Tuesday 31 December 2013

Diambang Tahun Baru

Assalamualaikum,
Alhamdulillah,
Akhirnya sampai juga kakmah  penghujung tahun 2013, 
Beberapa minit saja kita akan akan meninggalkan tahun 2013 ini untuk melangkah ke tahun baru, tahun 2014.
Harapan kakmah semuga tahun baru ini akan lebih baik dari tahun ini dari semua sudut dan segi.

Banyak yang telah kakmah lalui sepanjang tahun 2013 ini yang pahit maupun yang manis, yang pahit kakmah dah lupakan, yang manis tetap akan menjadi kenangan sebagai bekal untuk kakmah terus mengharungi hidup ini.

Semuga dengan pertambahan usia ini, akan bertambah matanglah diri ini, dan yang pentingnya akan bertambah juga ketakwaan dihati.
Kepada anak2, menantu2 , cucu2 dan tak lupa juga sahabat2, rakan blogger kakmah dan pengunjung2 blog kakmah, marilah kita sama2 mempertingkatkan jati diri kita, semuga tahun baru 2014 ini merupakan tahun yang cemerlang buat kita semua.

Akhir kata Selamat Menyambut Tahun Baru 2014

Jumpa lagi

Wassalam.

Nasi Goreng Ikan Masin

 

Assalamualaikum,

Alhamdulullah, Setiap pagi bangun tidur
memang kakmah terasa lapar
kalau boleh sarapan kakmah mestilah 
dengan makanan2 yang beratK

Pagi ni pun sarapan kakmah 
makanan berat juga,
nasi goreng ikan masin

Walaupun berat, kakmah tak adalah
makan banyak sangat,
cuma sekadar alas perut
saja, jangan cepat rasa
lapar.

Kakmah teringin nak bagi resipi kat sini,
tapi susah juga guna gajet kecil ni,
nak guna PC,
line intermet Celcom ni
tak berapa baik di Kuantan ni,
jadi nanti2 lah ye...
Inn Shaa Allah

Jumpa lagi

Wassalam



Saturday 28 December 2013

Air Terjun Sungai Pandan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, berkelah atau main air ni 
memang seronok, lebih2 lagi untuk kanak2
macam cucu kakmah nie

Hari krismas baru2 ni kakmah
anak menantu
cucu2 kakmah yang dua orang ni 
Berkesempatan untuk pergi ke
air terjun sungai pandan.
Mula2nya bukan bertujuan
Untuk main air, sekadar nak pergi mencari
batu untuk dibuat tungku 
semasa anak kakmah nak berpantang
nanti.


Tapi kesian plk kat cucu2 kakmah dua orang tu 
nak main air.
Dengan izin Mummy dan Daddy dia orang
dapatlah juga dia orang main
air



Memang cantik air terjun ni,
air pun cetek sepanjang sungai tempat
mandian nya,
sesuai untik kanak
berumur bawah lapan tahun,

kemudahan untuk makan minum bolah tahan,
Kalau tak sempat bawa bekal
beli saja kat situ.

oklah, tak ada banyak gambar,
kalau nak tengok,
datang sendiri,
ìtu saja yang dapat
kakmah katakan

oklah jumpa lagi,
Wassalam

Friday 20 December 2013

Nasi lauk sardin



Assalamualaikim,

Emmm..lama dapur kakmah tak berasap,
lama kakmah tak update blog,
tidak sedikit pun kakmah terasa dah nak melupakan blog ni,
tapi apakan daya,
Alhamdulillah,
hari ini termakbul juga hajat kakmah
nak tulis sesuatu kat sini,
senelum berakhir bulan 12 tahun 12 ni

Apa khabar rakan2 blogger semua,
apa khabar pengunjung2 kakamah semua,
Semuganya semuanya dalam peliharaan Allah selalu

oklah sampai sini dulu,
ada kesempatan yang lain kita jumpa lago.

Wassalam.

Wednesday 20 November 2013

Demam Tak Kebah

Assalamualaikum,

Maha suci Allah
yang sedang menguji 
kesabaran dan iman kakmah,
Alhamdulillah malam ni rasanya 
macam nak demam lagi.
Saat ini batuk yang dari tengahari tadi
dah rasa berkurangan sikit,
kembali kuat semula.
Munkin akibat kakmah 
banyak bergerak semasa keluar
makan tadi, atau pun ada yang
kakmah tersilap makan.
Segalanya munkin,
cuma kakmah berdoa
semuga malam ni kakmah boleh
tidur lebih awal dari malam semalam,
dan demam tidak lagi seteruk semalam

Semuga kakmah terus
diberi ketabahan
dan kesabaran
diatas dugaannya ini.
Amin.

