Showing posts with label Cucuku Sayang. Show all posts
Showing posts with label Cucuku Sayang. Show all posts

Thursday, 16 October 2014

Happy Birthday

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sampai juga hajat angah  ( Zawil Farhanah ),
 cucu kakmah yang sulung nak
 potong kek hari jadi sempena hari kelahiran dia semalam.


Walaupun dah tengah malam, dalam pukul sepuluh malam
baru achu dia balik bawak kek, tapi mereka semua gembira
dapat makan kek bersama-sama. Cucu kakmah yang 
dari kuantan pun ada sama. Mereka dah berkampong
selama semingui di Kuala Lumpur ni akibat demam
ketiga-tiga beradiknya.


Kesian si kecil tu pun demam dah seminggu tak baik2
lagi. Abang yang sebelahnya tu pun demam.
Kakak yang depan sekali tu pun demam.

Yang tengah bertudung tu Birthday Girl,
gembira sangat dapat potong Kek.

Ok, sekian,
Jumpa Lagi,
Wassalam.


Monday, 18 November 2013

Gelagat

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur pada Allah kakmah berada dirumah
pada malam ini. Semalam Kakmah di Kuala Lumpur,
berpeluang ikut serta menghadiri majlis penyampaian sijil
Tadika tempat cucu kakmah belajar. Seronok tengok gelagat 
anak ini menggayakan pakaian beragam..


Teringat kakmah sewaktu kakmah terlibat dengan Tadika ni
sembilan tahun yang lepas. Seronok ada, stress pun ada
dok melayan gelagat anak-anak pra sekolah ni. Namun mereka
ini bagi kakmah adalah seperti kain putih y7ang sedikit pun 
belum tercemar lagi. Cikgu tadikalah orang yang pertama
sekali mencorakkan kehidupan mereka didunia luar kongkongan
ibu bapa mereka.


Iya, tugas seorang cikgu tadika, walaupun nampak mudah,
tetapi sebenarnya amat susah dan mengelirukan, lebih-lebih
lagi bila ibu bapa kanak-kanak ini betul-betul hanya
mengharap kepada cikgu tadika untuk membentuk dan 
mencorakkan kehidupan anak-anak mereka.

Oleh itu segala penghargaan patut diberikan kepada 
cikgu-cikgu tadika tempat anak-anak kita belajar,
kerana merekalah yang memperkenalkan anak-anak
kita kepada pensil dan buku secara bersistemetik.

Tahniah untuk guru-guru tadika sekelian.

Wassalam
Jumpa lagi.

Tuesday, 7 May 2013

Alahai Rindu Nenek

Assalamualaikum,

Musim mengundi ni pastinya ramai yang balik kampung
untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara.
Dan pastinya riuh rendahlah rumah-rumah nenek dan atuk
kat kamung tu dengan cucu-cucu yang berkumpul..


Rumah kakmah pun tak ketinggalan dengan kedatangan
cucu-cucu kakmah yang enam orang tu. Pendek kata
 memang riuh rendahlah dalam rumah kakmah
dalam sehari dua nie.



Tapi hari ni semuanya dah berakhir,
Sunyi plak rasanya bila ditinggalkan keseorangan ni.
Cucu terakhir yang balik baru sebentar tadi, 
Bila hilang saja mereka dari mata, mulalah hati rasa 
sayu dan sunyi.


Ni satu-satunya cucu lelaki kakmah, tadi dia
tak nak balik, katanya nak tinggal dengan nenek,
tapi apa kan daya, kesian plak kakak dia yang
keseorangan nanti kalau adiknya tinggal..


Pegang duit 10 ringgit lagi, sambil
melaram dengan kasut achu dia.
Bukan nak membeli pun, saja pegang duit 
yang disedekahkan orang.


Amanda, cucu paling kecil,
ni je lah yang tinggal tempat kakmah melepas
rindu, tinggal sebelah rumah kakmah,
tu pun susah juga nak jumpa sebab selalu
ikut mak dia pergi kerja..

Alahai, rindu nenek..

Jumpa lagi yee..

Wassalam.

