Saturday 24 April 2021

Gulai Lemak Batang Lambuk Rampai Ikan Sardin

Assalamualaikum,

Semua rakan-rakan Blogger, pengunjung setia Blog Kak Mah. Selamat Berpuasa, semuga ibadah kita diterima Allah. Hari ini diam tak diam dua belas hari kita berpuasa yer. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, hari ini Kak Mah nak share masakan yang Kak Mah masak untuk berbuka puasa beberapa hari yang lalu. Masakan simple aja, tapi sedap.


Iya, inilah dia gulai yang Kak Mah nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua. Gulai Lemak Batang Lambuk.Kepada sahabat yang tak kenal batang lambuk, batang lambuk ni sama je macam batang keladi. Tapi batang lambuk ni tidak gatal langsung dan boleh di makan mentah, atau buat ulam.

Tapi kalau tak jumpa batang lambuk, boleh juga di gunakan batang keladi yang orang buat gulai masam tempoyak tu. Keladi pinang, gitulah namanya.



Ini dia batang lambk yang dah Kak Mah buang kulit nya dan potong menyerong. Sebatang aja ni.


Sediakan garam dua sudu makan, untuk meramas batang lambuk ini. Kalau batang keladi cara ini boleh menghilangkan gatalnya batang keladi itu.


Ramas dengan garam tadi seperti ini, sehingga keluar airnya. Lepas tu boleh basuh bersih-bersih.


Ini Bahan yang perlu di tumbuk, dua ulas bawang merah kecil, satu inci kunyit dan sepuluh ulas cili padi. Kalau suka pedas boleh tambah cili. Kak Mah tak makan pedas.


Kalau suka boleh tambah satu kuntum bunga kantan dan daun kesom.


Ok, bila dah siap tumbuk bahan-bahan tadi bolehlah masukkan santan secukupnya dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan batang lambuk tadi dan masak hingga mendidih baru masukkan ikan sardin.
Masukan juga bunga kantan dan daun kesom dan jangan lupa masukkan garam juga secukupnya. Dan masaklah hingga betul-betul masak.


Alhamdulillah, dah masak lah ni, Gulai Lemak Batang Lambuk rampai dengan Ikan Sardin.
Selamat mencuba kalau teringin.

Hingga Kita jumpa Lagi.

Wassalam.

 

Thursday 15 April 2021

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak.

 

Assalamualaikum,
Semua rakan-rakan Blogger, rakan rakan yang sudi melawat blo Kak Mah ini,semuga hari ini lebih baik dari semalam. Alhamdulillah Kak Mah keudara lagi hari ini.


Alhamdulillah, hari ini Khamis 15 April 2021. Bersamaan 3 Ramadhan.Hari ini dah 3 hari kita berpuasa yer. Tak sedar aja masa berlalu terlalupantas. Sebelum Ramadhan haritu sempat juga Kak Mah menziarahseorang berdua Ibu Tunggal yang sakit sambil menyampaikan sedikit sumbangan yang di berikan oleh anaknda Kak Mah. Alhamdulillah, munkin dapat meringan sedikit beban mereka.


NI sahabat Kak Mah yang bertanggung jawab memperkenalkan kepada Kak Mah siapa yang sepatutnya Kak Mah ziarah. Alhamdulillah Kak Mah gembira sangat dapat bertemu mereka yang sebenarnya adalah Ahli Pertubuhan Ibu Tunggal yang Kak Mah kendalikan.


Tak ketinggalan juga Kak Mah dapat melawat sepupu Kak Mah yang sudah empat bulan terlantar akibat kemalangan yang dihadapinya. Alhamdulillah nampak ceria dah sikit sepupu Kak Mah ni walaupun masih belum dapat berjalan akibat keretakan pada tulang belakangnya. Makan pun belum begitu berselera. Akak Mah berdia semuga sepupu Kak Mah ini cepat sembuh dan pulih seperti sediakala dari sakitnya ini. Supaya beliau dapat menjalankan semula tanggungjawab beliau sebagai seorang suami dan ayah kepada 4 orang anak-anak nya.


Dihari yang sama juga Kak Mah pergi menziarah warga emas ahli persatuan  Kak Mah yang dah berusia 84 tahun.Alhamdulillah dia keluhatan sihat lagi walaupun dah berusia hampir satu abad. Apa rahsianya yer, nak juga Kak Mah tahu rahsia kesihatannya. Walaupun dah berusia 84 tahun, ahli Pertubuhan Ibu Tunggal Kak Mah ini masih cergas lagi dan masih boleh berkebun lagi.


Bulan Januari dulu seluruh kawasan Kak Mah ni dilanda banjir besar. Sahabat dan ahli persatuan Kak Mah ini belum ada sesiapa yang menziarahinya atau menyumbangkan sedikit bantuan banjir, terlepas pandang kut sebab duduk terlalu jauh dipendalaman. Alhamdulillah Kak Mah berjaya juga menziarahinya untuk menyampaikan sumbangan sebagai tanda ingatan kepadanya. Alhamdulillah.


Dan sebelum berpuasa juga Kak Mah di undang untuk menghadiri sedikit majlis penyampaian sumbangan juga untuk Ibu-ibu Tunggal dan asnaf-asnaf yang di kelolakan oleh YB Dato' Mustafa Long, ADUN Padang Tengku. Sumbangan di sedekahkan oleh Pertubuhan Angkatan Muhibah Bersatu Malaysia. Alhamdulillah, ramai juga yag di undang.

Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan-rakan blogger dan pengunjung setia
Blog Lipislady ini.

Semuga berjumpa lagi

Waasallam.


Friday 2 April 2021

Kek Pisang Simple


Assalamualaikum

Alhamdulillah jumpa lagi kita di arena blogging ini
Munkin ada yang dah tak ingat Kak Mah.
Maklumkal kan, Kak Mah ni selalu sangat,
Sekejap ada, lama tak ada, hehe.
Maafkan Kak Mah yer kawan-kawan.


Alhamdulillah Kak Mah buat Kkek Pisang. Sedapnya.
Rasa teringin nak share dengan kawan-kawan pulak
Kat bawah Kak Mah ada bagi Resipi yer.
Boleh cuba kalau sudi.


Tengoklah bahan-bahannya tu. Itu saja, simple aja.


Dah masak, Alhamdulillah sedapnya. Juicy dan soft.

Resipinya yer kawan-kawan.

1. 8 biji pisang emas yang sederhana besar
2. Setengah cawan minyak masak. Minyak sawit je.
3. 1 sudu teh soda bicarbonate
4. 3 biji telor A ( Basuh dan bersihkan
5.. 3/4 cawan gula ( Kurang manis)
6. 1 sudu teh esen vanilla
7. 1 1/2 cawan tepung gandum (Ayak)

Cara-Caranya. Panaskan oven dulu 175 celcius, lumur loyang dengan majrin.

1. Kupas pisang dan potong kecil.
2. Masukkan pisang dalam blender, minyak masak dan soda bicarbonate, blend dan ketepikan.
3. Pukul Telor dan gula sampai sebati dan gebu.
4. Masukkan esen vanilla dan pisang yang dah di blend tadi.
5. Tuang adunan dalam mangkuk lain, masukkan tepung yang dah di ayak
     sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan sebati.
6. Tuang dalan acuan yang dah dilumur dengan majrin.
7. Bakar dalam oven 175 celcius selama 40 minit.
8. Bila masak disejukkan baru dikeluarkan dari loyang dan potong.
9. Sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba.
Jumpa Lagi
Wassalam.