Assalamaualaikum, Sallam Syawal buat rakan-rakan Blogger, dan peminat Lipislady
Alhamdulillah setelah beberapa minggu tak dapat online, hari ini Kak Mah dapat juga melepak di Cyber Kafe kepunyaan seorang kawan, kebetulan seorang kawan juga ajak teman dia menaip. Kak Mah pun ambillah kesempatan untuk update blog yang dah lama tak berjenguk.
Kali ini Kak Mah nak kongsi pengalaman trip Kak Mah ke Sarawak pula.Pada 21-6-17, tepat jam 6.30 Kapalterbang Air Asia yang kak Mah tumpangi selamat mendarat di Sibu. Hampir sepuluh tahun Kak Mah tak menjejakkan kaki ke tanah Awang dan Dayang ini.Menitik air mata Kak Mah mengenang peristiwa 40 tahun yang lalu. Dimana dengan rela hati dan tanpa takut apa-apa Kak Mah membimbing tangan seorang lelaki yang baru beberapa jam Kak Mah kenali dengan satu tujuan, untuk mendirikan masjid. Alhamdulillah malam itu juga Kak Mah menjadi isterinya yang sah. Itulah dibumi Sarawak.
Ni depan Centeral Market Sibu
Hari ini 21-6-17 Kak Mah kembali kesini, setelah sepuluh tahun ikatan perkahwinan itu terlerai, untuk mengutip kembali kenangan yang silam. Tanpa rasa segan silu, Kak Mah, bekas suami dan isterinya, serta anak-anak dan cucu-cucu kami mengadakan rombongan dan kunjungan ziarah saudara mara yang masih ada, tujuan kami untuk berhari raya bersama-sama mereka.
Sambutan berbuka puasa,atau sungkei pertama kami dibumi Sarawak, walaupun kami dah berbuka diairport
Dalam mangkok merah ni adalah umei, ikan mentah yang hanya diperap dengan asam, sama ada buah kelubi atau limau nipis, bawang dan bawang putih, tanpa dimasak. Ikan ini hanya akan masak dengan asam yang digaul. Inilah yang dirindui oleh kami semua.Akhirnya kami berbuka puasa dengan ini.
Hari kedua kami berbuka sambil berkelah di pinggir sungai Rajang, sambil menikmati keindahan pemandangan matahari terbenam. Sayulah pulak rasa hati melihat langit yang berwarna jingga dan remang petang yang sungguh mendamaikan jiwa.
Pasar Besar Sibu.
Setelah dua malam di Sibu kami berangkat ke Sarikei, tempat tujuan kamu sebenar. Oh ya di Sibu kami menumpang dirumah anak kepada besan Kak Mah.Tidur beramai-ramai, jauh dari selesa, tapi kami seronok, anak cucu kami pun seronok.
Di Sarikei Kak Mah leka dan seronok menengok orang membuat roti kompia, Kak Mah dulu panggil roti pusat.Roti yang asalnya memang dari Sarikei ini, kalau dijumpai di lain-lain tempat tidak begitu asli.
Inilah cara membakarnya, seperti membakae roti nan.
Kami di Sarikei sampa hari raya. Tempat tinggal pula disponsor oleh Tuan Residen Bahagian Sarikei. Apa lagi enjoylah kami anak beranak.
Rest House tempat kami tinggal selama beberapa hari sehingga kami bertolak ke Kuching pada Hari Raya yang kelima.
Tidak sah kalau ke Sarawak tidak menjamah kek lapis kan dan semestinya bawa pulang sedikit sebagaaaai ole-ole untuk sanak saudara dan kawan-kawan. Tapi di Sarikei ini bukanlah tempat untuk membeli kek lapis kerana harganya agak mahal kerana tiada kilang kak lapis di sarikei. Kalau nak kek lapis kita ke Kuching. Tapi di Sarikei pun tidak sah berhari aya kalau tiada hidangan kek lapis.
Sarikei ni bandar nenas. Nenas besar tumbuh dia mana-mana sahaja di Sarikei ini. Masa Kak Mah menetap di Sarikei dulu cuma ada satu sahaja nenas besar, tapi sekarang ni dah banyak. Juga tidak sah kalau ke Sarikei tidak bergambar di hadapaaaan pokok nenas. Nak tau apa lagi yang istimewanya di sarikei ini.Boleh tengok kat menu dibawah ini. Tempat kita dapat tak harga macam ini.