Wassalam
Jumpa lagi.

lama tak mengerjakan ni.

Monday 18 November 2013

Gelagat

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur pada Allah kakmah berada dirumah
pada malam ini. Semalam Kakmah di Kuala Lumpur,
berpeluang ikut serta menghadiri majlis penyampaian sijil
Tadika tempat cucu kakmah belajar. Seronok tengok gelagat 
anak ini menggayakan pakaian beragam..


Teringat kakmah sewaktu kakmah terlibat dengan Tadika ni
sembilan tahun yang lepas. Seronok ada, stress pun ada
dok melayan gelagat anak-anak pra sekolah ni. Namun mereka
ini bagi kakmah adalah seperti kain putih y7ang sedikit pun 
belum tercemar lagi. Cikgu tadikalah orang yang pertama
sekali mencorakkan kehidupan mereka didunia luar kongkongan
ibu bapa mereka.


Iya, tugas seorang cikgu tadika, walaupun nampak mudah,
tetapi sebenarnya amat susah dan mengelirukan, lebih-lebih
lagi bila ibu bapa kanak-kanak ini betul-betul hanya
mengharap kepada cikgu tadika untuk membentuk dan 
mencorakkan kehidupan anak-anak mereka.

Oleh itu segala penghargaan patut diberikan kepada 
cikgu-cikgu tadika tempat anak-anak kita belajar,
kerana merekalah yang memperkenalkan anak-anak
kita kepada pensil dan buku secara bersistemetik.

Tahniah untuk guru-guru tadika sekelian.

Wassalam
Jumpa lagi.

Monday 11 November 2013

Kek Pelangi

Assalamualaikaum,

Syukur Alhamdulillah,
setelah sekian lama,
malam ni dapat jugalah kakmah
upload gambar dan seterusnya
update blog kesayangan kakmah ni.


Sebenarnya kakmah mengalami sdikit gangguan
semasa nak transfer gambar dari Hp kakmah
ke komputer, munkin disebabkan kakmah
ter uninstall drivernya, kakmah pun tak
berapa pasti.


Yang pastinya kakmah tak berjaya nak transfer gambar-gambar 
yang kakmah tangkap dengan Hp kakmah. Kalau nak update blog 
tanpa gambar kakmah jadi tak tau nak cerita apa...sedih tau
dah berapa lama dah kakmah tak dapat berblog.


Malam ni sesaja je kakmah nak kongsi sikit business 
kakmah yang terkini sekali, apa lagi kalau bukan 
business kek. Orang lain business kek lawa-lawa,
berhias indah, tapi kakmah cuma jual kek biasa aja.
Kek tradisional, kek pelangi yang mak mak dan
wan wan kita suka buat zaman dulu. Walaupunnya 
tanpa hiasan apa2 tapi rasanya sedap.


Mulanya kakmah cuma buat kek ini untuk dijual dikedai kopi
kawan kakmah, kakmah potong kecil2 macam kat atas tu,
dijual dengan harga 3 keping RM 1.00. Tak sangka pula,
bila orang dah mula merasanya, ramai pula yang tempah
suruh kakmah buat sebiji sebiji. Alhamdulillah, disini rupanya
rezki kakmah sebenarnya...kek yang sangat simple dan
sempoi ini telah menjadi kesukaan ramai.

Kepada sesiapa yang nak cuba buat tu bolehlah kakmah
bagi resipinya yee..

Bahan-bahanya

1 cawan Majerin Pelangi
1 cawan gula pasir
5 biji telur besar
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
2 camca sirap ros
pewarna merah dan hijau secukupnya

Cara-caranya
 1. Putar gula dengan majrin sampai separuh kembang
2. Masukkan telur satu persatu, sambil putar lagi
3. Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder
4. Bahagi kepada 3 bahagian,
1 bahagian masukkan sirap dan warna merah,
1 bahagian masukkan warna hijau,
1 bahagian warna asli
5. Sudukan kedalam loyang, secara berselang seli,
satu sudu sekali bubuh sehingga habis.
6. Bakar dalam api 180 darjah celcius selama 
30 hingga 40 minit. 
Kek ini biasanya masak dalam masa 30 minit,
jadi lebih baik di cucuk dengan lidi setelah dibakar 30
minit. Jika belum masak boleh teruskan sehingga
35 atau 40 minit atau hingga masak.

( Kek ini juga sedap dibuat menggunakan majrin 
berbanding menggunakan mentega )

Selamat mencuba

Wassalam.

