Tuesday 19 December 2017

Mohon Maaf

Assalamualaikum

Rakan rakan blogger semua, pasti rakan-rakan dah melupakan Kak Mah, disebabkan janji Kak Mah pada entry yang lepas, tapi sampai kini masih lagi mendiamkan diri.

Maafkan Kak Mah, diatas janji yang tidak ditepati itu. Kita hanya merancang, tapi Allah lebih berkuasa menentukan segala-galanya. Kak Mah telah bersedia, tapi ada halangan besar pula yang menganggu yang mana Kak Mah sendiri tak mampu untuk mengatasinya. Sekali lagi maafkan Kak Mah.

Kini Kak Mah kembali, tapi hari ini tak ada cerita menarik cuma Kak Mah nak berkongsi gambar-gambar kenangan sewaktu Kak Mah melawat perkampungan orang asli di kaki banjaran titiwangsa dalam misi dakwah Kak Mah dan team dakwah PERKIM Lipis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang. Dan di naungi oleh Yang Berhormat ADUN Jelai, Dato Sri Wan Rosdi Wan Ismail

Sikit info tentang kampung yg Kak Mahlawati ini.
Nama Kampung     :     Kg Titom
Daerah                    :     Lipis
Lokasi                    :     Dikaki banjaran titiwangsa
Perhubungan          :     4 wheel drive, motorsikal, melalui jalan kemajuan Kampung, jalan balak
Jauh perjalanan      :     Tiada ukuran lagi, cuma masa perjalanan selama lebih kurang 6 jam dari Lipis
Kemudahan disediakan oleh kerajaan  :   Sekolah rendah, klinik kesihatan, air bukit, 

Lihat Gambar :











Kak Mah tak dapat ambil gambar program yg dijalankan, kebetulan HP kak mah tak ada bateri, ini je yg sempat kakmah ambil.


Semuga jumpa lagi wassallam.

Monday 11 September 2017

Nantikan

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, jumpa lagi kita di arena blogging, chewah, blogging. Apa-apa pun Kak Mah doakan semuga rakan2 semua sejahtera selalu.

Hari ini Kak Mah nak bagi bagi tau sikit, setelah sekian lama, hampir sepuluh tahun blog ini ditubuhkan tak banyak yang Kak Mah lakukan untuk menghidupkan Blog ini. Hari ini Kak Mah terfikir untuk berkongsi sesuatu dengan rakan2 blogger dan pengunjung2 blog Kak Mah ini, demi memanjangkan persahabatan kita semua.

Cuma 29 hari saja, satu tajuk baru akan Kak Mah ujudkan untuk mewakili catatan Kak Mah didalam blog ini. cuma 29 hari saja lagi, nantikanlah ye...

Sampai sini dululah coretan kali ini. Sampai jumpa lagi, salam manis ku.

Wassalam.

Monday 21 August 2017

Sallam Bulan Merdeka

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hampir sebulan kak mah tak online dengan laptop ni, rosak, hampir sebulan juga kak mah tak update, tak jenguk blog. Hari ini semua dah ok. Alhamdulillah.

Sempena bulan merdeka ini kak mah nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kita kepada semua rakan-rakan blogger, peminat-peminat yang sudi singgah di blog kak mah ini, dan sesiapa saja yang baca posting ini.

Semuga Malaysia kita terus aman, terus cemerlang, dalam lindungan Allah, dan semuga agama Islam terus menjadi anutan majoriti rakyat Malaysia kita, Aamiin.

Apa khabar semua rakan-rakan blogger, maaf kak mah jarang sekali dapat singgah di blog rakan-raan semua, apa lagi untuk meninggalkan secebis komen tanda singgah, almaklum, kakmah ni walau tak sesibuk mana, tapi problem dengan internet buat kak mah tak boleh nak online. Ini pun online di rumah anak kak mah di Bentong. Alhamdulillah dapat juga melepaskan rindu kepada blog kesayangan kak mah ini, sambil-sambil menziarahi blog kawan-kawan yang telah sekian lama tak ziarah. Agaknya kawan-kawan pun dah melupakan kak mah ni, hemm..

Setakat ini dulu buat kali ini,

semuga berjumpa lagi dilain kali,

Wassalam.