Gembira sungguh cucu-cucu Kak Mah ni. Dihadapan gerai atuk saudara mereka. Ini Kami dah dalam perjalanan nak balik ke Kuching. Singgah makan-makan di gerai ini.
Inilah keluarga besar mereka, Kak Mah cuma mampu jadi juruphoto sahaja memandangkan Kak Mah bukan lagi ahli keluarga mereka. Rasa macam kecik hatilah pula. Apa kan daya itulah yang dinamakan takdir.
Ini cerita di Kuching pula. Memandangkan pekan ini hampir dengan sempadan Kalimantan, Pekan Duyoh namanya, maka segala rempah ratus seperti ini yang dibawa masuk dari Kalimantan boleh dikatakan sangat murah harganya. Dalam perjalanan dari Serikin, pekan yang sebahagiannya Sarawak dan sebahagiannya Kalimantan, pusat dan syurga membeli belah bagi pelancung dan orang tempatan juga. Ini merupakan hari terakhir kami di Sarawak. Kunjungan kesini adalah wajib untuk membelu belah walaupun hari raya dah berlalu.
Lagi Kek Lapis, hidangan hari raya. Dimana-mana kami berkunjung kerumah saudara mara, kek lapis merupakan menu utama mereka.
Tidak sah kalau sampai di Kuching tidak bergambar di tugu kuching ini. Dan tidak sah juga kalau tidak berkunjung ke Muzium Kuching.
Ini kembali semula ke Sibu, Low King Hwoe Hospital, hospital umum pertama di Sibu. Sekarang ini telah menjadi memorial muzium. Sayang masa tak mengizinkan kami masuk untuk melawat kedalamnya. Dikatakan susun atur katil dan semua peralatannya masih tetap seperti dul lagi sewaktu hospital ini masih digunakan.Hospital ini diasaskan oleh mendiang Low KIng Hweo yang telah mendermakan kesemua kekayaannya demi membina hospital ini.
Di Sarawqak juga tidak sah kalau tak makan mee kolok. Hanya mee kolok Sarawak sahaja yang asli dari segi rasanya. Ini kami makan di Kuching. Pengalamannya, kami difaamkan kalau tak mau berbaris mestilah datang pukul 6.30 pagi. Tapi pagi tu kami terlewak sikit, untuk dapat duduk sahaja kami terpaksa berbaris dan menunggu selama setengah jam, dan untuk mendapat order dalam 15 minit, dan menunggu makanan dihidangkan selama 45 minit. Bayangkan.
Muzium Sarawak juga adalah tariken, walaupun Kak Mah dah beberapa kali berkunjung ke muzium ini, namun kak Mah masih excited nak berkunjng lagi. Tapi tak boleh ambil gambar didalamnya. Bukan tidak dibenarkan tapi phone Kak Mah memori full, haha....
Di pusat jagaan orang hutan inilah yang dapat Kak Mah rakamkan. Orang utan ini walaupun hdup liar tetapi jinak.
Pengangkutan air masih tetap popular di Sibu, dan seluruh Sarawak.
Pengasas taman buaya Kuching. Ini satu lagi tarikan di Kuching. Kalau berkunjung ke Kuching kita tidak akan ingin ketinggalan untuk mengunjungi taman buaya ini. Melihat berpuluh-puluh ekor buaya dalam jarak dekat dan melihat buaya melompat menerkam makanan yang bergayut, yang diberikan ole pengasuhnya memang jadi idaman kanak-kanak.
Disinilah kami makan mee kolok, lihat saja orang yang berbaris untuk makan, tidak pernah kosong hingga kedai ditutup.
Selingan, hiburan.
Surat beranak orang utan.
Bergambar dengan buaya batu.
Berarak menuju tempat memberi makan orang utan yang dilepaskan bebas tetapi jinak.
Semuga berjumpa lagi dilain kali
Sallam Aidil Fitri buat semua sahabat Blogger dan peminat blog Kak Mah.
Wassalam.
bestnya kak mah ada di Sarawak rupanya time raya baru ni..
ReplyDeletekebetulan cekwa balik semenanjung xdpt lah jumpa kak mah..
nampak happy kak mah di bumi Sarawak ye...
Sallam CekWa, Sarawak di mana, nanti boleh runut..hehe
ReplyDeleteassalamualaikum kak mah. boleh dapatkan contact number rest house dekat sarikei tu? terima kasih kak mah.
ReplyDeleteoff white
ReplyDeletegolden goose outlet
off white
kobe byrant shoes
bape hoodie