Thursday 29 April 2010

Jomlah Kita Relex Jap, Letih Dah

Assalamualaikum

Bz met weh dia nih, serabut sekali,karang ada wayar terbelit ke leher...
hilang pahala nok bertenet.

Kala ada sapa2 nok jadi blogger tegar kena ikut macam cik kak nih,
bawak periok belanga dan dapur sekali. jangan lupa mesen basuh juga,
karang baju tak bebasuh pulok.

Kesian pengantin pompuan tuh, dah dah lah tu weh, time to sleep lah...



Sapa pulok yang stupid nih makcik, makcik ke komputer..hehehe...

HARU BIRU......JANGANLAH DEME JADI MACAM NIH YEKKK....
BAWAK BERSABO WEHH...



Relex dah!!!!!

Sekian Wassalam...

Wednesday 28 April 2010

Jadidah.

Assalamualaikum,

Lama dah rasanya keh tercari2 gona gayanya nok pasang iklan Nuffnang kat blog keh nih. Terkaih-kaih, terkial-kial keh mencarinya, gona gaya nok sign up. Akhirnya semalam setelah masuk ke website Nuffnang keh terus aja sign up. Laa rupanya senang sangat.

Ari nih kat blog keh yang comel nih dah ada iklan Nuffnang tapi iklannya tak keluar lagi. Gona pulok gayanya nok keluarkan iklan sebenarnya yek. Nampok gaya keh kena tunggu lagilah nok merasa ada income dari Nuffnang.

Kata dek orang-orang yang dah lama memasang iklan Nuffnang ni kat blog2 dan website2 mereka boleh jadi kaya dengan menda nih. Ada yang dah dapat ratusan, ada yang dah dapat ribuan, puluh ribuan, tapi jutawan keh masih belom dengo lagi. Mana tau kok keh pulok yang jadi JUTAWAN Nuffnang esok2.Keh pun nok juga merasa kaya dengan pekerjaan mudoh macam nih.Gone gaya agoknya, boleh ke tak weh?

InsyaAllah.

Sekian Wassalam.

Friday 23 April 2010

Bas Awam


Assalamualaikum
Ha..ko...boleh tahan ke tu...berkunte-kunte...

Sekian Wassalam.

Wednesday 21 April 2010

Menjawab Tag En. Yassin.

Assalamualaikum

Entry ini keh buat khas untuk menjawab TAG daripada En Yassin, rodong blogger yang sangat produktif dari Jerantet. Ini pertama kali keh di TAG sepanjang hayat keh berblog, terima kasih En Yassin yee, merasalah keh menjawab TAG. Ni seberapa daya keh cuba menjawabnya dengan tepat tapi kala tak berapa tepat juga jangan marohlah yee...

Antara perkara yang perlu keh buat:

1. Go to your photo files, select the 3th photo folder.

2. Select the 3th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.

4. Then challenge 3 blogging friend to do to do the same

Ini adalah gambo yang dalam simpanan keh, tapi folder kedua, sebab keh cuma ada dua folder aja tapi gambo ke 3 tu bete dah. Makcik dalam gambo ni sedang menganyam mengkuang untuk dibuat tiko ( Tikar )

Cerita sikit yee tentang tiko ( Tikar ) nih. Zaman dulu tak ada tiko getah apalagi karpet. Maka tiko mengkuanglah yang menjadi alas duduk tetamu yang datang berkunjung ke rumah kita. Tiko dianyam dalam berbagai corak, putih biasa, berwarna dan berkelarai. Tiko putih biasanya di bentang untuk alas duduk sekeluarga, manakala tiko berwarna warni untuk alas duduk tetamu yang datang dan tiko kelarai untuk dibentangkan kepada tetamu istimewa atau dimajlis2 keraian atau majlis perkahwinan.

Yang paling istimewanya setiap rumah akan menyediakan sehelai atau dua helai tiko putih yang dianyam khas dari pucuk daun mengkuang, warnanya putih bersih dan lembut. Gunanya ialah untuk membungkus jenazah yang akan dibawa kekubur.