Wednesday, 18 April 2012

Gelagat

Assalamualaikum,

Apa kahabar rakan2 blogger dan pengunjung setia blog kakmah, dah makan malam ke, kakmah baru aja lepas makan.Sejak beberapa minggu ni kakmah sibuk sangat,Tak banyak masa dapat online. Nak update blog pun kakmah tak sempat. Baru sekarang ni free sikit.Tu pun kejap lagi nak mulakan tugasan menjahit baju kawan kakmah yang nak pakai hari sabtu ni.

Untuk makluman kawan2, gambar-gambar dalam entry ni tak ada kena mengena pun dengan entry ni, saja je kakmah bubuh gambar cucu2 kakmah. Tadi tu masa edit2gambar terjumpa gambar2 ni semua, kakmah upload ajalah.Lama tak jumpa dia orang ni rindu plak rasanya. Layan ajalah gambar cucu2 kakmah ni ye.


 Daryn ni nak manja dengan acu dia. Beriba.

Fareez dengan Zulaika, Zulaika dah kurang nangis dah 
sekarang ni. 

 Fareez takut naik bas,
dari Kl sampai Temerloh naik bas, First time nie.

 Zawil dengan Daryn, lama tak jumpa,
berpelukan.

 Angah ni senyum ke tunjuk gigi baru cambah.

 Unik juga bergambar dalam tab mandi ni.

Bila salah seorang nangis,
acu mesti ada untuk memujuknya.

Habis dah gambar kali ni.
Semuga jumpa lagi, 

Wassalam.

Wednesday, 4 January 2012

Hari Ini Hari Pertama Angah Ke Sekolah.


Assalamualaikum,

Selamat malam, ada yang dah tido ke, malam masih mude weh. mari kita berblog dahulu. Hari ni 4-1-12, hari pertama persekolahan tahun ni. Kat atas tu gambar yang saya dapat tengahari tadi dari Ayah, anak saya yang sulung. Suka betul Ayah bila puteri sulung dia dah masuk darjah satu, tahun satu. Sebenarnya ini bukan puteri sulung dia, ini puteri no dua, yang sulung belum sempat melihat dunia dia telah dipanggil pergi oleh yang Empunya. Simpan anak, boleh menolong ibu bapa disana nanti. Angah, juga cucu sulung  nenek yang ada. Mengapa angah tak senyum, nenek risau. Tapi nenek pasti angah gembira dah sekolah betul, aritu masa balik kampung, angah dah cerita pada nenek tentang kegembiraannya pergi sekolah. Tisya pun nampak gembira sangat menemani kakaknya kesekolah. Tunggu ye, Tisya pun akan ke tadika tak lama lagi.

Ayah ada cerita pada nenek, 28-12-11 angah daftar sekolah, sekaligus dapat buku teks. Sampai aja rumah angah terus baca buku teksnya sampai habis, kalau boleh dia nak buat kesemua latihan yang ada dalam buku teksnya. Apa lagi yang tinggal, kalau dia buat kesemua latihan tu. Angah memang budak bijak, bagi kat dia surat khabar, habis dibacanya segala cerita yang menarik perhatiannya. memang dia amat suka membaca dan melukis. Apa juga kertas yang ada tulisan, dia akan baca. Alhamdulillah, syukur saya pada Allah dikurniakan cucu yang sebijak itu. Semuga Allah terus menerangkan hatinya dan memberkati segala apa yang dipelajarinya. semuga Allah menjadikan dia anak yang solehah, yang taat kepada kedua ibu bapanya. dan menghormati gurunya. Amin Ya Allah.

Wassalam.

Jangan lupa jenguk kedai online kakmah.

Saturday, 26 November 2011

Dak Tecit Demam Cengekring

Asslamualaikum,

Kawan2, rodong2 semua,
semuga ceria selalu dihujug minggu ini.

Petang ini saya bersiaran dari Kuantan
dah 3 malam saya berada di Kuantan, jenguk
si tenit yang tak berhenti-henti
sakit, demam dan batuk
kalau orang dewasa rasanya mudah
sikit nak mengubatinya,
tapi kanak2 yang masih bayi ni,
susah sikit.

Sekarang ni nampaknya dak tecit ni dah terkena 
demam cengkering pulak.
sesiapa yang tak tau 
apa dia demam cengkering, demam ni
adalah sama dengan demam campak.
tapi nasib baik tak teruk sangat.


Esok rasanya nak balik dah.
Tak sampai plak hati rasanya nak tinggalkan
dak techit yang tengah tak sihat tu.
Nenek doakan dak tecit cepat sembuh.
Dan cepat besar.
Amin.

