Showing posts with label Hobi Saya. Show all posts
Showing posts with label Hobi Saya. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

Bunga Dari Tali Rafia

 Assalamualaikum,

Tali rafia biasanya orang buat mengikat barang, apabila sudah digunakan 
dibuang begitu saja kedalam tong sampah, tidak diperdulikan lagi. Tapi bagi
kakmah dan sesetengah tangan2 yang kreatif, tali rafia
merupakan bahan yang sangat berharga malah boleh mendatangkan hasil
yang boleh menambah pendapatan bulanan kalau diusahakan secara serious.

 Lihatlah bunga ini yang kakmah hasilkan dengan menggunakan tali rafia, tapi bukanlah
tali rafia yang dah digunakan kerana kualitinya tidak begitu baik, apabila menggunakan
tali yang dah digunakan. Tali ini kakmah beli baru dikedai dan kakmah buat bunga seperti
ini dan kakmah jual. Alhamdulillah boleh dijual. 

Untuk tempahan boleh sms atau call kakmah 016 9540985

Semuga jumpa lagi
Wassalam

Monday, 8 October 2012

Tudung Saji Berhias.

 Assalamualaikum,

Selamat petang, selamat berehat setelah sehari suntuk
menjalankan tugas. Kakmah plak sehari-hari ni tak 
tau nak buat apa. Last2nya dapatlah ke tudung saji
comel yang dah di hias cantik ni hah.


Sebenarnya memang lama sangat dah kakmah terpikat 
dengan tudung saji begini. Kakmah selalu tengok dekat 
rumah kawan2 kakmah tudung saji yang comel lote ini.
Teringin plak rasa hati kakmah nak cuba membuatnya
nampak macam susah jee. Tapi kalau nak seribu daya
kata orang. Kakmah pun pinjamlah dengan kawan 
sebelah rumah kakmah. Dah sebulan sebenarnya saji
ni ada kat rumah kakmah. Baru hari ni kakmah tergerak 
hati nak mencubanya.


Tengoklah nie, jalinan kakmah yang pertama.
Tak berapa cantik. tak berapa susah juga menjalinnya.


Haa..ni dia dah siap pun sebaris.
Barisan seterusnya tah bila plak kakmah nak mula.
InsyaAllah, dalam masa sehari dua ni. InsyaAllah.

Ok, Jumpa lagi 
Wassalam.

Monday, 21 May 2012

Dendan Dari Benang Kait.

Assalamualaikum,

Sallam pagi Isnin dan selamat memulakan tugas dengan
penuh ceria. Alhamdulillah setelah tiga hari tak berblog,
hari ni dapatlah kakmah berblog semula.


Pagi ni kakmah nak kongsi dendan dari benang kait yang kakmah buat
malam tadi sebelum tido. kakmah buat ni sebenarnya sekadar suka2
sebab tengok ada banyak lebihan benang yang tak digunakan.


Bila dah siap nampak macam ada guna plak. Boleh dipakai ditangan
untuk anak2 dara yang suka mengikat-ikat tangan dengan pelbagai
eksesori yang yang menarik yang banyak berada dipasaran 
sekarang ini

Boleh juga dijahit sebagai hiasan di tudung .


Simple tapi nampak kelainan sikit.
sebenarnya boleh juga di jahit pada lengan baju 
dan ditambah sedikit manik tabur,
nampak cantik.
kakmah tak dan nak siapkan. Dah nak publish sangat
entry ni.


Tapi paten yang kat bawah ni nampak cantik betul.
Boleh tak kakmah nak buat agaknya.
Buat sementara waktu ni tengok ajalah.


Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

Thursday, 10 May 2012

Bunga Ros Dari Plastik Beg (Tutorial)

Assalamualaikum,

Selamat pagi Khamis, pakai baju warna apa hari ni? 
warna yang sesuai dan baik untuk hari Khamis ni ialah warna oren 
atau kuning. Jadi, pakailah baju oren..atau kuning hari ni.



Pagi ni kakmah bukanlah nak buat entry pasal baju atau pasal warna.
Cuma kakmah nak buat tutorial macam mana nak buat bunga
ros dari plastik beg bising yang kadang2 bertimbun dalam
simpanan kita. Maklumlah setiap kali kita beli barang kita akan dapat
plastik beg tu, tak kiralah besar atau kecik. nak buang akan 
mencemarkan kawasan, kerana plastik beg ni sangat susah 
nak lupus, ambil masa bertahun-tahun untuk lupus.


Bukankah cantik kalau kita boleh buat seperti ini,
Setelah mengeluarkan barang2 yang kita beli dari kedai tu, 
lipatkan semula plastik beg "yang bersih sahaja" itu supaya 
dia tidak berkedut. Apabila dah banyak bolehlah buat seperti yang
kakmah ajarkan ni. Hasilnya pasti memuaskan hati kita.
Tapi kakmah gunakan plastik yang baru, yang kakmah beli khas
untuk buat bunga kerana bunga kakmah ini untuk dijual kepada 
kawan-kawan kakmah.

