Thursday 26 September 2019

Inti Karipap Simple

Asslamualaikum

Rakan-rakan blogger. Selamat beristirehat.
Ada yang dah tidur ke.
Kak Mah baru aja siap buat inti Karipap
untuk jualan pagi esok.
Ari tu Kak Mah ada janji nak
share resipi inti karipap simple Kak Mah.


Bahan-bahannya yer

4 biji kentang sederhana besar
1 labu bawang sederhana besar
 2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan gula
garam secukup rasa
Boleh tambah sesudu teh maggi secukup rasa
atau secubit aji no moto
boleh juga tambah
cili kering mesen kalau suka pedas.
Minyak untuk menumis

Caranya

1. Kupas kentang dan potong dadu,
cuci dan toskan.
Potong bawang, dadu juga.

Panaskan kuali
masukkan 3 sudu minyak masak.
Tumis bawang, bile dah layu dan bau wangi
Masukkan cili dan rempah kacau hingga rempah masak.
Masukkan kentang dan kacau lagi.
Masukkan air sehingga kentang tenggelam,
kacau lagi
Masukkan garam, gula, serbuk perasa.
Kacau dan tutup kuali.
Slowkan api dan rebus hingga
air kering.
Bila air dah kering kacai kentang hingga
kentang betil-betul kering airnya dan sebati.
Angkat dan sejukkan.

Boleh buat kulit karipap.
Dan bolehlah mula membuat karipap.

Sedap untuk sarapan pagi dan minum petang.




Semuga jumpa lagi.

WASSALAM

Tuesday 24 September 2019

Pengunjung ke 500,000

Assalamualaikum

Sallam ceria petang selasa. Semuga sahabat semua yang membaca blog ini berada 
didalam peliharaan Allah sentiasa.Alhamdulillah petang ni Kak Mah bersiaran lagi.




Alhamdulillah, ini tahun ke sepuluh Kak Mah berblog, Selama berblog tidak putus Kak Mah berharap blog ini akan menjadi kesukaan ramai satu hari nanti. Pada permulaan berblog, memang impian itu hampir menjadi kenyataan. Tapi biasalah kehidupan ini sentiasa ada turun naiknya. Lama juga Kak Mah tidak menghiraukan blog ini, namun satu ketika kak Mah sangat rindu nak berblog semula, berkomuniti dengan blogger-blogger yang pernah sama-sama berjuang untuk menaikkan blog masing-masing.

Bulan ini merupakan bulan kelahiran semula blog Lipislady ini, mood untuk menghantar posting sentiasa berkobar-kobar membuatkan kak Mah boleh menghantar posting setiap hari. Kebetulan pula sekarang ini Kak Mah banyak berehat akibat sakit yang menyerang kak Mah bulan lalu.

Bulan December ini genap 11 tahun usia blog Lipislady ini. Harap-harap ianya ada memberi sedikit manfaat kepada pembacanya. Yang paling mengembrakan Kak Mah, semalam blog kak Mah ini telah menerima kunjungan yang ke 500,000.Siapakah pengunjung bertuah itu, jika anda melihatnya sila bagi tau Kak Mah. Sewaktu Kak Mah mengambil gambar tadi dia telah meningkat kepada 500,011. Alhamdulillah kak Mah sangat gembira, dan sangat berbesar hati dan untuk itu Kak Mah ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada pengunjung-pengunjung blog ini kerana dengan adanya anda semualah blog ini telah mencatat lebih 500,000 pengunjung. Tanpa anda semua,  blog ini akan sunyi dan tak berseri.

Alhamdulillah, Kak Mah sentiasa gembira bila mengendalikan blog ini, walaupun kak Mah tidak mengenali semua pengunjung Kak Mah, tapi Kak Mah tahu mereka sering membuat kunjungan ulangan.  Kepada yang sering membuat kunjungan kak Mah suka sekiranya anda dapat meninggalkan jejak melalui ruangan komen, supaya kak Mah dapat membuat kunjungan balas sama ada ke blog anda atau facebook anda, bergantung pada link yang anda tinggalkan. Kepada yang tiada apa-apa Kak Mah juga gembira sekiranya anda dapat memperkenalkan diri anda diruangan komen juga.

