Saturday 27 August 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Assalamualaikum,

Kepada semua rodong-rodong blogger dan sesiapa saja yang melawat blog lipislady, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan


' SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI'
maaf zahir dan batin sekiranya ada tersilap dan salah saya dalam berkata2 semasa berblog, semasa mengomen dan apa juga dosa dan kesilapan yang saya lakukan.
Lepas ini saya nak bercuti panjang dalam 10 hari kut. Nak raya sakan hehehe...
Kepada rakan-rakan yang ingin balik kampung tu, harap berhati-hati sewaktu memandu, biar lambat asalkan selamat. Saya doakan juga selamat pergi dan selamat kembali.
Sepanjang bulan Ramadhan ini banyak peristiwa pahit manis yang saya tempuhi, yang paling terkini semalam saya selepas balik dari majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal oleh YB. Dato' IR Mohd. Soffi bin Tan Sri Razak, ADUN kawasan Benta, saya dengan dua orang lagi rakan bergegas ke Bentong untuk menghadiri upacara pengkebumian Allahyarhan Suffian, baru berusia 25 tahun, anak rakan saya, yang juga jiran saya sebelum beliau berpindah ke Kuantan. Salam Takziah buat Nora, rakan saya yang kehilangan anak bungsunya yang juga kawan baik anak saya. Harap Nora bersabar. Anggap ini dugaan Allah untuk menguji iman hambanya.

Dalam perjalanan pergi keBentong bertembung kemalangan maut, sedih tengok mayat bergelimpangan diatas jalan raya. Ini akibat pemanduan yang tak berhemah. memotong kenderaan lain tanpa membuat pertimbangan yang waras kerana dihadapan ada kereta yang dipandu dengan teramat laju. Hasrat untuk pulang kekampung bertukar menjadi pulang ke rahmatullah. Innalillahi wainna ilaihirajiun. sekali lagi diingatkan kepada sesiapa yang akan balik kampung, berhati-hatilah ketika memandu, memandulah dengan berhemah.

Semuga kita diberkati dan dirahmati Allah selalu.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut Syawal Mubarak.

Semuga bertemu lagi
Wassalam.





Wednesday 24 August 2011

Kecewanya Bila Bahuluku Melekat

Assalamualaikum,

Pagi ni seawal lepas subuh dah memutar telur dan gula untuk buat bahulu. Hari ni hari kedua putar dengan mixer. Sebelum ni putar secara manual guna alat yang dipegang dengan tangan. Dua hari lepas putar dengan mixer, bahulunya agak lemam sikit. Semalam guna tangan semula. Tapi hari ni nak buat banyak sikit, cuba sekali lagi putar dengan mixer.



Alahai, tengoklah hasilnya, dari sarang yang pertama hingga kedua, semua bahulu melekat. Naiknya tak usah ceritalah. Gebu sesangat, tapi bila dah garing turun semula. Puas saya mencari sebabnya rupa-rupanya kurang tepung, haha, adunan yang di adun dengan mixer ni pekat sikit tapi memerlukan tepung sama banyak dengan adunan yang diadun dengan tangan, jadi adunannya perlu keras sikit. Patut pun melekat semacam aja pada acuan tu.


Tengoklah ni habis comot acuan saya ni, banyak masa digunakan untuk membersihkan acuan ni. Puas saya mencungkil acuan bahulu ni, lepas tu basuh baru boleh guna semula. Tapi alhamdulillah cuma dua acuan saja yang melekat. Lepas tu settle. Dapat 100 biji pagi ni sebelum pergi kerja.
Sapa nak makan ni, bukan ini saja yang rejected, tapi banyak lagi, macam-macam hal terjadi termasuk yang lemam dua hari lepas, semua tak boleh dijual. Apakah saya sendiri yang terpaksa menghabiskannya, insya Allah, lepas raya ni tembamlah saya. Tu belum lagi masuk rendang dan lemang, biskut dan kek masa raya....hehe.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.

Monday 22 August 2011

Bunga Tali Rafia.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari ni hari yang ke 22 kita berpuasa. Demam pula saya hari ni, tekak sakit dan muka membahang panas, tapi syukurlah masih boleh bekerja lagi dan masih boleh meneruskan puasa.

Alhamdulillah juga, akhirnya siap juga bunga dari tali rafia yang saya mula buat sebelum ramadhan dulu. Dalam pada bergelut dengan kerja yang tak kunjung habis, sempat jugalah saya menyiapkan bunga saya ini.


Ni sebenarnya letak sementara aja dalam pasu ni, ingat nak gubah untuk buat bunga letak didinding, tapi belum cukup lagi kuntumnya, lagi pun letak dalam pasu ni pun dah nampak cantik. Kalau sempat nanti akan digubah juga, buat sementara waktu biar dia disitu.



