Sunday 26 July 2015

Kerabu Togeh Dengan Isi Ikan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini Kakmah dah mula masak macam biasa untuk makan tengahari Kakmah dan anak Kakmah. Lama dah Kakmah teringin nak makan kerabu togeh dengan isi ikan. Masa Kakmah buat untuk bazar ramadhan dulu kakmahbuat kerabu togeh dengan sotong, tapi Kakmah tak makan sangat sotong. Hari ini ada kesempatan Kakmah pergi pasar pagi tadi terus je Kakmah beli togeh, ikan dah sedia ada dalam peti Kakmah beli Semalam kat Pekan Sari. Kepada yang gemar kerabu dan nak rasa resipi kerabu ikan Kakmah, ni Kakmah sertakan resipinya yee..

Ini isi ikan yang dah kakmah kukus, buang tulangnya dan gaul dengan 
sedikit halia yang dimayang nipis.

Kakmah kukus ikan selar, seekor jee..

Inilah rupa kerabu togeh dengan isi ikan selar.

Ini diantara bahan-bahannya.

Ok Kakmah bagi resipi lengkapnya pula :

1. 1 Mangkuk togeh yang dah dibuang akarnya, bersihkan dan celur sekejap dengan air panas, jangan celur terlalu lama nanti hilang rangupnya.
2. 1 ekor ikan selar sederhana besar, buang perut, bersihkan dan kukus hingga masak, buang tulangnya, hancurkan sedikit dan gaul dengan sedikit halia yang dimayang nipis
3. 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau, buang biji dan mayang nipis. Ini sebagai hiasan saja, kalau suka pedas tambahkan 3 atau 4 ulas cili padi, mayang halus juga.
4. Setengah biji bawang besar potong separuh bulatan, 1/4 in halia mayang untuk gaul dengan isi ikan.
5. 1 batang serai dan sehelai daun limau purut, satu hirisan lemon atau separuh limau nipis atau limau kasturi, ikut suka anda. Perah dan ambil 2 sudu jus nya.
6. Gula dan garam secukup rasa.

Cara-caranya

1. Campurkan semua bahan dan gaul rata, rasa masin, manis dan masamnya, apabila telah sempurna boleh dihidangkan. Berhati-hati bila menggunakan garam dan gula, jangan terlalu masin dan manis kerana rasanya menjadi tidak begitu sedap. 

Kalau nak mencuba bolehlah cuba.
Wassalam

Saturday 25 July 2015

Masak Singgang Ikan Patin

Assalamualaikum,

Selamat pagi Sabtu rakan-rakan blogger, rakan-rakan alam maya kakmah,
serta pengunjung-pengunjung  blog kakmah. Apa khabar semuanya hari ini,
Kakmah macam biasa je, semalam anak Kakmah kata Kakmah ni tak
keluar rumah langsung. Al maklumlah penat bulan puasa belum habis lagi,
ditambah pulak penat bulan Raya, bukan penat buat kerja, tapi penat
makan, hehehe...


Ok, hari ini kakmah melepaskan lelah, lelah duduk rumah sambil
berjalan-jalan di pekan sehari. sambil2 beli sikit keperluan dapur.

Ikan Patin, ohhh sebut aja ikan patin, pasti kebanyakan orang akan
terbayangkan keenakan masakan gulai patin tempoyak orang Pahang.
Atau pun terbayangkan lazatnya masakan stim patin dengan tempoyak.

Kakmah pulak rasanya dah jemu dengan tempoyak ni, semuanya nak
dimasak dengan tempoyak. Kali ini Kakmah ubah selera sikit. Tak mau 
guna tempoyak lagi dalam masakan Kakmah. Kali ini kakmah cuna 
buat singang patin pula. Singgang kat tempat Kakmah ni bermaksud rebus
aja. Mestilah dengan sedikit herba dan rempah ratusnya.

Ok, nak tau resipinya,
semudah merebusnya juga..

2 potong ikan patin
2 cawan air atau suka2 hati andalah nak banyak mana kuahnya
setengah inci halia, lengkuas dan kunyit muda, semua bahan ni boleh makan, pastikan muda..
1 batang serai, titik aja
1 ulas bawang merah halus
6 ulas cili padi belah dua atau ikut pedas yang anda suka
3 keping asam gelugur, atau ikut suka masam anda
1 ulas bawang putih
garam secukup rasa
kalau suka

Hiriskan semua bahan, bersihkan ikan patin,
Masukkan kedalam periok,
Masak hingga bahan empuk,
baru masukkan ikan,
rebus hingga ikan masak.