Ok Lah sampai sini saja celoteh kak Mah pada petang ini, semuga kita berjumpa lagi di entry akan datang, salam hormat dari Kak Mah untuk pembaca semua. Kak Mah amat menghargai anda. TERIMA KASIH


Jumpa lagi
Wassalam.




Monday 23 September 2019

Nasi Goreng Green Forest

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Allah izinkan Kak Mah bersiaran lagi hari ini. Apa khabar hari ini rakan-rakan blogger semua, harap semuanya hari ini lebih baik dari semalam.


Hari ini kak Mah nak kongsi aja gambar nasi goreng Green Forest yang Kak Mah buat dan ambil semalam. Tak ada resipi sebab semua orang dah pandai buat nasi goreng kan. Cuma nak nampak hijau sikit kak Mah bubuh brokoli, petai dan apa-apalah sayur yang sedap dan boleh buat nasi goreng kita nampak menarik sikit.


Kak Mah namakan nasi goreng Green Forest sebab dia hijau. Kita boleh cipta apa-apa resipi nasi goreng, dengan berbagai bahan yang terdapat didapur kita, dan namakanlah nasi goreng apa-apa pun. Mudah kan. Yang pentingnya jangan takut mencuba.

Cuma masa mencampurkan bahan tu jangan dicampur bahan yang tidak boleh dicampur, kalau dicampur akan memudaratkan kita, contohnya dagin dan ikan.

Itu saja. Selamat menjamu mata semua rakan-rakan

Semuga jumpa lagi

Wassalam.

Sunday 22 September 2019

Lapuran Cabaran Seleri Hingga Hari Ke Sepuluh

Assalamualaikum,

Selamat berhari Minggu sahabat-sahabat dan 
rakan-rakan Blogger Kak Mah semuanya.

Semuga hari ini semuanya dikurniakan Allah
kesihatan yang baik, mood yang tenang
dan rezki yang halal dan berkat

Walau apa pun yang kita lakukan pada hari ini, 
Bawak anak-anak jalan-jalan melancung ke,
Makan-makan di kedai ke,
Atau stay dirumah aja
atau mencuba resipi baru ke
harap-harap sahabat semua dapat
menjaga makanan kita.

Makanan penting untuk menentukan kita sihat atau tidak.
Jangan jadi seperti Kak Mah
Dah terkena penyakit baru nak berjaga-jaga.
Masih belum terlambat sebenarnya, tapi prosesnya sukarlah sikit.


Dua perkara yang kita perlu buat setelah kita mendapat penyakit, dan kita sangat-sangat mengharapkan penyakit itu sembuh, kalau tidak seperti sedia kala sekurang-kurangnya ia tidak melarat sehingga ke tahap  yang boleh membahayakan diri kita sendiri. Dua perkara itu ialah berubat dan pantang. Kedua-duanya perlu selaras. Kalau kita makan ubat dan kita wajib pantang dari perkara yang menimbulkan penyakit tersebut. Kalau kita makan ubat sahaja dan tidak berpantang, sebaliknya kita makan dan buat juga perkara yang boleh menimbulkan penyakit tersebut, itu adalah perbuatan yang sia-sia. Begitu juga kalau kita pantang sahaja tetapi tidak mengubati penyakit yang telah berada dibadan kita, itu juga perbuatan yang sia-sia.

Cuba perhatikan carta pemereksaan gula darah dan tekanan darah kak mah yang diatas tu. Ini Analisa yang Kak Mah buat sendiri, kalau Doktor tengok dia mesti marah kerana semuanya ada turun naik.
Analisa ini Kak Mah buat selaras dengan Cabaran Seleri Yang Kak Mah jalankan. Kak Mah mula minum jus seleri yang di blender pada 12-9-19. Ini bermakna pada 13-9-19 itu Kak Mah dah minum seleri satu kali. Tapi waktu itu Kak Mah dah tidak ambil gula walau sedikit pun dan tidak makan mekanan manis selama 3 hari. Tapi Kak Mah tidur lewat, (lebih kutang pukul 11.30 malam,)  Malam sebelum Kak Mah pergi check itu, dan kak Mah puasa bermula pukul 6.00 petang hingga pukul 9.00 pagi, puasa selama 15 jam tidak makan dan minum kecuali minum air untuk makan ubat. Ubat yang doktor sarankan Kak Mah makan semua. Perhatikan carta:-

13-09-19   -  BP 156/126 - Tinggi sebab tak cukup tidur, banyak makan makanan bergaram, makan dikedai, Aji No Moto, perisa makanan
                   -   Gula Darah 6.4 - Sederhana - sebab 3 hari tak makan gula tak makan makanan manis,  kurang makan nasi. 

