Wednesday 26 March 2014

MH 370 Menjunam Ke Lautan Hindi

Assalamualaikum,

Dengan pengumuman YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pukul 10.00 malam semalam, berakhirlah penantian dan harapan yang amat menyiksakan selama 18 hari yang lalu. Kini seluruh dunia telah mengetahui MH370, pesawat penerbangan Malaysia yang dilapurkan hilang itu sebenarnya telah menjunam ke Selatan Lautan Hindi. Tanpa landasan, tiada daratan pesawat tersebut dipercayai, disahkan telah berakhir didasar Lautan Hindi. Dikhabarkan juga harapan untuk menemukan kesemua penumpang dan anak kapal dalam keadaan selamat adalah tipis sekali malah hampir tiada langsung.

Terkejut, sedih, pilu, kecewa, begitulah agaknya perasaan ahli keluarga penumpang dan anak2 kapal pesawat tersebut. Tidak terkecuali juga perasaan tidak puas hati, mengapalah ahli keluarga mereka yang terpaksa menerima nasib malang itu.

Kalau ditanya kakmah sendiri, kakmah masih belum boleh menerima kenyataan itu, bagaikan ianya satu kenyataan yang tidak berasas sama sekali. Mengapa tidak ada sebarang bukti yang boleh ditatap untuk menandakan itulah sebenarnya yang terjadi, mengapa tidak ada satu gambar pun yang di muat naik oleh mana-mana pihak untuk membuktikan bahawa itulah cebisan dari pesawat yang hilang itu.

Walau apapun perasaan kita, itulah hakikatnya apa yang terjadi. Tragedi ini telah disahkan oleh pakar-pakar didalam bidang masing-masing yang berkaitan dengan tragedi itu. 

Benarlah agaknya penampakan-penampakan yang disaksikan beberapa saksi seperti yang diceritakan diblog-blog peribadi, laman-laman sosial yang kakmah pernah baca, yang mana dilapurkan ada individu-individu tertentu yang dapat menyaksikan peristiwa dan insiden yang terjadi kepada pesawat tersebut. Seolah-olahnya Allah ingin orang-orang tertentu ini menyaksikan apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat tersebut.

Dilaut Cina Selatan misalnya, seorang pekerja pelantar minyak menyaksikan sebuah kapalterbang sedang terbang menjunam dengan ekornya terbakar. Juga seorang nelayan yang menyaksikan kapalterbang yang sedang terbang rendah, lebih rendah dari kebiasaannya. Juga penyaksian seorang Wanita dari Johor yang baru pulang dari umrah dengan menaiki pesawat Arab Saudi. Dia dikhabarkan telah melihat sebuah kapal terbang sedang berada diatas lautan, dalam keadaan senget dan berangsur-angsur tenggelam dilaut andaman.

Begitu juga penyaksian sepasang suami isteri dari Indonesia, yang menyaksikan kapalterbang tersebut berada didasar Laut Cina Selatan yang mana kesemua penumpag dan anak kapal telah meninggal dunia dan masih tegak duduk dikerusi. Juga penyaksian seorang penduduk kepulauan yang menyaksikan sebuah kapalterbang yang terbang rendah dan mendengar bunyi bising suara orang didalam pesawat tersebut.

Walaupun cerita ini nampak seperti lucu dan tidak logik, tetapi itulah kuasa Allah SWT, apabila dia berkehendakan seseorang itu menyaksikan kebesarannya, dia tidak memilih darjat, pangkat atau kedudukan seseorang itu. Sesiapa pun boleh menyaksikannya, dengan izin NYA.

Kini, dengan perkhabaran yang telah disahkan itu, putuslah segala harapan untuk menyaksikan ada diantara penumpang atau anak kapal ataupun kesemua akan ditemui dalam keadaan selamat. Kini seolah-olah tumpuan hanyalah untuk mencari bangkai pesawat dan kotak hitam yang akan menjadi saksi terhadap apa sebenarnya yang telah berlaku sebelum pesawat menjunam kedasar lautan.