Segar aja nampaknya bunga ni sebab dia berkilat. tapi penjagaannya susah juga sebab mudah sangat naik debu, nak basuh pun tak boleh, kecuali tanggaklan pelilit batang dan daunnya. Tak apalah itu perkara akan datang, yang pentingnya apa yang saya usahakan dah berhasil.



Sebelah dia tu satu lagi hasil keras tangan saya, bunga ros atau carnation dari beg bising, atau beg plastik bekas barang dari param. Tapi yang ni bukan yang dah recycle yee.. yang ni saya beli baru dari kedai. Fresh dan keras lagi, tak renyuk. Kalau renyuk tak cantik bunganya.


Kalau tengok betul2 memang cantik bunga ni, tak adalah jauh sangat bezanya dari yang kita beli dikedai dengan harga RM 10 untuk 3 tangkai. Cuma bahan nya saja yang berlainan. harap2 saya dapat menyiapkan gubahan bunga ros ni sebelum raya nanti.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Sunday 21 August 2011

Sekadar Menjenguk.

Assalamualaikum,

Selamat Pagi Satu Malaysia
Rodong-rodong, blogger-blogger,
apa khabar semua?
Hari ini hari yang ke 21 kita berpuasa,
8 atau 9 hari lagi nak raya.
Nampak semua orang dah sibuk sangat buat persiapan nak raya,
pekan sari, pasar malam, penuh sesak,
super market, mini market apa lagi,
Kedai jual karpet, jual perabut, alatan eletrik,
semua penuh dengan orang ramai yang membeli belah,
segala barang keperluan untuk menyambut Hari raya.

Macam mana rakan2 semua,
dah buat kuih raya ke?
ke kuih tunjuk aja haha...
sekarang ni dah senang,
kuih tunjuk dah banyak terjual dimana2
tak perlu susah2 nak berpeluh kat dapur,
janji ongkosnya ada.hehe..

Saya hari ni buat bahulu,
tu aja kuih yang saya pandai buat,
tu pun kadang2 ada juga silapnya.
Ni sambil2 tunggu bahulu masak
boleh gak update blog kejap.

oppsss..ok sampai sini dulu,
nak tengok bahulu kat dapur.
silap2 nanti jadi bahulu warna hitam plak..hehe..


Semuga jumpa lagi
Wassalam.

Thursday 11 August 2011

Puding Buih

Assalamualaikum,

Hari ini hari ke 12 kita berpuasa, diam tak diam je yee, dah 12 hari kita puasa, hanya tinggal 18 hari saja lagi nak raya, wahh...cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru beberapa hari saja kita mula puasa. Maknanya selama 12 hari berpuasa ni saya belum lagi memasak apa-apa makanan kegemaran saya semasa berbuka puasa, seperti pengat ke, bubur ke, kodok kurma ke. bukan tak nak, tapi langsung tak ada masa nak masak itu semua apa tak nya kadang2 tu dah pukul 6.30 baru mula masuk dapur masak nasi. lauk pun masak lauk ikut dan saja. Cuma adalah sekali tu 3/4 hari lepas saya cuba resipi yang saya dapat disini. Rasipi Puding Buih dari blog Masam Manis kepunyaan Ita.



Inilah dia rupanya Puding Buih yang saya buat. Rupa pudar sikit, kalau ada warna merah mesti lebih menarik. Kebetulan masa nak buat pewarna merah pun dah habis. Saya letak ajalah apa warna pun. Kalau nak tengok gambar dalam blog asal dan resipi silalah ke blog Masam Manis.



Ini percubaan pertama saya membuat puding ni, adunan yang kuning tu tak berapa nak menjadi buih, agar-agarnya mendap sikit, putar tak berapa lama agaknya. tapi rasa memang sedap.


Terima Kasih Ita diatas resipi ini. Dapat juga akak merasa membuat puding buih. Selama ni beli aja kalau ada jual di pasar pagi. dah ada resipi ni nampak gaya buat sendiri ajalah.

Semuga Jumpa Lagi.
Wassalam.

Tuesday 9 August 2011

Bulan Puasa Bulan Berjimat Cermat.

Assalamualaikum,

Kepada semua, selamat menjalani ibadah puasa, selamat menunggu berbuka puasa, lambat lagi weh, sekarang baru pukul 5.00 petang ada dua jam lebih lagi. Buka apa petang ni? masak ke beli dipasar ramadhan? Saya sendiri cuma ada dua pilihan saja, sama ada masak atau berbuka kat masjid Sultan Mahmud Lipis. Tahun ni bukan tak nak, tapi tak berapa nak lah pergi kat pasar Ramadhan. Sebab yang utamanya nak jimat belanjalah. Bukan ke bulan Ramadhan ni bulan berjimat. Lagipun saya suka makan masakan yang masih suam-suam bila berbuka puasa. Tak suka makan lauk pauk yang dah dimasak pagi tadi atau lauk semalam yang dipanaskan. Itu bagi saya, bagi orang lain saya tak tahu. Pilihan ditangan masing2.

