Showing posts with label Aktiviti Saya. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Saya. Show all posts

Sunday, 16 April 2023

Rindu Nak Berkelah

 Assalamualaikum

Sahabat Blogger Kak Mah dan Sahabat Penggunjung Setia Blog Lipislady. Selamat berpuasa semua.

Dah sampai ke penghujung dah puasa kita ni kan. Selama itu jugalah Kak Mah tak balik kampung untuk barkelah. Alahai rindu nak berkelah lah pulak. Seronoknya kalau dapat berkelah sekarang ni. Sabarlah wahai hati, seminggu je lagi, hehe.

Kalau berkelah dapat makan macam ni hehe, sedap makan macam ni, bertambah tambah nasinya haa


Boleh mancing kat tepi kolam tu, kanak kanak suka ni, tapi orang dewasa dulu, 
kanak kanak ni kuat mengacau je, hehehe


Orang Perempuan kerja dia membakar bakar, fuhh ni lagi sedap.



Haaa, start dah nak membakar tu, bakar apa tu???


Relex sambil minum minum air lagi sedap, kosong je rasa otak.

Wawww bakar ikan telapia, besarnyaaaa. Orang ramai kena banyak lah
Ikan bakar, ayam bakar, tak sabar nak makan.


Ayam dah masak tu, ikan belum lagi


Tambah lagi, ikan cencaru pulak, 

Membakar macam ini pun seronok juga, aduhhh seronoknya.


Dan inilah yang paling sedapnya, Alhamdulillah.

Semuga kita berjumpa lagi ditapak berkelah ini,

Wassallam.




Friday, 27 August 2021

Seronoknya Memancing

 Assalamualaikum

Sallam hormat semua rakan blogger dan pengunjung setia Kak Mah.

Alhamdulillah, jumpa lagi kita pada hari ini., 

Hari ini Kak Mah nak ajak sahabat semua balik Kampung Kak Mah, Mari kita pergi memancing.

Sambil sambil Kak Mah balik membersihkan rumah tu, Kak Mah pergilah memancing, untuk cari lauk makan nasi, hehe

Melepak di tepi kolam ni ada juga hasilnya, kan sahabat dan rakan Kak Mah semua.


Ikan Telapia je, ada juga ikan patin dan ikan tongsan, tapi susah nak pancing. Seronok betul tengok ikan ni, apa lagi kalau dapat kat pancing kita. Cucu cucu Kak Mah memang seronok sangatlah mereka tu, tak kiralah walaupun panas terik, mereka tetap juga nak pancing lagi selagi tak dipaksa balik


Tengoklah ni, besarnya ikan yang dia dapat.


Hem, ramai tu kaki pancing. Tak ada apa nak buat, semua tak boleh kerja, dapat duduk tepi kolam pun jadilah, lebih dari seronok lagi.


Lebih lebih lagi kalau dapat ikan banyak macam ini, Boleh masak apa saja yang kita suka


Nak siang dialah susah sikit ikan ni


Makan sedap, terutamanya kalau buat Sweet and Sour macam ni


Ataupun bakar dengan garam dan kunyit


Gulai masam tempoyak pun sedap, tapi ini ikan patin, kalau ikan telapia pun sedap buat gulai tempoyak, Gulai patin tempoyak ni anak yang buat, sebab dia berniaga pes tempoyak yang ready untuk dimasak cuma tambah ikan dan bahan yang kita perlukan saja.


Kalau malas dan tak cukup masa, goreng macam ini aja pun dan cukup sedap. Goreng dengan garam dan kunyit aja. kanak kanak suka makan.

Ikan ni sedap juga dibuat masak lemak dengan belimbing buluh. Bagi dia pedas sikit, dan tambah sikit terung pipit, alahai sedapnya

Kak Mah tak sempat lagi nak buat masak lemak tu, in shaa Allah nanti pergi memancing sekali lagi Kak Mah buat masak lemak pulak.

Oklah semuga sahabat gembira, take care semua. Jaga SOP juga, semuga Allah pelihara kita semua, Aamiin.

Semuga jumpa lagi.