Sunday 16 July 2017

Trip To Sibu, Sarikei dan Kuching

Assalamaualaikum, Sallam Syawal buat rakan-rakan Blogger, dan peminat Lipislady
Alhamdulillah setelah beberapa minggu tak dapat online, hari ini Kak Mah dapat juga melepak di Cyber Kafe kepunyaan seorang kawan, kebetulan seorang kawan juga ajak teman dia menaip. Kak Mah pun ambillah kesempatan untuk update blog yang dah lama tak berjenguk.
Kali ini Kak Mah nak kongsi pengalaman trip Kak Mah ke Sarawak pula.Pada 21-6-17, tepat jam 6.30 Kapalterbang Air Asia yang kak Mah tumpangi selamat mendarat di Sibu. Hampir sepuluh tahun Kak Mah tak menjejakkan kaki ke tanah Awang dan Dayang ini.Menitik air mata Kak Mah mengenang peristiwa 40 tahun yang lalu. Dimana dengan rela hati dan tanpa takut apa-apa Kak Mah membimbing tangan seorang lelaki yang baru beberapa jam Kak Mah kenali dengan satu tujuan, untuk mendirikan masjid. Alhamdulillah malam itu juga Kak Mah menjadi isterinya yang sah. Itulah dibumi Sarawak.

Ni depan Centeral Market Sibu

Hari ini 21-6-17 Kak Mah kembali kesini, setelah sepuluh tahun ikatan perkahwinan itu terlerai, untuk mengutip kembali kenangan yang silam. Tanpa rasa segan silu, Kak Mah, bekas suami dan isterinya, serta anak-anak dan cucu-cucu kami mengadakan rombongan dan kunjungan ziarah saudara mara yang masih ada, tujuan kami untuk berhari raya bersama-sama mereka.

Sambutan berbuka puasa,atau sungkei pertama kami dibumi Sarawak, walaupun kami dah berbuka diairport
Dalam mangkok merah ni adalah umei, ikan mentah yang hanya diperap dengan asam, sama ada buah kelubi atau limau nipis, bawang dan bawang putih, tanpa dimasak. Ikan ini hanya akan masak dengan asam yang digaul. Inilah yang dirindui oleh kami semua.Akhirnya kami berbuka puasa dengan ini. 




Hari kedua kami berbuka sambil berkelah di pinggir sungai Rajang, sambil menikmati keindahan pemandangan matahari terbenam. Sayulah pulak rasa hati melihat langit yang berwarna jingga dan remang petang yang sungguh mendamaikan jiwa.
Pasar Besar Sibu.

Setelah dua malam di Sibu kami berangkat ke Sarikei, tempat tujuan kamu sebenar. Oh ya di Sibu kami menumpang dirumah anak kepada besan Kak Mah.Tidur beramai-ramai, jauh dari selesa, tapi kami seronok, anak cucu kami pun seronok.


Di Sarikei Kak Mah leka dan seronok menengok orang membuat roti kompia, Kak Mah dulu panggil roti pusat.Roti yang asalnya memang dari Sarikei ini, kalau dijumpai di lain-lain tempat tidak begitu asli.

Inilah cara membakarnya, seperti membakae roti nan. 

Kami di Sarikei sampa hari raya. Tempat tinggal pula disponsor oleh Tuan Residen Bahagian Sarikei. Apa lagi enjoylah kami anak beranak.

Rest House tempat kami tinggal selama beberapa hari sehingga kami bertolak ke Kuching pada Hari Raya yang kelima.

Tidak sah kalau ke Sarawak tidak menjamah kek lapis kan dan semestinya bawa pulang sedikit sebagaaaai ole-ole untuk sanak saudara dan kawan-kawan. Tapi di Sarikei ini bukanlah tempat untuk membeli kek lapis kerana harganya agak mahal kerana tiada kilang kak lapis di sarikei. Kalau nak kek lapis kita ke Kuching. Tapi di Sarikei pun tidak sah berhari aya kalau tiada hidangan kek lapis.

Sarikei ni bandar nenas. Nenas besar tumbuh dia mana-mana sahaja di Sarikei ini. Masa Kak Mah menetap di Sarikei dulu cuma ada satu sahaja nenas besar, tapi sekarang ni dah banyak. Juga tidak sah kalau ke Sarikei tidak bergambar di hadapaaaan pokok nenas. Nak tau apa lagi yang istimewanya di sarikei ini.Boleh tengok kat menu dibawah ini. Tempat kita dapat tak harga macam ini.



Gembira sungguh cucu-cucu Kak Mah ni. Dihadapan gerai atuk saudara mereka. Ini Kami dah dalam perjalanan nak balik ke Kuching. Singgah makan-makan di gerai ini.

Inilah keluarga besar mereka, Kak Mah cuma mampu jadi juruphoto sahaja memandangkan Kak Mah bukan lagi ahli keluarga mereka. Rasa macam kecik hatilah pula. Apa kan daya itulah yang dinamakan takdir.

