Tuesday 29 May 2012

Upacara Jijak Bumi.

Assalamualaikum,

Selamat malam Selasa.
Ada yang tak pernah dengar ke upacara ni.
Ni upacara tradisi orang kampung kakmah dan kampung2
yang berdekatan. Upacara ini sebenarnya satu upacara mengiringi 
majlis bercukur jambul bayi.Biasanya selepas bercukur
jambul diadakan pula acara memijak tanah.


Kat bawah ni diantara peralatan yang diperlukan untuk upacara 
menjijak tanah. menuru tok nenek zaman dulu upacara ini dilakukan
bertujuan untuk membiasakan bayi yang baru lahir
itu dengan segala macam rencah dunia, segala macam rentak
kehidupan. Upacara ni dah jarang dilakukan tapi sedara kakmah ni
masih lagi mengekalkannya setiap kali majlis bercukur rambut cucunya
yang dah 14 orang tu.


Diantara yang perlu dipijak oleh bayi semasa upacara ini termasuklah
emas, perak, tembaga, suasa, besi, tanah, makanan. Lihat dulang
tembaga yang masih dalam simpanan sedara kakmah ni, beratus 
tahun dah usianya yang ini.


Dan acara yang wajib ada ialah berzanji, berselawat, marhaban
bacaan ayat suci al Quran, Ini Kakyam, pakar berzanji dan marhaban 
di Lipis, dia boleh berzanji seorang diri  selama 2 jam tanpa henti.


Sebelah kanan tu tanah, sebelah kiri tu kek, dan alat lain batu asah, paku
cincin perak, gelang emas. Sayang kakmah tak sempat nak ambil gambar
masa baby pijak semua tu, kakmah terlepas pandang, sibuk mengikut
orang berselawat.

Oklah, sampai sini dulu, semuga jumpa lagi.

Wassalam.

Sunday 27 May 2012

Kusyen Kecil Lagi ( Crochet )

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu yee kawan2,
Pergi mana hari ni, Putera Jaya, Dataran Merdeka?
Kakmah sepatutnya pergi KL hari ni, ikut rombongan 
Cik Kiah bersama belia dan beliawanis dari Lipis untuk 
majlis penutup perhimpunan belia yang akan disempurnakan
oleh PM. tapi hari ni kakmah rasa tak
berapa sihat, terpaksalah dibatalkan hajat kakmah tu.


Walaupun kakmah tak berapa sihat, tapi pagi2 lagi
kakmah dah menghadap komputer, 
niat nak update blog, nak kongsi gambar
sarung bantal tangan yang dah siap kakmah kait.
Lama betul kakmah nak menyiapkan yang nie,
setiap kali kakmah sentuh dia ada aja kerja lain yang menghalangnya,
jadi terpaksalah kakmah tangguhkan dulu.
Akhirnya malam tadi siaplah juga, dapatlah kakamah
kongsikan pagi ni.


Ini sarung yang keempat yang kakmah dah siapkan.
Semuanya untuk kakmah pakai sendiri je.
Lepas ni kakmah kena buat satu set, 2 buah kusyen dan sarung
untuk kawan kakmah mak Yah. Dia tempah untuk diletakkan
dalam kereta dia. Insya Allah akan kakmah kerjakan
secepat munkin. Gembira rasa hati kakmah,
hasil kerja kakmah dah mendapat perhatian
kawan2, dan dah ada pula yang sudi menempah.
Terima Kasih Mak Yah. 
InsyaAllah esok kakmah akan mulakan.

Semuga Jumpa Lagi,

Wassalam.

Wednesday 23 May 2012

Masih Ada Yang Sayang

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah, walaupun internet lambat dan problem,
akhirnya dapat juga kakmah upload gambar ini yang
sepatutnya semalam dah kakmah keluarkan entry ini.


Semua orang kenal gambar ni kan, bukan nak menunjuk, sekadar 
melahirkan rasa syukur dalam keadaan ekonomi kakmah yang
sedang gawat ni, masih ada orang yang sudi membantu menyumbangkan
alat penting untuk kakmah buat bahulu ni. Mixer lama kakamah dah
terbakar, nak beli sendiri dalam keadaan sekarang ni tak mampu
lah kakmah.