Oklah, mari kita mulakan :-


1. Bahan-bahan yang diperlukan seperti diatas, Dawai untuk batang, 
dawai atau benang untuk pengikat, plastik beg, daun, pelilit batang, 
dan pelayar untuk memotong dawai dan gunting, 


2. Potong tepi beg yang bercantum,


3. Potong plastik beg selebar 4 hingga 5 inci, Kakmah gunakan
plastik beg yang sederhana besar dan keras supaya senang dibentuk.


4. Sekarang kita dah dapat plastik yang berlapis dua, potongkan
supaya menjadi dua bahagian. Lipatkan ditengah2 bahagian.


5. Pintalkan seperti ini di bahagian yang berlipat.


6. Supaya menjadi seperti ini.


7. Gulungkan seperti ini supaya menjadi bentuk bunga ros.


8. Ikat dengan dawai atau benang dipangkalnya.


9. Ikat dengan dawai kasar yang telah dipotong sepanjang
yang diperlukan, sebagai tangkainya dan lilitkan dengan pelilit 
batang warna hijau.


10. Lekatkan daun, lilit lagi sehingga sampai kepangkal batangnya.
Seeloknya gunakan daun ros, tapi kakmah guna daun tulip 
kat stok daun ros dah habis.


11. Dah pun jadi sekuntum bunga ros warna oren, 
sesuai untuk warna hari ini.


Cantik untuk diletakkan dimana2 sudut rumah kawan2...
kalau ada masa bolehlah cuba yee.

Sekian dulu.
Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

Sunday, 15 April 2012

Alas meja bulat, Crochet

Assalamualaikum,

Selamat bersantai dimalam minggu bersama keluarga.
Malam ni kakmah nak share satu lagi paten crochet yang
kakmah dapat semalam.


Cantik betul paten neh, bulat dan besar,lebih kurang 3 kaki 4in
dimeternya. geram kakmah tengok. Rasa macam nak buat terus.
Berapa bulan agaknya baru boleh siap kalau kakmah buat paten ni.


Tengok ini bahagian tepinya, paten labah-labah, taklah banyak 
sangat guna benang sebab banyak guna tali air aja.



Kabur sikit gambar, walaumacam mana pun memang cantik
paten ni.


Bahagian tepi, paten ni sesuai dibuat alas meja bulat.

Ok jumpa lagi.

Wassalam.

Tuesday, 17 January 2012

Sarung Kusyen Lagi

Assalamualaikum,

Rodong2 kawan2. 
Hari ni lambat sikit saya online.
Sibuk sikit hari ni.


Lama dah saya tak kongsikan hasil kaitan saya
dengan kawan2. Sarung kusyen ini salah satu hasilnya.
Lama sangat dah saya siapkan sarung kusyen ini.
paten biasa aja. Paten granny. 
mudah nak buat, tapi dapat ke saya lambat
juga siapnya.


Biasalah saya bukan ada masa sangat untuk
mengait, tapi demi hobi saya gagahkan
juga walau pun hanya untuk sebaris sehari.

Kusyen ni satu je sebenarnya. Saya ambil gambar 
kedua-dua sidenya.


Memang gembira sangat bila tengok hasil kerja kita siap,
sebab itulah walau dengan apa cara sekalipun,
saya mesti akan luangkan masa untuk
menyambung kerja2 saya yang belum siap,
walaupun untuk beberapa minit.

Jumpa lagi
Wassalam.

Monday, 16 January 2012

Tulang Belut

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2 hari ni. Harap semuanya sihat2
belaka ye. Ada yang rasa mengantuk ke lepas makan
tengahari ni tadi. Kalau rasa mengantuk tu,
mari kita blogwalking sekejap. Nanti hilanglah 
mengantuknya tu.

Tengok tajuk entry saya ni mesti kawan2 dah
tahu hari ni saya nak kongsi apa.
Yer, jahitan tulang belut yang biasa di jahitkan
pada lehir baju kurung.
Saya rasa anak2 kita sekarang ni dah tak
kenal lagi dengan jahitan tulang belut ni apalagi
nak menjahitnya. Semuanya dah guna manik2 yang
bergemerlapan aja. 

Inilah rupanya jahitan tulang belut,

Yang dalam gambar ni saya jahit pada baju kurung 
kawan saya. Minggu lepas dia hantar dua pasang baju
untuk saya jahitkan. Dia minta saya jahitkan
tulang belut sekali.

Mulanya saya cuak juga, maklumlah dah lama
tak menjahit tulang belut ni,
takutlah kut2 dah lupa susup sasapnya.
Tapi bila dah mula buat seronok pulak
rasanya. Memang ini hobi saya masa muda2
sebelum bekerja dulu, mengambil tempahan
menjahit baju kurung, dan terus dijahit
tulang belutnya.

