Monday, 11 November 2013

Kek Pelangi

Assalamualaikaum,

Syukur Alhamdulillah,
setelah sekian lama,
malam ni dapat jugalah kakmah
upload gambar dan seterusnya
update blog kesayangan kakmah ni.


Sebenarnya kakmah mengalami sdikit gangguan
semasa nak transfer gambar dari Hp kakmah
ke komputer, munkin disebabkan kakmah
ter uninstall drivernya, kakmah pun tak
berapa pasti.


Yang pastinya kakmah tak berjaya nak transfer gambar-gambar 
yang kakmah tangkap dengan Hp kakmah. Kalau nak update blog 
tanpa gambar kakmah jadi tak tau nak cerita apa...sedih tau
dah berapa lama dah kakmah tak dapat berblog.


Malam ni sesaja je kakmah nak kongsi sikit business 
kakmah yang terkini sekali, apa lagi kalau bukan 
business kek. Orang lain business kek lawa-lawa,
berhias indah, tapi kakmah cuma jual kek biasa aja.
Kek tradisional, kek pelangi yang mak mak dan
wan wan kita suka buat zaman dulu. Walaupunnya 
tanpa hiasan apa2 tapi rasanya sedap.


Mulanya kakmah cuma buat kek ini untuk dijual dikedai kopi
kawan kakmah, kakmah potong kecil2 macam kat atas tu,
dijual dengan harga 3 keping RM 1.00. Tak sangka pula,
bila orang dah mula merasanya, ramai pula yang tempah
suruh kakmah buat sebiji sebiji. Alhamdulillah, disini rupanya
rezki kakmah sebenarnya...kek yang sangat simple dan
sempoi ini telah menjadi kesukaan ramai.

Kepada sesiapa yang nak cuba buat tu bolehlah kakmah
bagi resipinya yee..

Bahan-bahanya

1 cawan Majerin Pelangi
1 cawan gula pasir
5 biji telur besar
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
2 camca sirap ros
pewarna merah dan hijau secukupnya

Cara-caranya
 1. Putar gula dengan majrin sampai separuh kembang
2. Masukkan telur satu persatu, sambil putar lagi
3. Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder
4. Bahagi kepada 3 bahagian,
1 bahagian masukkan sirap dan warna merah,
1 bahagian masukkan warna hijau,
1 bahagian warna asli
5. Sudukan kedalam loyang, secara berselang seli,
satu sudu sekali bubuh sehingga habis.
6. Bakar dalam api 180 darjah celcius selama 
30 hingga 40 minit. 
Kek ini biasanya masak dalam masa 30 minit,
jadi lebih baik di cucuk dengan lidi setelah dibakar 30
minit. Jika belum masak boleh teruskan sehingga
35 atau 40 minit atau hingga masak.

( Kek ini juga sedap dibuat menggunakan majrin 
berbanding menggunakan mentega )

Selamat mencuba

Wassalam.

Monday, 4 November 2013

Yong Taufoo

Majlis makan2 malam tadi kat restoren dekat AmpangJaya







Jumpa lagi
 wassalam

Saturday, 14 September 2013

Allah Menjawab Al-Fatehah Kita

Assalamualaikum,

Sahabat-sahabat blogger yang kakmah kasihi, malam ni kakmah 
nak share satu lagi perkongsian ilmu yang kakmah 
sendiri pun selalu lakukan kesilapan ini ketika shalat.
Semuga ianya menjadi menafaat untuk kita semua.


❥ Pada saat kita membaca surah Al-Fatihah sewaktu kita Shalat,banyak sekali orang yang cara membacanya tegesa-gesa tanpa spasi, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan Shalatnya..


❥ Padahal disaat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah tersebut,ALLAH menjawab setiap ucapan kita..

❥ Dalam Sebuah Hadits Qudsi ALLAH Subhanahu Wata'ala ber-Firman :

❥ "AKU membagi Shalat menjadi dua bagian,untuk AKU dan untuk Hamba-KU"..

❥ Artinya, tiga ayat diatas Iyyaaka
Na'budu Wa iyyaaka Nasta'iin adalah Hak ALLAH, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-NYA..