GAMBAR IRINGAN

Ini gambo daun mengkuang, mengkuang ada dua jenis, satu dipanggil mengkuang air, satu lagi dipanggil mengkuang pandan, mengkuang air hidup didalam benchah ( paya yang berair ) manakala mengkuang pandan tumbuh diatas darat ditepi benchah. Beza antara mengkuang air dengan menkuang pandan, mengkuang air daunnya lebih lebar dan panjang dan lebih keras dan tebal, sesuai untuk dibuat sangir ( tudung saji ) manakala mengkuang pandan daunnya lebih kecil, pendek dan lembut. Sesuai untuk dibuat tiko kelarai.

Zaman dulu mengkuang bukan sahaja sebagai sumber untuk produk kraft tangan, tapi ia merupakan produk wajib terutamanya kepada orang kampung. Diantara produk yang dihasilkan dari mengkuang ialah buja ( bekas 4 persegi, seperti bakul tapi tak ada tangkai) digunakan untuk mengisi padi untuk di bawa dari rumah angin ke kepok atau ke lesung. Sumpit ataukelompen, untuk bekas ikan semasa pergi menjala atau mengail, atau bekas emping, Tiko(tikar)untuk alas duduk dan Sangir (tudung Saji).


WARISAN

Ini diantara tiko corak kelarai yang dihasilkan oleh mak saudara keh, warisan dari mak keh yang masih keh simpan untuk diwariskan pula kepada anak cucu keh.

WARISAN 2

Ini satu lagi corak tiko kelarai yang masih keh simpan.


Maaflah En Yassin yee, panjang lebo plak cerita keh, tak pe kan, tulah storynya.

Untuk meneruskan kesinambungan TAG nih keh kenalah juga mengTAG tiga orang dari rodong keh yang terpilih. Lihat siapa yang kena!!

1. Echam

2. Cikgu Jang

3. Nojah

4. En. Hamzah

5. Sha

6. Kak Aida

7. aSHa

8. Lana Bulu

9. Jejaka Desa

Oppsss..terlebih laa pulok...tapi tetap 3 juge yee. tiga kali tiga sama juga sembilan..

Tapi kala rasa malas atau tak nok jawab tak apalah yee..lupakan saja.

TAG ini keh sudahi juga dengan serangkap pantun :

Ayu sungguh sidara sunti

Berbaju kebaya bersanggul dikepala'

Sungguhpun budaya datang dan pergi

Warisan kita jangan dilupa.

Sekian, Wassalam.

LipisLady.

Tuesday 20 April 2010

Oppsss...

Assalamualaikum,

Beso bete, ni tikeh ke menda....kesian nengoknya, ni mesti kes lango lari nih...

Sekian, Wassalam.

Monday 19 April 2010

Pengalaman Ngeri Keh Dalam Keretapi....( 2 )

Assalamualaikum,

Nok rengkaskan cerita, bila keh bangun dari tido, keh rasa dekat2 dah nok sampai kelepih, satu koc yang keh duduk dibelakang sekali tuh dah kecoh pasal bau kohok yang entah datang dari mana.Ada apek dengan nyonya yang duduk selang 3 seat dengan keh dah bising entah hapa2 di cakapkannya, maroh ke bau busuk tulah agoknya. Lima nam orang lagi orang melayu juga bercakap2 sesama sendiri. Pak guard yang masih muda2 tu pun kecoh kedepan kebelakang mencari punca bau busuk.

Hidung keh sendiri dah betul2 tersumbat dengan bau kohok yang melantung-lantung. Dah!!..keh dah tau mana datangnya bau kohok tersebut. Mak oiii ketonyalah badan keh, bukan takut tapi malu yang teramat sangat. Ligat kepala otok keh memikirkan kemanalah nok keh buangkan beda Allah nih. Nok buang kebelakang, guard berdiri betul2 tengah pintu, nok buang ke pintu depan bapoklah jauhnya, kala keh bawak menda Allah nih ke depan pasti semua orang tau kehlah punca bau kohok selurah keretapi nih.