Wasallam

Wednesday, 11 August 2021

Balik Kampung

Assalamualaikum

Alhamdulillah.
Jumpa lagi Rakan rakan Blogger,
Sahabat sahabat pengunjung setia Lipislady


Hari ini Kak Mah rasa seronok sangat bila teringat semula aktiviti Kak Mah, tiga hari lepas, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tengok gambar kat atas pun dah tau kan apa aktiviti Kak Mah. He he he, yerlah, aktiviti balik kampung. Seronoknya, Kak Mah berkesempatan balik ke kampung abang Kak Mah bertiga dengan kakak dan abang Ipar Kak Mah. Kampungnya dekat aja, cuma kesempatan nak balik aja yang tiada.


Rumah ini boleh dikatakan rumah yg kurang diuruskan sebab Abang Kak Mah tinggal di Kuala Lumpur. Dulu dia balik juga sebulan sekali, tapi keadaan sekarang ni tidak mengizinkan dia balik. Kami balik ni pun dengan misi pembersihan dan menjaga mana yang patut. Alhamdulillah seronoknya buat kerja begini,  Tengoklah tu, rumput tumbuh dah panjang.


Inilah rupa rumput kemunchuk. Rumpit ini memang tidak di sukai oleh orang, hehe, apa tidaknya.


Tengok ni apa jadi, adoi, penuh dia melekat.


Inilah tugas pertama abang ipar kak Mah. Memesen rumput, haaa. Kannn seronok buat kerja gini. Sekali sekala.



Ini pulak kerja Kak Mah dan akak Kak Mah, excercise ni, Memang seronok sangat.


Lebih seronok lagi sambil-sambil kerja dapat rezki. Rezki keledek yang ditanam secara rambang beberapa bulan lalu, berisi dah.


Lama dah tak bakar sampah di halaman rumah. Rumah Kak Mah mana ada halaman, jangan kata nak bakar sampah,nak bakar ikan pun tak boleh. Rumah flatlah katakan. Kat sini semua boleh buat, bakar kambing pun boleh, hahaha.


Alhamdulillah, sambil buat kerja, kami dihujani rezeki juga. Gambar kat atas ini bukan buah cempadak dan bukan juga buah nangka yer. Tapi orang Pahang panggil ini buah Bangkung. Buah ini orang makan bijinya sahaja. Isinya di buang kerana dia tak akan masak lembut macam nangka atau cempadak. Isinya tetap keras, sebab itu tidak boleh dimakan. Buah bangkung ni satu dalam seribu sebab dari penelitian Kak Mah pokok Bangkung ini dah pupus dan tidak ditemui lagi dimana-mana kecuali dikampung abang Kak Mah ini.

Tengok ni sama je buah nya dengan cempedak, tapi biji dia lebih besar dari biji cempedak dan biji nangka, dan rasa dia memang lain dari rasa biji nangka dan cempedak, biji bangkong ni lebih lemak dan gebu dari biji cempedak dan namgka.



Ini dia biji bangkong yang dah siap di rebus. Kalau makan dengan kelapa yang di gaul dengan garam atai gula ni mesti sedap sangat. Selain di rebus biji bangkong ini boleh juga di buat pengat dan boleh juga di buat masak gulai lemak kuning atau kari di campur dengan daging ayam.



Durian ni pun rezki yang dihantar oleh saudara yang tahu kami ada di kampung pada hari itu, Alhamdulillah.



Abang ni pun mencangkul cari ubi keledek, banyak jugalah dapatnya aritu.


Oppssss, inilah yang buat Kak Mah terkejut sangat aritu, rasa nak lari tak cukup tanah.  Rupanya saja diletakkan disitu kerana nak menakutkan bebudak ekor panjang tu yang selalun datang mencari makanan.



Ini pun tak sempat lagi nak gali ubinya cuma sempat ambil pucuknya aja untuk buat ulam, makan dengan sambal machang. Alhamdulillah sedap.


Inilah rupanya batang lambuk, kalau buat gulai lemak kuning dengan sardin, alangkah sedapnya.


Daun kari pun ada rupanya, emmm rezkilah semua ni.


Emm cili padi pun banyak, kutiplah bawak balik, hehehe..rezki lagi.

