Assalamualaikum,
Cer teka apa ada dalam oven saya ni. Biasanya oven ni tempat saya bakar baulu aja. Tapi semalam semasa menunggu baulu masak, lama juga nak menghabiskan satu adunan baulu ni, saya belek-belek buku masak saya tahun 80an dulu. Ingat nak cari resipi kek cawan yang simple2 aja. Nak cuba buat kek cawanlah pulak. tapi tak jumpa pun resipi yang dikehendaki. Cuma saya jumpa resipi Muffin Blueberry Badam. Tengok ke bahannya semua ada dalam simpanan saya. Cuma Minyak jagung saja saya tak ada. Tapi tak apalah, saya nak cuba gantikan dengan magerin saja.
Gelapnya dalam oven ni.
Pagi tadi tanpa nak bertangguh lagi, ( kalau bertangguh mesti tak jadi punya) saya mencuba resipi Muffin Blue Berry dengan menukarkan minyak jagung kepada magerin. Alhamdulillah, menjadi, rasanya pun sedap. Sesuai untuk buat sarapan pagi saya pagi tadi. Selesai, baru puas hati. Memang lama dah saya tak memasak ni.
Inilah hasilnya, saya buat setengah adunan saja, dapatlah enam biji muffin. Cukuplah untuk makan saya berdua beranak. Memang sedap, untuk sarapan pagi aja saya daah makan dua biji.
Gelap je nampaknya muffin ni, tapi warna sebenarnya taklah segelap ini, ianya banyak kepada warna blueberry.
Boleh buat sarapan pagi dan minum petang .
Boleh juga makan dengan jam blueberry.
Saya kongsikan resipi disini sebab rasanya sedap dan mudah dibuat. Sesuai buat orang yang sentiasa tak cukup masa dan malas macam saya.
Muffin Blueberry Badam
Bahan-bahannya
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cam. teh b/ powder
- 3/4 cam. teh bicarbonate of soda
- 3/4 cam. teh essen vanilla
- 3 biji telur A
- 3/4 cawan gula kastor
- 3/4 cawan minyak jagung
- 3/4 cawan badam hancur
- 3/4 cawan blueberry
- 1 camca besar susu pekat manis.
Cara-caranya.
1. Satukan tepung, b/powder, soda bicarbonate, badam
2. Pukul minyak jagung dengan telur sampai kembang.
3. Pukul gula dengan susu hingga hancur.
4. Campurkan adunan telor dan adunan susu, masukkan essen vanilla.
5. Masukkan blueberry dan kacau. akhir sekali masukkan tepung yang telah disatukan tadi. Kacau ratakan.
6. Sediakan 12 biji cawan kertas tebal dan sendukkan adunan sama banyak kedalam cawan kertas
7. Bakar pada suhu 200 c, selama 20 minit.
Hingga Jumpa Lagi
Wassalam
Salam, sedapnya muffin saya suka makan muffin tapi selalu beli je kalau muffin yg perisa bagai2 ni, kalau buat pun muffin coklat je. Dah salin resepi nanti rajin boleh cuba buat sendiri plak.
ReplyDeleteTerimakasih berkongsi resepi.
ReplyDeleteAmboi 6 biji jer? Kalu saya, gerenti tak cukup. hehehehe
SALAM,
ReplyDeleteSUKA TAPI KADANG2 RASA OVER MANIS ! MUFFIN KAT KENNY ROGERS TU, BEST !