Friday, 2 April 2010

Din Beramboi Meninggal Dunia

Assalamualaikum,

Terlebih dulu Al-Fatihah buat Alahyarham Din Beramboi, semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman. Dan kepada keluarganya semuga bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Keh bukanlah peminat setia Din Beramboi malah tidak mengikuti langsung perkembangan hidupnya cuma adalah kadang-kadang terbaca berita tentang beliau dan melihat beliau beraksi di kaca TV. Terakhir sekali semasa beliau mengadili rancangan realiti Raja Lawak.

Tapi pagi tadi tiba2 ada orang bagi tau keh tentang kematian Din Beramboi lepas tu seorang lagi. Bukanlah keh terperanjat diatas kematiannya yang mengejut itu, kerana kematian akan terjadi kepasa sesiapa saja tak kira masa, sama ada yang tua atau yang muda, dan yang sakit atau yang sihat cuma penyebab nya saja yang berbeza.

Apa yang menarik perhatian keh ialah punca kematiannya yang dikatakan terkena jangkitan
Virus Rats Pee atau virus air kencing tikus. Keh sebenarnya tak tau sangat tentang virus ini cuma pernah dengar orang tua cakap, bebaik sikit dengan tikus tu, sebab dulu tikus ni selalu sangat masuk dalam tong atau tempayan beras. Kata deme boleh bawa maut kala termakan makanan yang terkena air kencing tikus. Betullah rupanya.

Macam mana virus ni boleh berjangkit kepada manusia? Diantaranya melalui makanan atau minuman yang tercemar dengan air kencing tikus yang telah kering. Air kencing tikus yang mengandungi toksid yang boleh membawa maut dalam jangka masa yang sangat singkat.

Penggemar minuman dalam tin berisiko untuk mendapat jangkitan ini jika mereka tidak berhati-hati kerana tin minuman berkemunkinan tercemar oleh air kencing tikus. Apabila mereka mengogok minuman terus dari tin yang terkena air kencing tikus, virus tersebut akan sama memasuki tubuh mereka melalui minuman tersebut. Jadi berhati-hatilah. Kala tak ada air nok basuh tin minuman tersebut sebelum mengogoknya baiklah gunakan strow aja.

Moralnya : 1. Basuh tin minuman sebelum digogok sebab munkin tin minuman tersebut dah dikencing oleh tikus maklumlah dah disimpan berhari2 digudang atau dikedai yang dah tentunya bayak tikus bersarang.
2. Jangan beli atau makan makanan yang dah lunyai dikerik oleh tikus, terutamanya ubi kentang, mee, tepong, gula, walaupun yang lain2nya tu masih baik, kemunkinan tikus kencing pada barangan yang masih baik tu dan makan barang yang lain.
Walllahualam.

Sekian Wassalam.

11 comments:

  1. innalillah

    dah gone, ander orang jual tikus bagai

    ReplyDelete
  2. انّا للہ و انّا الیہ راجعون
    info yang baik pasal virus tu
    tapi dalam surat khabo pulak kabonya
    kerana "virus kejutan denggi"..maksud badan tak tahan denagan denggi..ada yang tahan survive..

    ReplyDelete
  3. Salam takziah buat keluarga dan al fatihah buat allahyarham.

    ReplyDelete
  4. al fatehah
    demikian hukum alam dan kehidupan
    takziah seluruh keluarga allahyarham..

    ReplyDelete
  5. innalillah.........

    hmm..bukan sbb dek denggi ke kak?..

    ReplyDelete
  6. Demam denggi berdarah. Disahkan oleh Doktor di Hospital Selayang. Al-Fatihah utk Din Beramboi.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Terima kasih kepada rodong2 yang komen, yelah sebenarnya kena kejutan denggi, masa keh menulis nih berdasarkan berita yang tak berapa resmi lagi, walau macam mana pun Al fatehah sekali lagi untuk arwah...

    ReplyDelete