Assalamualaikum,
Selamat pagi Khamis, pakai baju warna apa hari ni?
warna yang sesuai dan baik untuk hari Khamis ni ialah warna oren
atau kuning. Jadi, pakailah baju oren..atau kuning hari ni.
Pagi ni kakmah bukanlah nak buat entry pasal baju atau pasal warna.
Cuma kakmah nak buat tutorial macam mana nak buat bunga
ros dari plastik beg bising yang kadang2 bertimbun dalam
simpanan kita. Maklumlah setiap kali kita beli barang kita akan dapat
plastik beg tu, tak kiralah besar atau kecik. nak buang akan
mencemarkan kawasan, kerana plastik beg ni sangat susah
nak lupus, ambil masa bertahun-tahun untuk lupus.
Bukankah cantik kalau kita boleh buat seperti ini,
Setelah mengeluarkan barang2 yang kita beli dari kedai tu,
lipatkan semula plastik beg "yang bersih sahaja" itu supaya
dia tidak berkedut. Apabila dah banyak bolehlah buat seperti yang
kakmah ajarkan ni. Hasilnya pasti memuaskan hati kita.
Tapi kakmah gunakan plastik yang baru, yang kakmah beli khas
untuk buat bunga kerana bunga kakmah ini untuk dijual kepada
kawan-kawan kakmah.
Oklah, mari kita mulakan :-
1. Bahan-bahan yang diperlukan seperti diatas, Dawai untuk batang,
dawai atau benang untuk pengikat, plastik beg, daun, pelilit batang,
dan pelayar untuk memotong dawai dan gunting,
2. Potong tepi beg yang bercantum,
3. Potong plastik beg selebar 4 hingga 5 inci, Kakmah gunakan
plastik beg yang sederhana besar dan keras supaya senang dibentuk.
4. Sekarang kita dah dapat plastik yang berlapis dua, potongkan
supaya menjadi dua bahagian. Lipatkan ditengah2 bahagian.
5. Pintalkan seperti ini di bahagian yang berlipat.
6. Supaya menjadi seperti ini.
7. Gulungkan seperti ini supaya menjadi bentuk bunga ros.
8. Ikat dengan dawai atau benang dipangkalnya.
9. Ikat dengan dawai kasar yang telah dipotong sepanjang
yang diperlukan, sebagai tangkainya dan lilitkan dengan pelilit
batang warna hijau.
10. Lekatkan daun, lilit lagi sehingga sampai kepangkal batangnya.
Seeloknya gunakan daun ros, tapi kakmah guna daun tulip
kat stok daun ros dah habis.
11. Dah pun jadi sekuntum bunga ros warna oren,
sesuai untuk warna hari ini.
Cantik untuk diletakkan dimana2 sudut rumah kawan2...
kalau ada masa bolehlah cuba yee.
Sekian dulu.
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.
cheqna memang failed r bab2 gini =)
ReplyDeletekreatif n cantik....
Sallam cheqna,
DeleteKakmah dulu macam cheqna juga,
tapi bila banyak masa terluang,
jadi suka plak nak buat menda2 gini.
Assalamu'alaikum Kak Mah.
ReplyDeleteSaya ni jenis KERASTANGAN, memang cemburu tengok Kak Mah boleh buat bunga cantik macam tu. :)
Sallam kakcik,
Deletekakmah rasa kerastangan campur tak ada masa tu,
kalau ada masa mesti taangan jadi lembut..kan kakcik..
tangan bangku x leh nak wat kraft cenggitu
ReplyDeleteSallam Tentang Kita,
DeleteHehe...ada gak tangan bangku yee,
ingatkan kaki bangku je...hehe
tangan bangku tu reka sendiri..hehehe^__^
DeleteSalam perkenalan,
ReplyDeleteKreatifnye Kak Mah ni..
Makchaq ni sama spesis ngan kakcik, walau nampak senang, bila buat.. out...
