Saturday 31 July 2010

Beza Ghairah Lelaki Dengan Ghairah Wanita

Assalamualaikum,

Amboih...dekat2 nok posa nih LL buat topik hot pulok dah. Tapi lah keh rasa topik2 ginih memang ramai orang suka. Inilah yang memberikan inspirasi kepada keh untuk menulisnya. Tapi sebelum keh meneruskan tulisan ini, keh nok minta ampun dan maaf kepada rodong2 kawan2 adik kakak, abang yang munkin rasa tersinggung akibat dari membaca entry ini. Walau pun topik ni hot tapi keh sangat2 menggalakkan sesiapa saja untuk membacanya, Tapi kalau ada yang terkena batang idung sendiri tu cuba2lah untuk mengelakkannya sendiri yee....

Ni Diantara Ghairah Orang Lelaki:-

1. Menjelang aja bulan Ramadhan mulalah kena sakit Gastrik.

2. Masa sahur bila mok ke isteri ke gerok untuk bangun sahur, dia bangun, makan bukan main banyok, tapi belum pukul dua belas dia dah hilang menyusup belakang kedai mamak, pastu keluar bawak beg plastik itam.

3. Balik aja kerja terus terpukang atas sofa, sedang isteri kat dapur lintang pukan nok menyiapkan lauk berbuka puasa maklumlah sama2 baru balik kerja. Anok kecik pulok tak berenti2 menangis nok ke susu.

4. Ghairah orang lelaki yang paling keh rasa tak behnya bila pegi pasar ramadhan, nampok itu beli, nampok ini beli, balik kerumoh penuh semeja juadah berbuka puasa, akhirnya apa yang isteri masak langsung tak berjamah. Pagi esok penuh pulok bakul sampoh dengan makanan basi.

5. Bila makan terlampau banyok, mulalah ghairah nok tido, kat surau orang sembahayang Terwiah 2 rakaat satu salam dia sembahayang satu rakaat tanpa salam, Wassalam, terlena sampai orang tamat sembahayang...( Pengalaman ni weh) minta maaf kepada empunya diri sebagai iktibar aja.

Diantara Ghairah Wanita :-

1. Belum masuk bulan Ramadhan lagi dah mula tempoh langsir baru walaupun langsir tahun lepas, dua tahun lepas, masih baru lagi dan dah penuh sealmari.

2. Tempoh baju tak cukup sepasang, mesti nok tiga pasang, baju lama tak mainlah hari baik bulan baik nih, hari kemenangan berpuasa.

3. Ada juga yang ghairah beli buku masak biskut dan kek, tapi bila sampai masanya beli biskut 3 bungkus 10 ringgit.

4. Ghairah yang paling tak behnya bila asik2 suruh suami beli lauk kat pasar ramadhan sebab terlalu penat balik kerja tak larat nok masak dah.

5. Dan Ghairah yang paling ruginya bila terlalu sibuk membuat persiapan untuk berbuka puasa ke, atau untuk raya ke, sampai tertinggal terawih.

Penafian, entry ini hanya untuk suka2 bukan bertujuan untuk menyinggung sesiapa, malah ianya lebih kepada peringatan untuk diri keh sendiri, dan sesiapa aja yang sudi mengambilnya sebagai peringatan.

Sekian, Wassalam.

Friday 30 July 2010

Award Dari Orang Kuantan.


Semalam jenjalan ke Blog Jejaka Desa yang handsome dari Kuantan, nampok ada nama keh dalam senarai penerima award dia..Dengan senang hati dan gembiranya keh menerima.

Ucap terime kasih dan link kat insan yang tag kat kita.

Keh nok mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Jejaka Desa yang telah mengetag keh. Keh pun baru dalam dunia berblog nih, ditambah pulok masa tak begitu mengizinkan untuk berlama-lama didepan komputer, buat entry pun jarang2, tapi keh hargai sangat2 award yang diberikan oleh Jejaka Desa nih. Semuga semua award2 yang keh terima nih menjadi inspirasi untuk keh terus berblog.