15-09-19   -   BP 172/86  -   Sangat tinggi, tapi bahagian bawah normal, ini kerana tidur lewat. Pukul 1.30 pagi baru tidur, walaupun dah kurangkan makan garam dan dah tukar kepada garam bukit yang dikatakan tidak mengandungi sodium yang tinggi Tapi tidur awal juga sangat penting untuk kesihatan.
                 -  Gula Darah 6.4  -  Sederhana, sebab masih tidak minum gula dan makanan manis. Masih minum seleri. Seleri dikatakan boleh menurunkan tahap gula darah dan menurunkan darah tinggi.

17-09-19   -     BP - 149/76 - Normal - Ni tidur awal, pukul 9.00 malam, tidak makan di kedai dah, kurang makan nasi, masak sayur dan ayam aja dirumah, kurang garam dan garam bukit. Makan ubat hospital macam biasa, jus seleri masih diteruskan.
                   -     Gula Darah   -   6.8   -  Naik sikit aja, ada minum teh 'O' sekali petang, lepas tu puasa dari pikil 7.00  petang hingga pukul 10 pagi, selama 13 jam.

19-09-19   -  BP - 122/81 - Normal _ Cabaran seleri genap seminggu, 7 hari, tidur awal pukul 9.00 malam bangun pukul 5.30 pagi, Tidur selama 8 setengah jam, baik untuk orang berumur 40 tahun keatas, tidak makan daging, kurangkan ayam dan ikan. Kurangkan nasi, cuma sekali sehari, sukatannya 3/4 cawan sahaja. 
                    -  Gula Darah -  8,1 - Tinggi /Teringin betul nak makan bubur kacang hijau dengan durian. Makan total 3 mangkuk hehe,,,yang lain berjalan macam biasa.  First time dalam cabaran ini gula jadi 8. Kesal betul.

21-09-19   -   BP 123/92  -  Normal, cuma bawah nampak tinggi sedikit, tak rehat selepas berjalan jauh untuk sampai ke farmasi tempat check, sampai terus check, agaknya lah.
                  -  Gula Darah - 7.2 - sederhana, minum air nescefea gula kabung, ketagih manis. yang lain-lain semua dah kawal, termasuk nasi.

Ada dua kali lagi untuk habiskan pusingan ketiga carta ini, harap-harap tak ada pusingan ke empat selepas jumpa doktor pada 25-09-19 ini. Tunggu keputusan pada 23 dan25-09-19 ini.       


Keseluruhannya, cabaran seleri ini Kak Mah rasa berjaya juga tetapi dengan kerjasama berpantang dan gaya hidup yang teratur. Tentang gaya hidup Kak Mah baru boleh menguasainya dalam 30%. Ada banyak lagi yang perlu di perbetulkan terutamanya jadual makan ubat yang dibekalkan doktor hospital, sukatan makanan yang dimakan, masa untuk ambik makanan, sarapan, makan tengahari dan makan malam, tidak teratur dan tidak tepat masa.berpantang dan banyak lagi. Kak Mah akan memperbaikinya dari semasa ke semasa.



Bagi Kak mah air seleri ni memang baik untuk kesihatan, terutamanya kesihatan dalaman, untuk Kak Mah ia boleh mengubati sembelit, menaikkan semangat, mencergaskan tubuh badan, tidak rasa lesu sepanjang hari. Ada juga orang tegur, Kak Mah nampak ceria dan sihat sekarang. Makan suppliment apa, sudah tentu kak Mah cakap saya minum jus seleri.

Untuk pengetahuan semua Kak Mah tak ambil suppliment walau apa bentuk pun dan kak mah tak makan ubat tahan sakit walaupun sebiji panadol. Alhamdulillah kalaupun ada keperluan kepada ubat tahan sakit tu tapi dapat kak Mah atasi dengan meditasi yang mendalam.

Alhamdulillah, syukur padamu ya Allah yang telah menunjukkan jalan yang selamat pada hamba Mu ini. Aamiin.