❥ Ketika Kita mengucapkan :

❥"AlhamdulillaahiRabbil'aalamiin".

❥ ALLAH menjawab :

❥ "Hamba-Ku telah memuji-KU"..

❥ Ketika kita mengucapkan :

❥ "ARRahmaaniRRaahiim"..

❥ ALLAH menjawab : 

❥ "Hamba-KU telah Mengaagungkan-KU"..

❥ Ketika kita mengucapkan :

❥ "Maalikiyaumiddin"..

❥ ALLAH menjawab :

❥ "Hamba-Ku memuja-KU"..

❥ Ketika kita mengucapkan :

❥ “Iyyaaka na’ budu Waiyyaakanasta’in”..

❥ ALLAH menjawab : 

“Inilah perjanjian antara AKU dan hamba-KU”..

❥ Ketika kita mengucapkan :

❥ “Ihdinash shiratal mustaqiim,
Shiratalladzina an’amta alaihim
ghairil maghdhubi'alaihim Waladdhooliin.”..

❥ ALLAH menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-KU,Akan KU penuhi yang ia minta.”..

❥ (H.R. Muslim dan At-Turmudzi)

❥ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat..

❥ Rasakanlah jawaban indah dari ALLAH karena ALLAH sedang
menjawab ucapan kita..

❥ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat'pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita..

❥ Barang siapa yang ucapan :

❥ “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat,Maka ALLAH akan memberikan Ampunan kepada-nya.”..

❥ (H.R Bukhari,Muslim,Abu Dawud dan An-Nas)..

❥ Semoga BERMANFAAT,Silahkan Bagi Yang Mau Tag/Mem Bagikan Catatan Ini..

❥ Dengan Mem BAGIKAN Catatan Ini,Insya ALLAH Semoga Menjadi Tambahan Amal Shaleh Bagi Sahabat Fillah,Aamiin..



SekianWassalam

Wednesday, 11 September 2013

Mimpi

Assalamualaikum

Apa khabar rakan-rakan blogger, pengunjung-pengunjung    setia kakmah? Lama kakmah tak menjenguk rakan-rakan dan kawan-kawan disini, semenjak lepas raya ni kesihatan kakmah tak berapa baik, demam, batuk dan selsema, menjadikan kakmah rasa begitu berat nak berbuat sesuatu. Kakmah cuma berbari je di tempat tidur, sambil berehat-rehat, kadang-kadang dapat jugalah kakmah menggunakan masa rehat itu untuk membaca buku yang berfaedah dan membelek-belek surat khabar lama yang ada dalam simpanan kakmah. 

Dalam pada membelek-belek kakmah terjumpalah satu artikel ini didalam sebuah akahbar lama, lalu kakmahrasa ingin untuk berkongsi cerita ini bersama-sama teman-teman kakmah yang dikasihi melalui blog ini. Semuga cerita ini boleh memberi sedikit menafaat untuk kita semua. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Maksud ayat daripada surah AL-'ASHR
( MASA )
Di turunkan di Makkah
3 ayat

"1. Demi masa.  2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.  3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat ( nasihat-menasihati ) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran."

KISAH YANG MUNKIN NYATA

Seperti biasa setelah pulang dari pejabat dan tiba dirumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Aku rasa aku sangat malas untuk membersih diri dan menunaikan solat. Sementara isteri dan anak-anak sedang berkumpul diruang tengah sambil menonton television.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi-sepoi yang menghembus tepat dimukaku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya, berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba-tiba sudah berdiri didepan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangan yang tiba-tiba itu.

Sebelum sempat bertanya siapa dia....tiba-tiba aku rasa dadaku sesak, sukar untuk bernafas...

Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan perlahan-lahan dari dadaku...terus berjalan kekerongkongku...sakitttt...sakit...rasanya....

Keluar air mataku menahan rasa sakitnya..

Oh...Tuhan...apa yang telah terjadi pada diriku....

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh...kkhhh...kkhhh...kerongkong ku berbunyi...

Sakit rasanya. Sakit yang teramat sakit....

Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...

Badan ku gementar.... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak....air mataku seolah tak berhenti....

Tangan dan kakiku kejang sedetik setelah benda itu meninggalkan aku...