Tag 15 orang blogger yang difikirkan.
Yeelah, keh tag nama2 hok yang jejaka Desa tak tag lagi ajalah, walau bagaimanapun rodong2 yang keh tak tag tu keh tetap ingat ke deme, dilain kesempatan keh tag deme pulok.

1. Penjejek Maya
2. cheqna
3. Azrina3.7
10. Nojj

Beritahu insan yang beritahu ini menerusi chatbox dia orang.

Ok, insyaAllah satu persatu, akan diusahakan.

Nyatakan 7 perkara tentang diri anda.

1. Kalau boleh 24 jam nok duduk depan PC, nok ziarah semua blog rakan2, baca entry dan komen.

2. Suka amik gambo dengan kamera telefon keh yang gambonya dah blur, pastu share dengan kawan2.

3. Suka masak pastu ajak orang makan dan komen masakan keh, tapi jarang ada kesempatan.

4. Sedang berusaha nok meramaikan rakan2 diarena blogging supaya blog Lipislady ni lebih meriah

5. Sedang berusaha untuk mengumpulkan resipi2 tradisional Pahang, untuk dimuatkan dalam blog masakan keh yang akan lahir sikit masa lagi.

6. Minat mengembara tapi belum ada kesempatan, Bila???

7. Minat makan dan tido..hehehe..perkara yang semua orang minat tu...

Sekian Wassalam.

Thursday 29 July 2010

Perilaku Rasulullah Yang Wajib Kita Contohi.

Asalamualaikum,

Rasanya ramai dah yang mengamalkan apa yang ingin keh catatkan disini. Alhamdulillah kalau kita semua telah mengamalkannya. Tapi ada masanya kita terlupa juga, maklumlah kita sentiasa suntuk dengan masa dan keadaan sekeliling membuatkan kita kadang2 terlalai. Apa yang keh catitkan disini hanyalah semata-mata untuk berkongsi bersama ilmu yang keh dapat dan untuk saling mengingatkan semula terutamanya untuk diri sendiri yang sentiasa lalai dan leka.

1. Selalu Bangun Sebelum Subuh,
Untuk solat sunat dan solat Fardu secara berjemaah. Berlimpah pahala bagi orang yang bangun sebelum subuh, kesegaran udara baik untuk kesihatan, memperkuatkan fikiran dan menyihatkan perasaan.

2. Menjaga Kebersihan.
Setiap hari Khamis atau Jumaat beliau akan membersihkan jangut dan misainya serta memotong kuku, bersikat dan berminyak wangi.

3. Tidak pernah makan banyak.
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak." Sabda Rasulullah.Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda. 1/3 untuk udara, 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk makanan, dan puasa dibulan Ramaadhan adalah untuk menyeimbangkan kesihatan.

4. Berjalan kaki.
Dengan berjalan kaki peluh akan mengalir, pori2 akan terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

5. Tidak pemarah.
Nasihat Rasulullah, "Jangan marah" ini diulang sebanyak 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan manusia bukan hanya terletak pada jasad tetapi lebih kepada kebersihan dan kesihatan jiwa.. Terlalu kuat marah boleh mengakibatkan stress yang mana akan menyumbang kepada darah tinggi.

6. Optimis dan tidak putus asa.
Sikap optimis boleh memberi kelapangan jiwa dan membuatkan kita sentiasa bersabar, istiqamah dan bekerja keras serta bertawakal kepada Allah demi untuk mencapai apa yang dihajati.

7. Tidak pernah iri hati.
Iri hati adalah satu penyakit hati yang kalau di ikuti akan merosakkan perhubungan sesama manusia. Untuk menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa serta mental jauhilah sifat iri hati.


Ada lagi, sila sambung.

Sekian Wassalam.



Wednesday 28 July 2010

Barang Naik.

Assalamualaikum,

Musim barang2 naik harga nih, kena jimat2 sikit belanja, kalau tidak hujung bulan gigit jari. Kena makan nasi bubur atau anok sekoloh tak bawak belanja pulak. Ni ada beberapa tips berguna untuk diikuti supaya kita dapat berjimat sikit dalam berbelanja. Tips ini munkin remeh bagi sesetengah orang, tapi kalau diamalkan boleh tengoklah hasilnya.