M pun besar, cuba sekali dua tak jadi langsung patah semangat
Walaikumsallam makchaq,
DeleteSalam perkenalan diterima, Terima kasih sudi bertandang ke blog kakmah,
Kena bagi kurus sikit M tu, haha..
kakmah pun sama sebenarnya ( M ) tu kadang2 terlebih besar..
sangat kreatif !
ReplyDelete:)
Sallam Ryu,
DeleteAlhamdulillah, sebenarnya mudah aja,
kakmah kalau boring, inilahkerja kakmah..
Kak,
ReplyDeletetangan yg membuat bunga roa ini sgt kreatif, subhanaALLAH
Sallam Mak Wardah,
DeleteAlhamdulillah, sebenarnya tangan kakmah pun
keras juga, tapi setelah dilentur-lentuk,
bolehlah sikit2..
cantik....klu dulu2 pergi rumah kenduri selalu dpt bunga telur yg guna bunga dari plastik mcm ni
ReplyDeleteSallam munna,
DeleteSekarang ni semua ni dah tinggal kenangan kan munna, kakmah nak hidupkankembali kraft macam ni, insyaAllah..
tq.Idea bagus untuk di ajarkan kepada anak murid masa perjumpaan kelab dan persatuan.
ReplyDeleteSallam Cikgu Hani,
DeleteBarapa orang cucu dah cikgu?
Memang bagus idea cikgu tu, suruh dia orang tu kumpul beg bekas barang yang mak dia orang bawak balik dari kedai tu...
Hello LipisLady, wow! You sure very talented and very creative. They are beautiful!
ReplyDeleteFirst time I see these made this way. Beautiful.
Oh ya, you senang datang pondok saya. I have something for you.
Minum ayer sejuk first, ha ha.
Lee.
Hi Lee,
DeleteAda minat, ada bakat dan rajin belajar,
hasilnya berjaya...
Thanks for the invitation,
sekarang juga kakmah datang.
cantiklah kak.
ReplyDeleteBahgian berlipat tu kat mana?
ReplyDeleteBahgian berlipat tu kat mana?
ReplyDeleteMy name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
ReplyDeletea2k55g0v17 v3z52k0c57 k4k67x6a13 v2o63u4g80 l1u72x3i85 z6h31f8x31
ReplyDeleteAnkara
ReplyDeleteBolu
Sakarya
Mersin
Malatya
4İNUİ
Diyarbakır
ReplyDeleteSamsun
Antep
Kırşehir
Konya
RY4DL5
63BEE
ReplyDeleteAksaray Lojistik
Bayburt Lojistik
Samsun Evden Eve Nakliyat
Elazığ Parça Eşya Taşıma
Düzce Parça Eşya Taşıma
C7901
ReplyDeleteardahan bedava sohbet uygulamaları
Aksaray Sohbet Chat
elazığ en iyi ücretsiz görüntülü sohbet siteleri
muş en iyi görüntülü sohbet uygulaması
nanytoo sohbet
muğla canlı görüntülü sohbet siteleri
malatya telefonda kızlarla sohbet
en iyi ücretsiz sohbet siteleri
yozgat sohbet sitesi
2259B
ReplyDeleteParibu Borsası Güvenilir mi
Pitbull Coin Hangi Borsada
Binance Madencilik Nasıl Yapılır
Threads İzlenme Satın Al
Kripto Para Nasıl Üretilir
Kripto Para Çıkarma
Star Atlas Coin Hangi Borsada
Sohbet
Parasız Görüntülü Sohbet
27565
ReplyDeleteFacebook Grup Üyesi Satın Al
Youtube İzlenme Hilesi
Btcturk Borsası Güvenilir mi
Binance Referans Kodu
Facebook Sayfa Beğeni Satın Al
Tiktok İzlenme Hilesi
Pinterest Takipçi Hilesi
Parasız Görüntülü Sohbet
Likee App Takipçi Hilesi