Tuesday 23 April 2013

Onde-onde Labu Manis


Assalamualaikum

Lama kakmah tak upload gambar2 makanan yang kakmah
masak. Sebenarnya kakmah memng tak memasak dan makan
pun ala-ala kadar aja. 

Petang ni sambil belek-belek majalah lama,
kakmah terjumpa plak resipi onde-onde
labu manis nie. Kebetulan kakmah ada beli labu manis
sabtu lepas, sampai ke hari ni masih simpan dalam
peti tak tau nak masak apa.

Nampak gambar dalam majalah tu macam sedap jee,
kakmah pun terus turun kekedai beli kelapa parut.
Dalam masa tak sampai setengah jam kuih kakmah 
pun siap untuk dimakan.

Kuih labu ni sebenarnya sangat berkhasiat dan enak
dimakan waktu petang atau pun pagi untuk sarapan.
Dengan teh '0' atau pun teh kosong aja.

Kita lihat pula resipinya, mudah aja yee..

Bahan-bahannya,

1. 1 cawan labu manis yang dah direbus dan dilecek hancur.
2. 100 gm tepung pulut
3. 1 cawan kelapa parut putih
4. Sedikit garam dan sedikit gula.
5. 15 biji labu yang dah direbus dan potong dadu

Cara-Caranya.

1. Sediakan periok yang berisi air diatas dapur, masak air hingga mendidih.
2..Gaul tepung pulut dengan labu yang telah dilecek hingga sebati.
3. Ambil adunan sebesar bola pimpong, leperkan diatas tangan.
4. Masukkan labu yang dipotong dadu, tutupkan dan bulatkan.
5. Masukkan kedalam air mendidih hingga tombul baru diangkat.
6. Gaul kedalam kelapa parut yang telah di campur garam atau gula,
    ikut kesukaan masing-masing. Kalau labu tu kurang manis, camurkan
    aja kelapa tu dengan gula, kalau tak suka manis boleh dicampurkan
    dengan garam. Ikut kesukaan masing-masing.
7. Angkat dan hidangkan.. 

Selamat mencuba,
Wassalam.

Tuesday 16 April 2013

Jom Makan Kek.

Assalamualaikum,

Selamat malam semua kawan2 yag singgah disini,
Sehari dua ni kakmah hanya berkesempatan
online diwaktu malam aja.
Siang hari kakmah sibuk mengemas rumah yang
tak siap-siap. maklumlah rumah yang dah
lama ditinggalkan, bersawang sana bersawang sini,
semuanya nak kena bersihkan, 
disamping itu adalah juga aktiviti pindah
memindah perabut.

Bila dah malam gini mulalah terasa penatnya,
nafas kakmah ni pun dah rasa sangkut-sangkut,
alahai, lelah lah plak..Mintak-mintak janganlah melarat,
kalau melarat jawabnya kehospital lah kakmah
malam ni. Apa lagi pamlah...cam biasa.


Sejak balik ni, baru semalam kakmah mula memasak.
Masak nasi dan lauk, petang masak kek.
Lama betul tak buat kek weh, rasa nak makan
kek buatan sendiri lah plak. terlanjur anak kakmah
ada balik, dia pun suka kek, makan panas-panas sedap nie.

Setakat inilah dulu untuk malam nie,
Jumpa lagi
Wasalam