1. Sebelum dapat gaji buat bajet kewangan untuk bulan tersebut, bermula dengan keperluan asas, bil2, ansuran dan jangan dilupakan keperluan diluar jangka yang wajib disimpan jika tidak digunakan untuk bulan tersebut.

2. Jangan banyak sangat mengetea dan makan diluar rumah terutamanya kalau keluarga kita keluarga besar. Masak sendiri dan makan dirumah lebih menjimatkan.

3. Bawak bekal kepejabat atau untuk anak kesekolah, toksah malulah bawak bekal sebab makanan yang di bawak dari rumah lebih sedap dan terjamin kebersihannya.

4. Jimat air dan letrik, padam semua lampu dan apa juga yang melibatkan letrik sebelum tido, kecuali peti sejuk, tak perlu pakai airkon, kecuali kalau terlampau panas.

5. Kalau ada kawasan tanam sendiri sayur-sayuran dikeliling rumah, tapi kalau tak ada tanah boleh juga ditanam didalam pasu.

6. Masa pegi shopping jangan bawak anak, nanti anak nak mainan, kalau 2/3 ringgit tak apa lagi, kalau barang tu harganya 20 ringgit, rugi bajet untuk belanja beberapa hari.

7. Kalau boleh survey dulu beberapa buah kedai lepas itu buat catatan harga barangan yang kita perlukan, beli dikedai yang termurah.

8. Sebelum beli barang dapur buat senarai dulu barang yang hendak dibeli, jangan sesekali beli barang yang tidak ada didalam senarai.

9. Kalau beli barang dapur beli banyak sekali, tak payah pergi kedai 2/3 kali sebulan sebab biasanya kalau berada dikedai kita akan sentiasa tergoda bila melihat barang2 baru yang kita langsung tak perlukan.

10. Tak payah beli barangan yang berjenama kerana ini akan cuma akan meningkatkan kos sahaja, pakai seluar baju berjenama pun kalau par kosong tak guna juga.

Kalau ada yang nak ditokok tambah silakan.

Sekian, Wassalam.


Tuesday 27 July 2010

Pakai Baju Warna Apa Hari Ini?

Assalamualaikum,

Selamat pagi selasa buat rodong2 dan pengunjung blog saya ini. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung kesini.Semuga hari ini kita lebih ceria dan berjaya dari semalam. Semuga hari ini kita lebih bertakwa dari semalam dan semuga hari ini kita lebih berjaya dari semalam.

Pakai baju warna apa hari ini? Wah, cantik, ayu dan tampannya kita dengan baju yang berwarna warni. Untuk kita yang suka memakai baju yang berwarna warni, sebenarnya warna mempunyai peranan dalam menyembuh dan memulihkan tenaga dalaman kita. Cubalah mengikuti tips ini dalam memilih warna pakaian kita setiap hari:-

1. Hari Isnin : Pakailah pakaian berasaskan warna putih untuk kesucian rohani, kesejahteraan minda dan ketenangan jiwa.

2. Hari Selasa : Pakaian yang berwarna merah jambu atau ungu untuk membangkit rasa kasih sayang, dan tumpuan.

3. Hari Rabu : Cubalah pakaian yang berwarna biru untuk memulihkan atau mengeratkan perhubungan serta kominikasi.

4. Hari Khamis : Pakaian yang berwarna kuning atau oren, untuk melapang dan melegakan fikiran serta memberi semangat dan tenaga dalaman.

5. Hari Jumaat : Penghulu Hari, pakailah pakaian yang berwarna hijau, untuk keseimbangan dan kesegaran minda. Hijau juga melambangkan keIslaman.

6. Hari Sabtu : Pakaian yang berwarna merah ataupun merah hati, untuk keberanian, tuah dan kemewahan.

7. Hari Ahad : Hitam itu menawan. Pakaian warna hitam untuk hari Ahad, untuk istirehat dan gabungan.

Wallahualam. Kepada sesiapa yang suka mencuba boleh cuba. Mudah-mudahan berhasil.

Sekian, Wassalam.

Monday 26 July 2010

Jangan Simpan Kuku.