Boleh hidangkan...
Sedap dimakan dengan nasi putih, lempeng atau roti..

Wassalam..

Thursday 23 July 2015

Bubur Kacang Durian

Assalamualaikum,

Haaa.tu dia, petang-petang gini kalau pekena bubur kacang campur durian,
minum pula teh kosong panas, memang berpeluh dibuatnya. Puas dah sepanjang
raya ni masak nasi minyak, nasi ayam, nasi pulut dan bermacam nasi. Masak mee kari, 
mee goreng, muhun goreng, mee sup dan bermacam mee. Petang ni Kakmah masak
bubur kacang pulak.



Sambil2 duduk, sambil2 tengok tv, lepas melayan anak saudara dan
cucu saudara kakmah datang berzirah tadi dalam hati berkarang-karang pulak
nak makan makanan manis, buburlah pastinya, teringat kakmah ada simpan dua
ulas durian baki makan tempuh hari. Terus je kakmah kekedai dibawah rumah
Kakmah ni aja. Beli kacang hijau 100 gm, bukan banyak pun, rebus dan tambah
santan, gula kabung dan gula putih dan dua ulas durian yang kakmah bekukan dalam 
peti ais. Dahhh, jadi dah bubur durian kakmah. Alhamdulillah...

Lepas dah hajat.

Wassalam.

Makanan Mencegah Penyakit Kencing Manis

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari raya dah berlalu, Kakmah pasti semua dah bekerja seperti biasa, yang bersekolah pun dah bersekolah seperti biasa, Kakmah pun dah berpeluang menghadap komputer sejak pagi lagi. Anak cucu pun dah balik kerumah masing-masing, kembalilah Kakmah seperti biasa, tinggal berdua dengan Acu, nasib baik acu belum kerja adalah peneman kakmah. 

Macam biasa pagi ni kakmah nak kongsi sikit info kesihatan yang kakmah dapat semasa merayau-rayau di alam maya, dah lama dah kakmah simpan petua ini, baru hari ni dapat dikongsikan. Alhamdulillah.

Kakmah pasti, selepas hari raya ni ada kesan-kesan yang ditinggalkan nya, terutamanya terhadap diri dan kesihatan kita sendiri. Ada yang bertambah timbangan, ada yang bertambah pernyakit, semuanya gara-gara makan tak berhemah sewaktu hari raya. Termasuklah kakmah. Lemang merupakan kesukaan kakmah, kalau beraya kerumah kawan-kawan tu pantang berjumpa lemang, kakmah pasti menjamahnya, tak kiralah apa pun lauknya kakmah pasti akan menjamahnya. Walaupun kakmah suka sangan lemang dicicah dengan gulai lemak ayam kampung, tapi tahun ni kakmah tak jumpa gulai lemak ayam kampung, semua orang dah makan ayam bandar..hehe.. Nampak gayanga kalau nak makan ayam kampung kakmah kena buat sendirilah, beli ayam kampung dan mulakan peosesnya dari awal. dari menyembelih, menyelur, mencabut bulu, melayur, memotong, mencuci dan menggulai. Ahh...seronok juga, wangi bau ayam kampung yang siap di layur, terbau-bau kat hidung kakmah ini.


Kembali kepada topik kakmah kali ini, berkenaan makanan yang dipercayai ada khasiat untuk mencegah terjadinya atau bertambahnya penyakit kencing manis. Kakmah percaya selepas makan tanpa had selepas raya ni ada yang mengalami penyakit kencing manis, atau yang dah ada penyakit tu menjadi semakin teruk pula. Walau apa pun keadaannya cubalah makanan ini dan berpantanglah sikit, semuga kencing manis tu berada di tahap terkawal. Nasihat ni terutamanya untuk kakmah sendiri.


Di katakan, kulit kayu manis dipercayai boleh mengawal penyakit kencing manis, oleh itu gunakanlah sedikit kulit kayu manis didalam setiap masakan kita, tak kiralah sama ada yang serbuk atau kayu, lagi pun kayu manis ini boleh menambah perisa masakan kita.