Monday 4 November 2013

Yong Taufoo

Majlis makan2 malam tadi kat restoren dekat AmpangJaya







Jumpa lagi
 wassalam

Saturday 14 September 2013

Allah Menjawab Al-Fatehah Kita

Assalamualaikum,

Sahabat-sahabat blogger yang kakmah kasihi, malam ni kakmah 
nak share satu lagi perkongsian ilmu yang kakmah 
sendiri pun selalu lakukan kesilapan ini ketika shalat.
Semuga ianya menjadi menafaat untuk kita semua.


❥ Pada saat kita membaca surah Al-Fatihah sewaktu kita Shalat,banyak sekali orang yang cara membacanya tegesa-gesa tanpa spasi, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan Shalatnya..


❥ Padahal disaat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah tersebut,ALLAH menjawab setiap ucapan kita..

❥ Dalam Sebuah Hadits Qudsi ALLAH Subhanahu Wata'ala ber-Firman :

❥ "AKU membagi Shalat menjadi dua bagian,untuk AKU dan untuk Hamba-KU"..

❥ Artinya, tiga ayat diatas Iyyaaka
Na'budu Wa iyyaaka Nasta'iin adalah Hak ALLAH, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-NYA..

❥ Ketika Kita mengucapkan :

❥"AlhamdulillaahiRabbil'aalamiin".

❥ ALLAH menjawab :

❥ "Hamba-Ku telah memuji-KU"..

❥ Ketika kita mengucapkan :

❥ "ARRahmaaniRRaahiim"..

❥ ALLAH menjawab : 

❥ "Hamba-KU telah Mengaagungkan-KU"..

❥ Ketika kita mengucapkan :

❥ "Maalikiyaumiddin"..

❥ ALLAH menjawab :

❥ "Hamba-Ku memuja-KU"..

❥ Ketika kita mengucapkan :

❥ “Iyyaaka na’ budu Waiyyaakanasta’in”..

❥ ALLAH menjawab : 

“Inilah perjanjian antara AKU dan hamba-KU”..

❥ Ketika kita mengucapkan :

❥ “Ihdinash shiratal mustaqiim,
Shiratalladzina an’amta alaihim
ghairil maghdhubi'alaihim Waladdhooliin.”..

❥ ALLAH menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-KU,Akan KU penuhi yang ia minta.”..

❥ (H.R. Muslim dan At-Turmudzi)

❥ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat..

❥ Rasakanlah jawaban indah dari ALLAH karena ALLAH sedang
menjawab ucapan kita..

❥ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat'pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita..

❥ Barang siapa yang ucapan :

❥ “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat,Maka ALLAH akan memberikan Ampunan kepada-nya.”..

❥ (H.R Bukhari,Muslim,Abu Dawud dan An-Nas)..

❥ Semoga BERMANFAAT,Silahkan Bagi Yang Mau Tag/Mem Bagikan Catatan Ini..

❥ Dengan Mem BAGIKAN Catatan Ini,Insya ALLAH Semoga Menjadi Tambahan Amal Shaleh Bagi Sahabat Fillah,Aamiin..



SekianWassalam

Wednesday 11 September 2013

Mimpi

Assalamualaikum

Apa khabar rakan-rakan blogger, pengunjung-pengunjung    setia kakmah? Lama kakmah tak menjenguk rakan-rakan dan kawan-kawan disini, semenjak lepas raya ni kesihatan kakmah tak berapa baik, demam, batuk dan selsema, menjadikan kakmah rasa begitu berat nak berbuat sesuatu. Kakmah cuma berbari je di tempat tidur, sambil berehat-rehat, kadang-kadang dapat jugalah kakmah menggunakan masa rehat itu untuk membaca buku yang berfaedah dan membelek-belek surat khabar lama yang ada dalam simpanan kakmah. 

Dalam pada membelek-belek kakmah terjumpalah satu artikel ini didalam sebuah akahbar lama, lalu kakmahrasa ingin untuk berkongsi cerita ini bersama-sama teman-teman kakmah yang dikasihi melalui blog ini. Semuga cerita ini boleh memberi sedikit menafaat untuk kita semua. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Maksud ayat daripada surah AL-'ASHR
( MASA )
Di turunkan di Makkah
3 ayat

"1. Demi masa.  2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.  3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat ( nasihat-menasihati ) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran."

KISAH YANG MUNKIN NYATA

Seperti biasa setelah pulang dari pejabat dan tiba dirumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Aku rasa aku sangat malas untuk membersih diri dan menunaikan solat. Sementara isteri dan anak-anak sedang berkumpul diruang tengah sambil menonton television.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi-sepoi yang menghembus tepat dimukaku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya, berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba-tiba sudah berdiri didepan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangan yang tiba-tiba itu.