Semuga informasi yang tidak seberapa ini boleh menjadi iktibar kepada rakan-rakan semua yang ada masaalah macam Kak Mah kerana ini bukan ikutan, tetapi adalah pengalaman Kak Mah sendiri.

Semuga Jumpa Lagi

WASSALAM.

Friday 20 September 2019

Macam Mana Nak Buat Kulit Karipap Yang Lembut


Assalamualaikum

Sallam ceria pagi jumaat yang berkat.
Semuga hari ini anda semua ceria dan diberkati Allah
dengan kesihatan yang baik dan rezki yang melimpah ruah Aamiin.


Karipap semalam, alhamdulillh, Kak Mah hantar
48 biji, habis dijual. Ada juga yang kata kult karipap lembut,
sedap di makan. Alhamdulillah ramai yang menyukai.

Untuk itu kak mah nak kongsi sikit cara nak buat
 kulit karipap yang lembut.

Sukatannya yer

4 cawan tepung gandum
dua senduk gulai minyak masak panas
satu cawan air yang dicampur sedikit garam

Caranya:

a. Panaskan minyak 
b. Masukkan tepung dalam besen yang besar
c. Buat lubang ditengahnya
d. Masukkan dua senduk minyak yang telah panas.
e. Biar mendidih minyak dalam tepung
f. Gaulkan tepung dan minyak yang masih panas
dengan senduk kayu hingga rata 
dan jadi seperti serbuk roti.

Masukkan air yang dicampur garam tadi
sedikit demi sedikit
Ratakan dengan hujung jari aja 
sehingga tepung boleh di uli.

Jangan uli tepung kuat sangat
atau terlalu lama, cukup sekadar boleh
di bulatkan menjadi doh.

Kena berhati-hati bila memasukkan air,
masukkan sedikit demi sedikit,
kalau terlembik tidak boeh ditambah tepung
 jangan terlalu keras
jika keras tidak boleh ditambah air lagi.
Tepung tidak sama keperluan kepada air, 
ada yang boleh habis secawan,
ada yag berlebih secawan
ada pula yang terpaksa tambah
sedikit air lagi.
Bergantung pada tepung, 

Apabila siap boleh terus canai dan buat karipap
Jangan lupa buat inti dulu.
Kak Mah tak buat resipi untuk inti ini sebab Kak Mah percaya
semua dah pandai buat inti karipap.
Atau pun boleh juga inti sardin
inti ayam, inti kelapa dan ikan pun boleh,
ini dipanggil tembosa,
atau boleh juga inti kelapa pedas
seperti inti cucor badak.

Namun kalau nak cara kak mah buat inti, kak Mah kongsikan inti 
yang kak mah buat. Boleh tinggalkan pesan kat komen
Nanti kak Mah sharekan cara buat inti pula
Inti karipap kak Mah paling simple.

Ok semua, semuga jumpa lagi.
 Wassalam.



Wednesday 18 September 2019

Karipap

Assalamualaikum,

Sallam pagi Rabu.
Semuga hari ini lebh baik dari semalam
Semalam Kak Mah bangun pagi untuk menyiapkan donat
untuk dihantar ke kedai kawan.

Hari ini kak Mah tambah lagi jenis kuihnya
biar banyak, orang boleh buat pilihan.



Hari ini Kak Mah buat karipap pulak.
Disamping Donat, ada juga karipap. boleh pilih,
nak kuih yang masin atau nak yang manis.


Lepas makan kadang-kadang ada juga yang nak makan
 makanan yang manis-manis.
Kak Mah sediakan pula kek pelangi.
Ini kek pelangi tradisonal. Resipi nya pun 
dah turun temurun.

Beres, dah hantar kedai pun sebelum kak Mah tulis entry ini.

Semuga jumpa lagi
Wassalam.






Tuesday 17 September 2019

Kuih Donat

Assalamualaikum'

Selamat Petang semua rakan-rakan Blogger Kak Mah
serta peminat setia blog Lipislady.
Masak apa untuk minum petang ni.


Kalau dapat donat macam ini untuk minum petang kan sedap.
Ni kak Mah buat pagi tadi untuk dijual dikedai kawan


Lama dah kak Mah tak buat donat. Teringin pulak rasanya.
Kak Mah tak buat banyak pun, sekadar dapat hantar
sikit ke kedai kawan dan untuk makan sendiri beberapa biji.