Alhamdulillah inilah yang membuatkan Kak Mah gembira sangat sampai hari ini.  In Shaa Allah Jumaat ni kami akan balik kampung lagi untuk menyambung kerja yang belum siap tu. Munkin dalam dua minggu lagi siaplah,. 

Hingga jumpa lagi di aktiviti akan datang, Sallam sejahtera semua.

Wassalam.










 

Saturday, 31 July 2021

Tempoyak

Assalamualaikum 

Terima kasih kepada sahabat Blogger, sahabat pengunjung blog Kak Mah semua, Alhamdulillah hari ini dapat lagi Kak Mah bersiaran menerusi Blog Kak Mah ini. Tajuk hari ini, Wawww, biasalah kan, musim  dia ni. Musim apa? Iyalah apa lagi kalau bukan musim durian. 


Ni anak Kak Mah punya kerjalah, semalam ada orang jual durian untuk buat tempoyak, murah aja cuma RM 2.50 sekilo. Biasa anak Kak Mah ni memang suka buat tempoyak ni, kebetulan dah harga murah dia boronglah sebanyak 50 kg. Alhamdulillah selama dua hari kami menguruskannya jadilah tempoyak.
Ini rasanya dalam 4 kg atau 4.5 kg dapatlah.



Ini walaupun dia kata durian tempoyak tapi nampak cantik, dan sesuai untuk makan. Apa lagi Kak Mah memang suka sangat makan durian ni, habislah juga tujuh lapan ulas, hehe. Sekali sekala jer makannya.


Tengok ni isinya, cantik kan, berbaloi sungguh membeli dengan harga yang sangat murah. Cantik dan sedap bila Kak Mah rasa.



Ni ada sebekas lagi tadi, berbaloi sungguh.


Yang masih belum dikupas diatas tu munkin untuk makan ajalah. Tengok ni banyak dan untuk buat tempoyaknya.  Alhamdulillah, rezki Allah bagi musim PKP ni.



Terasa jugalah penatnya membuat tempoyak ni, terutamanya mengupas durian yang masih baru dan mengasingkan isi dengan biji durian ni. Alhamdulillah, semuanya beres belaka selama dua hari ini.


Paling berbaloi, tengahari ni makan lauk gulai masam tempoyak ikan baung sungai. Alhamdulillah sedaapnya. Gulai ni Kak Mah guna tempoyak yang Kak Mah buat 4 hari yang lepas. Sedapnya tempoyak baru yang masam masam manis lagi.

Sedikit tip untuk buat tempoyak, tak kiralah banyak ke sedikit.

1. Sebaik beli durian terus kupas dan buat tempoyak

2. Nak bagi garam, gunakan garam kasar

3. Selepas gaul garam masukkan dalam bekas,tapi jangan penuh, bagi sikit ruang.

4. Kalau tempoyak untuk gulai masam, jangan terus simpan dalam peti, biarkan 4 malam di luar, tempoyak akan mengembang sikit, sebab itu  perlu ruang sikit, dan jangan tutup kemas, nanti meletup, bila dah mengembang dan masam-masam manis sedikit baru simpan dalam peti. 

5. Kalau nak tempoyak manis dan tidak masam langsung bolehlah masukkan kedalam bekas kecil, kira dua atau tiga kali makan dan terus simpan dalan sejuk beku, Bekas kecil supaya senang mengambil dan menyimpan semula.

Semuga bermanafaat.

Selamat mencuba.

Hingga jumpa lagi, 
Wassalam






 

Monday, 3 May 2021

Kak Mah Nak Berkebun Juga

Assalamualaikum

Semua sahabat blogger Kak Mah serta pengunjung setia Blog Kak Mah, Alhamdulillah kita berjumpa lagi pagi ini.

Hari ini Kak Mah ada kelapangan sikit, balik dari rumah anak tadi Kak Mah belek-belek sikit sayur-sayur Kak Mah yang Kak Mah tanam di hadapan rumah.

Cuma nak bagi tau ajaKak Mah duduk flat tingkat 2, tapi tidak bermakna Kak Mah tak boleh berkebun. Hehehe. Janji ada keinganan, kan.

