Monday, 23 September 2019

Nasi Goreng Green Forest

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Allah izinkan Kak Mah bersiaran lagi hari ini. Apa khabar hari ini rakan-rakan blogger semua, harap semuanya hari ini lebih baik dari semalam.


Hari ini kak Mah nak kongsi aja gambar nasi goreng Green Forest yang Kak Mah buat dan ambil semalam. Tak ada resipi sebab semua orang dah pandai buat nasi goreng kan. Cuma nak nampak hijau sikit kak Mah bubuh brokoli, petai dan apa-apalah sayur yang sedap dan boleh buat nasi goreng kita nampak menarik sikit.


Kak Mah namakan nasi goreng Green Forest sebab dia hijau. Kita boleh cipta apa-apa resipi nasi goreng, dengan berbagai bahan yang terdapat didapur kita, dan namakanlah nasi goreng apa-apa pun. Mudah kan. Yang pentingnya jangan takut mencuba.

Cuma masa mencampurkan bahan tu jangan dicampur bahan yang tidak boleh dicampur, kalau dicampur akan memudaratkan kita, contohnya dagin dan ikan.

Itu saja. Selamat menjamu mata semua rakan-rakan

Semuga jumpa lagi

Wassalam.

5 comments:

  1. wow , macam-macam sayur ada . kalau saya punya nasi goreng letak satu sayur je . Kadang paling malas dan nak cepat nasi goreng pecah telur je . Tu pun sedap sangat . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam,
      Suhana Abidin betul tu, akak pun kalau malas tu selalu juga buat nasi goreng pecah telor tu, terutamanya sewaktu dapur kering....hehe

      Delete
  2. nasi goreng mmg menu ber eksperimentasi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam
      Hayati Suki, Nasi goreng memang menu simple, tetapi bervariasi, eksperimentasi, betul tu...tak ada yang salah, buatlah macam mana pun, campurlah bahan apa pun...kannn

      Delete