Assalamualaikum
Selamat berhari minggu rkan-rakan blogger semua.
Terima kasih dan kredi untuk tuan punya gambar.
Alhamdulillah hari ini rasa segar dan bertenaga sikit setelah sembuh dari serangan yang ke dua
dua belas hari yang lalu. Tapi yang kak Mah nak cerita ini adalah serangan yang pertama yang terjadi dua puluh dua hari yang lalu.
Jangan tanya kak Mah serangan apa, sebab sampai ke hari ini pun kak Mah masih belum tahu serangan apakah itu. Yang kak Mah tahu hanyalah rasa sakit dan kak Mah terpaksa berbaring selama sepuluh hari sebelum ianya kembali normal.
Cuma gambar diatas boleh menceritakan sedikit tentang lokasi dimana rasa kesakitan itu bermula dan kekal selam sepuluh hari, sama ada terus sembuh atau serangan seterusnya akan terjadi pada hari kesepuluh.
Ok, ceritanya yang sebenar.
Pagi itu, Isnin 19 Ogos 19 Kak Mah ada temujanji untuk ambil darah di OPD hospital, berbetulan juga ada pulak doktor lain bagi slip untuk check Gula dalam darah dan tekanan darah. Memandangkan semuanya dah kebetulan, Kak Mah ambil keputusan untuk buat semuanya dihospital sajalah.
Awal pagi Kak Mah bangun. masuk bilik air. Selesai segalanya, sewaktu bangun dari tandas Kak Mah rasa macam ada benda yang meletup di bahagian pinggang kak Mah dan serta merta kak Mah rasa kesakitan yang teramat sangat dan seluruh tubuh bahagian badan kejang dan keras. Kak mah tergapai gapai, tak tau nak capai apa, mujurlah ada tong air yang penuh berhampiran terus kak Mah capai untuk berpaut kerana masa itu kak Mah rasa dah terlalu sakit dan macam sesak nafas dan nak pitam.
Dalam keadaan yang gawat begitu Kak Mah kuatkan semangat melawan kesakitan dan kekejangan untuk terus berdiri dan melangkah keluar dari bilik air. Alhamdulillah Allah beri ruang untuk kak Mah melangkah walaupun dalam keadaan yang terbongkok kerana pinggang kek Mah tak boleh di luruskan sebab sakit dan kejang.
Sebenarnya kak Mah tak tau apa yang terjadi pada kak Mah, cuma yang kak Mah sedar hanyalah setiap pergerakan walaupun sedikit adalah kesakitan. Perlahan-lahan dalam kesakitan Kak Mah bawak diri ke luar dari bilik air menuju tempat kak mah selalu lepak disudut ruang tamu, rebahkan diri sambil berbaring.
Hampir setengah jam baru Kak Mah dapat mengawal keadaan. Waktu itu tidak ada seorang pun yang ada untuk kak Mah minta tolong, Bila kekejangan telah reda dan pinggang kembali lembut kak Mah berangsur bersiap-siap untuk ke hospitak. Walaupun berdiri bongkok dan setiap pergerakan adalah kesakitan, akhirnya sampai juga kak Mah ke hospital.
Siap pun ambil darah, buat pemereksaan seperti yang didalam slip yang diberi doktor. Sebagai tambahan hari itu kak Mah terpaksa berjumpa doktor untuk buat pemereksaan apa yang terjadi pada pinggang Kak Mah.
Urat berselisih, kata doktor dan kak mah diberi ubat tahan sakit dan upat sapu. Kalau berurut baiklah tu nanti kata doktor.
Tapi sampai hari ini pun Kak Mah masih takut untuk pergi berurut, dan genap sepuluh hari serangan kedua pula terjadi. Hari ini genap dua puluh dua hari selepas serangan pertama dan dua belas hari selepas seranngan kedua.
Alhamdulillah tidak ada serangan ketiga selepas sepuluh hari serangan kedua.
Semuga jumpa lagi untuk cerita serangan kedua pula, sallam sejahtera semua.
Aamiin,
Wassalam
No comments:
Post a Comment