Monday 28 March 2016

Roti Paun

Monday 21 March 2016

Trip Rompin

Assalamualaikum,

Sallam ceria rakan blogger serta peminat blog Lipislady,

Hari ini kita cerita pasal trip pulak, sajalah sekadar berkongsi cerita
Kakmah memang suka kalau diajak kemana saja sebab Kak Mah memang suka berjalan.
Bak kata orang, jauh berjalan luas pandangan.

Kali ini Kak Mah di pelawa untuk pergi ke pekan Rompin pula.Tapi bukanlah
saja-saja nak jalan yee, pergi pun sebab ada tugas. Kakmah diberi tahu Kak Mah
terpilih untuk menghadiri mesyuarat Agung Wanita PERKIM peringkat negeri
Pahang pada 18 dan 19 Mac, cuma sehari sebelum bertolak. Tapi kerana disitu ada
tanggung jawab yang perlu dilunaskan ditambah pula dengan minat nak melihat tempat
orang, Kak Mah terus aja bersetuju.


Kak Mah difahamkan Rompin ni bandar udang, Kalau sapa-sapa nak makan udang
jenuh-jenuh pergilah ke Rompin. Kami dijamu juga dengan udang masa
makan tengahari, tapi Kak Mah tak makan udang, Kak Mah rasa seekor aja.
Tapi pelik juga gambar kat atas tu ya, ada ikan todak plak, sepatutnya ada udang.


Ini replika tembikai plak, ambil gambar dari dalam kereta aja masa nak balik.
Tak sempat pun nak jalan-jalan kat bandar rompin, tour dengan kereta aja.
Itu pun dalam perjalanan balik.


Mesyuarat sedang berlangsung, di Kompleks Rakan Muda,
Sukan Air Rompin, Kg Pantai Bernas Rompin.



Di rasmikan oleh Yang Berbahgia Datin Sharifah bt Ibrahin,
Isteri Pegawai Daerah Rompin, ditengah bertudung hijau.


Terlanjur dah sampai, sempat juga singgah di Pantai Hiburan,
ambil gambar.


Malam tu ada majlis marhaban dan bernasyid, sumbangan tiap daerah 
yang diwakili.

Semuga bertemu lagi bulan hadapan,
dengarnya di Pulau pula. Pulau mana, tak pasti lagi.
Nanti Kak Mah update.


Wassalam.

Thursday 17 March 2016

Risiko Kanser Dalam Kehidupan Seharian

Assalamualaikum,

Selamat malam rakan-rakan blogger, peminat-peminat blog lipislady.
Kak Mah ni memang suka sangat berkongsi apa-apa juga info yang Kak Mah dapat semasa melayari internet. Diantaranya info ini yang kakmah baru saja dapat ini. Tajuknya adalah :

Setiap Hari Kita Terdedah Kepada Perkara Yang Boleh Menyebabkan Kanser, Takut Kan

1. Sekiranya anda seorang pekerja syift malam dalam jangka masa yang panjang, anda terdedah kepada risiko kanser payudara.

2. Untuk 6 bulan pertama kereta baharu, akan membebaskan banyak bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser terutama sewaktu hari panas.

3. Phthalates adalah sejenis kimia yang digunakan untuk melembutkan plastik juga terkandung didalam deoderant dan pewangi udara, yang mana bahan ini jika selalu terdedah akan menjadi bahan yang boleh menyebabkan kanser.

4. Kimia didalam sunscreens akan meningkatkan risiko mendapat kanser kulit.

5. Plastik pembungkus mee segera jika terkena panas akan mengeluarkan kimia yang boleh menyebabkan kanser.

6. Botol plastik bekas air minuman atau air mineral jika terdedah kepada panas akan mengeluarkan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Jangan simpan air mineral terlalu lama selepas di buka terutamanya ditempat panas.

7. Sousage, daging burger atau apa juga daging yang diproses adalah penyebab terbesar terjadinya kanser.

Kebanyakan orang tahu merokok adalah penyebab kanser, Keturunan, radiasi dan gaya hidup juga penyebab kanser. Tapi kebanyakannya tidak tahu 7 perkara diatas juga adalah penyebab kanser, atau dengan kata lain penyebab aktifnya sel kanser yang sedia ada didalam setiap tubuh kita ini.