Nak tengok apa menu saya untuk sehari yang lepas. Walau pun jauh dari yang istimewa tapi alhamdulillah cukuplah sekadar untuk melepaskan lapar dan dahaga kami dua beranak semasa berpuasa.



Ini menu hari Ahad, balik kerja dah pukul 6 petang. Start masak pukul 6.45. Alhamdulillah, sempat berbuka. Tak ada kuih muih atau dessert. Cukup nasik dan lauk. Air pun segelas air masak sahaja. Tapi adik tiga gelas air kelapa.



Ini pembuka atau pembasuh mulut, dua biji buah kurma seorang.
Selepas itu terus sambung makan nasi. Tapi adik minum air kelapa dulu segelas
baru makan nasik.

Ini menu utama saya,
sotong goreng kicap cair rampai dengan kacang botor.



Dua ekor ikan gelama masin, ayam dua ketul seorang,
sebenarnya ayam tu pun tak abis makan, konon tinggal untuk
bersahur, tapi pagi tak sempat bersahur sebab saya terjaga
semasa orang dah azan subuh.

Ini menu paling best, sambal ikan bilis dengan tempoyak
cicah dengan ulam-ulaman seperti kat bawah tu.


Ulam petai, jering, peria katak dan kacang botor.



Alhamdulillah dengan nasi sesenduk ni perut rasa kenyang sederhana dan sedap tidak sebu atau kepenuhan. Akhir sekali baru minum air masak segelas. Tdak ada air manis atau sejuk. Kuih muih pun tak ada, bukan tak nak makan, tapi tak sempat buat. Insya Allah ada masa buat.

Semuga jumpa lagi.

Wassalam.





Tuesday 2 August 2011

Trip To Cameron Highlands

Assalamualaikum,

Selamat Berpuasa, selamat menunggu berbuka puasa, beberapa jam saja lagi nak berbuka. Petang ni saya nak cerita pasal trip saya anak beranak ke Cameron Highlands seramai 6 orang dengan sebuah kereta Proton Saga. Sempit tak usah ceritalah, tapi tetap sampai juga, selamat pergi dan kembali. Enjoy sangat sebab dapat tengok bebungaan dan sayur-sayuran. Tak dapat jalan-jalan lelama sebab trip balik ari. Tak ada cerita menarik pun, cuma ada gambar saja.


Bergambar dengan akak semasa sampai ke pasar tani Tanah Rata. Sayur-sayuran murah kat sini, kira selonggok sepuluh ringgit, tapi ada juga yang jual selonggok lima ringgit. ada lima hingga tujuh jenis semuanya. Untung juga kalau beli. Simpan dalam peti ais. Gambar lupa nak ambil.



Nak merasa madu lebah ternak, Fresh From Farm, siap ada sarangnya lagi. Boleh sedut terus dari sarang. Tapi rasanya saya tak berapa minat. Tidak seperti madu asli dari pokok tualang.



Sedapnya menyedut madu yang segar dari ladang. Nasib baik dia tak bawak lebahnya sekali.



Posing lagi dengan akak kat pusat jualan bunga, bunga tak berapa nampak, ambil dari bawah.



Tak ada tempat lain nak bergambar, depan tandas pun boleh, nasib baik tak nampak pintu tandas.



Hehe..macam budak-budak, nak jadi strawbery



Kumprinx and Wife borong ini nak buat Strawbery Coklat, jual kat pasar ramadhan. harga RM 35 satu takung ni. Besar-besar dan merah. Menarik sangat. Rasa pun manis, tak masam.



Kali pertama tengok jambu ni, mereka panggil jambu kristal, ingatkan memang ada jenis jambu kristal, rupanya jambu batu yang dah diawit dengan ibu gula agaknya. Rasanya manis sederhana, tapi tak masam macam jeruk.



Ini bunga kekwa segar, boleh letak dalam pasu yang ada air, boleh tahan semunggu biasanya.
Saya sendiri tak beli apa baik sayuran atau pun buah-buahan, tapi saya banyak borong bunga-bungaan. Saya suka bunga, kalau boleh nak borong banyak2, tapi memandangkan bunga ni tak tahan lama. paling lama seminggu saya beli berkadar2 ajalah.


Ini plak bunga kering yang dah diawet, masa beli masih segar, tapi tak boleh letak dalam pasu yang ada air, biar kering saja supaya warnanya tidak jejas. Toke tu kata boleh tahan 2 tahun. saya nak tengok selama mana boleh tahan.


Akhir sekali, ini pun bunga kering, tak perlu rendam dalam air, setelah 3 hari nampaknya masih segar tanpa air. Warnanya akan kekal walaupun nampak layu sikit.

Semuga Jumpa Lagi.

Wassalam.