Ni donat legend ni. Tahun 90 an dulu Kak Mah buat lebih besar dari saiz
sekarang ni, jual pula dengan harga RM 1 untuk 5 biji.
kemudian RM1 untuk 4 biji.
Tapi sekarang harga meningkat sikit lagi
RM 1 untuk 3 biji saja sekarang.
Walaupun kebanyakan kuih muih sudah berharga
RM2 untuk 5 biji,
tapi kak Mah masih tetap RM 1 untuk 3 biji. 
Biarlah kak Mah lekat pada harga itu.
Alhamdulillah....

Hari ni tak ada resipi 
sebab kak mah buat donat ni tanpa sukatan tertentu
untuk bahan-bahannya, main campak-campak aja
tapi kalau ada yang berhajat tu boleh bagi tau
dalam komen.
Kalau ramai yang minta nanti Kak Mah akan cuba buat 
sukatan yang sempurna dan
publish di entry akan datang.
Inn Shaa Allah.

Sampai sini dulu
Semuga jumpa lagi

Wassalam

Monday 16 September 2019

Lipis Bertanjak 2019

Assalamualaikum,

Kalau nak kenal orang IslamWarisannya adalah Al Quran dan Hadith

Kalau nak kenal orang MelayuWarisannya adalah Keris dan Tanjak



Justeru itu warga Kuala Lipis pun tak ketinggalan untuk menganjurkan 
hari Lipis Bertanjak 2019. Bertempat di Dewan Residen Kuala Lipis
Program ini di rasmikan oleh YB Dato' Mustapha bin Long, ADUN 
Kawasan Padang Tengku.



Program sempena Hari Malaysia ini dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Lipis,
Parlimen Lipis,disertai berbagai lapisan masyarakat yang cintakan budaya Melayu dan bangsa Melayu. Berbagai bentuk kesenian dipersembahkan, turut serta juga kesenian membela diri, iaitu silat dipersembahkan buat tatapan masyarakat Melayu yang kurang arif dan perihatin dengan budaya Melayu ini. Sambutan memang menggalakkan. Ramai yang datang kebanyakannya bertanjak dan berbusana melayu bagi yang lelaki, Bagi yang perempuan pula kebanyakan juga berbusana Melayu dan berselepang bati lagak pahlawan Melayu di zaman dahulu kala.


Barisan ADUN Padang Tengku, Naib Ketua UMNO Lipis, Ketua Pemud Umno Lipis merangkap Ketua UMNO Pahang bergambar sebaik ketibaan.


Seni silat yang dipersembahkan, warisan Melayu turun temurun.
TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA 
selagi seni warisan ini dipelihara, selagi Tanjak, lambang kebesaran bangsa Melayu dijunjung dikepala.


Sambutan yang sangat menggalakkan, seluruh dewan penuh dengan 
pengunjung yang terdiri dari berbagai peringkat umur.

HIDUP MELAYU
TEGAKKAN ISLAM
AAMIIN

semuga jumpa lagi
Wassalam.


Kuih Talam Durian

Assalamualaikum,
Selamat Hari Malaysia
Semuga rakan blogger dan peminat blog kek mah semua beroleh kesihatan
yang baik selalu, dan sentiasa dimurahkan rezki 

Musim durian dah sampai ke penghujungnya.
Hasrat kak Mah nak buat dan makan Kuih Talam Durian
tersimpan sejak mula durian gugur lagi
akhirnya tercapai juga semalam.


Ni lah Kuih Talam Durian yang dah siap. Sedap.
Rupa tak cantik sebab kepala dia memang lembik, kak Mah suka yang lembik.
Memang Kak Mah suka makan kuih talam waktu dia masih panas lagi, kepalanya
masih berair gitu dan talamnya lembik, makan pakai sudu aja. Bestnya.


Ni Kak Mah kongsikan resipi dia, simple aja

Bahan-bahannya

1 setengah cawan tepung gandum
Dua cawan air santan, tak perlu pekat sangat
3/4 cawan gula kabung
3/4 cawan isi durian

a.  Panaskan kukus
b.  Sediakan loyang 8in
c.  Blend semua bahan
d.  Tuang kedalan loyang dan kukuslah hingga masak
e. Sediakan teping 3 sudu makan untuk dibuat kepalanya
f. Satu cawan setengah santan dan garam secukupnya
g. Blend santan, tepung dan garam
h. Masukkan diatas tepung talam tadi.
i. Kukus hingga betul-betul masak, dalam 40 minit
j. Bila dah masak angkat dari pengukus, sejukkan biar betul-betul sejuk
   baru dipotong dan dihidangkan. Sedia dimakan.

