Wednesday 29 January 2014

Bila Anak Tak Sihat

 AssalamuLaikum,

Sallam ceria pagi Rabu.
Alhamdulillah, dapat bersiaran pagi ni.

Bila anak tak sihat, hati ibu mulalah jadi risau.
Pukul 3.00 pagi tadi anak kakmah call, katanya dia demam sangat-sangat, badan pun panas sangat2.
Kesian anak bungsu kakmah tu, selalu je demam, ini pun dah dua hari mengadu ke demam.

Kakmah tak dapat nak buat apa, dah duduk jauh, hanya dapat nasihatkan dia, minum air banyak2, makan ubat, dan kalau panas sangat tu, basahkan kain dan letakkan diatas kepala, muga dia cepat kebah dari demamnya.

Kalau ikutkan hati nak aja kakmah pergi kerumahnya tengok sendiri keadaannya, tapi apakan daya, jauh sangat, cuma doa ajalah yang dapat kakmah berikan muga anak kakmah tu cepat sembuh dan boleh pergi kuliah.

Wassalam, jumpa lagi

2 comments:

  1. hati seorang ibu..
    moga2 anak cepat sembuh ye...
    skang musim demam kot

    ReplyDelete
  2. Iyalah cheqna, mudah2an, terima kasih kerana berdoa

    ReplyDelete