Sebenarnya muxer ni sumbangan Ahli Parlimen Lipis, YB.
Dato' Dr. Mohd. Shahrom  Osman,  kakmah mohon peruntukan
SOS, "Saya Orang Susah". Alhamdulillah berjaya. Bukan itu je,
kakmah mohon juga plastik sealer ni supaya mudah kakmah
nak packing bahulu kakmah dalam plastik kecil2 untuk
dihantar kekedai-kedai.


Terima kasih YB kerana perihatin dengan nasib orang
yang berpendapatan tak tetap macam kakmah nie,
sekurang-kurangnya ringan juga beban kakmah ni.
Dihari yang sama juga rupanya YB sedang memberi sumbangan
sebuah kerusi roda untuk anak kakak yang didalam gambar ni.
Anak kakak ni terlibat dalam kemalangan jalanraya
10 hari yang lepas. Betapa cepatnya peruntukan
yang dikeluarkan demi membantu rakyat yang memerlukan.
Terima Kasih YB.

Semuga Jumpa Lagi,

Wassalam.

Monday 21 May 2012

Dendan Dari Benang Kait.

Assalamualaikum,

Sallam pagi Isnin dan selamat memulakan tugas dengan
penuh ceria. Alhamdulillah setelah tiga hari tak berblog,
hari ni dapatlah kakmah berblog semula.


Pagi ni kakmah nak kongsi dendan dari benang kait yang kakmah buat
malam tadi sebelum tido. kakmah buat ni sebenarnya sekadar suka2
sebab tengok ada banyak lebihan benang yang tak digunakan.


Bila dah siap nampak macam ada guna plak. Boleh dipakai ditangan
untuk anak2 dara yang suka mengikat-ikat tangan dengan pelbagai
eksesori yang yang menarik yang banyak berada dipasaran 
sekarang ini

Boleh juga dijahit sebagai hiasan di tudung .


Simple tapi nampak kelainan sikit.
sebenarnya boleh juga di jahit pada lengan baju 
dan ditambah sedikit manik tabur,
nampak cantik.
kakmah tak dan nak siapkan. Dah nak publish sangat
entry ni.


Tapi paten yang kat bawah ni nampak cantik betul.
Boleh tak kakmah nak buat agaknya.
Buat sementara waktu ni tengok ajalah.


Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

Friday 18 May 2012

Sup Ikan Lumet Rampai Labu Manis

Assalamualaikum,

Dalam entry yang lepas kanda Deru Ombak ada tanya kakmah
macam mana rupa ikan lumet. Kebetulan plak untuk lauk makan
malam tadi kakmah masak sup ikan lumet dengan sayur labu manis.
Ni gambar sup yang kakmah buat malam tadi.


Kakmah terus je ambil gambar ikan lumet dengan sup nya yang dah 
siap sekali,haaa..beinilah rupa ikan lumet. Ada kawan2 yang pernah tengok
ikan lumet ni dimana2 pasar di semenanjung ni. Ikan ni dah siap 
panggang, mereka panggil panggang lumet, kalau yanag segarnya 
kakmah sendiri pun tak kenal  macam mana rupanya.


Ini resipi sup ikan lumet

Nak buat supnya mudah aja, 
Kenalah ada ikan lumet ni 5/6 ekor, 
labu manis, atau nenas madu, atau batang keladi,
halia sikit, serai 2 batang gitu, 
bawang merah dan bawang putih. 
boleh juga tambah sikit belacan kalau suka.
dan kalau nak pedas boleh tambah lada kecik.
jangan terlampau pedas nanti tak jadi sup.