Sebelum sempat bertanya siapa dia....tiba-tiba aku rasa dadaku sesak, sukar untuk bernafas...

Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan perlahan-lahan dari dadaku...terus berjalan kekerongkongku...sakitttt...sakit...rasanya....

Keluar air mataku menahan rasa sakitnya..

Oh...Tuhan...apa yang telah terjadi pada diriku....

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh...kkhhh...kkhhh...kerongkong ku berbunyi...

Sakit rasanya. Sakit yang teramat sakit....

Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...

Badan ku gementar.... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak....air mataku seolah tak berhenti....

Tangan dan kakiku kejang sedetik setelah benda itu meninggalkan aku...

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu...pergi...berlalu begitu saja..hilang dari pandangan...

Namun setelah itu.....aku merasa aku jauh lebih ringan, sihat, segar, cerah....tidak seperti biasanya.

Aku hairan.... isteri dan anak-anak ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba-tiba terkejut berhamburan kearahku.

Disitu aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku diatas sofa yang ku duduki tadi.

Badannya dingin, kulitnya membiru...

Siapa dia???

Mengapa anak-anak dan isteriku memeluknya sambil menangis, mereka menjerit..histeria...terlebih isteriku...seolah tidak mahu melepaskan orang yang terbujur itu.

Siapa dia????

Betapa terkejutnya aku......ketika wajahnya dibalikkan...

Dia...dia....dia mirip dengan aku....ada apa ini Tuhan???...

Aku cuba menarik tangan isteriku...tapi tak mampu.

Aku cuba pula untuk merangkul anak-anak ku tapi tak berjaya..

Aku cuba jelaskan, kalau itu bukan aku...

Aku cuba jelaskan kalau aku ada disini...

Aku mulai berteriak...tapi mereka seolah tak mendengarkan aku...

Seolah mereka tak melihat ku...

Dan mereka terus menerus menangis. Aku sedar, aku sedar bahawa lelaki misteri tadi telah membawa roh ku keluar dari jasad ku...

Aku telah mati....Aku telah matiii....

Aku telah meninggalkan mereka...tak kuasa aku menangis...berteriak....aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku...

Aku sangat sedih. Selama hidupku belum banyak aku lakukan untuk membahagiakan mereka.

Belum banyak yang telah ku lakukan untuk membimbing mereka kejalan yang benar..

Tapi waktu telah habis.... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk disofa setelah penat seharian bekerja...

Sesungguhnya...bila aku tahu aku akan mati...aku pastiakan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untu keluarga dan lain-lain...

Aku menyesal, aku terlambat menyedarinya...

Aku mati dalam keadaan belum solat....
Oh..Tuhanku,....Jika KAU inginkan keadaanku masih hidup, masih bisa membaca bicara hati ini...sungguh aku amat sangat bahagia...

Kerana aku masih ada waktu untuk bersimpuh...mengakui segala dosa....dan berbuat kebaikan, sehingga bila maut menjemput ku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia..

Wallahualam....

Kalau nak share silakan.


Sekian 
Wassalam...


Friday 23 August 2013

Transformasi

 Assalamualaikum

Kepada rakan-rakan blogger, pengunjung-penggunjung 
tetap blog kakmah nie, pengunjung-pengunjung
tak tetap, kakmah ucapkan selamat berhari raya sekali 
lagi, kali ni raya posa nam plak.

Kakmah pasti kebanyakan dari kita dah merayakan 
posa nam, sebab Syawal pun dah nak habis, 

Baru-baru ni kakmah mengalami gangguan dengan 
Blogspot kakmah nie. Kakmah mati-mati
ingatkan komputer kakmah yang problem, sebab 
kakmah tak dapat nak sign in, tools tak ada.
Andaian kakmah munkin kerana toolsbar
Avira yang dah lekat kat sebelah bawah browser bar 
Google Chrome kakmah nie,
Rupanya memang Blogspot ni ada problem,
lama juga kakmah tak dapat nak pos 
entry baru. Alhamdulillah, pagi ni dah ok dah.


Pagi ni tak ada apa yang kakmah nak kongsikan,
sekadar nak menunjuk muka aja, terlanjur
Blogspot ni dah boleh di masuki,
kakmah masukkanlah gambar benang kait kakmah yang
dah berbelit-belit, berlibu-libu kata orang kg kakmah tu.
Tapi bak kata kakmah, bukan kata orang, 
kalau kita jumpa benang atau tali yang bersimpul
macam ni, janganlah ditarik kehadapan,
susurlah kebelakang untuk mencari puncanya,
walaupun susah, lambat dan memakan masa,
tapi hasilnya terbaik. Macam yang dalam 
gambar kat bawah tu, Itulah hasilnya
setelah kakmah kerjakan selama seminggu ini.