Tak reti dah keh nok memikirnya macammana. Keh cuba juga keluarkan menda tuh dan lapiskan bungkusannya dengan sagala jabir plastik yang ada, yang membungkus barang2 yang keh beli di Pasir Mas tadi, namun baunya tetap ada juga. Keh dah nekad dah, apa nak jadi, jadilah asalkan menda Allah itu selamat keh campokkan keluar.

Jalan yang selamat sikit walaupun terpaksa melalui semua orang dalam koc tersebut adalah berjalan ke pintu hadapan. Keh berdiri sambil kepit bungkusan jabir celah ketiak, dan selendang kain tola kecik macam nok pegi tandas untuk basuh muka. baru dua tiga tapok keh melangkah pak guard muncul dari arah depan. Oleh kerana terlampau terperanjat jabir plastik yang keh kepit terjatuh betul2 bawah kerusi apek dengan nyonya yang bising tadi. Memandangkan deme tu tak sedo menda tuh jatuh bawah dema, keh dengan selambanya tapi penuh ketakutan terus aja melangkah kedepan. Nok ambik takut dah sebab guard dah dekat dengan keh. Huh..selamat, dalam hati keh.

Lepas tuh keh tak tau menda dah, keh terus aja perjalanaan keh ke tandas. Buat2 basuh muka dan duduk sekejap lepas ke ngap, sambil tenangkan perasaan sambil mintok2 ada orang tersedo menda tuh dan campokkan keluar.

Keh keluar dari tandas bila hati keh dah berasa tenang sikit. Sambil menuju ke tempat duduk keh, keh dengor rioh rengkok guard 2 orang tuh memarahi semua penumpang dalan koh yang keh dusuk. Bla..Bla..Bla..tak renti2. Kecut juga perut weh, takut deme tuh tau menda kohok tuh keh punya, tapi keh buat seselamba yang boleh.

" Menda tuh" Tanya keh pada guard, bila keh sampai dekat deme tuh. Walaupun keh cuba buat selamba tapi dalam hati keh bermacam perasaan sedang berperang, geli hati, takut, malu dan bermacam lagi.

" Nilah menda bau busuk melantong tadi, tah sapa bawak menantang nih dalam keretapi ni.. Bangsa menatang tak reti basa...bla..bla..bla..." terkena bete atas kepala keh.

" Kalau dah busuk buang ajalah cepat sikit encik, buat apa simpan lagi" Kata keh. " Buang kat pintu tu hah...mudah aja.." Sambung keh.

Dengan rasa tak puas hati dan sambil membebel panjang pak guard membuka pintu sambil mencampakkan bungkusan misteri yang berbau kohok yang teramat sangat tu keluar kedalam kegelapan malam yang pekat.

" SELAMAT" Kata keh dalam ati.

Moral : Dah tau masa perjalanan panjang, naik plak kenderaan yang beraircond, janganlah nok bawak menda2 yang lekas mengeluarkan bau, terutama yang berbau busuk.

Sekian, Wassalam.




Wednesday 14 April 2010

Pengalaman Ngeri Keh Dalam Keretapi....

Assalamualaikum.

Dulu kala sebut aja nok pegi keKelantan, amboih bukan main suka lagi keh, maklumlah dapat lama sikit naik keretapi. Itu masa kecik2 dulu. bila tiba masa remaja pulak,lagi suka naik keretapi lama2, dapat kenal2 dan borak2 dengan guard keretapi, hehehe...

Tapi cerita ngeri keh nih berlaku sekitar tahun 1998 dulu, masa tu keh dah dewasa, selalu berulang alik ke kelantan. Biasa keh kala ke kelantan naik keretapi turun di steysen Pasir Mas. Nok pegi ke Kota Baru mudoh dah, jalan kaki sikit terus aja ke steysen bas, naik bas terus ke Kota baru.