Bawang putih, bawang merah, halia,
 serai tumbuk dulu pecah2 dan tumiskan,
masukkan labu, atau batang keladi, atau nanas.
batang keladi tu rebuslah sikit dulu, buang air gatal dia,
toskan baru masukkan dalan alatan tumis.
masukkan air untuk kuahnya, bila dah separuh masak
 barulah masukkan ikan lumet. Didihkan lagi hingga
ikan lumet empuk, angkat dan hidangkan waktu
masih panas.
Kalau nak campur belacan, bancuh sikit belacan
dengan air, masukkan selepas menumis bawang 
dan yang lain2.


Ikan lumet ni lembut je, banyak tulang tapi lembut,
tidak mengakibatkan lekat tulang sebab boleh dimamah.
Sedap juga kalau digoreng garing, tak payaah buang tulang,
semuanya boleh dimamah.

Sekian, semuga kita berjumpa lagi,

Wassalam.


Thursday 17 May 2012

Keju Ku Sangka Tempoyak

Assalamualaikum,

Sempena Hari Ibu tiga hari yang lepas, anak kakmah dan
isterinya masak2 dan ajak kakmah makan. Tak adalah masak
istimewa sangat, cuma masak2 kampung kegemaran mereka dan
kegemaran kakmah juga. Ada masak lemak pucuk ubi,
ayam masak kicap, ayam masak kicap menantu kakmah ni memang 
sedap sangat kuahnya. Ada sup ikan lumet rampai dengan nanas, 
yang ni paling sedap, kailan goreng belacan, dan paling istimewa
menantu kakmah celur pucuk ubi untuk cicah dengan sambal belacan
dan tempoyak. untuk melengkapkan menu kakmah bawak
gulai tempoyak ikan patin dengan mentimun tahun, dan goreng 
taugeh kasar, lengkap menu kami malam tu.

Keju tu dalam piring kecik terlindung sebelah dengan mangkuk ayam goreng kicap.

Kami makan ala-ala berkelah je untuk menambah selera makan.
Malam tu kakmah memang tak sabar betul nak makan tengok segala
menu yang ada dan tersusun  diatas meja. Menu yang pertama sekali
yang cecah kemulut kakmah ialah ulam pucuk ubi dengan sambal
tempoyak. tapi kakmah rasa pelik bila rasa tempoyak tu langsung tak
ada rasa tempoyak. Lain macam sikit rasanya. takperlah kata hati
kakmah, munkin tempoyak ni dibuat dengan durian yang tak berapa 
cantik. Sebab tu tak manis macam tempoyak biasa. Suap kali yang 
makin bertambah pelik kakmah rasa, sambal ni langsung tak pedas,
munkin menantu kakmah ni gaulkan tempoyak ni dengan cili
mesen yang dibeli dari kedai aja agaknya, kata hati kakmah lagi.
takperlah, makan jelah janji pucuk ubi ada.

Bila kakmah cicah kali ketiga, anak kakmah tegur, "Mengapa mak 
cicah pucuk ubi dengan ni," kata dia. "Mengapa?" kakmah tanya 
dia balik. "NI untuk makan dengan ni" Sambil tunjuk kat kakmah
seketul wadges, " Lahh..makan sambal tempoyak dengan Wadges?"
Kompius betul kakmah...

" Ini kejulah mak, bukan tempoyak" kata anak kakmah...
Kah kah kah, kami semua ketawa..


Sekian dulu, semuga jumpa lagi,

Wassalam.


Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru ( Kakmah Ketinggalan Keretapi )

Assalamualaikum,



Ucapan Selamat Hari Guru
 kakmah tujukan kepada semua rakan2 guru melalui alam maya ini.

Semuga usaha gigih kalian di berkati Allah SWT,
 melahirkan generasi berilmu dan bertakwa.


Kakmah ni memang selalu sangat ketinggalan keretapi.
baru ni kakmah lambat sehari mengucap Hari Ibu, 
hari ni terlambat pula mengucap Hari Guru.

Tak per kan rakan2 guru yang kakmah sayangi,
walaupun kakmah jarang2 sampai ke blog rakan2 guru,
namun sekali  kakmah dah kenal kakmah akan ingat selalu,
cuma masa dan keadaan sangat terbatas buat kakmah untuk
selalu BW.

