Assalamualaikum,
Alhamdulillah, selesailah sudah segala kemelut tentang sakit anak bujang kakmah, yang demam berseorangan dirumah sewanya. Cuti raya cina ni kakmah ambil kesempatan suruh dia balik kerumah kakmah, malam tu juga kakmah bawa dia ke hospital itu pun setelah dia kata sakit gigi yang teramat sangat. Dah berpuluh biji panadol dia telan namun boleh bertahan beberapa jam sahaja, bila habis kuasa panadol, sakitnya datang semula.Pukul 12.00 tengah malam kakmah bawa dia ke hospital Lipis, malam tu juga doktor buat pemereksaan darah, pukul 4.00 pagi baru selesai dan dia diberikan kad pemantauan pesakit dangi disamping di arahkan supaya datang setiap hari ke hospital untuk pemereksaan darah sehingga dia disahkan bebas dari dangi
Hari kedua anak kakmah tak nak pergi ambil darah lagi, katanya sakit bila kena cucuk dan bila darah dia kena sedut. Puas kakmah pujuk, cakap nak cek gigi dan gusi dia yang sakit dan nak ambil MC baru dia nak pergi, tapi anehnya setelah dibuat pemereksaan darah dia dah bebas dari dangi, Alhamdulillah Allah punya kuasa. Tapi dia ada masaalah ketumbuhan dan bisul pula di lelangit mulutnya. Bisul itulah yang membuatkan dia sakit yang teramat sangat malam sebelum dia di bawa kehospital. Tapi Alhamdulillah juga sakit tu semua dah berakhir, cuma bisul tu belum surut. Harap-harap hari ini sewaktu kakmah menulis entry ini bsul tu dah semakin mengecil. Inn Shaa Allah.
Lega sikit rasanya hati kakmah dia dapat menjalani pepereksaan pada hari Isnin lalu, dan dengar suara dia dah ceria sikit masa kakmah telefon dia semalam. Alhamdulillah, syukur padamu ya Allah.
Semuga tidak ada lagi kesakitan yang ditanggungnya, kesian anak kakmah tu duduk sesorang dirumah sewanya sementara rakan2 yang lain sedang bercuti.
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

semoga di permudahkan segalanya
ReplyDeletesemoga cepat sembuh ye..
ReplyDelete