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu...pergi...berlalu begitu saja..hilang dari pandangan...

Namun setelah itu.....aku merasa aku jauh lebih ringan, sihat, segar, cerah....tidak seperti biasanya.

Aku hairan.... isteri dan anak-anak ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba-tiba terkejut berhamburan kearahku.

Disitu aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku diatas sofa yang ku duduki tadi.

Badannya dingin, kulitnya membiru...

Siapa dia???

Mengapa anak-anak dan isteriku memeluknya sambil menangis, mereka menjerit..histeria...terlebih isteriku...seolah tidak mahu melepaskan orang yang terbujur itu.

Siapa dia????

Betapa terkejutnya aku......ketika wajahnya dibalikkan...

Dia...dia....dia mirip dengan aku....ada apa ini Tuhan???...

Aku cuba menarik tangan isteriku...tapi tak mampu.

Aku cuba pula untuk merangkul anak-anak ku tapi tak berjaya..

Aku cuba jelaskan, kalau itu bukan aku...

Aku cuba jelaskan kalau aku ada disini...

Aku mulai berteriak...tapi mereka seolah tak mendengarkan aku...

Seolah mereka tak melihat ku...

Dan mereka terus menerus menangis. Aku sedar, aku sedar bahawa lelaki misteri tadi telah membawa roh ku keluar dari jasad ku...

Aku telah mati....Aku telah matiii....

Aku telah meninggalkan mereka...tak kuasa aku menangis...berteriak....aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku...

Aku sangat sedih. Selama hidupku belum banyak aku lakukan untuk membahagiakan mereka.

Belum banyak yang telah ku lakukan untuk membimbing mereka kejalan yang benar..

Tapi waktu telah habis.... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk disofa setelah penat seharian bekerja...

Sesungguhnya...bila aku tahu aku akan mati...aku pastiakan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untu keluarga dan lain-lain...

Aku menyesal, aku terlambat menyedarinya...

Aku mati dalam keadaan belum solat....
Oh..Tuhanku,....Jika KAU inginkan keadaanku masih hidup, masih bisa membaca bicara hati ini...sungguh aku amat sangat bahagia...

Kerana aku masih ada waktu untuk bersimpuh...mengakui segala dosa....dan berbuat kebaikan, sehingga bila maut menjemput ku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia..

Wallahualam....

Kalau nak share silakan.


Sekian 
Wassalam...


Friday, 23 August 2013

Transformasi

 Assalamualaikum

Kepada rakan-rakan blogger, pengunjung-penggunjung 
tetap blog kakmah nie, pengunjung-pengunjung
tak tetap, kakmah ucapkan selamat berhari raya sekali 
lagi, kali ni raya posa nam plak.

Kakmah pasti kebanyakan dari kita dah merayakan 
posa nam, sebab Syawal pun dah nak habis, 

Baru-baru ni kakmah mengalami gangguan dengan 
Blogspot kakmah nie. Kakmah mati-mati
ingatkan komputer kakmah yang problem, sebab 
kakmah tak dapat nak sign in, tools tak ada.
Andaian kakmah munkin kerana toolsbar
Avira yang dah lekat kat sebelah bawah browser bar 
Google Chrome kakmah nie,
Rupanya memang Blogspot ni ada problem,
lama juga kakmah tak dapat nak pos 
entry baru. Alhamdulillah, pagi ni dah ok dah.


Pagi ni tak ada apa yang kakmah nak kongsikan,
sekadar nak menunjuk muka aja, terlanjur
Blogspot ni dah boleh di masuki,
kakmah masukkanlah gambar benang kait kakmah yang
dah berbelit-belit, berlibu-libu kata orang kg kakmah tu.
Tapi bak kata kakmah, bukan kata orang, 
kalau kita jumpa benang atau tali yang bersimpul
macam ni, janganlah ditarik kehadapan,
susurlah kebelakang untuk mencari puncanya,
walaupun susah, lambat dan memakan masa,
tapi hasilnya terbaik. Macam yang dalam 
gambar kat bawah tu, Itulah hasilnya
setelah kakmah kerjakan selama seminggu ini.