Jumpa Lagi,

Wassalam.

Tuesday 15 May 2012

Ular Oh Ular

Assalamualaikaum,

EEiii....Geli, geli geleman,
Tak sangka betul, sekejap tadi masa kakmah tengah bersiap-siap
nak balik anak kakmah telefon, kata dia depan rumah kakmah ada ular
sedang melintang jalan dia. kakmah jawab biar betul,
takkan ular boleh naik sampai ke tingkat 2.
Dia kata betul..ular tu sekarang tengah bergerak masuk kedalam
rumpun daun kaduk yang kakmah tanam dalam pasu.


Alamak, takutnya , macam mana nie, nak suruh anak kakmah bunuh
aja, takut juga sebab isteri dia dah sarat, Orang tua2 kata kalau isteri sedang 
mengandung tak boleh bunuh binatang.

Kakmah tak dapat akal langsung macam mana nak buat, cuma 
suruh anak kakamah tunggu ular tu sampai kakmah balik.
Yang pentingnya jaga supaya dia tak masuk kerumah. 
Dalam kelam kabut tu kakmah telefon anak kakmah yang sedang berada
diKuantan, dia kata pergi aja kat pondok polis, biar dia orang minta
pasukan pertahan awam bunuh ular tu.

Kakmah pun apa lagi laju ajalah ke pondok polis yang kebetulan 
polis perempuan aja yang ada. Dia plak bagi kakmah no telefon bomba,
Kakmah pun telefonlah bomba. Masa kakmah telefon bomba tu lah, ada 
seorang jiran kakmah tolong kuiskan ular tu kebawah mangikut tangga.

Sempatlah kakmah tengok rupa ular tu masa anak kakmah
hantarnya kebawah dan terus masuk ke longkang
dan hilang terus tak nampak kemana dia menyusup.

Ni kakmah sebenarnya sedang fikir, macam mana ular tu 
boleh bertandang kedepan rumah kakmah di tingkat 2,
tanpa disedari oleh orang yang lalu lalang, atau turun naik tangga,
macam mana dia naik yee..

Akhirnya, jangan fikir rumah tinggi boleh selamat daripada ular,
semuanya munkin.

Jumpa lagi,

Rumpun2 macam ni memang sejuk untuk ular berteduh.
AWAS..

Wassalam.

Monday 14 May 2012

Selamat Hari Ibu.

Assalamualaikum,

Sepatutnya ucapan ni semalam, tapi kakmah terbabas sikit,
Tapi boleh lagi kan kakmah nak mengucapkan 
Selamat Hari Ibu 
Kepada semua kawan2 dan pengunjung blog kakmah ni.



Jumpa lagai, 

Wassalam.

Thursday 10 May 2012

Bunga Ros Dari Plastik Beg (Tutorial)

Assalamualaikum,

Selamat pagi Khamis, pakai baju warna apa hari ni? 
warna yang sesuai dan baik untuk hari Khamis ni ialah warna oren 
atau kuning. Jadi, pakailah baju oren..atau kuning hari ni.



Pagi ni kakmah bukanlah nak buat entry pasal baju atau pasal warna.
Cuma kakmah nak buat tutorial macam mana nak buat bunga
ros dari plastik beg bising yang kadang2 bertimbun dalam
simpanan kita. Maklumlah setiap kali kita beli barang kita akan dapat
plastik beg tu, tak kiralah besar atau kecik. nak buang akan 
mencemarkan kawasan, kerana plastik beg ni sangat susah 
nak lupus, ambil masa bertahun-tahun untuk lupus.


Bukankah cantik kalau kita boleh buat seperti ini,
Setelah mengeluarkan barang2 yang kita beli dari kedai tu, 
lipatkan semula plastik beg "yang bersih sahaja" itu supaya 
dia tidak berkedut. Apabila dah banyak bolehlah buat seperti yang
kakmah ajarkan ni. Hasilnya pasti memuaskan hati kita.
Tapi kakmah gunakan plastik yang baru, yang kakmah beli khas
untuk buat bunga kerana bunga kakmah ini untuk dijual kepada 
kawan-kawan kakmah.