Ini cerita di Kuching pula. Memandangkan pekan ini hampir dengan sempadan Kalimantan, Pekan Duyoh namanya, maka segala rempah ratus seperti ini yang dibawa masuk dari Kalimantan boleh dikatakan sangat murah harganya. Dalam perjalanan dari Serikin, pekan yang sebahagiannya Sarawak dan sebahagiannya Kalimantan, pusat dan syurga membeli belah bagi pelancung dan orang tempatan juga. Ini merupakan hari terakhir kami di Sarawak. Kunjungan kesini adalah wajib untuk membelu belah walaupun hari raya dah berlalu.

Lagi Kek Lapis, hidangan hari raya. Dimana-mana kami berkunjung kerumah saudara mara, kek lapis merupakan menu utama mereka.

Tidak sah kalau sampai di Kuching tidak bergambar di tugu kuching ini. Dan tidak sah juga kalau tidak berkunjung ke Muzium Kuching.

Ini kembali semula ke Sibu, Low King Hwoe Hospital, hospital umum pertama di Sibu. Sekarang ini telah menjadi memorial muzium. Sayang masa tak mengizinkan kami masuk untuk melawat kedalamnya. Dikatakan susun atur katil dan semua peralatannya masih tetap seperti dul lagi sewaktu hospital ini masih digunakan.Hospital ini diasaskan oleh mendiang Low KIng Hweo yang telah mendermakan kesemua kekayaannya demi membina hospital ini.

Di Sarawqak juga tidak sah kalau tak makan mee kolok. Hanya mee kolok Sarawak sahaja yang asli dari segi rasanya. Ini kami makan di Kuching. Pengalamannya, kami difaamkan kalau tak mau berbaris mestilah datang pukul 6.30 pagi. Tapi pagi tu kami terlewak sikit, untuk dapat duduk sahaja kami terpaksa berbaris dan menunggu selama setengah jam, dan untuk mendapat order dalam 15 minit, dan menunggu makanan dihidangkan selama 45 minit. Bayangkan.

Muzium Sarawak juga adalah tariken, walaupun Kak Mah dah beberapa kali berkunjung ke muzium ini, namun kak Mah masih excited nak berkunjng lagi. Tapi tak boleh ambil gambar didalamnya. Bukan tidak dibenarkan tapi phone Kak Mah memori full, haha....

Di pusat jagaan orang hutan inilah yang dapat Kak Mah rakamkan. Orang utan ini walaupun hdup liar tetapi jinak. 

Pengangkutan air masih tetap popular di Sibu, dan seluruh Sarawak.


Pengasas taman buaya Kuching. Ini satu lagi tarikan di Kuching. Kalau berkunjung ke Kuching kita tidak akan ingin ketinggalan untuk mengunjungi taman buaya ini. Melihat berpuluh-puluh ekor buaya dalam jarak dekat dan melihat buaya melompat menerkam makanan yang bergayut, yang diberikan ole pengasuhnya memang jadi idaman kanak-kanak.

Disinilah kami makan mee kolok, lihat saja orang yang berbaris untuk makan, tidak pernah kosong hingga kedai ditutup.

Selingan, hiburan.

Surat beranak orang utan.

Bergambar dengan buaya batu.

Berarak menuju tempat memberi makan orang utan yang dilepaskan bebas tetapi jinak.

Semuga berjumpa lagi dilain kali

Sallam Aidil Fitri buat semua sahabat Blogger dan peminat blog Kak Mah.

Wassalam.


Friday 16 June 2017

Program IHYA RAMADHAN.

Assalamualaikum,

Selamat berpuasa rakan-rakan blogger semua.

Kak Mah bulan puasa ni sibuk sikit. Banyak program yang dijalankan oleh
persatuan-persatuan yang Kak Mah anggotai. Ada yang Kak Mah dapat sertai,
ada yang tidak.



Ni salah satu program yg Kak Mah dapat sertai. Majlis Ihya Ramadhan 
KOA Daerah Lipis. Senang cerita majlis berbuka bersama penduduk Islam
Orang Asli Daerah Lipis. Yang Kak Mah Hadir ini KOA Sungai padi
berlangsung pada minggu lepas. Hari jumaat 9-6-19.

Semalam berlangsung satu majlis lagi di Kg. Temetong. Tapi Kak Mah
tak dapat hadir. Majlis ini dengan kerjasama Pejabat Agama Islam K. Lipis
Perkim Daerah Lipis, Wanita Perkim Daerah Lipis. Alhamdulillah,
Tuan Kadi Daerah Lipis, Tuan Hj. Abu Bakar b, Ismail, 
selaku Pengerusi Perkim Daerah sentiasa turun padang,
turut serta menjayakan program ini.


Diantara aktivti yang dijalankan bersama penduduk orang asli, memasak dan 
menyediakan juadah berbuka bersama-sama. Solat jemaah bersama-sama,
dan menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada setiap ketua 
keluarga Islam dan sumbangan pakaian terpakai.



Majlis ini merupakan majlis tahunan untuk saudara baru orang asli ini
setiap datangnya bulan Ramadhan.