Memang kalau ada baji kurung yang dijahit 
tulang belut ni nampaklah tradisional sikit.

Ok lah, nak sambung menjahit semula.
Jumpa lagi.
Wassalam.




Sunday, 4 December 2011

Pertama Kali Buka Laptop.

Assalamualaikum,

Kepada rodong2 dan kawan2 selamat berehat dipetang Minggu. Ari ni saya nak cerita sikit pasal aktiviti saya semalam. Terujanya, semalam saya dapat assigment untuk buka komputer atau laptop. Saya dengan dua orang kawan lagi pilih untuk buka laptop. Buka komputer dah biasa. Ini merupakan kali pertama saya buka laptop. Teruja sungguh nak tengok macam mana laptop yang nipis tu memuatkan semua perkakasaan yang diperlukan untuk dia berfungsi. 

Huhh betul2 teruja. Benda yang tak pernah saya mimpikan akan terjadi. Maklumlah dah berumur bagini mana ada sekolah atau akademi yang nak terima saya sebagai pelajar lebih2 pulak dalam bidang teknikal. Nak tengok skru yang kecil2 pun dah tak nampak. Saya adalah satu2nya orang tua yang dah lebih umur diterima untuk menyertai latihan dengan Empower, even untuk kelas masakan dan jahitan pun limit umurnya hanya 50 tahun kebawah. Dan kesemua pemohon yang berumur 51 keatas permohonannya ditolak. Semuanya disebabkan saya yang beria-ia mintak nak nak belajar dan melihatkan komitment saya maka saya diterima.. Alhamdulillah dan terima kasih Empower Lipis kerana mereallisasikan impian saya yang dah berumur lebih setengah abad ini.


Tengok ni sempat lagi saya bergambar dengan dua orang cikgu yang bertanggungjawab mengajar kami. Yang lelaki tu En Tava dan yang perempuan tu Cik Awee, pensyarah dari Riverbank Akademi, Pusat Latihan yang bertanggung jawab mengendalikan kursus Membaik Pulih Komputer yang dianjurkan oleh Empower Lipis.


Ini motherboard, sama macam motherboard yang didalam desktop cuma leper sikit. Semua peralatannya kecil2 belaka, dan padat. Tak ada banyak wire2 yang berselirat. bukan tak banyak sebenarnya, tapi hampir tak ada langsung. 


Tengok nih, kalau jumpa laptop yang macam nih jangan buang, boleh dibaiki lagi. Sebenarnya membaiki laptop lebih mudah dari membaiki desktop. Itu yang saya rasakan, sebab komponen dia kecil2 dan ringan. 



Alamak!!, terbaliklah pulak pasang keyboard ni. Hehe..seronok sangat dan konon dah pandai sangat, sampai kami tak sedar terpasang keyboard ni terbalik. Puas nak sambung wire kat dalam tu. Beginilah orang tengah belajar, sentiasa aja membuat kesilapan. Tapi belajar dari kesilapan adalah pelajaran yang paling baik.


Hard Disk yang hanya sebesar telefon blackberry dan nipis sahaja. 


Ha..koo...habis hancur laptop ni kami kerjakan. Kami keluarkan semua isinya, satu pun tak tinggal. Selepas itu kami cuci, dan tukarkan mana2 komponen yang mengakibatkan kerosakan pada laptop tersebut. Lepas tu mestilah pasang semula, dan mesti boleh berfungsi, kalau tak, tiada markah untuk assigment ini. Teruja kan. Daripada laptop yang rosak boleh berfungsi semula dengan hasil tangan kami bertiga. Alhamdulillah.


Yang lain2 pun semuanya sibuk, teruja dan takut. Macam-macam perasaan ada maklumlah bukan senang nak  kenal pasti komponen yang rosak dan tak berfungsi ni, kena dua tiga kali buka dan pasang baru betul. Perhatikan juga kesemua peserta adalah lelaki, cuma ada 3 orang perempuan sahaja seorang kakak, seorang makcik dan seorang nenek dan nenek itu adalah saya. Sebenarnya peringkat permulaan ada 29 orang peserta namun sehingga kini cuma tinggal 12 orang pelajar saja yang masih bertahan termasuklah nenek ini.


Gembira dan seronok kerana kumpulan kami adalah kumpulan favourate En. Tava dan Cik Awee. Kumpulan kami satu-satunya kumpulan yang pilih laptop untuk assigment semalam. Alhamdulillah kami dapat menyudahkan assigment ini dengan jayanya setengah jam sebelum masa tamat. Syukur.

Semuga jumpa lagi
Wassalam.

Monday, 21 November 2011

Gadget Mania

Assalamualaikum,

Harap rodong2 semua sihat2 belaka.