Gambar kat atas ni plak adalah sesuatu yang mengusik
perasaan kakmah serta menguji kesabaran kakmah.
Ada ke patut dia pergi tidur pulak dalam pasu bunga
kakmah yang bunga paku nya tu pun tengah merimbun
hasil dari kakmah membaja dan menyiramnya setiap
hari. Apa nak buat kan, dia pun nak tempat yang
selesa untuk tidur. Tidur ajalah kitty.


Cucu kakmah yang terkecil setakat ini, sementara 
menunggu yang lebih kecil keluar dari perui ibunya.
Memandang muka-muka cucu-cucu kakmah nie
terasa pulak betapa dah berumurnya si nenek nie,
Mulalah hati tertanya-tanya dah cukup ke bekalan aku 
untuk dibawa kesana nanti. Sayu juga rasa hati bila
mengenangkan bila-bila saja dari sekarang, DIA akan
menjemput kita kesana. Allah.
Semuga DIA memberkati kehidupan ini dengan
Iman dan Amal serta kesejahteraan dari dunia
hingga Akhirat.


Penng kepala kalau menengok benang yang berselirat
macam ini. Tapi kalau kita bersabar menyusurnya
selembar demi selembar, pasti akan dapat kita
menafaatkan satu persatunya. Begitu jugalah dengan
kekusutan yang kita alami dalam menjalani kehidupan
ini.Baik diri sendiri maupun orang lain.
Jangan lekas berputus asa bila menghadapi kekusutan.
Susurlah dari awalnya, selesaikan secara berhemah,
jangan cepat marah dan merengus, pasti hasilnya
akan timbul seribu kebaikan.


Miew ni bila diambil gambar dia buat muka tak bersalah je,
Hati yang pada mulanya terasa nak marah pun jadi sejuk,
tak perlah, dia berhak duduk disini kerana dia tak tau
tempat dia duduk itu adalah kesayangan kakmah.


Lihat dibawah ini,
Inilah hasil dari kekusutan yang telah diselesaikan 
dengan kesabaran dan berhemat. Tidak ada sehelai
benang pun yang terputus, dan semuanya boleh 
digunakan dengan sempurna. Alhamdulillah.


 Akhir skali dia posing untuk kakmah...
Tak comei pun, maklumlah anak-anak terbiar..
Kesian dia..


Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Tuesday 13 August 2013

Sunyilah Pulak

Assalamualaikum

Raya dah berlalu, suasana yang riuh rendah
beberapa hari yang lalu kini dah menjadi sunyi
sepi. Anak-anak cucu dah pulang kebandar,
kini tinggallah nenek keseorangan.

Alamak sunyilah pulak rasanya
tinggal sendirian begini. Anak2 cucu
semua dah balik semalam
hari ini mereka semua dah mula
bekerja. Niat hati dari pagi tadi
bila dah tinggal seorang begini bolehlah
buat kerja dirumah, mengemas, mencuci
membasuh, tapi sampai sekarang satu
apa pun tak jadi lagi.

Cuma yang ada hanyalah rasa kesunyian
yang teramat sangat, setelah ditinggalkan
mereka....

Tak taulah berapa hari keadaan ini akan
berterusan, harap-harapnya hari esok
semangat ini akan datang kembali
untuk membolahkan kakmah ni bekerja
macam biasa.

Walau macam mana pun tengahari tadi
dah lepas kehospital dah untuk membaharui
appointment yang tertunggak semasa bulan
aritu. Harap-harapnya kali ini tak
tertunggak lagi.

Jumpa lagi
Wassalam.


Saturday 10 August 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamaualaikum,

Hari ni dah 2 Syawal rupanya,
Pastinya masih belum terlambat lagi 
untuk kakmah mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada
semua rakan-rakan blogger kakmah,
pengunjung-pengunjung setia blog kakmah ni,
dan pengunjung-pengunjung yang sekali sekala
tersesat ke sini
Doa kakmah semuga anda semua gembira
mearikan lebaran ini bersama kaum keluarga.
Bagi yan nak balik semula ke bandar s
etelah beraya dikampung tu
berhati-hati dijalan raya,
semuga anda semua selamat sampai
ke destinasi tujuan dengan selamat.

Wassalam.

