada kegunaan lain...

    ReplyDelete