Buah epal juga dikatakan boleh mencegah penyakit kencing manis, jadi makanlah epal sekurang-kurangnya sebiji sehari. Mudahnya makan epal, kalau kakmah tiga biji sehari pun kakmah boleh habiskan buah epal ini. Selain dimakan begitu sahaja epal juga boleh di tambah dalam masakan kita, mudah bukan. Epal juga sangan mudah didapati dimana-mana ada terjual buah epal ini. Terpulang pada kita.

Kunyit makanan harian kita, rupa-rupanya juga merupakan diantara makanan yang makanan boleh mencegah kencing manis, kunyit bukan sahaja boleh dicampurkan didalam masak lemak, masak tempoyak, malah kunyit muda juga boleh di campur didalam masak singgang, bukan sekadar hiasan atau bahan perisa, kunyit muda itu boleh dimakan sekali dengan bahan2 yang lain. Kakmah suka makan kunyit muda yang dimasak didalam singgang ikan, ayam atau daging.


Strawberry, emmm..sedapnya, kalau pergi Cameron Highlands, tak sah kalau tak beli Strawberry,
tempat kakmah susah nak dapat, kadang-kadang aja ada stok di satu-satunya pasar raya ditempat kakmah. Buah sedap ini rupa-rupanya ada unsur-unsur pencegah kencing manis juga. Jangan lupa kepada yang mudah dapat buah ini, belilah dan makanlah, bukan sekadar untuk sedap-sedap tapi ada unsur pencegah juga.

Bayam juga dikatakan ada unsur-unsur pencegah penyakit kencing manis, jadikanlah bayam sebagai sayur harian kita. Kakmah suka makan sayur manis bayan dengan keledek.




Yogurt dan Keju juga adalah diantara makanan pencegah penyakit kencing manis. Yogurt mudah didapati ditempat kakmah ni, tapi keju jarang. Munkin dikedai kek ada agaknya. Walau bagaimana pun ini adalah makanan yang baik untuk mencegah penyakit kencing manis. 

Ini adalah diantara makanan yang boleh mencegah terjadinya penyakit kencing manis, kalau dah dapat penyakit tu, ubat adalah yang terbaik untuk mengawalnya. Jangan lupa makan ubat ikut aturan yang ditetapkan oleh doktor anda, Semuga entry ini bermanfaat untuk anda pembaca budiman.

Sekian Wassalam



Tuesday 21 July 2015

Sallam Shawal

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Sallam Shawal kepada sahabat alam maya kakmah dan semua pengunjung blog lipislady ini. Walaupun Aidil Fitri dah 5 hari berlalu namun kehangat Aidil Fitri masih terasa disana sini. Kunjung mengunjung masih berjalan walaupun hari ini dah ramai warga kota yang dah pulang semula ke kota, kampung-kampung yang seminggu yang lalu begitu meriah kini sunyi kembali kerana esok anak2 dah mula sekolah semula.

Apa khabar rakan-rakan blogger dan rakan-rakan alam maya kakmah semua, harapan kakmah semuanya gembira menyambut Aidil Fitri dan Shawal ini. Semuga semuanya berjaya menghabiskan puasa dibulan Ramadhan yang lalu. Kalau tak habis tu semuga berkesempatan untuk menggantinya dibulan Shawal ini disamping melakukan puasa 6 dibulan Shawal ini.

Kakmah pula, sejak mula puasa sebulan yang lalu tutup komputer, baru malam ini dapat buka semula komputer. Waduhhh...celcom,..lembab bukan main lagi, macam orang yang terlebih makan lemang hari raya saja gayanya. Lemah longlai, dari setengah jam yang lalu baru sekarang dapat buka blog ini...

Bulan puasa ari tu kakmah terpaksa tutup komputer selama sebulan sebab kakmah berniaga di bazar ramadhan. Bukan saja aktiviti berblog yang tergendala, malah semua aktiviti harian yang lain kakmah hentikan untuk beri tumpuan pada memasak dan berjualan disiang hari.

Alhamdulillah hari ini bermula kembali aktiviti berblog dan aktiviti -aktiviti harian yang lain. Itu pun sekadar mengucapkan Salam Shawal dan Salam Aidil Fitri kepada sahabat2 semua.

Wassalam dan semuga jumpa lagi.