Gambar kat atas ni plak adalah sesuatu yang mengusik
perasaan kakmah serta menguji kesabaran kakmah.
Ada ke patut dia pergi tidur pulak dalam pasu bunga
kakmah yang bunga paku nya tu pun tengah merimbun
hasil dari kakmah membaja dan menyiramnya setiap
hari. Apa nak buat kan, dia pun nak tempat yang
selesa untuk tidur. Tidur ajalah kitty.


Cucu kakmah yang terkecil setakat ini, sementara 
menunggu yang lebih kecil keluar dari perui ibunya.
Memandang muka-muka cucu-cucu kakmah nie
terasa pulak betapa dah berumurnya si nenek nie,
Mulalah hati tertanya-tanya dah cukup ke bekalan aku 
untuk dibawa kesana nanti. Sayu juga rasa hati bila
mengenangkan bila-bila saja dari sekarang, DIA akan
menjemput kita kesana. Allah.
Semuga DIA memberkati kehidupan ini dengan
Iman dan Amal serta kesejahteraan dari dunia
hingga Akhirat.


Penng kepala kalau menengok benang yang berselirat
macam ini. Tapi kalau kita bersabar menyusurnya
selembar demi selembar, pasti akan dapat kita
menafaatkan satu persatunya. Begitu jugalah dengan
kekusutan yang kita alami dalam menjalani kehidupan
ini.Baik diri sendiri maupun orang lain.
Jangan lekas berputus asa bila menghadapi kekusutan.
Susurlah dari awalnya, selesaikan secara berhemah,
jangan cepat marah dan merengus, pasti hasilnya
akan timbul seribu kebaikan.


Miew ni bila diambil gambar dia buat muka tak bersalah je,
Hati yang pada mulanya terasa nak marah pun jadi sejuk,
tak perlah, dia berhak duduk disini kerana dia tak tau
tempat dia duduk itu adalah kesayangan kakmah.


Lihat dibawah ini,
Inilah hasil dari kekusutan yang telah diselesaikan 
dengan kesabaran dan berhemat. Tidak ada sehelai
benang pun yang terputus, dan semuanya boleh 
digunakan dengan sempurna. Alhamdulillah.


 Akhir skali dia posing untuk kakmah...
Tak comei pun, maklumlah anak-anak terbiar..
Kesian dia..


Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Tuesday, 13 August 2013

Sunyilah Pulak

Assalamualaikum

Raya dah berlalu, suasana yang riuh rendah
beberapa hari yang lalu kini dah menjadi sunyi
sepi. Anak-anak cucu dah pulang kebandar,
kini tinggallah nenek keseorangan.

Alamak sunyilah pulak rasanya
tinggal sendirian begini. Anak2 cucu
semua dah balik semalam
hari ini mereka semua dah mula
bekerja. Niat hati dari pagi tadi
bila dah tinggal seorang begini bolehlah
buat kerja dirumah, mengemas, mencuci
membasuh, tapi sampai sekarang satu
apa pun tak jadi lagi.

Cuma yang ada hanyalah rasa kesunyian
yang teramat sangat, setelah ditinggalkan
mereka....

Tak taulah berapa hari keadaan ini akan
berterusan, harap-harapnya hari esok
semangat ini akan datang kembali
untuk membolahkan kakmah ni bekerja
macam biasa.

Walau macam mana pun tengahari tadi
dah lepas kehospital dah untuk membaharui
appointment yang tertunggak semasa bulan
aritu. Harap-harapnya kali ini tak
tertunggak lagi.

Jumpa lagi
Wassalam.


Saturday, 10 August 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamaualaikum,

Hari ni dah 2 Syawal rupanya,
Pastinya masih belum terlambat lagi 
untuk kakmah mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada
semua rakan-rakan blogger kakmah,
pengunjung-pengunjung setia blog kakmah ni,
dan pengunjung-pengunjung yang sekali sekala
tersesat ke sini
Doa kakmah semuga anda semua gembira
mearikan lebaran ini bersama kaum keluarga.
Bagi yan nak balik semula ke bandar s
etelah beraya dikampung tu
berhati-hati dijalan raya,
semuga anda semua selamat sampai
ke destinasi tujuan dengan selamat.

Wassalam.