Lalu tidak adakah yang berharap sesuatu keajaiban akan terjadi, sepertimana didalam filem yang pernah kita saksikan, dimana ada penumpang yang terselamat lalu menemui daratan yang tidak berpenghuni, lalu mereka meneruskan hidup disitu sementara menunggu pihak penyelamat datang untuk menyelamatkan mereka. Namun mampukah mereka meneruskan hidup dilautan atau di daratan dalam jangka waktu yang terlalu panjang ini. Sudah dua puluh hari berlalu sejak hari pertama. Walaupun itu nampak seperti mustahil, namun sebenarnya ia bukanlah mustahil dan tidah boleh diabaikan.

Selesai sudah penantian fasa pertama, kini masuk pula kepada penantian fasa kedua, setidak-tidaknya penantian untuk menemukan bangkai pesawat tersebut dan kesemua jasad-jasad penumpang dan anak kapal jika ianya telah diyakini semuanya telah meninggal dunia disamping penantian untuk menemukan kotak hikmat itu, iaitu kotak hitam.

Dengan pengkuan-pengakuan yang kita sendiri dengar dari semasa kesemasa bahawa pencarian ini amat sukar sekali berikutan keadaan laut yang amat luas dan amat ganas, ombak dan taufan yang sentiasa bergelora serta kedalaman dasar laut yang melebihi 7,000 meter. Lalu kita cuma ada satu harapan dan sandaran sahaja untuk memunkinkan pencarian berhasil dengan segera dan penantian ini membuahkan hasil yang baik sepertimana yang kita harapkan. Dia itulah kuasa yang jitu, kuasa yang tiada tandingannya. Kuasa yang apabila Ia berkata KUN FAYA KUN. Dia itulah ALLAH SUBHANAHUWATAALA.

Sekian dan jumpa lagi
Wassalam.

Thursday 20 March 2014

Benang kait

Assalamualaikum,
Lebih sebulan mengusahakan paten yang ini, hanya ini yang dapat kakmah siapkan. Bak kata orang sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain juga. Bilalah yee paten ini akan menjadi kain.Inn Sha Allah, siaplah tu nanti. Kakmah sedang berusaha menyiapkannya ni. Hehe...
Jumpa lagi,
Wassalam.
L

Tuesday 11 March 2014

Doa Untuk Kapalterbang MH 370 Beserta Penumpang Dan Anak Kapalnya.

Assalamualaikum, dan salam sejahtera buat semua yang membaca entry ini.

Semua rakyat tahu hari ini adalah hari ke 4 misi mencari kapalterbang milik Penerbangan Malaysia MAS, MH 370 yang dikesan hilang dari radar pada pukul 2.40 pagi Sabtu lalu. Segala usaha telah dikerahkan untuk mengesan pesawat tersebut, namun masih tidak ditemukan satu petunjuk pun yang boleh membawa kepada penemuan pesawat tersebut.

Bukan saja kaum keluarga penumpang dan anak kapal pesawat tersebut, malah seluruh rakyat Malaysia sedang bersedih hati, sedang tertanya-tanya kemanakah perginya pesawat tersebut, apakah sebenarnya terjadi kepada pesawat itu serta penumpang dan kesemua anak kapalnya. Mengapa tidak ada langsung sebarang petunjuk yang membolehkan sebarang tindakan dilakukan yang munkin boleh membawa kepada penemuan pesawat tersebut.

Sebagai rakyat biasa, walaupun hati melonjak kesedihan, namun apalah yang termampu kita lakukan selain dari terus terusan memanjatkan doa kepada Allah SWT, agar diberikan sedikit petunjuk kepada pasukan penyelamat supaya dipermudahkan pencarian kita.