Assalamualaikum,

Selamat hari Isnin, buat rodong2 dan blogger yang
sudi singgah sini. Ari ni nak cerita pasal kuku pulak.

1. Dikatakan bahawa kerana hanya menyimpan
kuku untuk sebatang jari sahaja, dosanya seperti
memelihara sekandang babi. Apa kata kalau semua
jari kita menyimpan kuku yang panjang, bersamaan
berapa kandang babikah yang kita pelihara?

2. Jangan ada niat langsung untuk menyimpan kuku
panjang walaupun hanya untuk sebatang jari
kelingking sebagai hiasan. Bagi orang Islam adalah
tidak sesuai berkuku panjang kerana ianya tidak
membayangkan kesucian. Apabila kita berwudhuk
dikhuatiri air tidak sampai kecelah kuku yang panjang
tersebut.

3. Kuku panjang ada sejenis kuman seperti yang
terdapat dalam najis manusia iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita
mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri.

Sekian, Wassalam.

Friday 23 July 2010

Kopi Taik Musang

Assalamualaikum,

Kopi Luwak merupakan kopi yang termahal didunia.
Biji kopi Luwak ini boleh dijual pada harga RM 1,600 untuk setiap
kilogram.Kopi ini terhasil apabila biji kopi yang telah masak ranum
dipetik dan diberimakan kepada musang2 yang dipelihara khusus untuk
menghasilkan kopi Luwak ini. Biji kopi yang keluar bersama najis
musang tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dipanggang
dan di proses untuk dijadikan serbuk kopi yang termahal didunia.
Proses membuat kopi Luwak ini pernah disiarkan di TV.

Gone weh, sanggup ke kita minum kopi te,??? Gone rasa agoknya
yee, lebih sedak dari kopi cap cikgu yang keh selalu minum ke??

Sekian Wassalam.

Sunday 18 July 2010

Balik Kampung.

Assalamualaikum,

Minggu lepas keh mengesyurkan anak-anak supaya sama-
sama balik kampung. Tujuan utamanya untuk mengambil
buah kundang aja. kada abang ipar keh buah kundang benyak
dan dah masak. Mula-mula komeh balik petang sabtu lepas.
Dapatlah mengambik beberapa jabir buah kundang. Tapi
hari rabu lepas kumprinx ajok keh balik sekali lagi, katanya
tak puas makan kundang. Buah pun banyok lagi kat atas pokok.
Sambil2 tu boleh juga berjumpa sedara mera yang dah lama
tak berjumpa. Keh setuju aja terlanjur kerja pun tak
berapa ada.


Inilah rupa teratak tempat keh mula mengenal kehidupan,
Sebenarnya ini bukan teratak tempat keh dilahirkan, tapi
ini teratak yang telah diubah suai semasa anak2 keh masih
kecil. Dah 21 tahun keh meninggalkan teratak ini. Dulu ada
juga keh balik dan jenguk2 teratak ini, kemas dan sapu2
sawang didalamnya, terangkan sekelilingnya, tapi sejak
sepuluh tahun yang lalu keh dah membiarkannya begitu
sehingga beginilah jadinya. Sedih pulak rasanya bila
menengok teratak ini dibiarkan begitu saja. Lebih2 lagi
bila teringatkan segala peristiwa pahit manis kehidupan
kome anak beranak. Aduhh.. lelehlahpulak air mata nih.


Terlanjur dah balik, kome lepak2lah kejap kat rumah akak
Minah, jiran yang paling hampir dengan rumah keh. Akak
Minah ni sedara keh sebenarnya, dia pun tinggal sendirian
semenjak mak dia meninggal setahun lebih yang lalu. Kesian
Kak Minah, dalam keadaan tak berdaya masih lagi nak
tinggal sendirian dirumah pusakanya walaupun adik-adik
ramai yang mempelawanya tinggal bersama.