Perhatikan gambar diatas, fenomena ini berlaku
semasa hari Raya Haji baru2 ini kat rumah saya.
Penggunaan gadget beramai2 oleh ahli keluarga
saya. Perhatikan budak tecit yang berumur kurang
dari setahun itu pun dah pandai menggunakan gadget.

Berbanding dengan kita zaman dulu2, umur dah 10 tahun
nak pasang radio pun masih takut2, takut rosak.
Alangkah bertuahnya anak2 zaman sekarang.

Tapi jangan lupa gadget ini juga ada keburukannya.
dengan gadget ini ada rumahtangga yang porak peranda,
pembuangan bayi juga ada yang bermula kerana gedget ini.
Anak2 lari dari rumah pun ada yang berpunca
dari gadget ini. Jadi berhati-hatilah dengan
penggunaan gedget ini.

******************************************************


Ini pula nenek punya cerita. 
Crochet, alas meja yang saya usahakan dah siap.
Lama juga nak siapkan alas meja nih.
Buat sambil-sambilan saja. 

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.

Thursday, 3 November 2011

Assalamualaikum,

Ini projek mengait yang terbaru.
Dah lima hari saya mengusahakannya.
rasanya sebelum raya boleh siap.

Memang saya sekarang dah ketagih mengait.
Apalagi bila tengok banyak paten-paten yang
cantik dan menarik dari blog2 khas tentang mengait.

Harapan saya, saya akan dapat menghasilkan
sesuatu yang boleh mendatangkan hasil
sampingan buat saya.

Selamat mengait buat saya.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.

Wednesday, 26 October 2011

Projek Sulung Dah Siap

Assalamualaikum,

Selamat bercuti. Selamat berehat bersama keluarga. Semuga dikesempatan cuti ini, terlanjur anak2 pun bercuti dapatlah kita mengeratkan silaturahim bersama keluarga. Dapat rehat dan makan2 bersama, dapat keluar jalan2 bersama-sama, mana yang nak keluar jalan2 tu. Mana yang hanya dok rumah tu, dapat pula berkumpul dan bermesra.

Saya pula sejak pagi tadi hingga sekarang masih taksub dengan projek mengait saya. Alhamdulillah, kini dah siap sepenuhnya. Lihatlah hasilnya seperti dalam gambar dibawah ini.


Ini bunga lalang kut, tak pasti namamya, saya anyam menggunakan benang bulu juga. Cantik buat jambangan hiasan.

Ini alas menja yang berukuran 50 cm X 120 cm, panjang juga,
dah siap sepenuhnya. Dah bentang atas meja.



Ini sarung kusyen, yang pertama, ada 3 sepatutnya yang perlu disiapkan.
Paten berlainan. Insya Allah kalau dah siap akan di pamirkan
di sini esok2.

Memang puas hati bila tengok hasil kerja kita sendiri, dan siap sepenuhnya.
Hilang rasa penat lelah mengejar masa, kerana terlalu banyak kerja yang perlu
dilakukan dalan sesuatu masa.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Sunday, 16 October 2011

Proses Mengelim

Assalamualaikum,

Selamat Berhari Minggu, pegi mana hari ini, masak apa hari ni, saya percaya macam-macam yang kita dah buat hari minggu ni, ziarah keluarga ke, bertemu kawan2 atau rakan blogger, berkelah ke, jalan2 cuci mata ke, window shoping ke dan yang paling bestnya pergi shoppinglah. Saya hari ni tak pergi kemana-mana, cuma mengeram kat rumah saja. Tapi mengeram ada hasil. Tengoklah gambar2 kat bawah tu. Bahan kaitan saya semuanya dah dalam proses mengelim dah. Tapi saya suka lompat-lompat. kalau dah jemu buat yang satu, tukar kepada satu lagi. memang rasanya nak siapkan semua sekali gus.



Yang putih ni bakal alas meja saya, kecil aja, saya kelimkan dengan warna hijau, biar dia naik seri sikit, tak lama siap ni, boleh bentang atas meja. Tak sabar nak tengok dia terbentang.

Yang warna warni ni pun sebenarnya dah siap klim atau binding dengan warna biru tu. Tapi tersilap binding lah pulak, terpaksa saya buka semula, dan binding sekali lagi.





Selang-selang masa tu saya buat juga beberapa kuntum bunga teratai, tak tau nak buat apa lagi, cuma saya suka sangat tengok bunga yang berwarna warni tu, kecil aja sebenarnya, dan mudah sangat nak buat dia.



Ada tiga kuntum aja yang dah saya siapkan. kalau ikut hati 24 jam nak mengait, tapi tak kan tak makan, tak kerja, tak buat kerja2 wajib dan perlu kan???...

Oklah, semuga jumpa lagi,
Wassalam.