Monday 15 July 2013

Selamat Berpuasa Dan Bazar Ramadhan


Assalamualaikum,

Selamat Menjalani Ibadah Puasa,
Semuga puasa kita diterima Allah beserta dengan
amalan-amalannya sekali.

Rasanya belum terlambat untuk kakmah 
mengucapkannya memandangkan puasa pun
baru sahaja 5 hari berlalu dan hari ini merupakan
hari keenam kita berpuasa.

Kakmah sibuk sikit bulan puasa ni
almaklumlah puasa tahun ni kakmah berniaga
di bazar ramadhan, meniaga nasi lemak.
Tapi bukanlah kakmah berniaga besar-besaran,
sekadar kecil-kecilan je.
Alhamdulillah, seronok juga meniaga
dibulan Ramadhan ni, 
walaupun pendapatan yang kakmah dapat 
tidaklah sebesar mana, tapi cukuplah 
untuk ada pendapatan yang berterusan
disepanjang bulan Ramadhan ini, 
buat belanja Hari Raya nanti.

Kepada yang sibuk didapur, kepada yang
tengah menjahit dan kepada yang
sedang membuat persiapan raya tu
kakmah ucapkan selamat menjalankan
tugas masing2, disamping jangan lupa
banyakkan amalan dibulan yang penuh
berkat ini, kepada yang ada kelapangan tu
jangan tinggalkan solat sunat Tarawih,
besar pahalanya jika kita lakukan disetiap
malam di bulan Ramadhan ini.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Sunday 30 June 2013

Jamuan Makan Malam AALFB

Assalamualaikum,

AALFB adalah singkatan dari perkataan
Anak-Anak Lipis Di FaceBook.
Meriah juga group anak-anak Lipis di FBni,
dengan keahlian yang dah melebihi 8,000
orang yang terdiri dari berbagai lapisan,
tingktan kehidupan, dari Dato' Datin,
pegawai-pegawai kerajaan dan swasta,
pekerja biasa sehinggalah kepada petani
penternak pelajar-pelajar dan kanak-kanak
sekolah rendah.

Malam tadi tibalah kepada acara kemuncak perkenalan,
persahabatan, dan pengumpulan saudara mara, rakan
taulan melalui group Anak-Anak Lipis ini.
Malam pertemuan ini diberi nama
Malam Anak-Anak Lipis Di FaceBook.


Kakmah yang baru juga berjinak dengan FB ni pun
tak ketinggalan untuk menyerikan majlis yang
meriah ini. Selain dari menikmati hidangan
tradisi orang Kuala Lipis, hadirin juga dihiburkan 
dengan persembahan nyanyian dan tarian
dari ahli-ahli persatuan sendiri.


Selain dari persembahan artis-artis jemputan,
hadirin juga dihiburkan oleh artis terkenal yang 
telah mendapat anugerah pelakun
popular yang juga berasal dari Raub, Pahang
Dramatis Norkhairiah.


Seramai 400 orang telah berkampung di
Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Lipis
mlam tadi. Majlis yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen
serta ADUN ini berakhir pukul 12.00
tengah malam dengan meriahnya.

Jumpa lagi
Wassalam.

Tuesday 25 June 2013

Majlis Penyampaian Sijil

Assalamualaikum,

Lama juga kakmah tak update blog kakmah ni,
tak ada perkembangan baru diantara sebab-sebabnya,
ditambah pula dengan keadaan kakmah yang 
tak berapa sihat, kakmah sekarang ni sedang sakit pinggang,
baru pagi tadi kakmah ke hospital, ambil ubat.


Walaupun dalam keadaan sakit,
ada juga aktiviti yang kakmah sertai,
tengok ajalah gambar kakmah kat atas tu,
dah usia pencen baru kakmah dapat
pakai jubah begitu, 
banggalah juga walaupun penganugerahan
sijil tu bukan dari mana-mana universiti,
cuma dari Empower, tapi pelajaran yang kakmah
dapati sama juga dengan pelajaran yang di pelajari
oleh anak2 kakmah di Universiti, cuma masanya
sahaja disingkatkan kepada 6 bulan untuk
kursus yang kakmah hadiri pada tahun 2012 yang lalu.


