Tuesday, 15 May 2012

Ular Oh Ular

Assalamualaikaum,

EEiii....Geli, geli geleman,
Tak sangka betul, sekejap tadi masa kakmah tengah bersiap-siap
nak balik anak kakmah telefon, kata dia depan rumah kakmah ada ular
sedang melintang jalan dia. kakmah jawab biar betul,
takkan ular boleh naik sampai ke tingkat 2.
Dia kata betul..ular tu sekarang tengah bergerak masuk kedalam
rumpun daun kaduk yang kakmah tanam dalam pasu.


Alamak, takutnya , macam mana nie, nak suruh anak kakmah bunuh
aja, takut juga sebab isteri dia dah sarat, Orang tua2 kata kalau isteri sedang 
mengandung tak boleh bunuh binatang.

Kakmah tak dapat akal langsung macam mana nak buat, cuma 
suruh anak kakamah tunggu ular tu sampai kakmah balik.
Yang pentingnya jaga supaya dia tak masuk kerumah. 
Dalam kelam kabut tu kakmah telefon anak kakmah yang sedang berada
diKuantan, dia kata pergi aja kat pondok polis, biar dia orang minta
pasukan pertahan awam bunuh ular tu.

Kakmah pun apa lagi laju ajalah ke pondok polis yang kebetulan 
polis perempuan aja yang ada. Dia plak bagi kakmah no telefon bomba,
Kakmah pun telefonlah bomba. Masa kakmah telefon bomba tu lah, ada 
seorang jiran kakmah tolong kuiskan ular tu kebawah mangikut tangga.

Sempatlah kakmah tengok rupa ular tu masa anak kakmah
hantarnya kebawah dan terus masuk ke longkang
dan hilang terus tak nampak kemana dia menyusup.

Ni kakmah sebenarnya sedang fikir, macam mana ular tu 
boleh bertandang kedepan rumah kakmah di tingkat 2,
tanpa disedari oleh orang yang lalu lalang, atau turun naik tangga,
macam mana dia naik yee..

Akhirnya, jangan fikir rumah tinggi boleh selamat daripada ular,
semuanya munkin.

Jumpa lagi,

Rumpun2 macam ni memang sejuk untuk ular berteduh.
AWAS..

Wassalam.

13 comments:

  1. Alamak Kakmah! meremang bulu tengkuk saya tengok gambo ular tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Kakcik,

      Lebih kurang macam tu lah ular yang kakmah tengok sekali imbas tadi, kecil tapi panjang sangat.

      Delete
  2. Replies
    1. Sallam cheqna,

      Geli kan cheqna,
      kakmah sampai sekarang
      kalau teringat rasa geli
      geleman..

      Delete
  3. Alhamdulillah semua berakhir. Ksk ani pun sebut jer ular cukup takut tak kiralah bisa atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam kak Ani,

      Yee, Alhamdulillah, kakmah tak perlu
      tengok dia lama2 dan tak perlu tolong
      bunuh dia..binatang ni memang menakutkan
      tak kiralah besar ke kecik..

      Delete
  4. mcm ular tedung je..bahaya tu.kalo patuk boleh bw maut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam En Johari,

      Terima kasih singgah sini,
      Ular kecik jee..ular lidi hehe..
      kecik pun takut wee..bisanya kita tak
      tau sedang manakan...

      Delete
  5. salam kak
    huhuh geli ..
    saya lagilah kak , ular lidi masuk dlm rumah , belakang tv , masa tu anak2 tgh tgk tb .. bila suami nak bunuh dia ilang ..
    saya masuk bilik air .. molek ada dia diatas wayar air panas bilik air tuu .. cangguk diam2 kak huhuh
    seram sampai saya tulis nie still ada kak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam Ieda,

      EEee, kalau masuk rumah lagi takut,
      tah dia sembunyi dalam kain kee..
      Agaknya dia suka tempat yang suam-suam,
      tu pasal dia duduk atas wayar air panas tu..
      Sekarang ada lagi ke Ieda..takutnya...

      Delete
  6. Takutkan..
    jiran depan rumah makchaq pun baru ni jumpa ular kat celah2 pasu dia,
    agaknya kat bawah panas, tu yang dia naik atas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam makchaq,

      Kakmah agak dia tersesat jalan,
      bukan dia nak sangat duduk dekat
      dengan manusia tu..

      Delete