Sekali sekala keh kala ada masa keh merayau2 di pasar yang terletak di seberang jalan keretapi Pasir Mas tuh. Barang2 kat situ muroh2 dari barang2 di Lepih nih. selalu juga keh beli barang jenama buatan Thailand yang banyok terjual disitu. Sekarang ni tak tau lah ada ke dok lagi pasar tu. Lama bete dah tak pegi ke Pasir Mas. Last sekali 4 tahun yang lepas.

Ada satu hari tu, keh sampai awal ke steysen Pasir Mas dari Kota Baru. Keh pun ambil kesempatanlah merayau-rayau di pasar yang gelak sengkuak tu, tapi bagi keh best pasar tu, semua menda yang keh nok ada dijual disitu, dari kain baju ke bunga dan hiasan, dari barangan tembaga ke barangan emas, perak semua ada. Dari etot ke ikan kembong. Keropok leko dan keropok leper pun ada. Pendek kata kala sesekali datang tu keh borong abislah, semua nok rasa. hari tu abis semua bahagian pasar tu keh ronda, sampai ke tempat menjual ikan basah pun ke pegi.

Bila keh tengok2 rega ikan tuh, mak aiii......muroh2nya ikan disini. Ikan selar hok beso terbangkok tu pun deme jual seringgit aja seekor. Geram keh nok beli bok balik ke Lepih. Molek lagi gayanya ikan tuh. Bila keh belek2 ikan tuh tuannya pun kata ke keh, akak belilah ikan nih muroh aja, seringgit seekor, kala akak beli lima ekor 3 ringgit aja, kata dia..

Tergoda sungguh keh, kala bok balik ke Lepih nih seminggu keh tak payoh beli ikan, bisik keh dalam ati.Lantas keh beli 5 ekor, suruh dia balut tebal2 sebab keh nok bawok balik ke Lepih kata keh. Toke ikan senyum2 ke keh. Agoknya suka sangat ikan dia laku 5 ekor sekali gus.

Selesai membeli beloh keh pun kembali ke setesyen , keretapi pun dah tak lama nok sampai. Sedang moleklah. Bila keretapi sampai keh pun terus redah nok naik dengan barang sarat kiri kanan tangan. Susoh jugak nok naik kala gitu gayanya. Tapi Alhamdulillahlah dapat juga keh naik dengan selamat dan duduk belakang sekali.

Tak sampai setengah jam dalam keretapi keh pun tertido. Rasanya keh sedo semula setelah 2 jam tertido, itu pun sebab keh nok ketandas. Laa, jauh pulok tandas nih, terpaksalah keh melalui satu koc untuk sampai ketandas.

Masa berjalan balik dari tandas ke tempat duduk keh, keh nampok orang dalam koc yang tengah semuanya kembang kempis hidung nya. Menda pulok deme nih? bisik ati keh. Ada juga yang keh nampok berpandangan sesama sendiri dalam keadaan yang mencurigakan. Ah!! sudah wabak apa pulok nih. keh mulalah rasa suspen. Apahal deme nih semacam aja gayanya. Selasa berada ditengah2 koc tersebut, tiba2 aja hidung keh tertangkap satu bau yang tak menyenangkan.

Bulu tengkuk keh terasa merembang pulok. Tadi masa keh terbangun dari lena keretapi sedang merentasi hutan tebal rasanya. Keh pun rasa chuak, kot-kot ada menda yang tak nampak menumpang koc tu masa merentasi hutan tebal tadi. Keh pun sama mengembang kempiskan hidung mencari punca datangnya bau yang tak menyenangkan tu tapi tak juga dapat keh mengenalpasti dari mana asal bau tu.Cuma baunya aja macam perat2 sikit, kohok sikit pun ada.

Takut terjadi sesuatu keh pun cuba meemjamkan mata. Biorlah deme tuh yang kalut mencari punca bau kohok tu yang semakin lama semakin menusuk hidung. dan baunya pun dah merebak ke koc-koc yang bersebelahan, sehingga guard pun tak senang duduk, kedepan kebelakang, anihnya tiada siapa pun yang berani buka mulut bertanya dari mana punca bau itu. yang mampu deme lakukan hanyalah berpandangan sesma sendiri.