Inilah rupa buah kundang yang melambai-lambai kome
agar balik kampung, walaupun musim mutan dulu
begitu banyak buah mutan yang masak, kome tetap
tak balik kampung. Bukan apa keh rasa sedih kalau balik
kampung tiap kali tengok rumah keh yang terbiar tu.
Buah ni walaupun tak nampak kuning sangat tapi
manis sangat sebab dari pokok tua


Aksi dua beranak menadah buah kundang yang di gegar
oleh katan anak sedara keh yang bukan kaki panjat, cuma
sekadar bertindak sebagai juru panjat memandangkan
tak ada orang lain yang nak diharapkan. Tengok tu, keh
tadah dengan payung, kumprinx pulak tadah dengan bahu
dia aja. Tapi yang tak sedapnya semua buah yang jatuh
kedalam payung tu buah yang dah buruk. Semua buah
yang masak ranum jatuh atas bahu kumprinx. Terpaksalah
kome mengutip yang atas tanah, balik rumah basuh.


Posing jap, berhampiran pokok mencupu tempat keh
lepak2 diatas dahannya yang paling atas sambil makan
buahnya yang ranum bersama dengan rodong2 waktu
cuti sekoloh, zaman keh masih kanak2 lagi. Atas dahan
kundang tu pun adalah tempat kami rehat2 waktu
tengahari sambil menunggu matahari jatuh sikit untuk
pergi mengail ikan. Fuhh..nostalgia indah yang sukar
dilupakan. Rindu rasanya zaman itu.


Katan, jurupanjat tidak bertauliah. Tapi dapatlah juga kome
tiga jabir plastik buah kundang yang dah tinggal diujung julai,
yang dipetik dengan tangan katan sendiri. Baik2 sikit katan
pokok kundang tua tu rapuh julainya karang jatuh kebawah aok.



Kumprinx tak abis2 mengambik gambo pemandangan kampung.
Katan dah turun dari pokok. Latar belakang tu 4 pokok yang sering
jadi tumpuan keh dan kawan2 menghabiskan masa lapang,
dikiri sekali pokok mengkudu, pokok kundang yang kome ambik
buahnya, pokok mencupu yang dari dulu pokoknya tak
pandai besar2, sebesar itulah dari dulu sampai sekarang.
Pokok yang besor sekali disebelah kanan tu pokok gelugur,
yang pernah menghasilkan berbuja-buja asam gelugur satu
ketika dulu kalau musim dia berbuah, dibelakangnya adalah
terataak ilmu.


Teratak Ilmu, yang telah mengenalkan keh dari 1,2,3,
A,B,C, dan juga Alif, Ba, Ta. Keh cuma berada disitu selama
5 tahun sahaja, dari derjah 1 hingga 5. Ini pun bukan
bangunan asal sekoloh ini, ini bangunan baru yang dibina
tahun 1977 dan di ubahsuai lagi beberapa tahun yang lalu
untuk kegunaan lain. Sekolah ini sebenarnya telah lama
ditutup berikutan tidak cukup murid, tapi diguna pakai
semula sebagai pusat Ko Kurikulum, pusat aktiviti
persatuan pengakap Daerah Lipis.

Inilah saja cerita balik kampung.
Jumpa lagi dicerita lain pulak.

Sekian Wassalam.

Thursday 15 July 2010

Award Dari En. Mazru


Assalamualaikum,

Berbanyak-banyak terima kasih pulak keh nak ucapkan
kepada En Mazru diatas kesudian dia menganugerahkan
Award kepada keh. Entah layak entahkan tidak keh menerima
semua Award dari kawan2 nih. Biarlah mereka yang menilainya.

Awaard dari En Mazru ni tak banyak syaratnya cuma tag
semula kepada 3 orang, kalau 5 boleh ke Weh, untuk
kesinambungan award ini demi persahabatan dialam
maya.

Ni Rakan-rakan maya yang keh nok anugerahkan award
untuk kali ini:-

1. Kak Erna

2. Kak Nora

3. Maiyah

4. Mulan

5. Ibu Guru

6. Daisy

7. Intan RH

8. Miss XYZ

9. Nojj

10. Marissa

Lahh...terlebih banyok laa plak, tak per ke En Mazru,
tak adil laaa plak kalau bagi kat lelaki 10, perempuan 3 aja.
Jadi keh bagi kat perempuan 10 lah juga. Halal yee En Mazru.

