Assalamualaikum,
Maghrib semalam selepas solat macam biasa keh panjatkan doa kepada Allah SWT dengan doa lazim yang dah berbelas tahun keh amalkan. Tapi entah mengapa dipertengahan keh berdoa, tiba2 hati keh dibuai perasaan sayu yang teramat sangat mengenangkan dua insan darah daging keh yang sangat keh sayang dan sangat keh simpati. Lalu selepas doa lazim keh berdoa pulak untuk mereka berdua. Keh pohonkan kepada Allah agar memelihara mereka daripada segala marabahaya dan malapetaka akibat perbuatan manusia dan iblis, keh pohon kan juga agar mereka tabah menghadapi dugaan yang amat perit yang didatangkan oleh Allah untuk mereka. Tidak lupa juga keh pohonkan Allah membuka pintu hati mereka agar memilih jalan terbaik yang di redhai dalam menyelesaikan kemelut ini. Akhirnya dengan pasrah keh mohon Allah menyegerakan apa juga jalan penyelesaian yang dah ditentukan untuk mereka.
Pagi tadi selesai memberi salam untuk mengakhiri solat subuh, air mata keh tanpa dapat dibendung2 turun selebat-lebatnya. Tak terdaya dah keh nok berdoa lazim, terus keh berdoa untuk kedua mereka yang tersayang, seperti doa selepas maghrib semalam dan sebagai seorang ibu yang tidak mahu anaknya terus tenggelam dalam derita kemelut yang tak berkesudahan, dengan penuh redha dan pasrah keh akhiri doa kah dengan ayat ini " Ya allah Ya Tuhanku, seandainya perpisahan itu yang terbaik buat mereka berdua, engkau pisahkanlah mereka dengan segera agar tidak ada lagi hati2 yang terluka, dan tidak ada lagi dosa2 yang tercipta. Amin."
Subhanallah, Alhamdulillah, Inikah jawapan kepada doa keh pagi tadi dan semalam.
Catatan :- Entry ini bukan bertujuan untuk meraih simpati dari sesiapa,( tapi kalau ada sesiapa yang terasa simpati terima kasihlah), kalau keh nok meraih simpati lama dah keh buat entry gineh, cuma ambillah iktibar dari apa yang terbaik dari entry ini, kalau tak dapat apa2 iktibar abaikan saja.
Sekian Wassalam.
banyak2 bersabar
ReplyDeletehm..sabar kak..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSebak baca blog Nojj. Sampaikan salam saya kat dia, mintak dia tabahkan hati, kuatkan semangat. Sabar. Allah syg kat dia, sbb tu Allah bg dia ujian ni.
Utk Lipislady, Lipislady kena lagi kuat dan tabah dr Nojj. Kalau Lipislady tak kuat, tak tabah, mcmana nak beri kekuatan dan semangat pada Nojj.
Apapun, redha dgn segala ketentuan ALlah, dan sentiasa usaha dapatkan yg terbaik. Dgn cara tu je yg dpt beri ketenangan dlm tempoh2 sukar mcm ni.
Assalamualaikum,
ReplyDelete* endiem, mazru, InsyaAllah kami masih kuat.
* idi, InsyaAllah, kami sentiasa dalam perlindunganNya, nojj pula seorang yang sabar, tak pernah saya tengok dia bersedih walaupun saya cukup tahu hatinya amat terluka. Biarlah segalanya berlalu, pasti Allah telah menyediakan dia sesuatu yang terbaik untuk kehidupannya yang akan datang.
Dengan doa mboh kita akan dapat ketenangan dari masalah masalah..InsyaAllah
ReplyDeleteacik, kami kawan2 dia akan terus disamping dia memberi sokongan atau bantuan yang termampu...selagi kami bergelar sahabat, insyaAllah..harap persahabatan kami kekal hingga ke akhir hayat...
ReplyDeleteyer acik,
ReplyDeletesaya (nora) dan kekawan lain, insyallah, akan terus bagi semangat pada noja...
noja seorang yang sangat tabah...
kami semua sangat sayang dengan ikatan persahabatan ini...
Salam, Lipislady kuatkan semangat dan terus berdoa kepada Allah, Insyaalah segala kekusutan akan terlerai.
ReplyDeleteaslkm makcik....
ReplyDeleteseperti kekawan yang lain....kami faham derita yang ditanggung oleh nojj....tapi benarlah pepatah ada mengatakan 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'....insyaallah sama2 lah kita berdoa agar kesengsaraan nojj akan berlalu dan berganti dengan kebahagiaan yang diberikan Oleh-Nya....Amin...
Assalammualaikum Makcik.,
ReplyDeleteKami Kengkawan Nojah sentiasa mendoakan Kebahagiaan Nojah dan juga anaknya..Semoga Nojah Tabah dalam menghadapi dugaan ini..