Semuga info ini memberi sedikit menafaat kepada kita semua. Info ini Kak Mah dapat dari 
110 cancercare.com.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Wednesday 16 March 2016

Gulai Masam Ayam

Assalamualaikum,

Hari ini Kak Mah buat gulai masam ayam pulak.
Hari-hari lauk ayam, sampai tak tau nak masak apa.
Kak Mah rasa gulai masam adalah pilihan terbaik


Gulai masam ni adalah masakan termudah dan termurah.
Bahannya semua dah ada kat dapur.
Gambar kat bawah ni adalah bahan yang wajibnya.


Blend kesemuanya bahan diatas dengan air secukupnya,
kecuali asam keping tu. Tambah air kalau agak kurang
bila dah masukkan ayam kedalam periok atau belanga.
Masaklah hingga ayam empuk. Nak masak ayam ni jangan
terlalu banyak air, hilang manis ayam tu nanti, 
Kuahnya biarlah sehingga ampuh ayam sahaja.


Kalau dah nak masak tu tambah setangkai dua daun kesum
dan satu kelopak bunga kantan buat penambah perisa.
Kakmah tambahkan sehelai daun kunyit saja.
Alhamdulillah, sedap.

Semuga Jumpa Lagi,
Wassalam.

Saturday 12 March 2016

Khasiat Pisang

Assalamuaaikum,

Alhamdulillah, sedap nampak pisang kat bawah tu, kalau dapat sebiji dua time time ni
alangkah enaknya.

Kepada anda semua, rakan-rakan blogger, peminat-peminat lipislady blog, Kakmah nak tanya ni,
minat makan pisang tak. Kak Mah kalau bagi sesikat pisang yang macam dalam gambar ni,
hehe dua kali makan habislah, Kak Mah kalau sekali makan tiga atau empat biji boleh habis.

 

Dulu Kak Mah suka makan pisang ni sebab rasanya sedap. Dalam pada itu ada pula
yang cakap orang ada penyakit kencing manis macam Kak Mah ni tak boleh makan
pisang, nanti gula makin naik tinggi. Tapi Kak Mah belum dapat membuktikannya
melalui ujian klinikal sebab setiap kali lepas makan pisang Kakmah terlupa pulak
nak pergi check gula dalam darah Kak Mah ni.

Hari ini Kak Mah terbaca satu artikal tentang kebaikan buah pisang ini pada kesihatan kita.
Kak Mah rasa semua orang tahu pisang ini sejenis buah yang yang memberi tenaga segera
jika kita memakannya malah ramai yang bawak bekal pisan jika berjalan-jalan untuk sesuatu 
aktiviti lasak yang memerlukan penggunaan tenaga berterusan.

HTapi hari ini Kak Mah terbaca artikal yang mengatakan kebaikan memakan pisang 
setiap hari untuk tubuh dan kesihatan kita. Perhatikan apa yang Kak Mah sampaikan
disini.

1. Mengawal Stress

Pisang mengandungi zat  Tryptophan yang membantu pengeluaran hormon serotonim, hormon yang akan membuatkan tubuh dan minda kita merasa relex dan kurang stress.

2. Mengawal Tekanan Darah 

Pisang mengandungi Potassium yang mengawal tekanan darah, jadi memakan pisang boleh meredakan gejala darah tinggi.

3. Mencegah Anemia

Pisang yang kaya dengan zat besi akan membantu dalam pengeluaran Hemoglobin, Memakan pisang setiap hari boleh mencegah dari anemia atau kekurangan darah. 

4. Mencegah Sembelit

Pisang yang kaya dengan serat boleh membantu mencegah penyakit sembelit jika kita memakannya setiap hari.

Selama ini Kakmah hanya tau pisang ni untuk tenaga segera sebab kalau Kakmah kelaparan kalau ada pisang Kakmah makan pisang dulu baru cari makanan lain. Begitu juga kalau sembelit, Kakmah carilah pisang sebab Mak Kakmah dulu ajar begitu. Nah ada lagi kebaikan lain rupanya.

Makanlah pisang setiap hari supaya kita menda[at menafaatnya.

