Wednesday, 12 October 2011

Virus Kukacha

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pagi saya bersiaran hari ni. Hari ni tak ada hari Rabu yang bisu buat saya sebab saya memang tak bisu dan boleh bercakap, hehehe. Apa khabar kawan2 semua, semuga sejahtera selalu hendaknya dan ceria2 aja pagi ni. Hari ni saya nak cerita pasal virus komputer yang selalu mengacau dan menggodam tak kira siapa.

Ada sesapa pernah dengar, tahu dan kena kacau dengan virus ni tak? Saya rasa komputer saya ni telah dikacau atau digodam oleh virus inilah. Semuanya jadi lambat dan lembab, tidak teratur.
Semalam saya ada memasukkan Pen Drive yang mengandungi segala macam program yang saya save semasa belajar kat pusat Empower. Semasa check kat sana tak ada apa-apa virus pun, semua clear, tapi semalam anti virus saya dah mengesan kehadiran virus yang bernama Kukacha ini.

Selepas daripada itu komputer saya terus jadi lembam dan lambat, kacau bilau dan semuanya tidak teratur. Pandai sungguh virus ni menyusup masuk dalam pen drive saya, sampai bila di periksa pun dia boleh menyembunyikan dirinya. Nasib baik ada anti virus yang block kemasukan virus ni, tapi takut juga kot2 dia belum aktif lagi, mana tau 2/3 hari nanti baru dia aktif. Mintak2 janganlah, tapi saya dah buat langkah berjaga-jaga juga dan dah buat backup fail2 yang mustahak.

Dengar ceritanya virus Kukacha ni sangat berbahaya dan sangat kuat mengacau. Kalau dah terkena satu komputer tu akan menjadi huru hara. Tak ada jalan boleh membaikinya selain dari memformat semula komputer tersebut. Harap semua berhati-hati dengan virus ini dan pastikan anti virus sentiasa update dan tidak expired.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam


8 comments:

  1. Ranto format ter yang tak sedaknye....

    ReplyDelete
  2. munna baru je format pc munna ni...katanya kena virus tapi tak tahulah virus apa kak..

    ReplyDelete
  3. Terimakasih berkongsi info dan berpesan-pesan. Takut juga bila ada virus menyerang. Saya selalu kena Malware jer, sampai blog saya ramai tak leh baca.

    Tapi virus yang serang Pc belum lagi la. Takut juga kalu kena.

    Saya rasa agak selamat sebab Apple Mac ada protection tersendiri. Harap2 kekal selamat.

    ReplyDelete
  4. salam..
    macam nama virus ni yak..
    bunyi macam tara kucha
    pun ada..harapan aok boleh
    la membuangnya

    ReplyDelete
  5. virus baru ke? macam2 virus skarang ni yg kita dengar


    kena format semula la tu, nak buat camna lagi

    ReplyDelete
  6. boleh hantar virus tu kat kome tak?
    berani sebab virus x kacau kome dah sebab guna OS Linux Ubuntu - bebas virus bawaan Windows
    cucuk la apa2 pun pendrive, relek je

    virus tara kuca kuca tu :)

    ReplyDelete
  7. salam kak,

    ati ni bab2 anti virus memang tak reti
    semua kena refer pd hubby ada kawan tru fone :)

    ReplyDelete