Selamat mencuba.
Hasilnya bagi tau Kak Mah yer.

Semuga jumpa lagi
Wassalam

Friday 13 September 2019

Cabaran Seleri

Assalamualaikum

Wawww hari ni pagi betul Kak Mah bersiaran.
Biasalah kalau tak ada kerja ni bolehlah online awal sikit.
Apa-apa pun doa untuk kita semua, semuga Allah beri kita kesihatan yang baik, terhindar dari segala perkara-perkara yang tak baik dan murah rezki kita pada hari ini, Aamiin.



Alhamdulillah, hari ini Kak Mah rasa segar sikit, sakit dipinggang pun dah pulih hampir 95% rasanya. Puas juga Kak Mah mencari ubat alternatif untuk menyembuhkan penyakit yang menyerang secara tiba-tiba ini selain dari ubat sapu yang dibekalkan oleh doktor hospital tempat Kak Mah mendapat rawatan. Dalam Kak Mah sibuk mengoogle, terjumpa pula dengan cabaran seleri ini. Lalu Kak Mah ambil keputusan untuk mencubanya. Alhamdulillah semalam Kak Mah berjaya memulakannya. Semalam adalah hari pertama Cabaran Seleri Kak Mah.


Inilah rupa jus seleri yang Kak Mah buat. Jus ini Kak Mah buat menggunakan blender saja bukan juicer kerana kak Mah tak ada juicer dan kak Mah tidak tapis hampasnya sebaliknya kak Mah minum sekali dengan hampasnya. Alhamdulillah bolehlah. Katanya celeri ni banyak khasiatnya untuk penyembuhan dan kesihatan kita. Tapi kak Mah tak mau cerita tentang khasiatnya. Nanti kak Mah akan ceritakan pengalaman kak Mah sendiri meminum jus seleri ini. Buat masa sekarang Kak Mah targetkan kak Mah akan teruskan meminum jus seleri ini sehingga 14 hari melainkan sesuatu terjadi kepada kesihatan sedia ada kak Mah, maka kak Mah akan teruskan meminum jus seleri ini.

Sesiapa yang berani menyahut cabaran seleri ini marilah bersama-sama kak Mah, jangan berlengah lagi demi kesihatan kita yang berpanjangan. Aamiin.

Semuga berjumpa lagi.

Wasallam.

Thursday 12 September 2019

Sambal Ikan Sardin dan Petai

Assalamualaikum

Selamat petang rakan-rakan blogger semuanya. Sallam sejahtera, semuga semuanya berada didalam keadaan terbaik. Hari ni Kak Mah bersiaran sebelah petang pula. Hari ni kak Mah nak kongsi menu makan tengahari kak Mah. Iyalah tengok dari  gambar pun semua dah tahu kan apa menu kak mah hari ini.



Sambal petai dengan ikan sardin, ya inilah menu kak Mah hari ini. Lama betul kak Mah tak makan sardin. Terlanjur petai banyak dirumah, dan sardin pun ada, kak Mah pun apa lagi teruskan ajalah.



Bukan susah pun buat sambal sardin ni sebenarnya. Bahan seperti diatas aja.
Cuma cara masak tu aja yang menentukan sama ada berperisa atau tidak masakan kita.
Yang penting elakkan penggunaan garam yang berlebihan dan jangan memasukan sebarang perisa tambahan, apa-apa punlah perisa tambahan kerana didalam sardin itu sendiri telah ada di letakkan perisa tambahan. Elakkan juga menambahkan gula didalam masakan begitu juga air yang banyak kerana air akan melunturkan rasa semula jadi bahan masakan kita.


Dah masak pun sambal petai sardin kak Mah.

Cara menumis pun perlu diambilkira, elakkan mengisar bawang dengan air sebaliknya ditumis saja bawang yang dimayang halus, goreng dengan api yang perlahan sehingga garing supaya naik bau bawangnya apabila kita masukkan bahan lainnya.