Oklah, mari kita mulakan :-


1. Bahan-bahan yang diperlukan seperti diatas, Dawai untuk batang, 
dawai atau benang untuk pengikat, plastik beg, daun, pelilit batang, 
dan pelayar untuk memotong dawai dan gunting, 


2. Potong tepi beg yang bercantum,


3. Potong plastik beg selebar 4 hingga 5 inci, Kakmah gunakan
plastik beg yang sederhana besar dan keras supaya senang dibentuk.


4. Sekarang kita dah dapat plastik yang berlapis dua, potongkan
supaya menjadi dua bahagian. Lipatkan ditengah2 bahagian.


5. Pintalkan seperti ini di bahagian yang berlipat.


6. Supaya menjadi seperti ini.


7. Gulungkan seperti ini supaya menjadi bentuk bunga ros.


8. Ikat dengan dawai atau benang dipangkalnya.


9. Ikat dengan dawai kasar yang telah dipotong sepanjang
yang diperlukan, sebagai tangkainya dan lilitkan dengan pelilit 
batang warna hijau.


10. Lekatkan daun, lilit lagi sehingga sampai kepangkal batangnya.
Seeloknya gunakan daun ros, tapi kakmah guna daun tulip 
kat stok daun ros dah habis.


11. Dah pun jadi sekuntum bunga ros warna oren, 
sesuai untuk warna hari ini.


Cantik untuk diletakkan dimana2 sudut rumah kawan2...
kalau ada masa bolehlah cuba yee.

Sekian dulu.
Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

Sunday 6 May 2012

Sarung Bantal Tangan - Crochet Lagi

 Assalamualaikum,

Bertemu lagi dipagi minggu yang ceria, Kemana gerangan tujuan hari ini,
bawak anak2 dan family jalan2? Kakmah kat rumah aja, menyiapkan
projek kakmah yanag baru ni.


Ni bakal sarung bantak tangan kakmah yang ke 4, baru siap sekeping.
dalam proses menyiapkan kepingan yang kedua, insya Allah hari ni 
boleh siap rasanya.


No pula projek yang dah lama terbengkalai, bakal disiapkan juga
dalam masa yang terdekat ini. Tak sabar kakmah nak tengok hasilnya,
nampak cantik kalau dah dicantum macam ini. Tapi lucu juga masa
kakmah nak atur dia, kakmah selalu je tersilap mata dengan warna dia.



Sambil2 tu kakmah cuba2 juga buat bunga ros ni, paten bunga ros
ni banyak caranya, yang ni lain sikit dari yang kakmah buat dulu.
tapi yang ni lebih mudah dibuat.

Oklah jumpa lagi,

Wassalam.

Wednesday 2 May 2012

Hati Pari

 Assalamualaikum,

Semalam kakmah pergi pasar malam,
Jarang sekali kakmah jumpa orang jual kuih hati pari ni
yang di buat dari jagung yang bukan jagung manis.
sebab jagung kampung ni orang dah jarang tanam sebab tak berapa
commercial macam jagung manis. Tapi kalau nak buat hati pari memang
sedap dibuat dengan jagung kampung ni.
tengok macam sedap je semalam tu, kakmah pun belilah.


Inilah rupa hati pari, dibuat dari jagung, tambah sedikit santan, 
gula dan gula merah atau lebih sedap lagi kalau di bubuh gula kabung.
Jagung disagat atau blend dalam blender, tapis untuk buangkan
hampasnya, kacau dengan santan dan gula diatas api
yang sederhana hingga pekat, Masukkan dalam loyang
dan simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.
Memang sedap kuih tradisional ni, kakmah suka sangat makan
kuih ni.


Semalam kakmah dah makan separuh, simpan sikit untuk buat
pembasuh mulut, lepas sarapan pagi kakmah pagi tadi.
Pagi ni kakmah buat sarapan nasi goreng kampung.
Alhamdulillah kenyang sampai ketengahari ni.

Semuga jumpa lagi
Wassalam.