Jumpa Lagi,
Wassalam


Thursday 10 March 2016

Kek Pandan Buttercreaml Gula Kabung

Assalamualaikum,
Semalam tetiba aja Kak Mah rasa nak makan cupcake yang icing-icing. Kak Mah memang dah
lama simpan hasrat nak buat satu kek tu, Cupcake
pandan gula melaka yamg Kak Mah salin resipinya dari
blog masam manis kepunyaan Pn. Azlita Aziz,
terima kasih Pn Azlita tunjuk resipi yang sedap
-sedap, halalkan Kakmah ambik resipi ini ye.


Bila Kak Mah dah selesai kentung kentang kat
dapur kak mah tu, maka inilah hasilnya.

Tuesday 8 March 2016

E Book Baju Kurung

Assalamualaikim,

Pertama-tama Kak Mah nak ucapkan kepada Wanita rakan blogger Kakmah dan pengunjung yang selalu memberi sokongan kepada Blog Kak Mah ini, Selamat Tengahari, ceria-ceria selàlu. Masàk apa tengahari ini.

Alhamdulillah bertemu lagi tengahari ini, sekarang ini Kak Mah bersiaran dari bawah payung, gerai tempat Kàk Mah niaga nasi lemak. Tapi hàri ini Kak Mah tak
buat nasi lemak sebab Kak Màh kesuntukàn masa, màlam tadi sibuk sikit menyiapkàn tempahan oràng sebanyàk 200 biji kàripap.

Tapi ini bukàn cerita Kak Mah hàri ini.
Hari ini kak màh nak cerità pasal ebook pulak. Untuk maklumà rakàn-ràkàn semua, kàk mah bàru sàja memulakan projek ebook. In shà Allah e book kak màh yang julung-julung kali ini mengenai  jahitàn bàju kurung.

Dàlam ebook ini nànti kak mah akan muatkan step by step cara-cara nak buat bàju kurung, dari proses mengukur, mengira ukuran, membuat dasar, menggunting dasar dan baju, seterusnya menjahit. In shaa Allah, kalàu ràkàn- berminàt dàn mengikuti betul-betul apa yàng kak mah ajàrkan, rakan-ràkan akan menjadi pàndài baju kurung.

Kepada yàng berminàt nantikàn pelàncaran ebook kakmah ini dengan hàrga promosi yang sangat menarik,

Semugà kita bertemu lagi.

Wassalam


Sunday 6 March 2016

Mee Geti @ Spegathi Màlaysia Versi Kak Mah

Asalamualaikum,

Selamat berjumpa lagi rakan-rakan blogger Kak Mah,
Pengunjung-pengunjung dan peminat-peminat blog kakmah
ini. Apa khabar semua, dah makan tengahari ke belum.

Kakmah dah makan tegahari, nasi lemak lebihan jualan pagi tadi.
 Alhamdulillah.
Kepada kawan-kawan yang belum makan tengahari tu apa kata
hari ini kita cuba resipi yang Kak Mah olah dari resipi sebenar
Spegathi. Betul tak ejaan Kak Mah ni, hehe.



Walaupun dah di olah cara malaysia tapi rupa tak banyak sangat
bezanya dan rasanya alhamdulillah, sesuai dengan selera Melayu
Kak Mah ni. Mee Geti ni pun keluaran orang Melayu, sama aja
rasanya dengan spegathi yang kita beli di kedai dan pasaraya tu


Mee ni Kak Mah buat untuk makan 4 orang.

INILAH BAHAN-BAHANNYA

1. Setengah bungkus Mee Geti, Kalau nak makan lebih rebuslah lebh sikit.
2. Satu cawan daging ayam direbus dengan satu cawan air, kisar kasar
3. Dua ulas bawang besar atau satu ulas bawang holland potong dadu
4. Satu biji tomato potong dadu
5. Setengah cawan tomato sos atau tomato puri
6. Empat atau lima tangkai cili kering, (ini yang kakmah tak boleh tinggal.)
7. Garam secukup rasa
8. Satu Tangkai daun sup dan satu pokok daun bawang.
9. Tiga sudu makan minyak masak dan satu sudu makan mentega.