Akhir sekali kalau makan nasi tu janganlah banyak sangat, sebeb nasi ini berkanji, kanji akan bertukar kepada gula apabila dia dihadam, nanti ada pula yang dapat kencing manis.

Oklah semuga jumpa lagi, 
Wassalam.


Sunday 8 September 2019

Serangan Pertama

Assalamualaikum
Selamat berhari minggu rkan-rakan blogger semua.

Terima kasih dan kredi untuk tuan punya gambar.

Alhamdulillah hari ini rasa segar dan bertenaga sikit setelah sembuh dari serangan yang ke dua 
dua belas hari yang lalu. Tapi yang kak Mah nak cerita ini adalah serangan yang pertama yang terjadi dua puluh dua hari yang lalu.

Jangan tanya kak Mah serangan apa, sebab sampai ke hari ini pun kak Mah masih belum tahu serangan apakah itu. Yang kak Mah tahu hanyalah rasa sakit dan kak Mah terpaksa berbaring selama sepuluh hari sebelum ianya kembali normal.

Cuma gambar diatas boleh menceritakan sedikit tentang lokasi dimana rasa kesakitan itu bermula dan kekal selam sepuluh hari, sama ada terus sembuh atau serangan seterusnya akan terjadi pada hari kesepuluh.

Ok, ceritanya yang sebenar.
Pagi itu, Isnin 19 Ogos 19 Kak Mah  ada temujanji untuk ambil darah di OPD hospital, berbetulan juga ada pulak doktor lain bagi slip untuk check Gula dalam darah dan tekanan darah. Memandangkan semuanya dah kebetulan, Kak Mah ambil keputusan untuk buat semuanya dihospital sajalah.

Awal pagi Kak Mah bangun. masuk bilik air. Selesai segalanya, sewaktu bangun dari tandas Kak Mah rasa macam ada benda yang meletup di bahagian pinggang kak Mah dan serta merta kak Mah rasa kesakitan yang teramat sangat dan seluruh tubuh bahagian badan kejang dan keras. Kak mah tergapai gapai, tak tau nak capai apa, mujurlah ada tong air yang penuh berhampiran terus kak Mah capai untuk berpaut kerana masa itu kak Mah rasa dah terlalu sakit dan macam sesak nafas dan nak pitam.

Dalam keadaan yang gawat begitu Kak Mah kuatkan semangat melawan kesakitan dan kekejangan untuk terus berdiri dan melangkah keluar dari bilik air. Alhamdulillah Allah beri ruang untuk kak Mah melangkah walaupun dalam keadaan yang terbongkok kerana pinggang kek Mah tak boleh di luruskan sebab sakit dan kejang.

Sebenarnya kak Mah  tak tau apa yang terjadi pada kak Mah, cuma yang kak Mah sedar hanyalah setiap pergerakan walaupun sedikit adalah kesakitan. Perlahan-lahan dalam kesakitan Kak Mah bawak diri ke luar dari bilik air menuju tempat kak mah selalu lepak disudut ruang tamu, rebahkan diri sambil berbaring.

Hampir setengah jam baru Kak Mah dapat mengawal keadaan. Waktu itu tidak ada seorang pun yang ada untuk kak Mah minta tolong, Bila kekejangan telah reda dan pinggang kembali lembut kak Mah berangsur bersiap-siap untuk ke hospitak. Walaupun berdiri bongkok dan setiap pergerakan adalah kesakitan, akhirnya sampai juga kak Mah ke hospital.

Siap pun ambil darah, buat pemereksaan seperti yang didalam slip yang diberi doktor. Sebagai tambahan hari itu kak Mah terpaksa berjumpa doktor untuk buat pemereksaan apa yang terjadi pada pinggang Kak Mah. 

Urat berselisih, kata doktor dan kak mah diberi ubat tahan sakit dan upat sapu. Kalau berurut baiklah tu nanti kata doktor.

Tapi sampai hari ini pun Kak Mah masih takut untuk pergi berurut, dan genap sepuluh hari serangan kedua pula terjadi. Hari ini genap dua puluh dua hari selepas serangan pertama dan dua belas hari selepas seranngan kedua.

Alhamdulillah tidak ada serangan ketiga selepas sepuluh hari serangan kedua.

Semuga jumpa lagi untuk cerita serangan kedua pula, sallam sejahtera semua.

Aamiin, 
Wassalam