Thursday, 20 October 2011

Terapi Medan Elektrik

Assalamualaikum,

Lama dah tak update blog, bukan apa, cuma keadaan masa dan kesihatan tidak berapa mengizinkan. Walaupun saya masih online, tapi sesekejap sahaja, tidak cukup masa untuk mencari bahan dan mengupdate blog. Bila badan tidak berapa sihat, otak pun tak berapa cergas. Cuma mampu jenguk beberapa blog kawan yang mana senang loading.

Seminggu badan berasa tak sihat, kepala sentiasa pening, mata sentiasa berpinar, perut terasa penuh, nafas mengah sehingga untuk naik tangga jejantas saya terpaksa berhenti beberapa kali baru sampai keatas. Apabila sampai diatas saya rasa seperti baru lepas berlari merentas desa sejauh 5 kilometer semasa bersekolah dulu. Cuma peluh tidak keluar. Rasa macam nak duduk berlunjur diatas jejantas merehatkan badan sebelum meneruskan perjalanan ke kelas. Inilah yang saya alami selama seminggu sebelum saya membuat pemereksaan tahap kesihatan sabtu lepas. Secara rambangnya inilah keputusan pemereksaan tersebut.

Tekanan Darah 219/109, gula dalam darah 12.2, kandungan asid dalam darah tinggi, kolestrol tinggi, angin dalam badan, pankreas, buah pinggang dan hati kurang berpungsi. Nampaknya saya terpaksa akur dengan tahap kesihatan yang semakin merosot ini.

Isnin lepas saya memulakan terapi medan elektrik di pusat terapi yang disediakan oleh alpha one walaupun pada mulanya saya kurang berminat untuk mencubanya. Atas nasihat kawan2 saya terpaksa akur lagi memandangkan ikhtiar adalah wajib.

Selepas terapi pertama kepala saya semakin pening, dan malam tu saya rasa bagaikan hendak demam. Melalui penerangan yang diberikan semasa terapi barulah saya tahu, terapi gegaran ini akan mengeluarkan sebanyak 60 gegaran setiap saat dan selama 20 minit berada diatas kerus terapi tersebut bersamaan kita berlari sejauh 1.5 kilometer. patutlah malam tu sayademam.

Sehingga hari ini keadaan kesihatan saya semakin pulih, cuma petang tadi saya merasa amat pening sehingga tak mampu untuk berjalan balik. Munkin ini adalah tindakbalas negatif terapi tersebut dalam proses membaik pulih kesihatan saya. InsyaAllah. Disamping tindak balas negatif saya ada juga mengalami tindak balas positif seperti badan menjadi semakin cergas, mengah dah berkurangan dan yang pentingnya kuat makan....harap2 saya akan terus sihat dengan terapi ini yang diberi secara percuma. Terima kasih alpha one yang memberi khidmat percuma untuk kami yang memerlukan.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

10 comments:

  1. saya pun cepat teringin juga nak mencuba .. tapi tak tahu kat mana sebab saya pun cepat letih.

    ReplyDelete
  2. Betul ke ni? betul2 percuma ke dia org promosi barangan? Apa2 pun asal hilang rasa letih tu dah kira cukup baik dah ..

    ReplyDelete
  3. dulu kat tempat saya pun ada diberikan khidmat percuma ni.. ramai yg pegi & ramai yg katakan ianya bagus. kalau tak silap.. selepas setahun lebih kurang mcm tu... alpha one akan berpindah dari satu tempat ke tempat yg lain. ini untuk memberi peluang kepada masyarakat di tempat yang lain pula menerima khidmat percuma mereka. jadi siapa2 yg rasa serasi dgn produk mereka bolehlah membeli produk mereka tu bila mereka dah berpindah ke daerah yg lain pula.. itulah cara dorang berniaga..

    sy doakan moga kesihatan lipislady semakin baik ye.. agak tinggi juga bacaan bp & gula dlm darah tu..

    ReplyDelete
  4. Sallam AIM,

    Alpha One tu nama sebuah company yang menjual dan mengendalikan pusat terapi percuma yang menggunakan mesen terapi medan elektrik statik BIOS9000, nak cuba datanglah Lipis, kat tempat lain ada juga, tapi tak pastidimana. Wangsa Maju kut, tu pusat terapi pertama mereka tubuhkan.

    ReplyDelete
  5. Sallam Tuan Haji Hamzah,

    Boleh cuba, nanti saya tanyakan pusat mana yang terdekat dengan Seremban. Setakat ni saya sendiri merasakan mesen ni baik.

    ReplyDelete
  6. Sallam Cikgu Hani,

    Memang betul mereka bagi terapi percuma, setiap hari boleh duduk 20 minit, buat terapi sampai berapa hari yang kita termampu, mereka galakkan buat terapi sampai sebulan, berhenti sekejap dan buat lagi sehingga mereka berpindah ketempat lain.

    Memang betul mereka buat promosi mesen tu yang berharga 15K sebuah. Bolah beli untuk buat pusat terapi sendiri dengan kos untuk setengah jam sebanyak RM 4.00.

    ReplyDelete
  7. Sallam Madihaa,

    Memang betul mereka berpindah randah dari satu tempat kesatu tempat setelah ditempat lama tak ada sambutan lagi, atau setelah buat beberapa sale ditempat tersebut. Bukan murah harga mesen tu, tapi terlanjur mereka buat promosi dan bagi khidmat percuma, ambillah kesempatan selagi terdaya.

    ReplyDelete
  8. sya pernah guna, jenama lain, lebih kurang dua bulan..memang terasa sihat dan ringan..

    ReplyDelete
  9. salam..
    mak aih..timgginya darah aok ter..
    dah lebih 200..bahaya tu..makan
    ubat darah tinggi sebaiknya..

    ReplyDelete