Assalamualaikum,
Sallam Pagi Jumaat, Penghulu segala hari. Semuga dimurahkan rezki kita pada hari ini, Dipermudahkan kita membuat amalan, dan di sejahterakan kehidupan kita.
Hehe, tengok tajuk kat atas tu mesti ada juga yang tertanya-tanya, apa ke bendanya daging selobe tu. Ni bahasa orang kampung keh. Daging selobe ni sebenarnya daging cincang yang banyak lemak tu. memang sedap kalau dibuat masak lemak kuning. Lembut dan lemak rasanya.
Nak masak daging cincang ni mesti cukup awasnya, kunyit mesti kunyit hidup, cili padi, bawang mesti banyak, bawang putih, serai, lengkuas, halia sikit saja, asam gelugur kalau ada daun gelugur hiris sehelai dua lagi sedap, biar terasa masamnya. Boleh juga bubuh jintan manis dan ketumbar sikit. Tapi saya tak suka. Santan pekat sikit dan masak atas dapur dengan api sederhana, sampai pecah minyak. Tu cara saya, sebab saya suka kuahnya pekat dan timbul minyak sikit, baru betul2 empuk selobenya.
Tengoklah selobenya ni dah empuk betul. Sedapnya, tak sabar nak makan, Tapi sedap pada saya belum tentu lagi sedap pada orang lain. Tak kisahlah tu. Lepas ni saya nak makan dah. Dah hampir pukul 12.00 tengahari. Jom makan...
Semuga jumpa lagi.
Wassalam.
aduhai kak..makan dgn nasi panas2 ni sedapnya kak...
ReplyDeleteAdehhh.. daging yang ada lemak ada orang sebut Daging Tetel, kan?
ReplyDeleteSelain masak lemak kuning tu, masak kari dgn rebung madu pun sedap, kan?
Adehhh lapar dah tengahari niiii...
Adey... sedak nye weeyy
ReplyDeleteSedak tu.. weii.. akak buat pedas lebih sikit ya, tambah cili sikit lagi!
ReplyDeletesaya baru dengar kak nama daging selobe tu...tapi saya kurang sikit makan daging ada lemak ni...nengok sedap pulak..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteperghh..koi nengok je
dah lapor nih..pandai aok
masak yak..?
orang Negori panggil daging cincang tu... memang sedap masak lemak cili api
ReplyDelete