Assalamualaikum,
Semua Sahabat Blogger Kak Mah
Dan Penggunjung Setia Blog Lipislady ini.
Selamat Berpuasa semua. Berbuka lauk apa petang ini.
Kalau masih belum decide lagi apa kata buat rendang
simple macam Kak Mah buat petang semalam ni.
Haa Kan, sedap ni, boleh juga makan dengan pulut atau lemang. Ni Kak Mah kongsi resipi yer
Ini aja bahan utamanya, Kak Mah dah campur dah,
dah potong dan siap untuk di kisar.
1 biji bawang holland
1 biji bawang besar
1/2 Inci halia
1 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
3 batang serai
6 tangkai cili kering
kalau suka pedas lebihkan lah cili kering tu.
Kisarlah bahan ni semua
Dah siap kisar, panaskan 1 cawan minyak dan masukkan
kesemua bahan yang dikisar tadi. Kacau sampai garing
dan berubah warna.
Berubah warna perang macam ni bolehlah masukkan santan.
Kak Mah guna santan segar pekat sebanyak 1 1/2 cawan
tapi dah di bekukan dalam freezer tu, boleh aja
beku pun. Kacau lah lagi sampai santan tu naik minyak.
Ini Kak Mah guna isi ayam, tanpa tulang yer, sebanyak 2 cawan aja.
Kalau santan dah naik minyak bolehlah di masukkan daging ayam
tadi dan kacau lah selalu.
Jangan lupa masukkan juga bahan tambahan yang wajib ni
garam secukupnya, asam keping 2 keping dan sekeping
gula kabung, sebesar 1cm X 2cm. Hehe orang Pahang
suka guna gula kabung, boleh juga guna gula putih biasa,
atau gula perang atau gula apung untuk orang Sarawak.
Kacaulah dengan api yang perlahan sampai kuahnya bertukar
warna kehitaman, jangan lupa rasa garamnya.
Jangan sampai hangus pulak,Jangan hitam sangat kuahnya
sebab bila kita dah angkat dan rendang dah sejuk
dia akan bertukar warna menjadi hitam nanti.
Tapi daging ayam tu keras sikit,
kalau tak suka keras boleh diangkat
sebaik sahaja dah masak.
Alhamdulillah,
Siap dah rendang Kak Mah.
Kalau ada sesiapa yang teringin nak merasa buat sendiri, silakan.
Simple je yer.
Rasa, memang sedap.
Sehingga jumpa lagi semua.
Wassallam.
Assalamualikum kak mah.. wahhh.. nampak sedap masakan ayam ni.. buntu juga nak masak apa tiap2 hari.. jengok blog kawan2 lain boleh tambah idea.
ReplyDeleteWaalaikumsallam, adinda Rawina, Alhamdulillah, boleh je masak, mudah sangat tu tapi alhamdulillah, sedap, kalau tak suka kering jangan masak lama sangat, bila ayam dah masak bolehlah angkat.
DeleteNampak sedap..boleh la cuba...nampak senang nak buat
ReplyDeleteIn Shaa Allah sedap adinda SA, bolehlah cuba, mudah je kan.
DeleteNampak sedap
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
Alhamdulillah WP, Selamat berpuasa.
Deletetambah nasi
ReplyDeleteHaha, boleh boleh nambah nasi, sedap ni cubalah..
Delete