Terima Kasih.

Sekian Wassalam.

Wednesday 14 July 2010

Award Dari Endiem.


Assalamualaikum,

Keh nok ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada endiem yang sudi memberi award kepada keh. Juga keh nok mintak maaf kerana terlambat sikit menyambut Award tersebut.
Walau terlambat keh tetap akan menyambutnya dan akan mempamirkannya di blog keh ini.
Untuk melayakkan keh menerima Award ini, inilah yang keh perlu lakukan :-

1. Anda mesti memuji si pemberi Award.

Si pemberi Award adalah orang yang paling awal menjadi follower keh dan beliau seorang yang tidak pernah ketinggalan mengomen di blog keh. Keh suka masuk blognya sebab penulisannya bersahaja dan mudah difahami.Walaupun kadang2 keh tak sempat untuk mengomen diblognya namun keh tetap membaca entrynya yang terbaharu.

2. Sila beri Award kepada 10 bloggers lain.

1. En Yassin

2. Echam

3. En Zulkbo

4. Cikgu Jang

5. Jejaka Desa

6. Cemomoi

7. En Pie Wahid

8. Penjejak Maya

9. En Hisyam Muhibah

10. En Mazru Majid.

Amboih, semua lelaki, memana hok dah dapat tu sila abaikan yee..

3. . Nak beri tahu semua blogger diatas supaya ambil award ini.

4. Bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best dan great
Ini pun nampak gayanya kena tanya sipemberi awardlah.


Itu aja,

Sekian Wassalam.



Buah Idaman.

Assalamualaikum,

Inilah buah yang keh idam-idamkan sejak beberapa
minggu yang lepas. Baunya setiap kali Mat Amin menyorong
trolinya lalu depan keh membuatkan hidung keh kembang
kuncup. Tak dapat makan isi dapat hidu bau pun cukuplah
bisik keh dalam hati.


Tengoklah isinya, buat semua orang memandangnya
jadi terliur.

Pernoh juga keh mengusik Mat Amin dengan mengatakan,
"Mat Amin derian cecer sebiji" dengan harapan Mat Amin
akan mencecerkan sebiji deriannya secara percuma untuk
keh merasa. Tapi sia-sia aja, dia beli dengan harga 4RM sebiji
tak kan nak dicecerkan begitu saja, walaupun seulas isinya.


Derian nih anok murid keh yang bagi, Alhamdulillah.

Pagi semalam rezki keh macam datang menggolek, anak
murid kah datang dalam keadaan tersenyum dan tersipu2
sambil mengajak keh ke satu sudut yang tersorok sikit,
sambil cakap, " Cikgu nih saya ada bawak barang untuk
Cik Gu". " Menda kata keh". Dia terus ketawa. Keh pun
ketawa sama, tak dapat nok meneka apa yang dia bawa.

Sampai dekat dia keh dah terbau buah idaman keh. Hehehe,
keh ketawa lagi. " Aok bawak menda ke saya nih" Tanya
keh buat2 tak tau. " Saya bawak buah derian untuk cikgu"
kata dia malu2..Haa...sukanya saya...

Petang semalama walaupun Durian adalah buat Favourate
keh, namun semalam keh hanya berani makan seulas aja,
lebinya nok buat tempoyok aja sebab Sabtu lepas keh
check gula dalam darah keh dah mencapai paras 10.3.

PESANAN: jangan makan buah derian
kalau anda ada kencing manis dan darah
tinggi, buah derian sifatnya panas dan meruap.
Boleh meningkatkan kadar gula dan darah
tinggi serta merta.

Sekian, Wassalam


Monday 12 July 2010

Ikan Talapia Goreng Sos Lemon.

Assalamualaikum,

Cerita 10 hari lepas.
Sempena Karnival Lipis 2010, akak keh ajak masuk pertandiangan
masak ikan talapia dengan produk agromas, mulanya keh memang
malas, maklumlah masa suntuk sangat. Banyak lagi perkara lain
yang nak diuruskan, tapi kesian plak dengan akak yang baru pertama
kali nak mencuba dalam bidang masakan.