Semuga Jumpa lagi.
Wassalam

Tuesday, 5 July 2011

Gelagat

Assalamualaikum,

Selamat petang Selasa buat kawan2 pengunjung blog Lipislady, semuga kawan2 semua sihat dan gembira selalu. Lama juga saya tak update blog, hampir seminggu. Dalam masa seminggu ini banyak juga pristiwa suka duka yang saya lalui. tapi tak apalah, saya tak mau ceritakan semuanya disini, cuma petang ni saya nak berkongsi cerita gembira melayani 5 orang cucu saya yang datang berkumpul kerumah saya hujung minggu lepas. Mari kita lihat gelagat mereka.


Ini dua orang cucu paling kecil, Zulaika 4 bulan lebih dan Ustaz fareez 6 bulan lebih.
Borak apa agaknya dua beradik ni, dalam bahasa yang mereka berdua aja memahaminya.
Lokasi mereka ni betul2 kat ruang tamu, saya bentangkan dua lapis toto dan tilam supaya senang cucu-cucu saya nak berlegar.



"Adik Zulaika tengok abang Fareez dah pandai meniarap. Tengok abang angkat kepala, tinggi tau, adik tak pandai lagi.." Itu agaknya yang dikatakan oleh Ustaz Fareez pada Zulaika. Zulaika tenang je tengok abang dia beraksi, "Nantilah bila dah besar macam abang nanti saya pun nak buat macam ni" Munkin itu yang dikatakan oleh Zulaika dalam hatinya. Hehe..



Angah dengan Daryn, mesra sampai meja nenek pun jadi tempat santai mereka untuk baca buku. Tu belum dapat gunting dengan kertas lagi, tapi kali ni gunting tak dibekalkan kepada mereka, bahaya.
Tisya dengan Daryn ni sama baya, tapi mengapa Tisya besar dan tinggi, Daryn rendah dan kecil hehe...Mesranya dua beradik ni masa mula bertemu, siap carry2 naik basikal lagi. Daryn peluk2 badan Tisya. tapi awas ye, bila dah lama sikit jumpa, saksikan gambar seterusnya......



Minum aiskrim pukul 12 tengahmalam. kalau dah berkumpul beramai-samai semua menjadi. Dia orang ni plak macam tak reti2 nak mangantuk. Malam tu kul 2 pagi baru dia orang bertiga ni tidur.
Bila mata dah tak mengantuk, mereka pun mulalah membuat bermacam-macam aksi. Saksikanlah aksi seterusnya.





Jaga! Mummy sudah datang, siaplah korang, kena sekali sorang selepuk sedap juga tu.



Dah nangis,



Kita kawan2 yee, main sama2.



Tapi tak lama, semangat lawan2 sentiasa ada.



Dah habis lawan, kita kawan semula. Kali ini kita gotong royong memanjat.

Walau bagaimana pun hati tetap terhibur bila bersama mereka.

Sekian, Wassalam.

Sunday, 17 April 2011

Majlis Bercukur Zulaika Husna

Assalamualaikum,

Semalam nenek sibuk sekali,
apa taknya, Zulaika Husna,cucu nenek
yang kelima dah berusia genap 45
hari. Nenek Atun nak buat kenduri
cukur rambut cucunya yang keempat,
Nenek Omah jadi tukang masak kat dapur.
Tak sempat nak ambil gambar
banyak-banyak.

Ni aja gambar yang sempat ambil,
Zulaika Husna ralit mendengar
nenek-nenek sedang "Berzikir Munajat"

Ibu sedang mendodoikan Zulaika Husna
sambil diiringi Marhaban oleh kumpulan
Marhaban Taman Permai Sejahtera.

Zulaika Tertidur sebelum sempat
kepalanya digondolkan.

Nenek tak sempat nak ambil gambar Zulaika
tengah bercukur sebab
orang yang menggondolkan Zulaika
adalah nenek seorang aja.

Semuga cucu nenek membesar sebagai
seorang Muslimah Sejati.
Amin.

Sekian, Wassalam.



Friday, 4 February 2011

kakak Dah Dapat Adik


Assalamualaikum,



Kakak dah dapat adik lelaki, ini yang membuatkan keh bercuti selama 2 bulan. Ini je gambar yang ada.

Sekian, Wassalam.