Tahniah kepada Empower yang telah mengeluarkan 
seramai 400 orang graduan didalam berbagai bidang
untuk tahun 2012 yang lalu.
Diantara bidang kursus yang di tawarkan adalah,
ICT untuk komputer repairing, ini kursus yang
kakmah ambil, Membaik pulih telefom bimbit,
Pengurusan perniagaan, Front Office, Kek dan biskut,
Andaman, Kraft Tangan, Jahitan dan Masakan 1 Malaysia.
Kursus ini bertujuan meningkatkan taraf hidup
rakyat Malaysia yang ingin mengambil peluang menyertai
setiap kursus yang dibuka kepada semua
rakyat Malaysia berbagai kaum, dan kepada yang telah 
bersedia untuk memulakan perniagaan pihak ECER atau
Lembaga Kemajuan Wilayah Timur akan bekerjasama
dan turut memberi bantuan kewangan.

Kursus ini yang diberikan secara percuma 
dan di mulakan berperingkat-peringkat
mengikut daerah akan di luaskan kedaerah daerah
lain dinegeri seluruh Malaysia. Nantikanlah kedatangannya
kedaerah anda.

Semuga kita semua mendapat manafaat dari 
segala peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk kita.

Wassalam


Friday 14 June 2013

Biskut Mazola

Assalamualaikum,

Dah dekat-dekat nak puasa dan lepas tu nak sambut raya pulak,
kakmah pun mula-mula lah buat biskut raya. Biskut Mazola
namanya. Biskut ni sungguh sedap, kalau musim raya ramai
yang cari biskut ni. 


Dulu kakmah suka makan je, tapi buatnya kakmah memang 
tak pernah. Tapi baru-baru ni ada plak kawan kakmah 
tempah biskut ni dari kakmah. Tak nak hampakan kawan
kakmah pun mencarilah ke resipi biskut mazola ni.
Dapat dengan kakak kakmah. 

Senang je rupanya nak buat biskut ni, 
tapi yang susahnya nak bagi dia sempurna tu lah,
kalau tersilap mengadun jadilah ianya terlalu
lembut sampaikan masa pertama kali kakmah
buat, nak pegang pun susah, habis berderai jadi debu.

Ada cerita sedih masa kakmah buat pertama kali tu, 
kakmah sepatutnya buat satu adunan seperti di tempah
oleh kawan kakmah, dulang yang pertama dan kedua tu
ok lagi, walau pun lembut berjaya juga kakmah memasukkan 
kedalam bekas, dulang ketiga kakmah letakkan diatas 
jaringan untuk menyejukkannya sehingga habis membakar,
tah macam mana malangnya masa kakmah
meletakkan yang terakhir sekali tersentuh plak
jaringan tu, habis jatuh semua kebawah meja, semua jadi debu,
tak dapat dikutip lagi. Nak menangis kakmah rasanya.
Tapi kakmah bagi juga kat kawan kakmah tu 
separuh bekas sahaja.


Itulah puncanya dia suruh kakmah buat sekali lagi.
Buat kali yang kedua ni dah ok dah. Boleh dipegang dan
nampaklah sempurna sikit. Sehingga berjayalah kakmah
menghabiskannya satu adunan. Alhamdulillah.

Ni kakmah nak kongsikan resipinya
mana tau ada yang nak cuba membuatnya musim
raya ni nanti. Nak jual pun boleh, tambah pendapatan.

Ok
BAHAN-BAHANNYA

1 3/4 kacang tanah yang telah digoreng
dan dikisar halus
1 cawan gula pasir 
1 cawan minyak mazola (minyak jagung)
2 1/2 cawan tepung gandum
kuning telur secukupnya. 

CARA-CARANYA

1. Campurkan kacang, tepung gandum, gula, 
gaulkan sehingga rata

2. Masukkan minyak mazola, tinggalkan sedikit
Gaul rata sehingga boleh di gentel. Kalau
masih keras habiskan baki minyak, kalau
sudah boleh digentel tinggalkan sahaja
minyak tersebut, supaya bila masak biskut
tidak terlalu lembut.

3. Gentel sebesar guli, leperkan sedikit,
letakkan diatas loyang yang telah dialas
dengan baking paper atau boleh juga guna
majung paper, atau loyang yang dah disapu dengan
majrin atau mentega. 

4. Sapukan kuning telur diatasnya.

5. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan 180 C
selama 15 minit.

6. Angkan dan sejukkan baru dikeluarkan dari loyang,
kalau susah tanggal, gunakan spatula untuk 
menanggalkannya perlhan-lahan agar tidak
pecah.

Selamat mencuba,
Wassalam.

Tuesday 11 June 2013

Cup Cake Oren.

Assalamualaikum,

Selamat bertemu lagi pada petang selasa yang permai ini.
Pastinya Puan-puan yang bekerja tu sedang bertungkus 
lumus menyiapkan kerja kerana sebentar saja lagi dah 
nak habis masa bekerja. Tapi kalau yang kerja kat 
rumah tu, macam kakmah ni hah, pastinya kerja tu
tak akan ada habisnya, kecuali malam nanti setelah
mata mengantuk.