Sebagai kaum keluarga dan waris mangsa, inilah saatnya Allah betul2 menguji kesabaran dan ketabahan kita, munkin ada hikmah disebalik ujiannya ini. Kesabaran, kewarasan dalam apa juga tindakan adalah sangat-sangat dituntut disaat-saat anda berada dalam keadaan ini. Semuga semuanya berada didalam keadaan tenang dan terkawal.

Sebagai manusia biasa, marilah kita perbanyakkan doa untuk kesejahteraan mereka yang terlibat terutama kepada mangsa-mangsa. Mohon Allah pelihara mereka, beri mereka kekuatan tenaga dan akal untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan yang sedang mereka hadapi, mohon Allah segera kembalikan mereka kepangkuan keluarga mereka, itu pun sekiranya mereka masih bernafas, jika sebaliknya, mohonAllah segerakan juga pertemuan dengan mereka supaya dapat disempurnakan tempat mereka bersemadi untuk kali terakhir. Amin Amin ya Allah.

Sekian,
Wassalam


Thursday 6 March 2014

Sambal Pahang

Assalamualaikum,

Sallam ceria buat semua pengunjung blog kakmah yang dikasihi.
Alhamdulillah, pagi Khamis ini dapat lagi kita berjumpa sambil cerita-cerita sikit. Pagi ini Inn Sha Allah kakmah nak cerita pasal sambal pahang yang sedang hangat dipasaran. Sana sini kelihatannya orang bercakap pasal sambal Pahang.

Sebenarnya saambal pahang ni mulanya asalnya hanyalah makanan orang-orang kampung zaman dulu yang susah dan tidak ada pendapatan tetap. Ianya dibuat dari sambal biasa yang dicampur ikan bilis, bawang dan akhir sekali belimbing yang telah direbus. Asal namanya disebut orang kampung sambal goreng belimbing rebus.

Belimbing ini direbus tanpa menggunakan air hingga kering
untuk menghasilkan belimbing rebus yang cantik,
mestilah direbus dengan api yang 
kecil hingga airnya kering dan bewarna keperang-perangan.

Tapi dek kerana warnanya hitam, dan untuk memudahkan menyebutnya anak2 zaman moden ini menyebutnya sambal hitam sahaja. Sambal ini merupakan sambal kegemaran YM Tengku Puan Pahang, Tengku Hajjah Azizah dan beliau suka memasaknya. Untuk lebih komersial, beliau telah menukar nama sambal hitam ini  kepada Sambal Pahang dengan resminya. Sekarang sambai belimbing rebus, atau sambal hitam dengan resminya disebut Sambal Pahang. Orang Pahang yang membuat sambal Pahang ini ada caranya tersendiri, dan rasanya sangat unik dan sedap.

Mengapa belimbing buluh yang telah direbus itu berwarna hitam, pada hal asalnya setelah direbus belimbing itu akan berwarna keperang-perangan. Zaman dahulu orang memasak menggunakan dapur kayu dan diatas dapur tersebut dibuatkan para untuk menyalai ikan, daging dan sebagainya termasuklah untuk menyimpan belimbing rebus ini dan juga asam gelugur. Dengan cara ini belimbing yang dah direbus cepat menjadi hitam dan garing, kecut dan kering sehingga boleh bertahan ke musim belimbing berbuah sekali lagi iaitu dalam tempuh setahun. Biasanya belimbing buluh ini berbuah setahun sekali sahaja.

Sambal Pahang, daripada makanan orang miskin zaman dahulu, terus ke istana dan sekarang dia menjadi makanan dan lauk istimewa orang2 bandar yang inginkan makanan exotik dengan rasa yang unik. Kalau dulu siapa yang makan sambal hitam ini dianggap orang miskin yang tak mampu membeli lauk, tapi kini sambal Pahang sudah menjadi hidangan istimewa setiap rumah dan dimajlis-majlis resmi dan semakin menjadi rebutan dan telah berlegar dipasaran internet. Alhamdulillah.