Nih dua beradik sedang menunggu keputusan Hakim

Keh tak tau nok masak apa, sampai masa hantar borang kah masih
tak pasti nok masak apa. Akhirnya keh tulis ajalah kat borang tu
"Ikan Talapia Goreng dengan Sos Lemon." Lepas tu keh terus
melupakan pasal pertandingan masak tu.


Ini ikan talapia goreng dengan sos Lemon, masa keh
buat testing kat rumah.

Dua hari sebelum pertandingan akak telefon mengingatkan
keh masa pertandingan dah tinggal 2 hari, akak dah buat
testing masakan kat rumah. Pengelola pertandingan pun
telefon suruh ambil ikan kat padang pagi hari Jumaat tu.
Fuhh...masa tu lah keh betul2 tengah sibuk, dan kepala
masih blur tak tau nak masak apa. Resipi dah tak boleh
tukar sebab dah terlalu dekat masa pertandingan. Macam
mana nak buat sos lemon ni, resipinya pun keh tak ada,
masa dah terlalu suntuk, nak cipta resipi pun tak ada masa.
Pulak tu kena ada campuran produk agromas. Gila betul.


Inilah hidangan yang mampu keh sediakan.


Hari Rabu malam khamis keh ajak anak sedara keh berjalan2 kat
karnival, itulah pertama kaki keh menjejakkan kaki ke karnival
Lipis yang dah berlangsung hampir seminggu. Kami singgah
di gerai FAMA yang ada menjual produk Agromas. Tak tau
menda nak beli, belek punya belek keh rasa sos nanas paling
sesuai untuk dijadikan bahan masakan keh. Setel satu perkara.
Dalam kepala ada dah sikit gambaran tentang resipi yang
akan keh buat nanti.


Inilah rupa "Ikan Talapia Goreng Dengan Sos Lemon."

Hari Jumaat keh suruh student keh cuti untuk membolehkan keh
mencipta resipi pada paginya dan petangnya pertandingan
akan berlangsung. Seawal pukul 6.45 keh dah berada di Pasar
Bunga Cengkih untuk membeli Ikan Talapia dan peralatan lain.
Cari ke buah lemon tak ada pulak, dah habis kata toke tu.
Macam mana ni, tak kan nak ganti dengan limau kasturi
atau limau nipis, lainlah rasanya. Huhhh...kecewa betul
rasanya. Nak tak nak keh beli jugalah limau nipis. Balik rumah
terus aja buat resipi, dan siapkan barangan. Sos lemon diganti
dengan limau nipis. Tak kena rasanya. Tak boleh jadi nih,
kena cari buah lemon juga.


Ini hidangan pemenang kedua yang memasak resipi,
Murtabak Ikan Talapia, sedap weh, lebih sedap dari
murtabak daging.

Alhamdulillah, adik balik sekolah keh terus suruh pegi beli buah
lemon di Pasar Mini Ria, batu 2, ada, suruh dia beli 4 biji. Sos
yang keh dah buat dengan menggunakan limau nipis keh ganti
dengan sos lemon yang keh buat semula, rasanya boleh tahan.
Sedap. Alhamdulillah, beres segalanya dan ready untuk
masuk pertandingan.


Ini popia yang intinya dibuat dari ikan Talapia

Walaupun keh tak berjaya mendapat tempat, Alhamdulillah keh
berjaya jyga masuk pertandingan dalam keadaan keh yang
tengah berserabut dengan tugas lain. Walaupun hanya dapat
hadiah saguhati, tapi lumayanlah juga.


Yang paling lumayan hok dalam sampul surat ni lah.


Sekian Wassalam.

Tuesday 6 July 2010

Bengkel Membuat Kek Cawan

Assalamualaikum,

40 minit lagi bermulalah bengkel membuat kek cawan, yang kesemua pesertanya terdiri dari ahli2 pertubuhan Ibu Tunggal Daerah Lipis (NUSRAT). Dijangka seramai 40 orang peserta akan menghadiri bengkel tersebut.