Tapi kakmah plak sentiasa adakan masa untuk berhenti 
dari kerja yang agak-agak memenatkan dan boleh ditangguh
untuk membolehkan kakmah berehat dan mengetuk keyboard
ini atau menonton raancangan kegemaran kakmah di Astro.
Apa lagi kalau bukan rancangan masak-masak,
di Asian Food Channel dan TLC nama singkat je,
Dari situlah tumbuh minat kakmah nak memasak.
Tak kiralah masak apa, lauk ke atau kuih. Ditambah 
pula kakmah rajin berjumpa dengan blog-blog
yang memaparkan masakan yang enak-enak dengan
hiasan yang menarik, teringin betul kakmah nak
mencubanya.


Kakmah memang minat makan kek, apa lagi kalau
kek-kek yang sedap. Bila tengok orang buat cup cake
yang cantik-cantik teringin pulak kakmah nak mencuba.
Tapi tanpa ilmu tak berani juga nak mencuba takut
nanti membazir bahan saja. Untuk itu kakmah
berusaha untuk belajar melalui otai-otai yang
ramai kat internet ini.


Dan inilah hasilnya, hari ini kakmah dah berjaya menyiapkan 
cupcake oren dengan hiasan icingnya sekali. Alhamdulillah 
menjadi, walauapun dekorasinya masih berterabur
memandangkan kakmah masih tak ada idea nak hias
macam mana, tapi asasnya kakmah dah tahu. Alhamdulillah,
disamping itu kakmah juga dah berjaya menyediakan 
kek marble coklat oreh, hasil dari lebihan adinan
cupcake oren kakmah.

Syukur dan gembira sesangat..
Alhamdulillah berjaya.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Sunday 9 June 2013

Diantara Khasiat Daun Ketumbar.

Assalamualaikum,


Ada kawan kongsi info ni kat email kakmah. Kakmah rasa elok juga kalau kakmah kongsikan 
dengan pembaca-pembaca dan pengunjung blog kakmah. Mana tau ada manafaatnya buat
kita semua.

Dulu kakmah tak berapa dapat membezakan antara daun ketumbar ni dengan daun sup. Cuma rasa nya saja yang dapat membezakannya. Kakmah memang tak suka rasa daun ni, rasa payau-payau gitu, dan macam rasa bau pepijat sikit. Kalau ada daun ni dalam makanan kakmah, kakmah akan kutip buang dulu. Tapi lama-lama kakmah cuba juga biasa-biasakan menjamahnya. Alhamdulillah
sekarang ni kalau tak ada daun ni dalam sesetengah makanan, rasa macam tak lengkap pula.

Daun ketumbar ni selain dari melengkapkan masakan, ada juga khasiatnya untuk kesihatan kita jika dimakan berterusan. Mari kita tengok diantara khasiatnya untuk kesihatan kita :-

1. Merendahkan paras gula dalam darah

2. Membantu memudahkan penghadaman, menghalang rasa senak dan kembung dan ketidakselesaan didalam perut.

3. Membantu menghalang pembiakan bakteria Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

4. Sebagai anti-keradangan dan membantu meredakan sakit arthritis

5. Membantu melindungi daripada jangkitan saluran kencing

6. Melindungi dari rasa loya

7. Meredakan angin dalam usus

8. Merendahkan tahap kolestrol yang tidak baik (LDL) dan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik (HDL)

9. Kaya dengan sumber serat, zat besi dan magnesium.

10. Juga kaya dengan sumber Phytonutrients dan flavonoids

11. Biji ketumbar juga berkhasiat meredakan pengeluaran haid yang terlalu banyak dengan merebus biji ketumbar tersebut dengan 500 ml air dan sedikit gula, minum air tersebut semasa masih suam.

12. Pengidap penyakit arthiritis juga boleh merebus biji ketumbar dan meminum airnya untuk meredakan penyakit tersebut.

13.Serbuk jintan yang dicampur dengan bancuhan asam jawa boleh meredakan jerawat yang teruk

Jintan sememangnya herba yang sungguh berkhasiat untuk meredakan dan menyembuh berbagai penyakit. Jintan juga adalah diantara campuran yang mesti didalam serbuk jamu selepas bersalin.
Ia juga dijadikan diantara ramuan yang direbus bersama herba-herba lain untuk mandian wanita lepas bersalin. Semuga kita kita juga dapat memenafaatkan herba ini untuk kesihatan kita.

Semuga Jumpa Lagi
Wassalam