Kakmah boleh menghabiskan dua hingga tiga kilo sambal pahang sehari dijual di pasaran internet dan permintaan tidak pernah putus. Cuma bekalan belimbing hitam aja yang menjadi masaalah kakmah.

Itulah ceritanya sambal belimbing rebus sehingga menjadi Sambal Pahang, kebanggaan orang Pahang.


Untuk sahabat-sahabat blogger dan pengunjung blog kakmah yang dikasihi, disini kakmah sertakan resipi Sambal Hitam ini, boleh cuba kalau ada kelapangan. Semua sukatan disini hanyalah anggaran sahaja kerana semuanya bergantung kepada kualiti belimbing rebus dan jenis serta tahap kepedasan cili yang digunakan, walau bagaimanapun sukatan ini adalah yang terbaik.

Bahan2 yang diperlukan.

1/2 pot cili padi
2 cawan ikan bilis
10 hingga 12 biji bawang besar
1 cawan belimbing rebus ( hitam )
sedikit gula
1 cawan minyak untuk menumis.

Caranya,

1. Bersihkan cili dan blend hingga hancur,
2. Masukkan 3 ulas bawang yang dah dipotong blend,
3. Masukkan setengah genggam ikan bilis blend,
4. Masukkan belimbing hitam, blend.
5. Goreng ikan bilis selebihnya sehingga masak, angkat dan ketepikan
6. Hiris bawang selebihnya dan ketepikan.
7. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis alatan yang telah di blend.
8.Apabila dah agak kering masukkan ikin bilis yang dah digoreng dan bawang yang dah dihiris.
9. Masukkan juga satu camca gila.
10. Kacau hingga kering, ankat dan sedia untuk dimakan.
Masakan ini tidak perlu garam kerana ikan bilis dan belimbing yang telah masin membuatkan sambal ini cukup masinnya.

Selamat mencuba.

Sekian,
Wassalam.

Saturday 1 March 2014

Mee Kuning Buatan Sendiri

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dah lama kakmah tak buat mee kuning sendiri. Hari ini tercapai juga hasrat kakmah nak buat mee telur. Selalu kakmah buat mee kuning ni menggunakan kapur sirih je, kakmah tak mau guna air abu atau borik acid yang sepatutnya untuk buat mee. Tapi hari ini kakmah guna telor saja, jadilah dia mee telur.


Tak susah pun nak buat mee ni sebenarnya, kakmah rasa lebih selamsat lagi kalau kita buat mee ni sendiri dirumah, kita tahu apa yang kita campur dalam mee tersebut.Lagi pun tidak perlu simpan lama, rasa je nak makan mee terus buat, dah siap terus masak, kesegarannya terjamin.

Kepada yang teringin nak buat sendiri macam kakmah  tu ni kakmah kongsikan resipinya dan cara membuatnya.

Bahan untuk mee telur

2 cawan tepung gandum
2 biji telur 
Setengah sudu teh garam
Setengah sudu teh gula

Cara2 nya
Jerang seperiuk air dengan setengah cawan
 minyak kelapa hingga mendidih.
1. Gaul telur dengan garam dan gula
2.Masukkan telur kedalàm  tepung, uli hingga sebati
3.Dengan menggunakan mesen pasta seperti dalam 
gambar kakmah diatas mesen untuk ratakan doh.Saiz no 4
4. Bila dah rata dàn nipis, bolehlah dipotong
Menggunakan mesen bentuk bunga halus
5. Setelah siap dimesen bolehlah celur didalam air mendidih yang telah diisikan minyak yang telah disediakan terlebih dahulu.

6. Setelah mee timbul, angkat dan tuskan, apabila sejuk gaulkan lagi dengan 2 sudu makan minyak masak Dah pun siap.

Lepas ni tak payah lagi beli mee kuning
di kedai, buat aja sendiri.

Sekian, wassalam