Wednesday 2 May 2012

Hati Pari

 Assalamualaikum,

Semalam kakmah pergi pasar malam,
Jarang sekali kakmah jumpa orang jual kuih hati pari ni
yang di buat dari jagung yang bukan jagung manis.
sebab jagung kampung ni orang dah jarang tanam sebab tak berapa
commercial macam jagung manis. Tapi kalau nak buat hati pari memang
sedap dibuat dengan jagung kampung ni.
tengok macam sedap je semalam tu, kakmah pun belilah.


Inilah rupa hati pari, dibuat dari jagung, tambah sedikit santan, 
gula dan gula merah atau lebih sedap lagi kalau di bubuh gula kabung.
Jagung disagat atau blend dalam blender, tapis untuk buangkan
hampasnya, kacau dengan santan dan gula diatas api
yang sederhana hingga pekat, Masukkan dalam loyang
dan simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.
Memang sedap kuih tradisional ni, kakmah suka sangat makan
kuih ni.


Semalam kakmah dah makan separuh, simpan sikit untuk buat
pembasuh mulut, lepas sarapan pagi kakmah pagi tadi.
Pagi ni kakmah buat sarapan nasi goreng kampung.
Alhamdulillah kenyang sampai ketengahari ni.

Semuga jumpa lagi
Wassalam.

17 comments:

  1. asalam ... kak ... nampak sedap jer kuih turrr ... saya tak pernah makan ...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Ajak,

      Memang jarang orang jual kuih tradisional ni,
      tu pasal ajak tak pernah makan, kalau terjumpa
      belilah, memang sedap rasanya.

      Delete
  2. ohhhhhh..KUIH hati pari....igt kan hati ikan pari betul2..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Daddy Ziyyad,

      Lain tempat lain namanya kut,
      Kalau dari jagung ni namanya hati pari,
      kalau kat sarawak hati pari ni sejenis kek.

      Delete
  3. is xpenah dengaq nama kuih hati pari, tapi dari bahan tu macam mak biasa buat.. hehehhe.. nama kat utara ni lain kot no.. hohoh (^___^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Iss,

      Munkin kat tempat Iss nama lain kut,
      kakmah pun tak panggil hati pari,
      kakmah panggil somsom jagung. hehe

      Delete
  4. Hello LipisLady, saya dulu2 suka jalan malam ke pasar malam. I have been to pasar malams from JB to Perlis, to Kota Baru, Sabah and sarawak.
    And will often try the kuihs.
    But this one ta'perna tengok. Maybe ada, tetapi da lupa, ha ha.
    But looks very nice.

    But the name, 'hati pari'....if my out of tune bahasa is correct means, 'heart of a rayfish? Or ikan pari?
    Just guessing, ha ha.
    You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Uncle Lee,
      Kalau nak tengok atau beli makanan yang klasik-klasik memang pasar malamlah tempatnya, macam2 ada disana, tapi kadang2 kita tak perasan apa yang kita beli oleh kerana berlainan tempat berlainan nama yang diberi.

      Hati Pari = yes, mean heart of a rayfish, but the kuih doesnt look like a hati pari at all...hehe..anyway i call it kuih somsom jagung..

      You enjoy your weekend, keep a song in your heart..

      Delete
  5. tak pernah tau pun pasal kuih ni.. kuih orang Pahang kut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam che mid,

      Orang Pahang belah lipis, Raub Jerantut je agaknya, tapi kat perak rasanya ada juga, nama lain kut.

      Delete
  6. selalunya hati pari kaler gelap kan kakmah?
    saya basuh mulut pakai air ngan sabun jer haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Queenie,

      Yang gelap ti dia bubuh gula merah,
      yang ni kakmah rasa dia tak bubuh gula merah langsung...
      hehe...kakmah pulak takpakai sabun kalau basuh mulut....

      Delete
  7. Assalam kak mah..
    dah lama sangat saya tak makan kuih hati pari tu... kuih hati pari asal dari Pahang ke kak mah? masa zaman saya belum sekolah dulu mak rajin buat kuih tu.. memang masih teringat2 lagi kesedapan kuih tu.. memang betul kuih tu dibuat dari jagung kampong (bukan jagung manis) sebab menurut mak jagung kampong banyak pati.. dari pati jagung yg kita kisar itulah membuatkan kuih tu boleh mengeras jd tak perlu dicampurkan apa2 tepong.. rasanya kalau guna jagung manis dah kurang sedap kan kak... & rasanya mesti nak kena campur dengan sikit tepong jagung baru kuih boleh mengeras dgn elok... rindu betul saya nak mkn kuih ni kak... kalaulah terjumpa jagung kampong org jual kat mana2.. wajib saya beli.. hehe... terima kasih kak mah tunjukkan rupa kuih tu.. tak dpt mkn.. dpt tengok pun jadilah.. hehe...

    ReplyDelete
  8. Orang bentong panggil penganan jagungšŸ˜Š

    ReplyDelete
  9. Clicking Here 7a replica bags wholesale helpful resources wikipedia reference check my site check here

    ReplyDelete