Wednesday, 26 October 2011

Projek Sulung Dah Siap

Assalamualaikum,

Selamat bercuti. Selamat berehat bersama keluarga. Semuga dikesempatan cuti ini, terlanjur anak2 pun bercuti dapatlah kita mengeratkan silaturahim bersama keluarga. Dapat rehat dan makan2 bersama, dapat keluar jalan2 bersama-sama, mana yang nak keluar jalan2 tu. Mana yang hanya dok rumah tu, dapat pula berkumpul dan bermesra.

Saya pula sejak pagi tadi hingga sekarang masih taksub dengan projek mengait saya. Alhamdulillah, kini dah siap sepenuhnya. Lihatlah hasilnya seperti dalam gambar dibawah ini.


Ini bunga lalang kut, tak pasti namamya, saya anyam menggunakan benang bulu juga. Cantik buat jambangan hiasan.

Ini alas menja yang berukuran 50 cm X 120 cm, panjang juga,
dah siap sepenuhnya. Dah bentang atas meja.



Ini sarung kusyen, yang pertama, ada 3 sepatutnya yang perlu disiapkan.
Paten berlainan. Insya Allah kalau dah siap akan di pamirkan
di sini esok2.

Memang puas hati bila tengok hasil kerja kita sendiri, dan siap sepenuhnya.
Hilang rasa penat lelah mengejar masa, kerana terlalu banyak kerja yang perlu
dilakukan dalan sesuatu masa.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

12 comments:

  1. Rajin nyaaaaa mengait...cantik..

    ReplyDelete
  2. Amboi amboi.. kreatif sekali.. hasilnya bagus.. cerialah rumah sempena raya haji nanti..

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Ni tahap gian dah jadinyer...

    gamok koi, tidopun ingat ke menjahit je tak?...hehehe

    Bagus le kalo ade hobi gitu, wat banyok2 pastu iklan dalam blog....terima tempahan...leh buat duit tu...

    ReplyDelete
  4. Sallam Dr. Daddy Ziyyad,

    Dah ketagih dah...

    ReplyDelete
  5. Sallam Che Mid,

    Baru2 nak mencuba tu,
    baru siap dua. InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. Sallam Cikgu Jang,

    Betul sangat kata cikgu Jang tu,
    ketagih mengaik pulak dah saya,
    bagus juga kalau ada orang nak tempah,
    tapi tunggu buatan saya kemas sikit baru buka untuk tempahan.

    ReplyDelete
  7. Cantikkkk nyer!!! Rasa-rasanya sy sorg je pompuan yg tak pandai mengait.. keras tangan bole la.. dari kecik mak dah ajar mengait.. tak pandai2 jugak.. sebab Mak guna tangan kanan.. saya ni kidal..tu yg tak leh tu (ALASAN!!!)

    ReplyDelete
  8. cantik pulok bunga lalang ter, besa dulu-dulu mok ngait buat topi baby je

    ReplyDelete
  9. wah, canteknya.... saya dah lama berenti mengait, kalau dah mula memang ralit jadinya selagi kita tak tengok hasilnya kan

    ReplyDelete
  10. Sallam Wifenavy,

    Memang susah kalau kodal ni, sebab perjalanannya nampak macam menyongsang.kalau yang mengajarnya tu kidal juga mudah sikit.

    ReplyDelete
  11. Sallam Cemomoi,

    Tu yang saya suka sangat buat tu, suka tengok barang yang berwarna warni.

    ReplyDelete
  12. Bawok2 nege ni tentu laku....

    ReplyDelete