Bengkel di anjurkan atau ditaja oleh Pejabat Penerangan Daerah Lipis, dan dikendalikan oleh guru dari Kolej Komuniti cawangan Kuala Lipis. Bengkel tersebut akan diadakan di tempat keh sedang menaip entry ini, iaitu dikelas keh. Alhamdulillah, inilah sumbangan keh pada ahli2 NUSRAT.

Semuga bengkel ini berjaya melahirkan beberapa usahawan kek cawan. Ada sesiapa nak order kek cawan untuk majlis perkahwinan nanti boleh order dengan deme tu. Maklumat lanjut akan keh beritahu nanti.

Sekian Wassalam.

Thursday 1 July 2010

MLM (Meniaga Larut Malam)

Encik Abu Jimi semasa pelancaran program tersebut

Assalamualaikum,

Lama dah keh tak masuk MLM nih, sila tengok kat tajuk tu, apa maksud sebenar MLM tuh. Nok tak nok terpaksalah diakui maksud yang diatas tu adalah benar.

Dah beberapa hari kawan keh mengajak keh meniaga MLM, keh kata keh tak nok dah, keh dah serik, duit keluar banyak, hasil tak ada, yang pedihnya bila anak-anak keh cakap, "mok nih meniaga MLM, keluar duit banyak, tapi tak juga jadi jutawan". Betul juga kata anok2 keh tu, semenjak keh kenal MLM, banyak dah duit keh keluar untuk pendaftaran, beli barang untuk buat demo, mula2 majulah, tapi sampai sekerat jalan, mati. Jadilah keh meniaga buluh kasap, " Untung tarak, modal lesap." Bukan sekali, malah berkali keh kena macam nih. So serik dah.

Tapi sejak sebulan lalu bila kawan keh perkenalkan MLM yang satu nih, pada mulanya keh buat tak endah juga. Dalam pada itu keh menkaji juga perjalanan programnya. Nampok cantik dan boleh bertahan lama. Dengan itu maka hati keh cairlah juga. Ahad lepas keh pegi perlancaran secara besar-besaran program tersebut sempena Karnival Lipis, yang di resmikan oleh Ketua Pemuda Umno Pahang En Abu Jimi, dan terus je daftar sebagai ahli.

Pada penelitian keh bagus juga program ni untuk sesiapa yang ingin mencari pendapatan tambahan, kerana dia berkonsepkan " Membeli Dapat Duit" bukan "Membeli Habis Duit" atau "Menjual Baru Dapat Duit". Yang paling baiknya tak perlu hangkut barang kehulu kehilir untuk dijual, dan tak perlu maintain belian. ( Maaf iklan sikit, tapi serious, baik untuk sesiapa yang ingin mencari pendapatan tambahan).

Sebagai langkah pertama malam tadi keh cuba kumpulkan kawan2 keh dalam sepuluh orang untuk dengar penerangan tentang program tersebut. Hajat hati tu nak buat secara kecil-kecilan aja, tempat keh ni pun taklah berapa besar sangat, tapi kepada mereka yang keh jemput tu keh berpesan juga tolong bawak kawan2 sekali. Hasilnya bila sampai pukul 9.00 malam seperti yang dijanjikan seorang pun tak datang lagi. Keh pun rasa amat terharu. Penceramah pun dah telef0n banyak kali, keh cuma mampu bagi tau, harap bersabar mereka akan datang sebentar lagi......

Tepat jam 9.15, seorang muncul, lega sikit hati keh, dituruti peserta kedua bersama rakannya, seterusnya beberapa orang lagi, sehingga sepuluh orang datang, kami pun memulakan penerangan. Apa yang paling memeranjatkan keh, selepas pukul sepuluh malam, ramai lagi yang datang menjadikan bilangan yang datang hampir 40 orang, sehingga tempat keh ni dah bersesak2. Memang benar MLM ini adalah Meniaga Larut Malam, kerana orang yang berniaga MLM lebih cenderung berurusan bila malam dah larut.

Hasil yang keh dapati 3 orang sign up on the spot, satu pagi tadi, yang lain2 coming soon....Alhamdulillah, cerah masa depan....

Nota, kepada sesapa nok tahu tentang MLM nih sila hubungi keh melalui comment blog nih..

Sekian Wassalam,