Tuesday 29 May 2012

Upacara Jijak Bumi.

Assalamualaikum,

Selamat malam Selasa.
Ada yang tak pernah dengar ke upacara ni.
Ni upacara tradisi orang kampung kakmah dan kampung2
yang berdekatan. Upacara ini sebenarnya satu upacara mengiringi 
majlis bercukur jambul bayi.Biasanya selepas bercukur
jambul diadakan pula acara memijak tanah.


Kat bawah ni diantara peralatan yang diperlukan untuk upacara 
menjijak tanah. menuru tok nenek zaman dulu upacara ini dilakukan
bertujuan untuk membiasakan bayi yang baru lahir
itu dengan segala macam rencah dunia, segala macam rentak
kehidupan. Upacara ni dah jarang dilakukan tapi sedara kakmah ni
masih lagi mengekalkannya setiap kali majlis bercukur rambut cucunya
yang dah 14 orang tu.


Diantara yang perlu dipijak oleh bayi semasa upacara ini termasuklah
emas, perak, tembaga, suasa, besi, tanah, makanan. Lihat dulang
tembaga yang masih dalam simpanan sedara kakmah ni, beratus 
tahun dah usianya yang ini.


Dan acara yang wajib ada ialah berzanji, berselawat, marhaban
bacaan ayat suci al Quran, Ini Kakyam, pakar berzanji dan marhaban 
di Lipis, dia boleh berzanji seorang diri  selama 2 jam tanpa henti.


Sebelah kanan tu tanah, sebelah kiri tu kek, dan alat lain batu asah, paku
cincin perak, gelang emas. Sayang kakmah tak sempat nak ambil gambar
masa baby pijak semua tu, kakmah terlepas pandang, sibuk mengikut
orang berselawat.

Oklah, sampai sini dulu, semuga jumpa lagi.

Wassalam.

17 comments:

  1. tradisi lama ini masih kekal terutama di belah2 lepih ni.. belah raub pun dah tak berapa nak ander.. yang penting, setiap perbuatan tu ada rasionalnya dan perlu disesuaikan dengan ajaran syarak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam En Hisyam,

      Kat Lipis pun tak berapa ada juga dah,
      Sedara kakmah yang ni ajalah yang kakmah selalu tengok dia buat. Orang lain dah malas dah agaknya, lagi puh tak berapa berbetulan dengan syarak..

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Kak Mah.

    Makanan pun kena pijak juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Kakcik,

      Entahlah kakcik, kakmah pun tak berapa perasan sebenarnya apa dia buat dengan makanan tu, tapi yang lain2 tu kakmah nampak baby tu pijak.

      Delete
  3. tempat kome takdek dah weh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam En. Mazru,

      Luput dek zaman dah yek...

      Delete
  4. Salam...

    Selama duk di Lipis x pernah mendapat undangan majlis cam ni..nak jgk tgk sbb pernah dengar cerita dr kwn2 di sana..kalo kat Terengganu mmg x de majlis mcm ni...

    Kalo yang buat rumah buluh utk bayi tu, adakah sama upacaranye mcm ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam Dsuefia,

      Emm..dok Lipis sekarang ni ye..
      majlis macam ni jarang dah dibuat orang,
      marhaban dan selawat tu adalah. Sedara kakmah ni aja yang masih buat.
      nanti konteklah kakmah,
      kalau ada majlis macam ni boleh kakmah ajak Dsuefia sekali.

      Delete
  5. dikampung acik dulu2 pun pernah buat ni kak mah..katanya jejak tanah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sallam Acik Erna,

      Kat kampung kakmah kalau dulu2 upacara jejak tanah ni dilakukan semasa selepas sembahayang hari raya, jejak tanah depan masjid.

      Delete
  6. Makchaq hanya pernah dengaq tapi x pernah tengok upacara ni..
    Kat tempat makchaq tak dak kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam makchaq,

      Ni upacara orang dulu2, tak sesuai dah untuk zaman sekarang. lagipun bukan upacara yang dianjurkan oleh Islam.

      Delete
  7. Hello Kak, very interesting.....I have seen similar blessings long ago when living next to a kampong.
    Vey fascinating.
    Best regards.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Uncle Lee,

      Upacara yang dah di lupakan oleh orang2 melayu sekarang.

      Delete
  8. seronok nya...macam2 versi sekarang ni kan, tapi saya suka versi yg macam ni, tenang damai dengan alunan selawat dan salam pada junjungan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Cikgu Hani,

      Marhaban, selawat semua ni membuatkan kita semakin dekat kepada pencipta, baik sangat buat bayi yang baru nak mengenal dunia..

      Delete