Jom kita tengok apa sayor apa yang ada di hadapan rumah Kak Mah yang atas kayangan ni.


Ni pokok asing-asing, Kak Mah dah tanam hampir sebulan, In Shaa Allah sebulan lagi bolehlah petik untuk masak. Masak lemak putih dengan keledek sedap ni. Masak tumis dengan kelapa parut juga sedap. Apa-apa pun tunggu dia rimbun sikit yer.


Ini bunga ati-ati, dalam sayur ada bunga, hehe. Kak Mah suka sangat tengok dain ati-ati yang berwarna warni ni. sebab itulah Kak Mah tanam.


Ini pula bayam Brazil. KakMah suka makan bayam brazil ni. Juga buat masak lemak putih dengan keledek. Buat ulam pun sedap cicah dengan sambal limau kasturi.


Bunga Daun ni Kak Mah tak tau nama apa, tapi rimbun betil duduk atas tembok depan rumah Kak Mah ni. Bimbang juga jiran rasa terhalang bila nak lalu. Tapi sayang nak potong. Sebab cantik sangat.


Daun bawang ni panjang betil. Dah satu kaki lebih dah ukurannya. Lepas lah kalau nak buat sup, tak payah dah beli daun bawang.


Kalau ada daun bawang, mesti kena ada daun sup kan. Haaa, Alhamdulillah, daun suppun tumbuh segar juga, nak masak takpayah dah nak beli. lagi pun Kak Mah duduk jauh dengan pasar, malas nak pergi pasar.


Beginilah pemandangan depan rumah Kak Mah, Alhamdulillah ada lagi ruang untuk jiran-jiran nak lalu. hehe hutan dah depan rumah Kak Mah ni.


Tak seronok juga kan kalau hijau aja, nak juga ada warna merah sikit. Inilah bunga inai pancur atau keembong Kak Mah, baru je berbunga sebenar nya tu. Tinggi bukan main pokoknya. Kalau kak Mah berdiri, dia lebih tinggi dari Kak Mah. Betul-betul duduk depan pinti Kak Mah ni.


Batang keladi pun ada sebab sekali sekala nak juga rasanya makan masak gulai masam tempoyak batang keladi. Alhamdulillah boleh dah tu kalau nak makan. Dua batang cukuplah, makan sorang lah katakan. Heheh.


Keledek ni pun tak nak turun kebawah. Dia nak berjunjung, nak naik keatas juga. Mintak-mintak dia berisi banyak, boleh rebus nanti dan masak lemak dengan pucuk asing-asing dan bayam brazil tu.


Lada besar pun dah berbuah ni, sedap buat ulam ni, cicah dengan tempoyak manis. Nampak gaya lebat juga berbunganya tu. Semuga semua bunganya lekat menjadi buah. Boleh buat cili sos...


Nenas pun adalah dua pokok.  Harap-hara dia berbuah cantik. In Shaa Allah.



Peria pun dah mula nak membelit. Kat atas dah ada disediakan para-para dia. Semuga dia berbuah lebat juga.


Ni daun pudina, kalau nak buat teh pudina tak payah beli dah,petik ajalah kat sini. Alhamdulillah.



Ni favorate Kak Mah, Daun sawi. Kalau nak buat mi atau mehoon goreng tak payah beli sawi dah,petik aja kat depan rumah. Nak buat sup barli pun nak guna dau sawi.



Nak buat ulam pucuk ubi pun, dah boleh dah. Ni Kak Mah dah petik dah sekali untuk buat ulam puck ubi. Memang ubi ini ditanam untuk pucuknya saja bukan untk ubinya. Tapi kalau dia berisi dan boleh dimakan, Alhamdulillah



Ulam raja pun dah besar. Sikit masa lagi bolehlah makan nasi berulamkan ulam raja.

Alhamdulillah begitulah sedikit sebanyak perkongsian Kak Mah mengenai kebun pasu Kak Mah. Alhamdulillah, takpayahlah Kak Mah pergi pasar lagi untuk dapatkan sayur. Semuga sayur Kak Mah terus subur dan berbuah lebat. Aamiin.

Semga kita jumpa lagi dilain masa.

Waasalam