JOM MASAK

1. Mula-mula kisar cili kering dan panaskan minyak didalam kuali,
2. Tumis cili kering hingga masak 
3. Bila cili kering dah masak masukkan mentega, kacau sebati
4. Masukkan bawang kacau.
5. Masukkan tomato puri atau tomato sos. Kacau.
6. Masukkan daging ayam yang dah di kisar, kacau lagi
7. Masukkan garam secukup rasa.
8. Masukkan tomato potong.
9. Rasa garamnya, kalau perlu boleh tambah sikit gula.
10. Kalau terlampau pekat boleh tambah sedikit air.
11. Kalau dah masak bilah angkat, tuangkan di atas mee geti.
10. Hias dengan daun sup dan daun bawang.

Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba.

Jumpa Lagi

Wassalam.

Friday 4 March 2016

Gulai Lemak Pegaga Kampung Dengan Ikan Bilis

Assalamualaikum,

Tengahari semalam kawan Kakmah hantar
daun pegaga, Kakmah tak tau nak buat apa,
Maklumlah, gigi pun dah tak berapa nak ada,
kalau ada pun yang atas dengan yang bawah
tak ngam, nak kunyah apa-apa pun
tak boleh.

Kebetulan tengah hari semalam kakmah tak 
masak nasi, makan mee lebihan jualan
yang tak laku aja, 
Petangnya kakmah masak nasi, 
tak tau pulak nak buat lauk apa,
Dalam peti ais cuma ada seekor ikan.

Tiba-tiba datanglàh idea nak buat masak
lemak pegaga ni, sedàp juga kan.

Ini cara kakamah memasaknya.



BAHANNYA

1 ikat pegaga
5 ulas cili padi ( kalau suka pedas tambahlah )
1 ulas bawang merah
1 batang serai
1 inci kunyit
1 cawan santan tambah 1 cawan air
10 ekor okan bilis, buang kepala, peut dan tulang, bersihkan.
garam secukup rasa

CARANYA

Bersihkan Pegaga, potong daunnya dan batangnya serta akarnya
sekali sepanjang 1 inci, bersihkan dan tuskan.

Bersihkan kunyit, cili, bawang dan ikan bilis dan kisarkan bersama dengan 
santan dan sedikit air.

Masukkan kedalam periok, tambahkan air dan santan selebihnya, 
masak hingga mendidih baru masukkan pegaga.

Tambah garam secukup rasa dan tutupkan api dan angkat dari
dapur setelah pegaga layu.

Sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba.

Jumpa Lagi.

Wassalam

Tuesday 1 March 2016

Jus Epal Hijau Gula Kabung

Assalamualaikim,

Alhamdulillah, bertemu lagi rakan2 blogger,
tetamu2 blog kakmah yang dikasihi semua.
Semalam Kak Mah untuk kesekian kalinya pergi hospital,
kali ini untuk scan sis Kak Mah yang ada 
pada ovary tu, doktor cakap dah membesar sebanyak
satu cm lebih. Selama ini dia tidak membesar, entahlah
kakmah pun tak pasti apa yang menyebabkan dia membesar.
Doktor cakap yang pastinya bukan disebabkan oleh makanan.
Munkin disebabkan oleh hormon.

Walau bagaimana pun Kakmah masih tetap berhati-hati
untuk makan disebabkan kakmah juga ada penyakit kencing
manis dan darah tinggi.

Dah bermacam-macam makanan sihat tetapi lazat yang
Kakmah gubah untuk m mengelakkan dari kakmah makan
makanan yang tidak sihat berlebihan.

Alhamdulilah hari ini kakmah mencuba resipi ini pula.
Jus epal hijau dengan gula kabung. Selama ini Kakmah buat
jus epal hijau kosong saja, tawar tak rasa apa, cuma masam2
sikit, tapi kali ini Kakmah nak rasa manis sikit. Dan Alhamdulillah
menjadi, sedap, manis dan lemak berkrim. Hehe,,

Bahannua mudah saja,
Sebiji epal hijau potong dan buangkan bijinya
1 cawan air sejuk
Setengah cawan susu cair
Satu sudu makan gula kabung yang dah dipitong

Kisar semua bahan, dan tuangkan kedalam gelas. Kalau perlu 
boleh tsmbah ais seketul atau dua.
Siap untuk diminum.

Semuga jumpa lagi
Wassalam.