Anihnya keh dalam orang kalut2 mencari punca bau kohok tu, boleh keh tertido semula. nampo gayanya terpaksalah keh berhenti bercerita disini saja. Akan keh sambung semula lepas terbangun dari tido nanti.

Sekian, tunggukan cerita seterusnya ' Pengalaman Ngeri Keh Dalam Keretapi.'

Wassalam.





Saturday 10 April 2010

Aksi Terlampau Gadis Genit

ASSALAMUALAIKUM,


Nih hari pertama saya kat pejabat nenek saya. Jawatan saya ialah sekteri nenek saya.Bz sangat nih...banyok keje kena buat...Amacam nenek, pandai tak saya buat keje??


Bila penat buat keje saya round2 sambil tarik jabir plastik.Bukan jabir sebarang jabir yee pakcik2 makcik2 nih jabir cari makan tau.


Bila dah terlampau penat saya pun terduduk. Masa nihlah saya rasa betul2 sedih, terkenangkan mammy dan daddy yang jauh dimata.

Oklah, cukup 3 dulu aksi saya yang terlampau nih. Sekarang masa untuk minum susu.

Sekian Wassalam.

Friday 2 April 2010

Din Beramboi Meninggal Dunia

Assalamualaikum,

Terlebih dulu Al-Fatihah buat Alahyarham Din Beramboi, semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman. Dan kepada keluarganya semuga bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Keh bukanlah peminat setia Din Beramboi malah tidak mengikuti langsung perkembangan hidupnya cuma adalah kadang-kadang terbaca berita tentang beliau dan melihat beliau beraksi di kaca TV. Terakhir sekali semasa beliau mengadili rancangan realiti Raja Lawak.

Tapi pagi tadi tiba2 ada orang bagi tau keh tentang kematian Din Beramboi lepas tu seorang lagi. Bukanlah keh terperanjat diatas kematiannya yang mengejut itu, kerana kematian akan terjadi kepasa sesiapa saja tak kira masa, sama ada yang tua atau yang muda, dan yang sakit atau yang sihat cuma penyebab nya saja yang berbeza.

Apa yang menarik perhatian keh ialah punca kematiannya yang dikatakan terkena jangkitan
Virus Rats Pee atau virus air kencing tikus. Keh sebenarnya tak tau sangat tentang virus ini cuma pernah dengar orang tua cakap, bebaik sikit dengan tikus tu, sebab dulu tikus ni selalu sangat masuk dalam tong atau tempayan beras. Kata deme boleh bawa maut kala termakan makanan yang terkena air kencing tikus. Betullah rupanya.

Macam mana virus ni boleh berjangkit kepada manusia? Diantaranya melalui makanan atau minuman yang tercemar dengan air kencing tikus yang telah kering. Air kencing tikus yang mengandungi toksid yang boleh membawa maut dalam jangka masa yang sangat singkat.

Penggemar minuman dalam tin berisiko untuk mendapat jangkitan ini jika mereka tidak berhati-hati kerana tin minuman berkemunkinan tercemar oleh air kencing tikus. Apabila mereka mengogok minuman terus dari tin yang terkena air kencing tikus, virus tersebut akan sama memasuki tubuh mereka melalui minuman tersebut. Jadi berhati-hatilah. Kala tak ada air nok basuh tin minuman tersebut sebelum mengogoknya baiklah gunakan strow aja.

Moralnya : 1. Basuh tin minuman sebelum digogok sebab munkin tin minuman tersebut dah dikencing oleh tikus maklumlah dah disimpan berhari2 digudang atau dikedai yang dah tentunya bayak tikus bersarang.
2. Jangan beli atau makan makanan yang dah lunyai dikerik oleh tikus, terutamanya ubi kentang, mee, tepong, gula, walaupun yang lain2nya tu masih baik, kemunkinan tikus kencing pada barangan yang masih baik tu dan makan barang yang lain.
Walllahualam.

Sekian Wassalam.