Mereka ni mualaf yang perlukan bimbingan kami,
sebab itulah Kak Mah rasa terpanggil untuk turut
serta setiap aktiviti bersama mereka.
Wallahhualam.

Sekian
Wassakam.

Saturday 27 May 2017

Trip Ke Pekan.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sempena bulan Ramadhan ini anak
Kak Mah ada seminar pulak di Kuantan. Kak Mah pun 
ikutlah sekali untuk mengunjungi anak dan
cucu kak Mah yang menetap di Kuantan.


Bergambar di istana King.

Tak sah kalau pergi ke Kuantan tidak disulam dengan
 trip-trip yang menarik.
Trip kali ini ke Pekan, nak lawat Muzium di Raja Pekan.


Ni lah gambar Muzium di Raja Pekan. 
Ambil dari jauh aja. Walaupun masuk
 kedalam, tapitak adalah kami mengambil 
gambar banyak sangat.


Cuma ini aja yg sempat Kak Mah ambil
, pintu bersurat, Huruf ini diukir diatas
 pintu tersebut. Ini merupakan syair.

Selepas Muzium kami singgah ke Pulau Keladi. 
Kak Mah teringinnak menziarahi rumah
 tempat kelahiran mantan Perdana Menteri
Malaysia, Tun Razak. Alhamdulillah
, terhasil juga.


Rumah tersebut terletak di Kompleks Kebudayaan 
Pulau Keladi,disitu juga terletaknya pusat
 menenun kain tenunan Pahangyang terkenal.
 Masa kak Mah datang tiada kain yang dah siap
ditenun kerana semuanya telah di bungkus untuk
 di bawa ke Kuala Lumpur untuk pameran di sana.
 Jadi tak dapatlahkak Mah nak tunjukkan
 gambar kain yg telah siap di tenun
disini.


Ini rumah zaman dahulu yang di bena tanpa menggunakan 
walau sebatang paku pun, Pembinaannya hanya menggunakan 
pasak yang juga diperbuat menggunakan kayu. Masih utuh lagi 
sehingga kini walaupun telah berusia berpuluh tahun.

Alhamdulillah, tidak banyak gambar yang diambil,
cukuplah sekadar ini saja. Kalau sampai ke Pekan
 jangan lupa ziarah kesini untuk lihat sendiri keunikan 
sejarah Pahang melalui muziumnya dan kompleks
budaya ini.

Sekian Wassalam.

Monday 22 May 2017

Azam Tani

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,

Hari ini entry Kak Mah gambar aja. 
Biarkan gambar berbicara.

Ini Program empat hari lepas, Jumaat 19-5-17.

Penyampaian barangan untuk peserta Azam Tani
Kak Mah salah seorang pesertanya. Alhamdulillah
Disamping penyampaian ada juga dibuat kursus.


Kat bawah ni kursus membuat Ais Krim.
Kalau nak makan ais krim buat aja sendiri, 
Bersih, selamat dan halal.
tak payah lagi beli dikedai, 


 Kat bawah ni pulak penyerahan sijil oleh YB Ahli Parlimen Lipis


Ni yang Kak Mah dapat. Projek Pemasaran dan perniagaan,
sebenarnya kak mah buat projek frozen food, kek dan biskut
dan jahitan pakaian wanita dan hiasan rumah, Alhamdulillah.

 Untuk bahagian pertanian ada juga dibuat taklimat dan kursus membuat 
plant booster atau baja organik sendiri. Inn Shaa Allah Kak Mah akan
cuba buat baja sendiri untuk kebun dalam pasu Kak Mah
lepas ni.

 Belajar masak pun ada. Ini buat lasagna roti.
Waw, sedap dan jimat cara membuatnya.

 Dah masak Lasagna Roti,
Makan jangan tak makan. Jamah aja tukang merasanya ramai.

 Ni mesen jahit dan mesen jahit tepi yang Kak Mah dapat terlebih
dahulu pada 12-4-17 yang. Hasilnya dah siap beberapa
pasang baju kurung. Alhamdulillah.

Akhir sekali terima kasih kepada semua yang terlibat
mengusahakan sehingga kak Mah berjaya mendapat
semua ini secara percuma sahaja.

Bermula dengan JKM Lipis, En Aswad.
Pejabat Daerah Lipis En Hafizuddin,
Kedua-dua pegawai ni sanggup datang kerumah
semasa kak Mah terlantar, hilang punca dan tidak sihat.

Pejabat Pertanian Lipis Mr. Pang
dan Puan Siti, yang berusaha dan banyak membantu.
Pejabat Pertanian Negeri juga.

Alhamdulillah, terharu Kak Mah.

Jumpa Lagi
Wassalam.