Wednesday 24 July 2019

Musim Durian

Assalamualaikum,

Semuga hari ini lebih baik dari semalam
Doa untuk semua yang baca ini.

Musim durian sekarang ni yer.
Rata-rata dan kat mana-mana saja orang tunjuk gambar durian,
kat whatapps, FB, Inst. blog
Durian, durian, durian

Tapi kak mah tak nek tunjuk gambar durian,
kak mah nak tunjuk something yang lebih special
tapi tetap ada durian juga, haha

Taadaaa, ni dia
Cendol Pulut Durian

Bila cuaca panas melanda
Tekak mulalah dahaga
Nasib baik cendol pulut durian ada
Sekali sedut, wawww rasa lega...

Kat mana?
Kak Mah minum ni di Bentong
Jalan menghala ke Raub
Sebelum simpang ke LHDN Bentong.
Waze laaa

Jumpa lagi
Wassalam.
Tata

Mesyuarat AJK Aja Dulu

Assalamualaikum,
Semuga anda ceria selalu

21-7-19 Ahad
Mesyuarat AJK PITKM peringkat negeri Pahang
di pejabat PITKM Jalan Gambang.


Dato' Hjh. Melati Ali, tudung kelabu, Pengerusi PITKM Pahang 
juga pengerusi PITKM kebangsaan
menerangkan sesuatu yg penting dalam mesyuarat tersebt

Kehadiran tak ramai, cuma ada 14 parlimen aja dalam negeri Pahang ini,
Maknanya korum cuma 14 orang aja.


Bestlah, ada makan-makan lagi.

Semuga jumpa lagi di Mesyuarat Agung peringkat negeri Pahang pada 24-8-19 nanti.

Wassalam.